Malam Yang Panjang (COMPLETED)
June 14, 2018
Komputer Lab (Adaptasi cerita benar)
June 14, 2018

Aku masih teringat tentang peristiwa yang berlaku pada malam semalam. Aku melihat kejadian itu di depan mataku sendiri. Sekujur tubuh manusia tua yang lemah telah terpelanting sejauh 20 meter dari tempatku berdiri. Manakala, kenderaan yang melanggar tubuh  tersebut telah memecut keretanya dengan laju meninggalkan tempat kejadian.
Aku yang menyaksikan kejadian itu berasa  berang dan kesal dengan perbuatan pemandu tersebut yang tidak ada rasa simpati dan tanggungjawab atas perlakuannya. Tanpa membuang masa aku segera menelefon polis dan ambulans. Setelah selesai memberikan informasi dan jenis kemalangan akupun segera mematikan telefon. Perlahan-lahan aku mendekati tubuh mangsa tersebut. Kawasan itu sunyi sepi ditemani lampu jalan yang menerangi jalan raya pada malam itu. Tiada seorang pun kelibat manusia yang berlegar pada malam tersebut memandangkan jam  sudah menunjukkan pukul 12:05 pagi.

Aku bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah 'Shopping Mall' terletak tidak jauh dari tempat kejadian, Walaupun aku berasa takut namun aku memberanikan juga diriku menghampiri tubuh tersebut

Aku bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah ‘Shopping Mall’ terletak tidak jauh dari tempat kejadian, Walaupun aku berasa takut namun aku memberanikan juga diriku menghampiri tubuh tersebut . Sayu aku melihat mayat tubuh wanita tua itu, kepalanya retak, tulang belakang dan seluruh tubuhnya juga patah. Yang lebih menyedihkan lagi, mayat wanita tua itu memegang sebungkus makanan dan juga ubat-ubatan. Sempat lagi aku membacakan doa baginya agar rohnya diterima oleh yang maha esa. Aku hanya mampu memerhati mayat tersebut kerana pihak polis tidak mengizinkan  aku mengusiknya .
Selang 30 minit, akhirnya kedengaran bunyi siren kereta polis dan ambulans menghampiri. Aku rasa bersyukur kerana bantuan sudah pun sampai. Mayat wanita tua itu akhirnya dibawa ke hospital untuk dibedah siasat. Manakala, aku pula disoal siasat tentang perkara yang berlaku kepada pihak polis. Setelah selesai bersoal jawab aku pun dibenarkan bekerja semula. Sepanjang malam aku tidak dapat tenang dan asyik terbayang-bayang tentang kejadian tragis yang berlaku sebentar tadi.

Praaang!!Tiba-tiba jatuh barang dari arah dapur yang menyebabkan lamunanku terhenti. Perlahan aku bangun dari tidur dan menuju ke dapur. Setibanya disana, aku tidak melihat satupun barang yang jatuh. Aku bingung.

“Ah,perasaanku saja kali”. Bisik hatiku memujuk.

Lalu aku berjalan kembali menuju ke bilik tidur. Belum pun sempat aku memegang tombol pintu, Praaang!! Kedengaran lagi sesuatu benda yang jatuh dari dapur. Aku kembali lagi  ke dapur dengan perasaan geram. Ku buka suis lampu dan melihat sekelilingnya. Namun masih juga sama, tidak ada satu pun yang jatuh. Aku memutuskan bahawa tidak kembali lagi apabila ada benda jatuh dan berlalu ke kamarku.
Baru saja beberapa minit aku memejamkan mata, aku dikejutkan dengan bunyi benda berjatuhan dari arah dapur lagi. Kali ini bukan sekali saja,tapi berkali-kali bunyi barang dapur yang dijatuhkan di atas lantai  sepertinya ada orang sedang mengamuk. Aku berasa sungguh takut, apalagi aku hanya tinggal seorang diri sahaja di dalam rumah sewa lama itu. Aku memejamkan mataku dengan rapat dan  menutupi seluruh tubuhku dengan selimut. Jantungku berdegup kencang, seperti hendak melompat keluar dari tempat asalnya. Dalam hatiku tidak putus-putus berdoa meminta keselamatan dari tuhan. Akhirnya,selang beberapa minit bunyi bising itu berhenti. Aku berasa lega seketika. Tiba-tiba aku mendengar sepertinya ada tapak kaki yang berjalan perlahan menuju ke arah pintu kamarku. Jantungku berdegup makin kencang. Aku tidak dapat memikirkan apa-apa lagi yang hanya mampu  kuperbuat adalah berdoa pada tuhan untuk meminta perlindungannya.
Dalam keadaaan panik, aku sempat menjeling jam tanganku. Ia menunjukkan jam 12:05 pagi. Seluruh tubuhku berpeluh dan hatiku berdegup kencang akibat ketakutan.
Tiba-tiba aku terdengar seseorang membisikkan sesuatu ke arah telingaku.

"Tolong

“Tolong….tolong…tolong aku…(sambil menangis tersedu-sedu)”.

Aku semakin takut, aku memejamkan kedua mataku rapat-rapat dan tidak berhenti-henti berdoa.

“Ya tuhan,lindungilah aku. Aku belum kahwin lagi ni”.bisik hati kecilku.

Perlahan-lahan suara itu hilang dan keadaan menjadi sunyi sepi kembali. Perlahan aku membuka selimut dan mengeluarkan separuh kepalaku untuk melihat keadaan sekeliling.

“Fuh..nasib suara itu dah pergi.”Aku menarik nafas lega.

Keesokan harinya, kuceritakan kejadian itu kepada teman-temanku.

“Alaah Max, perasaanmu saja kali ,siapa suruh kamu tak cuci kaki sebelum tidur.” Kata Desak.

“Aduh Sak, awak tak rasa apa yang aku alami malam semalam.  Ngeri tau sepertinya roh nenek tu mengangguku macam ada sesuatu yang ingin disampaikannya.” Kalihku.

“Hurm…Max aku rasa lebih baik engko jumpe Tok Awang kat sebelah tempat tinggal si Desak tu hah,manatau kot-kot dia boleh settlekan problem engko ni. Atok tu pandai bab-bab hantu ne ah. Kalih Saiful yang memang pekat dengan bahasa Semenanjungnya itu walaupun sudah lama menetap di Sabah untuk bekerja.

“Gila  engkau Pul, tak nak ah aku jumpa-jumpa dukun ni. Dosa besar tau, aku tak percaya orang-orang sebegitu. Tahyuuulll tau tak??  Jawabku lagi.

“Aduh Max, kalau engkau mau masalahmu selesai kamu harus percaya. Nanti hantu tu menganggumu dengan teruk lagi, siapa susah?” Aku jugak. Kalih Desak dengan lawaknya yang langsung tak menjadi itu.

“Eh, kau yang penakutnya lebih kritikal dari takut aku ada hati nak susah?(perli) . Hahahha..Yelah, nanti aku fikir-fikirkan dulu eh, kalau dia masih mengangguku aku akan buat keputusan.” Jawabku.

Setelah beberapa jam kami bersembang di kedai kopi, akupun beredar dari tempat itu. Jam menunjukkan tepat jam 6 petang. Aku segera kembali ke rumah membersihkan diri dan menjamah selera. Setelah selesai akupun berjalan kaki menuju ke tempat pekerjaanku yang tidak jauh dari situ. Akupun mula menjalankan tugasku di kawasan itu kerana sudah sampai waktunya jam aku bekerja. Jam menunjukkan jam 8 malam. Orang-orang yg berlegar di kawasan Shopping Mall itu masih ramai tak terkira.

Sekali-sekala mataku tertutup akibat mengantuk yang teramat sangat. Tanpa kusedari aku telah terlelap. Dalam tidurku aku bermimpi tentang perempuan tua itu.

“Oyoo….tolong….tolong aku…kebumikan aku dengan sempurna…kata wanita tua itu sambil menangis tersedu-sedu.  Rohku tak tenang.. huu…huu…” rintih wanita tua itu sekali lagi muncul di dalam mimpinya.

Max lantas terjaga dan mengigil ketakutan. Mimpinya benar-benar menganggu jiwa raganya. Dia tidak tenang dan masih dihantui mimpi tersebut.

“Lebih baik esok aku jumpa si Sak dan Si Epul tu ke rumah Tok tu. Manatau dapat settlekan problem aku nih. Pehal plak nenek tu kacau aku terus. Aku kan cuma mangsa yang termakan oleh keadaan sahaja,  bukan pembunuhnya.” Desus hati kecil Max tanda tidak berpuas hati dan  geram.

Detak-detuk jam berlalu, Max melihat jam tangannya menunjukkan jam 12:05 malam. Jantung Max semakin berdegup kencang dan laju. Sepertinya waktu itu adalah waktu yang paling dashyat sekali pernah ada didalam hidupnya. Ini kerana setiap sampainya detik itu pasti hantu  wanita tua itu akan muncul untuk menganggunya. Max bergegas masuk ke bilik pengawal sambil mendengar lagu-lagu rohani dengan volume yang sangat kuat.
Tiba-tiba lampu dalam bilik pondok pengawal itu malap, dan berkelip-kelip. Max cuba mengawal perasaan takut dan cemasnya. Tidak semena-mena peralatan yang ada di atas meja itu bergegar dan bergerak dengan sendirinya. Keadaan dalam pondok pengawal itu seperti terkena serangan gempa bumi. Max berdiri dan cuba keluar dari situ, tapi malangnya pintu pondok berkunci dan tidak dapat dibuka. Max semakin cemas.

“sejak bila pintu ni aku kunci? Rasanya aku tak kunci tadi.” Bisik hati kecil Max.

Semakin lama semakin kuat gegarannya, oleh kerana sudah tidak tahan dengan gangguan itu Max memberanikan diri bersuara

“Kenapa kau ganggu aku? Kau nak apa?? Pergi!! Jangan ganggu aku, aku tak bersalah pun!” teriak Max.

Tidak semena-mena keadaan kembali seperti yang asal. Akhirnya tombol pintu pondok pengawal keselamatan pun terbuka. Dengan pantas Max keluar dari pondok pengawal itu dan melihat sekelilingnya. Max tercungap-cungap, dadanya turun naik bukan kerana kepenatan, tetapi kerana ketakutan yang teramat sangat. Tiba-tiba lampu di sepanjang jalan malap dan berkelip-kelip dengan laju. Max sudah hilang arah, dia hendak lari dari situ tetapi kakinya seperti tidak boleh bergerak. Dia terkaku berdiri . Max mula berasa cemas, dia tidak habis-habis berdoa.  Makin kerap Max berdoa meminta makhluk itu hilang makin laju kerlipan lampu di setiap jalan itu dan akhirnya pecah satu persatu.

” Cukuuuppppp!!!!!!! Kau nak apa dari aku???  Katakan padaku apa yang aku boleh tolong supaya kamu tidak mengangguku lagi??!” Max memberanikan diri untuk bersuara lantang kerana sudah tidak tahan dengan gangguan itu.

Setelah Max habis berkata-kata, tiba-tiba keadaan menjadi tenang semula. Max membuka matanya perlahan-lahan.  Apa yang dilihatnya sebentar tadi masih dalam keadaan utuh. Lampu yang menerangi jalan masih tetap menyala dan tidak ada tanda ia pecah dan jatuh di atas jalan raya.  Max menarik nafas lega. Baru saja dia hendak masuk ke dalam pondok sekuriti semula, Max merasakan ada seseorang sedang mengikutinya dari belakang. Merinding bulu roma Max. Perlahan-lahan dia menoleh ke arah belakang, keringat membasahi wajahnya. Alangkah terkejutnya Max, mahu saja dia berteriak, tapi apakan daya suaranya seperti tersekat kedalam kerongkong. Sekujur tubuh wanita tua yang amat mengerikan berada tepat di hadapan matanya. Kakinya tidak menggapai tanah. Tubuhnya bongkok dan kepalanya hancur,biji matanya terkeluar sebelah dan tangannya memanjang serta menghala kebelakang.

“Tidak salah lagi itulah wanita tua yang kemalangan tempoh hari!” Bisik hati kecil Max berbicara.

Max menatap ke dalam sebelah mata wanita tua itu lagi dan tidak semena-mena Max berada di suatu tempat yang agaknya seperti mimpi. Ia berada di dalam sebuah kamar  rumah yang indah. Di sudut dinding ada gambar seorang wanita dengan seorang gadis muda yang cantik jelita. Wanita itu seperti wajah hantu wanita tua yang selalu menganggunya itu. Tampak sangat jelita di masa mudanya dan dia juga mempunyai seorang anak perempuan yang sangat cantik.

Max terpesona sebentar dengan kecantikan anaknya. Tiba-tiba Max mendengar bunyi bising dari bawah rumah tersebut dan ia mendengar bunyi suara orang bergaduh. Perlahan-lahan Max turun tangga rumah tersebut dan menuju ke dapur. Kelihatan piring pecah bertaburan di atas lantai dapur tersebut. Terlihat wanita tua tersebut memungut kepingan piring kaca yang jatuh lalu tidak semena-mena seorang lelaki dalam usia 30-an menendang bahu wanita itu sampai dia terjelopok di atas lantai dan tangan wanita tua tersebut berdarah akibat terkena kepingan kaca tajam yang dipegangnya. Max terkejut dan terus memperhatikan apa  yang terjadi sambil bersembunyi di balik tembok.

”  Orang tua tak guna!! Ne dah berapa kali kau pecahkan barang-barang dapur rumah saya?? Semua kau mau kasih pecah ka?? Kau ingat murah ka semua ni??Isssh!!” Kata suara lelaki itu dengan nada yang tinggi dan amat marah.

Max ingin melihat wajah lelaki tersebut tetapi lelaki itu membelakanginya sehingga menyulitkan Max melihat wajahnya dengan lebih jelas.

” Sory, mami tidak sengaja .. tadi mami mau cepat-cepat ambil piring sebab mau hangus sudah tu masakan mami. Mami di ruang tamu tadi tengok berita. Hampir lupa.” kalih wanita itu dengan sedih.

Dengan rasa bengang lelaki itu mendekati wanita itu dan menarik rambutnya.

” Eh? Yang ko bodoh sangat tengok tv time memasak di dapur ni kenapa? Telampau bangang sudah betul o!Aish.. Susah kalau ada orang tua di rumah ni yang careless! Semua harta benda sa di rumah ni kau mau kasi rosak! Kalau terbakar ne rumah sa macamana??! Aishh!!” kata lelaki itu dengan geram.

” E….Eya… mami minta maaf menyusahkan kamu.” Jawab wanita itu, airmatanya mulai mengalir.

” Kalaulah anak kau di sini kan bagus! Tidak saya susah mau jaga kau ni! Mau balik dari oversea pun lambat sangat! Bilang harini mau balik! Sudahlah ! Saya mau pi mandi ni. Tolong cepat sikit masak! Sa lapar ne, Satu hari kerja.” kata lelaki itu lalu pergi meninggalkan wanita itu sendirian di dapur dan naik ke tingkat atas.

Airmata wanita itu mengalir dan dia mula menangis. Darah di tangannya masih mengalir, habis lantai dapur dikotori dengan darahnya.

“Tara, kalau awak disini kan bagus. Mami sudah tidak tahan tinggal sama suamimu. Selalu menyiksa mami. Mami mau pulang kampung pun jauh. Bila la kamu pulang Tara..” wanita itu berkata sendirian sambil menangis dan membersihkan lantai yang dipenuhi dengan darahnya dan memungut cebisan piring yang pecah tadi.

Max berasa simpati dengan cerita yang di sampaikan oleh orang tua itu.

“Tak guna sungguh lelaki tu, kenapalah anak kamu kahwin BEAST begitu.” Max berbisik sendiri di dalam hatinya dengan rasa ,marah dan geram.

Baru saja Max hendak memegang bahu wanita itu cuba untuk menenangkannya tiba-tiba  dia disedut ke suatu dimensi lain lagi. Kali ini dia berada dijalan raya hadapan dengan rumah asuhan orang-orang tua pada hari yang sudah larut malam. Tidak semena-mena lelaki yang dilihatnya dalam rumah sebentar tadi bersama wanita tua itu  muncul berlari pantas menuju ke keretanya dan memecut keretanya dengan laju meninggalkan tempat itu. Max terpinga-pinga bingung apa yang sedang terjadi. Max mendekati lorong pintu rumah asuhan orang tua-tua itu dia melihat sebuah guni yang besar diikat dan di letakkan di tepi pintu rumah tersebut namun disembunyikan di tepi  tembok yang mempunyai banyak daun dan pokok-pokok bunga yang kecil. Max hendak mendekati guni tersebut untuk melihat apa isinya. Namun, kakinya dirasakan sangat berat untuk berjalan menuju ke tempat itu. Seperti kakinya di gam menggunakan gam gajah. Beberapa minit kemudian, keluar pak sekuriti rumah asuhan tersebut dan terlihat guni tersebut. Dia pun cepat-cepat membuka guni tersebut dan mendapati sekujur tubuh wanita yang berumur berada di dalamnya dengan keadaan pengsan. Sekuriti itu bercakap dengan  seseorang dalam walkie-talkienya dan dua orang sekuriti serta seorang wanita lingkungan 30an keluar dari dalam rumah asuhan itu. Wanita tua yang pengsan itu di bawa masuk kedalam rumah asuhan tersebut. Max hanya mampu melihat dari jarak jauh sahaja kerna dia tidak dapat menggerakkan anggota tubuh badannya pada masa itu. Namun, tiba-tiba Max merasakan badannya sangat ringan dan dia terapung ke udara dan diserap kembali ke dalam sebuah lubang, seperti disedut vakum. Kali ini Max keluar di dalam rumah asuhan orang tua-tua itu. Semua penghuni di dalam rumah tersebut sudah memejamkan mata.

Namun, di suatu sudut kelihatan ada sesusuk tubuh yang cuba sedaya upaya melepaskan diri melalui lubang kecil jendela di dalam bilik tersebut. Sedang Max memerhatikan langkah tubuh tersebut, tidak sengaja dia  terdengar suara dari bilik sebelah ;

“Hei! Orang tua! Diamlah! Menyusahkan sungguh la orang tua ni. Tidak mau tidur asyik bising jak menyanyi-nyanyi bagus cantik tu  suara! Kata suara itu dengan keras.

Max mencebok pada sebuah lubang yang ada di bilik itu yang tidak berapa besar, tapi sudah cukup untuk dia mengintai. Alangkah terkejutnnya Max, dia melihat perempuan dalam lingkungan 30an tadi sedang memukul dan menampar wajah seorang lelaki tua yang tidak berdaya kerana berasa geram padanya. Max baru hendak ke bilik tersebut untuk menghalang wanita tersebut, tapi dia melihat wanita tua itu sudah berjaya meloloskan diri, dia tidak mahu tujuan utama dia hilang begitu saja. Max akhirnya dengan berat hati meninggalkan lelaki tua yang dilihatnya sebentar tadi dan bergegas keluar mengikuti wanita tua tersebut. Max memperhatikan gerak-geri wanita itu. Sangat terrer menghendap curi-curi keluar. Nasiblah rumah asuhan orang tua itu tidak ada anjing yang mengawal persekitarannya. Wanita tua itu berhasil melarikan diri!!
Max mengikuti wanita tua itu dari belakang. Wanita tua itu membawa sebuah bungkusan padanya. Max memerhatikan bungkusan itu, tidak salah lagi! Itu adalah bungkusan ubat-ubatan dalam kejadian yang terjadi di depan matanya. Dari satu sudut berdekatan dengan gerai makan jalanan, kelihatan wanita tua itu membeli sebungkus tapau dan berlalu pergi. Max mengikutinya lagi. Kali ini Max sudah tahu tempat wanita tua itu berada. Ia berada tepat-tepat di mana semua kejadian itu berlaku!! Di depan mall tempat dia mengawal! Max memandang tajam ke kiri ke kanan untuk mencari tahu apa yang menyebabkan perempuan tua itu kecelakaan. Kali ini Max berada jauh sedikit dari wanita tua itu. Dari jauh Max melihat wanita tua itu berasa gembira apabila melihat kelibat sebuah kereta Vios hitam bernombor plat ST2665T. Namun, tidak semena-mena kereta yang pada mulanya memandu dengan sangat perlahan menuju ke tempat wanita tua itu berdiri telah memecut keretanya dengan laju dan menghentam tubuh wanita tua itu. Tubuhnya terpelanting betul-betul di hadapanku yang satu lagi yang sedang mengawal kawasan luar mall itu. Kereta itu memecut dengan lajunya dan meninggalkan wanita tua tersebut. Aku sempat melihat laju kedalam kereta tersebut. Tidak salah lagi!! Suami anaknya yang membunuh wanita tersebut!

“Maxx?..Maaaaaxxxxx!!!!!!!!” Tiba-tiba ada suara yang memanggil namaku sangat garau dari langit. Aku melihat ke langit.

“Maaaaxxxx!! Bangunn!” kata suara itu lagi.

Tubuh Max diserap dan pabila dirinya sedar dia berada di luar mall tempat dia berdiri sebentar tadi dikerumuni oleh orang ramai dan teman baiknya Saiful dan Desak.

“Eh, kenapa ramai sangat orang? Kenapa dengan aku?” kataku.

“Max, awak pengsan Max. Di tengah jalan dan hampir dilanggar trak. Apa terjadi semalam? Engko ok tak?” kalih Saiful.

“Muka kamu pucat Max. Ape terjadi??” Desak menyampuk.

Aku  hanya mampu tunduk memandang jalan tersebut dan masih memikirkan apa yang aku lihat semalam. Adakah itu petanda yang cuba di tunjukkan oleh wanita tua itu kepadaku sebelum hari kematiannya?

“Desak hantar aku ke rumah aku ingin istirehat sebentar”. kataku.

Saiful dan Desak mengangkat aku yang lemah masuk kedalam kereta Desak dan mereka menghantarku pulang selepas meminta izin bos untuk cuti sakit selama dua hari. Sesampainya di rumah aku terus merebahkan diri ke sofa dan aku berasa penat sekali.
“Aku sedang pengsan malam semalam, tapi kenapa aku rasa semalaman tak tido ne? Pegal-pegal rasa badan aku. Macam mimpi itu real ..” Kata hati Max berbicara.

“Woi Max? Awak ok tak ne? Macam lain jer hari ini?” Desak membuka suasana.

” Ye Max, muka awak ne pucat sangat. Awak sakit ke? Ke…. awak nampak kelibat nenek tu lagi semalam?” Sampuk Saiful pulak dengan mulut celuparnya itu.

” Eh! Awak nie Pul, boleh tak tapis dulu percakapan tu kalo nak cakap? Asyik cakap hantu jer. Max lagi sakit ne. Hantu nampak muka ko pun lari tau tak?” Kalih Desak.

“Sak.. memang betul apa dikatakan oleh Saiful itu. Semalam  aku kena kacau lagi. Kali ini lagi dashyat dia kacau aku. Sampai serap aku tengok cerita dia semasa hidup n macamana tragedi itu berlaku terhadapnya.” kataku setuju dengan Saiful.

” Yeke Max?? Kira macam mesin waktu la tu kan boleh pergi masa lalu.. Waa bestnya engko Max. Huhuhuhu” Gurau Saiful plak.

Desak mengetuk kepala Saiful.

‘Pul..pul.. ko ne kan asyik nak buat lawak jer kan. Tapi lawak ko tu basi ok. Tak FRESH..fahammmm” kalih Desak yang geram dengan kawannya itu.

“Max, lepas tu apalah nenek tu tunjukkan kat ko dalam mimpi ko?” sambung Desak lagi.
Kali ini Saiful serius dan mendengar juga.

” Begini, semalam tu aku diserap masuk ke dalam cerita hidup wanita tua itu. Dia menunjukan aku bagaimana cara insiden kematiannya itu berlaku. Mula-mula aku berada di dalam sebuah bilik yang indah. Dalam bilik itu ada sebingkai gambar yang terpampang kat dinding, wanita tua itu dan anaknya. Anaknya itu sangat cantik sampai akupun terpanah sebentar. Tapi malangnya, anaknya itu mempunyai suami yang suka memukul dan mendera ibu mertuanya sendiri semasa ketiadaan isterinya di rumah.” Max memulkan cerita.

“Kira kes buli lah nie?” kalih Saiful.

Desak memandang tajam ke arah Saiful yang memotong ceritanya Max. Saiful ketawa hambar sambil menggaru kepalanya melihat muka Desak.

“Lepas tu Max?”Sambung Desak yang berminat mendengar ceritanya Max.

” Selepas itu, lelaki itu meninggalkan ibu mertuanya di dapur dengan keadaan tangannya luka dan berdarah. Kesian nenek tu merintih akibat tidak tahan dengan layanan suami anaknya itu. Baru aku hendak sentuh bahunya, aku diserap lagi dalam cerita lain. Kiranya nenek tu pendekkan ceritalah. Dia membawa aku ke jalan raya yang berhadapan dengan rumah asuhan orang-orang tua. Lelaki itu tiba-tiba muncul dan berlari dihadapanku dengan pantas dan memecut keretanya dengan laju. Dia meninggalkan guni itu di tepi gerbang pintu masuk berdekatan pokok-pokok bunga. Aku hendak menolong tetapi kakiku berasa sangat berat. Aku tidak dapat melangkah. Beberapa minit, datang pak guard rumah asuhan tu dan berbicara dengan walkie talkienya lalu bantuan pun sampai. Selepas itu, aku disedut lagi ke cerita dia seterusnya dan itulah yang terakhir bagaimana dia boleh kemalangan dan tepat berada dihadapanku insiden itu. Dia melarikan diri dari rumah asuhan dan singgah sebentar di gerai makan membeli tapau. Lalu dia berhenti dihadapan mall berdekatan dengan pintu masuk dan menunggu seseorang. Tiba-tiba kereta datang ,wajahnya gembira melihat kereta itu seperti dia mengenalinya. Namun, tiba-tiba kereta itu meluru laju ke arahnya dan melanggar wanita tua itu sampai jatuh terhumban betul-betul tepat di hadapanku yang berada tidak berapa jauh dari situ. Kereta itu berlalu laju dan aku sempat melihat kelibat dalam kereta tersebut. SUAMI ANAKNYA ITU MELANGGARNYA!!”. kataku.

” Kurang masam betul oh lelaki tu, dengan mak mentua sanggup buat begitu. Biasalah dah tua memang ada lemah sikit. Tak guna! Geram lak aku. Rasa nak cincang-cincang jer lelaki tu bagi makan anj***!” Kata Saiful yang tidak berpuas hati terhadap perlakuan suami wanita tersebut.

” Max? Apa kereta yang dipandu lelaki tu?” kalih Desak pula.

” Tak silap aku dia bawa kereta VIOS hitam,no platnya ST2665T kalo tak silap aku lah.” Balasku.

“Er.. Desak apa kata petang ni kita jumpa Tok di kampung ko yang ko ceritakan aku tempoh hari. Kot dia boleh bagi kita way. Aku tak nak nenek tu ganggu aku terus. Rasa macam low bet terus nyawa aku. Tau tak?” Kataku.

” Oklah,petang ne kita pergi ke kampung. Awak rehat la kejap. Aku dan Pul pulang jap. Nanti jemput ko. Ok?” balasnya.

“Ok,thanks ya Desak,Pul.. sudah menghantar aku pulang. Hehe” Kalihku lagi.

No prob bro, kitakan kawan? Hehe .. Kami pulang dulu Max, ade ape-ape masalah just coll or wassap ye.” kata Saiful sambil melambaikan tangannya diikuti Desak.

” Ok,I will..” Balas Max sambil membalas lambaian teman rapatnya itu.

*******************************************************

Pada petang itu, tepat jam 3 petang aku, Desak dan Saiful meneruskan perjalanan ke kampunya Desak. Sepanjang perjalanan aku tak habis fikir tentang cerita yang ditunjukkan oleh wanita tua itu semalam.
“Max, awak tenanglah ye. Tok Pawang tu memang terrer bab-bab ni. Aku yakin dia pasti dapat tolong awak bantu kes nenek tua itu ye. Jangan asyik diam saja.. kau menakutkan aku. Desak memecahkan suasana dalam kereta merah  wiranya itu yang sejak dari tadi sunyi.

“Okay Sak, sorry ya. Aku asyik teringat saja dari tadi.” Balasku pendek.

Saiful pulak tidak mendengar perbualan kami berdua kerana dia melekapkan headphone ke telinganya sambil mendengar lagu dan bermain MOBILE LEGEND. Suara Pul sajalah yang memecahkan suasana jika dia kalah, menang atau tidak berpuas hati dengan gamenya itu. Segala kata kesat memaki hamun keluar dari mulunya.

Beberapa jam kemudian, akhirnya kami sampai di Kampung Desak. Kampung halamannya sangat cantik sekali. Rumah Sak terletak berdekatan dengan sawah padi orang tuanya yang terbentang luas. Sungguh indah dan boleh melihat matahari terbenam dari sana. Kami dijemput oleh ibu dan ayahnya masuk ke dalam rumah. Sak mempunyai seorang adik lelaki dalam lingkungan 13 tahun dan sangat meminati mobile legend jugak.
“Terima kasih sudah menemankan Si Sak balik ke kampung.” Kata ibunya.
“No problem anti, lagipun kami ke sini…” Aku memberhentikan kata-kataku apabila melihat signal matanya si Desak supaya tidak memberitahu perkara sebenar kepada keluarganya.

“Apa tu?” Ayah Sak bersuara.

“Er.. maksud saya, kami memang sengaja ke sini untuk melihat kampungnya Si Sak serta berkenalan dengan keluarganya. Hehe…” Aku terpaksa berbohong kepada parents Si Sak padahal seumur hidup aku, first time ni aku menipu. Tapi apa boleh buatlah. Mungkin untuk kebaikan juga.

“Oh begitu (sambil mengukir senyuman), buat macam rumah sendiri ye nak. Malam ni mak cik akan masakkan masakan yang sedap-sedap untuk korang.” kata mak Desak.

“Okay makcik, terima kasih.”Aku mengukir senyuman yang paling manis kepadanya. Apabila aku melihat wajah maknya si Desak, aku teringatkan wajah mak aku di kampung. Sudah bertahun-tahun aku tak balik ke Sarawak. Apa khabarnya mak aku. Ayah aku dah lama meninggal. Hanya adik perempuan akulah bersama suaminya yang tinggal di kampung mengurus mak. Tapi aku tak lupa juga mengirim duit kepada mak setiap kali gaji aku masuk. Sedang aku mengelamun. Aku dikejutkan dengan suara Ayah Desak.

” Awak umur berapa? Sudah kawin?” Katanya.

“Waduh! Soalan maut..huhuu( bisik hatiku). Err..belum pak cik. Belum kepikiran lagi.” Balasku.
Aku melihat Saiful yang sedang duduk dekat tangga bersama adik si Desak sedang  bermain Mobile Legend. Aku cuma mengeleng-gelengkan kepalaku.

“Er.. sory pak cik, kawan saya yang satu ne memang peminat mobile legend. Apalagi kalau ada yang sama hobi dengannya. Macam tulah. Dah tak peduli dah.” Aku meminta maaf atas perangai Saiful yang tidak duduk di sana bersama kami.

” Tak apa, lagipun anak pak cik tu jarang bergaul dengan budak-budak di kampung ne. Lagi suka bermain dengan gamenya tu. Sekurang-kurangnya dia tak kera sumbang kalau ada teman bermain” Kalihnya.

Aku hanya membalas perkataan ayah Desak dengan senyuman.
Setelah beberapa puluh minit kami berbual. Desak memanggil kami, dia katakan kepada orang tuanya bahawa dia ingin membawa kami jalan di kawasan kampung.

“Sak, pulang awal sikit ye, nanti lauk sejuk.” kata emaknya melaungkan suara dari dapur.

“Yes,madam! Masak sedap-sedap ye mak. Heheh”. Balas Desak.

Kami pun menaiki kereta dan memulakan perjalanan. Tapi kami tidak pergi ke kawasan kampung. Desak membawa kami di sebuah jalanan yang tidak di tar. Di sekelilingnya dipenuhi dengan pokok-pokok getah dan kawasan itu kelihatan gelap.

“Seram juga tempat ni.” Bisik hatiku sambil memandang jam di telefonku. Menunjukkan jam 6.35petang.

” Eh, Sak.. Betul ke jalan ne? Macam lain saja auranya. Merinding bulu romaku.” Kata Saiful.

“Memang ni la jalannya pergi ke sana. Ceh! Dasar penakut. Mulut awak ne celupar sangatlah Pul. Aku gam gak karang. Ok je pun Max. Mainlah mobile legend ko supaya tak takut.” balas Desak geram.

Aku hanya tertawa kecil melihat gelagat dan telatah mereka berdua. Sebenarnya aku pun takut jugak tapi aku tahankan saja.

                                                               ( Gambar sekadar hiasan)

( Gambar sekadar hiasan)

Tidak berapa lama kemudian, kami pun sampai ke tempat yang dituju. Suasana tempat itu amat menyeramkan. Tok yang dikatakan oleh Desak itu tinggal  disebuah pondok yang usang dan banyak kulit-kulit binatang dan tengkorak binatang bergantungan di depan perkarangan pondok tersebut. Bau bangkai binatang tersebut amatlah menusuk hidung. Hampir saja aku termuntah. Saiful pulak tak lepas dari memegang tangannya si Desak. Tangan dan kakinya terketar-ketar. Aku menelan air liurku. Pemandangan rumah itu boleh ku bayangkan seperti rumah seorang pembunuh yang kejam.

 Pemandangan rumah itu boleh kubayangkan seperti rumah seorang pembunuh yang kejam

“He…. hello.. ada orang tak? Tok? Oo… tok.. Ini Desak ne, Desak bawa teman nak minta tolong selesaikan masalah sedikit. Tok ada di dalam tak? Kata Desak memberi salam.

Keadaan masih sunyi sepi, tidak ada sahutan dari dalam pondok tersebut kedengaran.

“Er.. Took?  Kami naik ya?” Sambung Desak lagi sambil menaiki tangga pondok tersebut diikuti aku dan Saiful.

Sesampainya di dalam pondok tersebut kami tidak melihat pun kelibat Tok yang di ceritakan oleh Desak. Rumahnya sunyi sepi dan keadaan dalam rumah tersebut tersangatlah semak. Lebih semak dari stor dekat rumah sewa aku. Kepala tengkorak haiwan merata diletakkan di setiap sudut dan meja diikuti dengan nyalaan lilin. Aku berasa tak selesa. Jantungku berdegup kencang.

” Er.. Sak jomlah kita keluar. Rasanya Tok tu takde lah dalam pondok ne. So creepy pondok ni. Meremang dah bulu roma aku. Tinggal nak terkencing lagi.”  Saiful memecahkan suasana.

“Aku pun takut gak ni. Tapi sabarlah boleh tak? Kite nak tolong Max ni. Kot-kot Tok tu tengah mandi ke, tido kita tak tengok dalam lagi.” Bisik Desak.

“Eheeeeeemmm!!” Tiba-tiba muncul suara  berdehem dari arah sebuah bilik yang tidak jauh dari tempat kami berdiri.

“Opocot mak kau!” Latah Saiful sambal terlompat kerana terkejut.

Kami bertiga pun masuk ke dalam bilik tersebut. Seorang lelaki tua yang dalam lingkungan 80an duduk dilantai dan sedang membakar kemenyan. Wajahnya sudah kelihatan sangat tua dan kurus. Dia mempunyai janggut dan rambut berwana putih dan dibiarkan menjuntai  panjang paras bahu. Matanya sebelah buta dan dia mempunyai gigi yang sangat hitam dan tajam-tajam. Memang menakutkan sekali!!!
“Tok …se…sebenarnya saya dan teman-teman saya nak…” baru saja Desak nak explain tujuan kami datang dipotong oleh Tok itu.

” Tak payah bagitahu. Tok dah tahu tujuan korang datang sini. Ni pasal kes teman kamu yang bernama Max dihantui oleh hantu wanita tua itu kan?” Kata Tok itu.

 Ni pasal kes teman kamu yang bernama Max dihantui oleh hantu wanita tua itu kan?" Kata Tok itu

( Gambar sekadar hiasan)

” Ya Tok, kawan aku ne mengadu bahwa dia sering diganggu oleh nenek tua itu dan dia tak tahan lagi.” Kalih Desak memberi penjelasan.

“Tok, tapi aku rasa hantu nenek tersebut tidak bermaksud jahat atau mencederakanku. Tapi, dia selalu menakuti-nakuti aku. Tu yang buat aku tak tahan dengannya. Boleh tak Tok bagitahu kami apa yang hantu tu nak? Kalau dia nak pertolongan, aku pasti akan membantunya, selagi aku boleh.” Kataku pula.

” Hmmm…. sebenarnya roh yang menganggu kamu ne bukanlah dari roh yang kejam. Tapi.. dia adalah satu roh yang tidak tenang kerana tidak dikuburkan dengan sempurna. Sampai sekarang tubuh mayatnya masih belum dituntut di hospital dimana dia diletakkan.” Kata Tok itu lagi.

Aku dan dua orang rakanku berasa amat terkejut dengan penjelasan Tok itu. Tidak salahlah dia selalu mengangguku dan merayu-rayu agar aku menolongnya.

“Er..Tok. Apa yang dia nak dari ya? Boleh tak aku berbicara dengannya?” balasku.

“Max! Kau dah gila ya nak cakap dengan orang yang dah meninggal. Eh! Tak naklah aku.. Seram gila tau. Janganlah minta yang macam-macam. Cukuplah kita tahu… hmp! Hmmp…”belum sempat Saiful meneruskan kata-katanya Desak menekup mulutnya.

“Hehe…maafkan kawan aku yang sorang ne Tok. Dia ne memang penakut tahap dewa sikit. Lanjutkan saja apa yang dibicarakan sebentar tadi.” kalih Desak.

“Sorry Pul, aku harus melakukannya. Aku harus bercakap dengan nenek tu sendiri bagaimana supaya aku boleh menolongnya. Kau tak lihat apa yang aku lihat melalui kisah hidup nenek tu. Siapa lagi nak tolong dia selain aku. Aku nak rohnya di semadikan dengan aman. Tu jer. Selain aku tak nak diganggu lagi. aku nak dia juga boleh hidup dengan aman di alam sana.” Kataku lagi.

Saiful terdiam dia tidak mampu berkata lagi. Ada betul juga kata-kata temannya itu.

“Kamu yakin kamu nak bantu wanita tua tu anak muda?”Kata Tok tu lagi.

“Ya  Tok.” Jawabku pendek.

Tapi sebelum tu Tok nak minta pengerasnya dulu. Ada bawa kan? Biasanya kes kamu ni Tok minta Rm300 katanya. Memanggil roh bukan hal yang senang. Tok mesti bertarung nyawa juga.” Katangya.

“What?? Mahalnya..” Bisik hatiku.

Sudah jadi begini, aku pun terpaksalah membayar juga pengeras yang dikenakan oleh Tok itu.

Tok itu mengambil wang dari tanganku dengan pantas dan mengiranya. Setelah berpuas hati dia pun menyimpan wang tersebut.

“Sebelum Tok mula, Tok nak cakap satu benda kat korang. Kalau dengar bunyi yang pelik jangan tengok dan tegur atau tengok belakang. Sebab selain dari hantu yang dicari, hantu yang lain juga akan turut ikut memenuhi ruang ini. Faham?” kata Tok itu memberi peringatan.

“Ok Tok.” Kami bertiga serentak membalas.

Tok tu pun memulakan pemanggilan roh-roh ke tempat tersebut. Ia membacakan jampi-jampi dan menghamburkan air dari mulutnya ke kiteorang.( Sadis betul bile ingatkan giginya yang hitam tu ditambah lagi air semburan dari mulutnya). Saiful macam nak muntah tapi dia tahankan saja. Tok tu pun membaca jampi-jampinya dan memasukkan entah apa-apa ke dalam mangkuk kemenyannya. Lalu last sekali dia mengambil gunting dan menggunting sedikit rambutku dan dimasukkan ke dalam mangkuk kemenyan itu. Beberapa belas minit kemudian, rumah itu seperti digegarkan oleh gempa bumi yang kecil. Lampu-lampu lilin berkelip-kelip dan sesetengahnya terpadam. Barang-barang berjatuhan dari kedudukan asalnya. Aku berasa gementar, bulu romaku meremang. Kulihat Saiful sudah mula bergegar,peluh membasahi seluruh wajahnya. Desak pula kelihatan selamba tapi aku tahu dari reaksi wajahnya dia juga sebenarnya takut. Selesai sahaja Tok itu membacakan jampi serapahnya, keadaan menjadi tenang semula.

” Ako nemu ikao di inti, muncullah nemujuk diri ikao! Ako tuju nak nemung ni! ( Aku tahu kamu berada di sini! Tunjukkanlah dirimu aku ingin berbicara denganmu!)” Kata Tok itu langsung tak diketahui oleh kami bertiga.

Mungkin itu adalah satu caranya dia berkomunikasi dengan makhluk yang sudah meninggal. Tiba-tiba ruangan dalam bilik itu bergegar. Lilin yang ada dalam ruangan itu mati satu persatu. Yang tinggal hanyalah lilin yang berada di atas tengkorak kepala manusia bersebelahan dengan Tok itu sahaja. Saiful memegang tanganku, tubuhnya menggeletar. Desak juga sudah semakin gelisah.

“Max, aku takut ni… Dashyat sungguh. Aku tak tahan weh…” Airmata Saiful sudah mula mengalir (Tears of Fear).
Aku cuma mampu mendiamkan diri sahaja. Sebenarnya aku pun takut juga. Namun, aku kuatkan sahaja semangat aku.

“Nenjuk diri ikao sini!!!(Tunjukkan diri awak!!!)” Kata Tok itu dengan suara yang keras.

“Isk…isk….hnss…UWaaaaa…UWAAAAAHAHAAAHHAHAHAHAHAHHAhahahahaah…” Satu hilaian tangis  yang panjang diiringi dengan ketawa di penghujungnya memenuhi ruangan bilik tersebut. Muncul satu lembaga berbaju putih dan berambut panjang di satu sudut bilik itu. Wajahnya ditutupi dengan rambut yang panjang dan baju putih  lusuhnya dikotori dengan darah.

“Tidaak…tidaakk!! Ikao bukan ako nemu!! Menjauh!!! Ako mau pewida tua nunju!! ( Bukaan…bukaaan..!! Bukan kamu yang aku panggil!Pergi! Aku mencari roh wanita tua! PERGI!!) Tok itu bersuara keras sambil kedua tangannya menampar lantai pondok. Makhluk itu menekup kedua telinganya lalu perlahan-lahan menghilangkan diri. Tok itu menarik nafas lega.

 Kami hanya mampu diam sahaja menunggu apa yang bakal datang seterusnya

Kami hanya mampu diam sahaja menunggu apa yang bakal datang seterusnya. Beberapa minit kemudian, lilin-lilin yang terpadam dalam ruangan itu menyala kembali. Saiful terketar-ketar sambil menarik lengan baju Max.

“Saiful? Awak kenapa?” Max menegurnya.

“Max….di belakang Tok I…itu….” sambil menundingkan ibu jarinya menunjukkan apa dilihatnya dengan terketar-ketar.

Aku dan Desak melihat tepat ke belakang Tok itu. Memang tak salah lagi!! Hantu wanita tua itu telah muncul dihadapanku.  Kepala wanita tua itu menunduk kebawah. Dia tunduk menatap lantai.

” Mengapa kamu menganggu anak muda ini?” Tok itu mula bersuara.

Wanita tua itu tidak menyahut dan masih lagi menunduk. Jantungku kini sudah berdegup semakin laju.

“MENGAPA ENGKAU GANGGU ANAK MUDA INI?! Kalau kamu tak bersuara saya akan halau kamu dari dia dan biarkan jasad awak tak diurus dengan sempurna. Biarkan roh kamu bergentayangan di alam manusia ini!” Tok itu bersuara sedikit keraas.

“Daraah……. ha…rus…. di…ba…las…den…gan..da..rah..nyawa….” Wanita tua itu bersuara dengan tersekat-sekat dan patah-sepatah.

“Darah?” Max tidak mengerti apa yang dikatakan oleh wanita tua itu.

“Nampaknya, dia nak balas dendam.” Tok itu memberi penjelasan.

Aku sangat terkejut. Lidahku kelu, apakah wanita tua itu mahu aku membunuh Suami anaknya untuk membalas dendamnya? Itu tidak akan terjadi!! Gila! Masa aku harus menolongnya dengan membunuh orang. Nyawaku juga bisa terancam!!

” Tok, a….apa dia mahu.. sa.. saya ..” belumpun sempat aku menghabiskan kata-kata Tok tu dah memotong.

“Jangan risau anak muda, dia tidak akan menyuruh kamu membunuh lelaki itu. Kerana dia sendiri yang akan membuat lelaki itu terbunuh. Dia cuma mahu kamu tolong carikkan anaknya dan meminta mereka menguburkan mayatnya.” Kalih Tok itu lagi.

Walaupun semua seperti tidak masuk akal aku terpaksa akur juga. Bagi menghentikan semua keangkeran ini. Aku harus menyelesaikannya!!

“Baik Tok. Tapi di mana saya boleh mencari anaknya. Sedangkan dalam seimbas lalu yang dia tunjukkan pada saya anaknya masih dekat Oversea. Takkan saya nak keluar negara?” Balasku.

“Baiklah, dia akan membantu kamu, boleh bagi tahu dimana anak kamu sekarang dan namanya?” Kata Tok tersebut kepada wanita tua tersebut.

“…. Tara… Thaira Samuel…Penampang Sugud..  sekolah rendah ..gereja..” Wanita tua itu cakap dengan tersekat-sekat.

“Saya tahu tempat itu!!” Desak bersuara.

“Baiklah…  Terima kasih.. Itu saja yang saya perlu dari kamu. Kamu boleh pergi dan janji jangan ganggu anak muda ini buat sementara waktu. Kalau tidak kamu akan menyesal!” Kata Tok itu kepada wanita tua tersebut memberi amaran.

Perlahan-lahan hantu wanita tua itu lesap meninggalkan ruangan itu. Keadaan kembali tenang semula. Barang-barang yang jatuh sebentar tadi telah kembali  ke tempat asalnya.

“Ergggthh…. So creepy….~!” Bisik hatiku.

“Ingat anak muda apa yang dikatakan oleh wanita tua itu. Cuma kamu sahajalah yang dapat menyelamatkannya. Kerana kamu telah dipilih olehnya.” Sambung Tok itu lagi.

“No prob Tok. Terima kasih kerana sudah membantu teman saya ini. Kami akan membantu dia mengakhiri semua ini.” Desak menjawab.

“Kami…?” Saiful memandang wajah Desak dengan muka yang masih mamai kerana ketakutan sementara aku menenangkannya.

” Terima kasih Tok atas bantuannya. Kalau begitu kami pergi dulu.” Aku, Desak, dan Saiful pun meminta keizinan untuk pergi dari situ. Jam sudah menunjukkan jam 9.15 malam.

“Tunggu!” Tok itu bersuara. Serentak kami bertiga memandang ke  belakang.

“Ini…” Sambil menunjukkan tiga utas rantai yang bermatakan kuku burung  helang.
Kamipun mengambil rantai itu dari tangan Tok  tersebut.

” Ini adalah kalung yang boleh menjaga kamu daripada tidak diapa-apakan oleh roh-roh jahat. Harap-harap ini berguna untuk kalian.” Katanya lagi.

“Terima kasih Tok. Kami terima dengan senang hati.” Kataku.

Lalu kami pun berlalu meninggalkan tempat itu.

Di rumah Desak, kelihatan emaknya sedang menunggu di luar pintu sambil mencekak pinggang. Jam sudah menunjukkan tepat jam 11 malam. Tapi kelibat mereka tidak kelihatan.

“Aiss…mana lah bebudak ne pergi?? Dah saya suruh Desak tu balik awal ..” gerutu mak Desak.

” Sabarlah tu maknya oi. Mungkin Desak jalan-jalan lagi ke rumah kawannya untuk bersembang. Sudah lama juga Si Desak tu tidak kembali ke kampung. Maybe rindu kawan la tu.” kalih  ayah Desak untuk menenangkan isterinya.

” Apa yang tak berangnya abang? ne saya dah masak sedap-sedap bha untuk dia makan sama kawan-kawannya. Spesial lagi saya masak tau tak? Penuh kasi sayang! Hmph.. sekarang makanan tu pun dah sejuk. Sakitnya hati!” Sambung mak Desak lagi.

Vroomm….vroomm…
Dari jauh kelihatan kereta Wira Desak datang menuju ke rumah itu. Mak Desak dengan pantasnya masuk ke ruang tamu dan duduk di samping suaminya. Menunggu Desak dan kawannya masuk ke rumah dengan kaki kiri ke atas kaki kanan.
Desak, Saiful dan Max masuk ke dalam rumah tersebut.

“Ehemmm!!”  Mak Desak bersuara.

Serentak mereka bertiga tengok ke belakang.

“H….hi mak…hehe…” Desak mengeluarkan suaranya dengan senyuman buatan sambil menggaru-garu kepalannya yang tidak gatal itu.

“Kalian dari mana saja?? Kan tadi mak cakap …balik awal!.. Dalam nada suara emaknya itu sudah diketahui oleh Desak bahwa maknya lagi geram dan marah.

” Sory mak, tadi time nak balik tayar kereta pancut. Saya menelefon kawan lagi tadi untuk menggantikan tayar kereta. Sebab itu kami lambat.” Desak memeluk ibunya untuk memujuk.

“Hmm ..yela… mak panaskan balik lauknya, kamu semua pergi mandi dulu. Lepas tu makan nanti ya.” Ujar Mak Desak, sejuk hatinya bila dipeluk anak kesayangannya itu.

Lalu, kami bertiga pun masuk ke kamarnya Desak dan saling berganti giliran untuk membersihkan diri. Aku masih teringat akan kejadian di rumah Tok itu sebentar tadi. Aku berasa pelik kerana nenek tu tidak sekuat seperti apa yang dia lakukan setiap hari untuk mengangguku. Setelah kami bertiga selesai mandi, kami bertiga pun turun ke bawah untuk menjamah selera. Sungguh sedap masakan yang dimasak oleh ibu Desak, Ada sayur kangkung masak belacan, ayam goreng kunyit berempah dan sambal telur. Kami makan sungguh berselera pada malam itu. Habis nasi satu periuk kami bantai(hahaha). Setelah selesai makan, aku dan Saiful membantu mengemaskan meja makan dan membasuh pinggan mangkuk.

” Sedap juga ya Sak, mak awak masak. Kalo macam ne bolehlah aku mari selalu.” kata Saiful memuji dengan nada nakalnya.

” Mestilah, mak aku. Tengok anaknya. Hahaha… no problem.. tapi make sure ko kena beli barang dapur juga nanti. Hahahahaah.”Kalih Desak.

“No problem mah..hahahah”balas Saiful pula.

Aku hanya tersenyum melihat telatah besfren aku nih. Aku bersyukur punya besfren yang memahami dan berusaha serta sentiasa bersama aku di masa aku dimasa senang dan susah.  Setelah selesai mengemas, aku, Saiful dan Desak pun masuk ke ruang bilik untuk tidur. Syukurlah mak Desak telah menyediakan katil spare untuk aku dan Saiful tidur, kalo tak, alamatnya tidur kat lantai je la..
Aku melihat Saiful dan Desak sudah nyenyak tidur. Aku masih tidak dapat memejamkan mataku walaupun sudah banyak kali aku berusaha untuk tidur. Dalam fikiranku asyik teringatkan wanita tua itu sahaja. Sedang asyik aku mengelamun,  aku terasa hendak pergi ke tandas. Aku pun berdiri dan keluar dari bilik Desak untuk pergi ke tandas. Sedang seronok aku membuang air kecil, tiba-tiba lampu tandas malap dan berkelip-kelip. Aku menelan air liur. Jantungku berdegup kencang. Aku mempercepatkan aliran kencing aku dengan meneran perutku, aku ingin segera pergi dari situ!! Setelah selesai kencingnya, aku cepat-cepat memasang kembali celanaku dan ingin berlalu keluar dari tandas itu. Malangnya, tombol pintu tandas itu terkunci. Tangan aku semakin bergegar, degupan jantungku pun semakin cepat. Aku ingin mengeluarkan suara jeritan untuk meminta pertolongan, tapi suara aku tersekat. Airmata aku mula mengalir. Di dalam hati ini hanya mampu berdoa kepada tuhan sahaja.

“Ya tuhan bapa kami yang ada di syurga….dimuliakanlah namamu,datanglah kerajaanmu, jadilah kehendakmu di atas bumi seperti di dalam syurga, janganlah engkau masukkan kami kedlam pencobaan ,tetapi bebaskanlah kami dari yang jahat.. Amin..”aku berdoa( Kristen prayer)

Setelah selesai aku berdoa,  tiba-tiba lampu berkelip dengan lebih laju dan ruangan dalam tandas itu bergegar dengan kuat. Aku memejamkan kedua belah mataku rapat-rapat sambil memanggil nama tuhan. Akhirnya, gegaran tersebut berhenti, namun lampu dalam tandas tertutup menjadikan suasana dalam tandas itu gelap gelita. Aku berusaha untuk memusingkan tombol itu agar terbuka namun masih juga hampa. Perlahan-lahan aku membuka mataku, aku melihat kiri dan kanan sambil badanku terketar-ketar. Aku merasakan ada seseorang yang sedang memegang bahuku. Rambutnya bersentuhan dengan wajahku.

‘To….tolong!!!!!!” akhirnya suara aku keluar.

Tiba-tiba pintu tandas terbuka. Aku dengan laju meninggalkan tempat itu tanpa melihat ke belakang lagi sambil berteriak meminta pertolongan.

“Maxx…??Maaax???” satu suara menyapaku.

Aku membukakan mataku, tubuhku mengigil dan kepanasan. Peluh menjatuhi dan membasahi badanku. Terlihat Saiful dan Desak sedang mengamati wajahku dengan risau. Rupanya aku bermimpi.

” Max? Awak ok tak? Awak demam ni. Tubuh awak panas sangat.”Kata Saiful.

“Sa…. saya ok…” jawabku.

Aku cuba  bangun dari tidur, kulihat jam menunjukkan jam 6.35pagi. Namun tiba-tiba kepalaku berasa pening  sangat dan aku pun jatuh pengsan.

“Maaaxx!!!!!!Maxx!!” kata terakhir aku dengar sebelum aku menutup mataku.

Aku terkejut dan terbangun apabila aku berasa ada sesuatu yang mengalir di wajahku dan amat sejuk. Aku pantas membukakan mataku. Rupanya, Si Saiful membasahkan wajahku dengan air sejuk untuk mengejutkan aku. Aku lantas terbangun dan mengelap wajahku dengan tangan.

“Finally, akhirnya bangun juga  kau Max. Dah banyak kali kami kejutkan. Dah dua jam engko pengsan. Sebab tu aku try percik air sejuk kat muka nko. Nasib bukan air panas.Hahaa..” Sergah Saiful.

“Aku…. aku tak apa-apa.. cuma mimpi buruk saja.” Kataku.

” Serius ke ko okey ni Max? Macam tak ok jak aku tengok.”Kalih Desak pulak.

“Takkdelah..aku okey.”kataku selamba.

“Haa…memandangkan kawan awak dah bangun jom kita makan santapan tengah hari sama-sama.”Kata mak Desak memotong perbualan kami.

Tanpa berlengah-lengh lagi kami pun bergegas berdiri dan menuju ke dapur,
Setelah selesai makan dan mengemas serta mencuci pinggan mangkuk di dapur aku kembali ke kamar Desak. Aku melihat jam tanganku sudah menunjukkan jam 12.45pm. Aku merebahkan diri ke katil dan meletakkan belakang tanganku di atas kepala. Aku masih terbuai-buai mimpi yang aku mimpi semalam.

“Eheeeem!!” Tiba-tiba ada suatu suara berdehem dari luar pintu.

“Aku membuka pintu dan melihat ayah Desak berada di luar pintu sambil tersenyum.

“Iye pakcik..ada apa ya?”tanyaku sambil berdiri dan duduk di tepi katil.

“Erm..boleh pakcik masuk?”katanya.

“Er…boleh..masuklah pak cik lagipun ini kan bilik milik anak pak cik juga.”kataku lagi sambil mengukirkan senyuman padanya.

Lalu dia pun masuk kedalam bilik dan duduk d bucu katil bersebelahan denganku.

” Nak, sepertinya kamu punya masalah. Kamu baik-baik saja? Dari tadi pak cik nampak kamu tidak tenang.” Kata ayah Desak membuka bicara.

” Er.. Saya okey pak cik. Saya tak apa-apa.” Kataku.

Lalu ayah Desak memegang bahuku sambil berkata lembut;
” Pak cik tahu kamu lagi ada masalah. Tapi pak cik tak nak masuk campur hal korang. Sebaiknya kalian selesaikan segera apa yang belum selesai. Boleh-boleh apa yang terjadi ini akan memburukkan kesihatan kamu.” Kata ayah Desak sehinggakan aku terkejut besar.

“Ah? Erm.. okay pak cik.. saya okey la..hehe(ketawa hambar)( Eh? Macamana dia tau aku ada masalah ni? Mustahillah Desak membertitahu ayahnya perkara ini. Sedangkan dia sendiri yang tak nak keluarganya tahu tentang hal ini.)” Bisik hati kecilku.

” Jangan risau semuanya baik-baik sahaja. Dan semuanya pasti akan terbongkar nanti.” Kata ayah Desak lagi membuat aku semakin pening dan bercelaru.

“Er.. pak cik tahu dari mana ni? Apa yang terbongkar pak cik?” Kataku dengan nada yang tinggi sedikit kerana terkejut dan takut.

Ayah Desak cuma tersenyum sahaja dan tiba-tiba dia meniup mataku sehinggakan aku terkebil-kebil dan mengusap-usap mataku dengan jari akibat terkena hembusannya. Setelah aku membuka mataku, ayah Desak sudah tidak ada dihadapanku. Aku memandang sekeliling. Tubuhku mengingiil dan bulu romaku meremang.

“Eh? Tadi pak cik tu ada di sini. Di mana dia menghilang? Mustahillah dia dapat pergi begitu cepat. Pintu pun tak terdengar dibuka oleh seseorang. Pelik bin ajaib!!” Aku mengomel sendirian.

” Takkanlah….. tadi yang bercakap tu…. ha….HAAANTUUUU???!!”

“Wei? Mengelamun lagi ya?” Tiba-tiba satu suara menyapaku membuatkan aku terkejut.

“Ish! Kau ni Pul tak habis-habis nak sakat aku.”kataku geram.

“Hehe… alaa…sorylah..tak sengaja… kau tengah fikir apa tadi?” kalih Saiful.

” Eh, Pul nak tanya ni. Tadi masa aku naik kat atas pergi bilik si Desak. Ayah Desak ada naik tak?” Kataku.

” Ayah Desak? Ape yang ko merepek ni Max. Ayahnya kan dari tadi pagi sudah tidak ada di rumah. Pergi kota nak beli barang dapur yang si mak Desak suruh. Tak nampak ke tadi dia tak join kita makan?” balas Saiful kehairanan.

“Yeke??? Sebab tadi dia ada masuk kat bilik aku. Dia kata selesaikan perkara ini dengan cepat , kalo tak aku akan sakit kuat. Lepas tu dia kata lagi semuanya ini pasti akan terbongkar. Aku tak fahamlah Pul. Kenapa aku?? Kenapa aku dipilih untuk semua ini?? Aku tak tahan dah!!!Arghhh!!!” aku menekan kepalaku dan meramas kepalaku dengan kuat. Aku betul-betul stress out.

” Max! Max… sabar Max. Ko kena kuat. Maybe itu petunjuk untuk ko bagi semua yang terjadi ini. Or nenek tu menjelma jadi pak si Desak kot.” Kata Saiful cuba menenangkanku.

“Apa yang terjadi ni? Siapa yang menyamar jadi ayah aku” Desak muncul dari depan bilik dan masuk duduk bersebelahan dengan aku dan Saiful.

Saiful menceritakn semua perbualan kami sebentar tadi kepada Desak.

” Max… sabar ya… kita akan ber…”belum habis Desak mengucapkan kata-katanya aku terus mengenggam tangannya dan memandang wajahnya.

” Sak, please jom pergi. Aku nak cepat end semua ni. Aku dah tak tahan.Skarang nih ,aku rasakan yang aku dah ada 6 sight. Aku rasakan hantu yang tak ada kaitan dengan nenek tu pun dah mula menganggu aku. Please Sak. Boleh kita pergi sekarang?” kataku.

Desak memandang aku, aku memandangnya dengan penuh harapan. Akhirnya Desak mengeluh dan akur denganku.

“Baiklah Max, aku akn berbincang dengan mak aku dulu ya. Nak bagitau dia. Korang packing la siap-siap. Tinggal kita jalan sahaja lagi nanti” Jawab Desak lalu keluar dan turun ke bawah untuk bertemu dengan emaknya.

Aku tanpa banyak bicara segera mengemaskan pakaianku diikuti dengan Saiful.
Tepat jam 3 petang aku, Desak dan Saiful pun berangkat pulang. Mak Desak sempat memberikan kami buah-buahan dan lauk untuk dimakan sesampainya di KK nanti. Selepas bersalaman kami pun berangkat pulang. Dalam perjalanan pulang aku mengelamun sambil memandang ke luar tingkap. Saiful macam biasa,mula sibuk dengan Mobile legendnya dekat seat belakang kereta.

“Max, ko da bagitau bos kamu ke? Ko taknak minta cuti lagi sehari?Kata Desak memecahkan suasana.

”  Ye tak ye juga. Lupa.” kataku sambil mengambil hpku di dalam poket seluar. Aku mendail nombor hp  ketua sekuritiku. Pak Bravo( kami memanggilnya Pak Bravo sebab dia berbadan tegap dan sasa. Kuat dan macho.Hehehe.. Ada tali pinggang hitam dalam Shorinji Kempo( Seni mempertahankan diri Jepun).

“Despacito quierro respirar tu cuello despacito      (antah…antah….antahhhh(entah).. tidak tahu lagunya), bunyi  ringtone Pak Bravo. Lagu viral itu harus kalo sama Pak Bravo.
“Hello” Pak Bravo menyambut panggilanku.

” Hai Brav.. Sory aku tak dapat datang kerja dalam dua hari ini sebab aku ada masalah.” Balasku.

“Baiklah, tapi make sure give MC letter ok?” Balasnya pendek. Pak Bravo memang faham dengan aku lagipun kami ging karas(teman baik). Dia tahu aku serius dengan kerja aku tak akan ambil cuti tanpa alasan yang kukuh.

“Ok,thanks Brav.” Balasku.

Lalu talian dimatikan.

” Ya tuhan, aku berdoa kepadamu tolonglah aku menjalani semua ini. Bantulah aku agar semua ini boleh berakhir dengan cepat.” Bisik hati kecilku berdoa.
Setelah beberapa jam kami berjalan kamipun sampai di apartment aku. Kami mengambil keputusan untuk pergi ke rumah yang dimaksudkan esok hari. Saiful dan Desak juga meminta cuti untuk membantu dan menemani aku. Syukur aku mempunyai kawan seperti mereka ini. Lagipun kami dah macam adik-beradik. Aku melambaikan tanganku sebagai ucapan selamat tinggal pada malam tu lalu aku masuk kedalam apartmentku. Sesampai saja aku, aku terus meluru ke dalam bilik dan merebahkan tubuhku ke atas katil.

“Penatnya…”aku mengeluh pendek.

Tanpa ku sedari aku tertidur. Kali ini, aku bermimpi lagi. Seorang gadis kecil yang comel sedang berlari-larian di dalam sebuah kebun bunga. Tampaknya dia sangat gembira sekali. Di kawasan taman bunga itu ada dua kelibat manusia yang sedang mengejarnya, ayah dan ibunya. Mereka bagaikan sepasang keluarga yang tersangat bahagia. Gadis kecil itu memeluk ayahnya dan menciumnya. Ayahnya mengangkat budak kecil tersebut dan mengendongnya di atas bahu sambil ibunya mengambil gambar mereka. Aku tersenyum melihat mimpi tersebut. Ia teringatkan aku tentang ibuku. Tapi wajah mereka agak samar-samar membuatkan aku tidak dapat melihat wajah mereka dengan jelas.
Saaappp! Aku diserap lagi kedalam mimpi seterusnya, Kali ini aku berada disebuah rumah yang indah di waktu petang sekitar jam 7. Tiba-tiba terdengar bunyi pinggan kaca jatuh kelantai dari arah dapur. Selepas itu, makin banyak bunyi pinggan yang jatuh berderai ke atas lantai. Aku bergegas berlari ke arah dapur dan melihat apa yang terjadi. Aku melihat wanita yang sebentar tadi berada di dalam taman sedang memegang sebilah pisau yang berlumuran dengan darah sambil menangis. Dari arah tingkap jendela aku melihat kelibat seorang lelaki yang bertopeng melarikan diri dengan memegang kakinya yang luka. Tiba-tiba terdengar teriakan suara anaknya dari arah pintu dapur melihat ayahnya mati disamping ibunnya yang memegang pisau. Anaknya berlari keluar dari rumah itu. Ibunya mengekori dia. Skip cerita, polis dan ambulans pun datang. Wanita tersebut menceritakan hal sebenar kepada pihak polis tersebut. Anak gadis mereka menangis teresak-esak sambil memeluk mayat ayahnya sebelum dibawah pergi oleh pekerja hospital.
Kringgggg!!!!kringgg!!!!
Aku terkejut lalu terbangun. Aku melihat jam mejaku menunjukkan jam 7 pagi. Aku bangun dan membersihkan diri. Ini kerana aku dah berjanji dengan Saiful dan Desak untuk keluar awal bagi mengelakkan kesesakan jalan raya. Tepat jam 7.30 pagi, kereta Desak sudah berada di hadapan apartmenku. Aku pun keluar dan kami pun meneruskan perjalanan. Sebelum pergi ke tempat yang hendak di tuju, kami singgah sebentar di Dongonggon untuk bersarapan. Kami memilih sebuah restoran yang terkenal dengan makanannya, di belakang Mega Long shopping Mall berhampiran dengan tokong China. Setelah selesai sarapan, kami pun meneruskan perjalanan ke Sugud.  Saiful menunjukkan jalan ke destinasi yang dituju. Akhirnya tepat jam 8 setengah pagi kami berada di sekolah yang mempunyai gereja yang dimaksudkan oleh Tok itu. Dimana tempat tinggalnya anak wanita tua itu. Kami pun bertanyakan orang-orang di sana tentang anak wanita tua itu yang bernama Tara. Syukurlah dia amat terkenal juga dikawasan itu dan kami dapat mencari rumahnya dengan bantuan orang kampung. Kami telahpun sampai kerumah Tara. Rumah agamnya sangat cantik dan indah. Persis seperti di dalam mimpiku.  Kami pun berdiri di depan pintu pagarnya yang besar dan menekan loceng bell.

“Kalian nak apa?” satu suara menyapa di sebuah pembesar suara yang berada dekat tembok simen pintu pagar tersebut.
“Kami nak jumpa dengan Mrs Tara atau Thiara Samuel.”Balas Desak.

“Ada apa urusan kalian mencari ku? Aku tak ada masa ni. lain kali saja. Aku nak berkemas ke Australia.” Balas suara itu lagi dengan sombong.

“Sebentar mrs.! Kami ke sini untuk membahas tentang ibu awak. Its really important mrs. Tara. Kami sekarang diganggu olehnya, maksudku, aku sekarang diganggu olehnya. Boleh tak kita berbual sebentar.” Aku membalas percakapannya.

Tiada balasan darinya. Aku berasa geram dan baru saja hendak menekan kembali lonceng itu. Namun tiba-tiba keluar seorang perempuan dari pintu gate. Seorang wanita yang sangat cantik dan seksi sedang berdiri dihadapan kami bertiga.

                                                                               (Gambar hiasan)

(Gambar hiasan)

“Silakan masuk.” Jawabnya pendek.

“Waaw….begini ke rumah orang kaya? Seriously fantastic.. tengok ada lamborghini laaa.. ” Kata Saiful dengan jakunnya.

Desak mencubit lengan Saiful tanda unntuk mendiamkannya.

“Adoi sakitlah.” Balas Saiful.

Sesampainya kami di dalam rumah itu, kami semua ternganga.

Ini rumah ke istana??” Kata Saiful lagi.

Kami hanya mengangguk kepala sahaja tanda setuju.

“Jemputlah duduk.” katanya pendek.

Lalu kami pun duduk di sofanya yang empuk itu sambil dihidangkan teh dan kuih-muih oleh orang gajinya.

“So, apa yang korang nak cerita pasal ibu aku ni?” katanya lagi dengan muka serius.
“Awak tau tak mana ibu awak sekarang?” kataku lagi.

” Ya, Aku tahu dia sekarang berada di kampung kerana dia tidak menyukai suamiku dan menurut suamiku dia selalu menceritakan cerita buruk tentang aku ke dia! Anak dia sendiri.” Katanya dengan perasaan kesal.

” Ini bermaksud kamu lagi mempercayai suamimu daripada ibumu sendiri la ya?” balasku lagi.
Dia tidak dapat membalas pertanyaanku.

“Cepat katakan apa yang penting sangat mengenai ibuku? Dia nak duit lagi ke? Kalihnya lagi.
Aku yang berang dengan kekurang ajaran anaknya itu langsung menampar meja ruang tamunya itu dengan kuat. Desak dan Saiful amat terkejut.

” Boleh tak, awak jangan membuat spekulasi yang membuta tuli sebelum aku mula menjelaskan??! Tergamak awak cakap ibu awak sendiri dengan perkataan kasar sebegitu.” Kataku dengan nada yang tinggi kepadanya.

Rasa hormatku padanya hilang sekelip mata diatas sikapnya itu. Aku tak kisah la dia itu siapa. Percakapan dia tu dah kurang ajar sangat terhadap orang tua terutama ibunya sendiri yang membesarkannya.

“Ibu awak tu dah meninggal 5 hari yang lalu! Dia kemalangan dilanggar oleh kereta Vios berwarna hitam tepat jam 12:05am di depan mall tempat aku bekerja. Kejadian tersebut betul-betul berada tepat di depan mataku,bagaimana ibu awak dilanggar oleh kereta itu dengan kejam! Dia sangat sayangkan awak, tapi awak cakap ibu awak sendiri begitu?? Anak jenis apa kau ini?? Jenazah ibu awak sampai sekarang belum diuruskan dan masih dalam peti mayat hospital queen! Dia berharap sangat yang awak boleh menyempurnakan pengebumiannya.” Sambungku lagi.

Dia terkesima. Seolah-olah bagai ditusuk sembilu. Air matanya mengalir membasahi pipinya.
“ibu….” dia mula menangis.

” Siapa yang melanggar ibuku dan kenapa dia sampai boleh pergi ke KK(Kota Kinabalu) sendirian sedangkan suamiku berkata dia telah pulang ke kampung. Iskk..isk.. ini tidak mungkin terjadi!!”sambungnya lagi dengan tangisan yang teresak-esak.

“Setelah ibu awak meninggal dia selalu muncul dalam mimpiku dan memberikanku mimpi-mimpi buruk tentang apa yang berlaku terhadapnya. Ibu awak di dera oleh suami awak semasa ketiadaan awak di rumah. Mak awak selalu merintih-rintih memanggil namamu sebelum suamimu menghantar dia ke rumah jagaan orang tua-tua! Adakah itu yang engkau bilang bahawa ibumu memburuk-burukkan dirimu. Mana mungkin seorang ibu memperburukkan anak kandungnya sendiri. Apalagi anak yang dikasihinya!” Balasku lagi.

“Ibu di mana sekarang?? Bawa aku ke hospital queen sekarang juga.” katanya sambil menangis teresak-esak.

“Okay, tapi suamimu mana? Sejak dari tadi aku tidak melihatnya?” Tambahku lagi.

“None of your business. Just bawa saya ke hospital itu sekarang juga!” perintahnya.

Walaupun aku geram, aku turutkan juga kerana aku ingin semua ini berakhir. Ternyata wanita tua mempunyai seorang anak yang rude dan sombong. Kami pun pergi ke hospital dengan kereta Alphard hitamnya. Sesampainya di hospital, kami terus menuju ke ruangan daftar dan menanyakan tentang mayat wanita tua tersebut. Setelah itu, kami bergegas pergi ke bilik mayat yang berada di tingkat 2 bangunan tersebut. Tara melihat mayat ibunya yang terbujur kaku itu dengan perasaan sedih dan air matanya tidak henti-henti mengalir.

” Ibu, maafkan Tara. Sebab Tara …  ibu jadi macam ne. Tara  tak tahu bahwa ini semuanya perbuatan Si Nicholas!” Katanya kesal.

Setelah itu, kami membantu Tara untuk menguruskan jenazah itu untuk dibawah pulang ke rumah. Saudara mara Tara membantunya membelikan coffin sementara Tara dan kami bertiga membawa mayat pulang ke rumah. Berita kematian emak Tara gempar di seluruh kawasan Penampang. Terutamanya di Penampang,Sugud. Sesampai di rumahnya, saudara mara Tara sudah ada disana. Mereka membantu membawa masuk mayat wanita tua itu dan membersihkannya serta memakaikannya pakaian yang elok-elok sebelum di masukkan ke dalam keranda. Nampaknya, misi aku belum selesai kerana Tara meminta aku dan temanku menetap malam itu dirumahnya untuk menghormati pemergian dan pengebumian ibunya pada esok hari. Aku melihat Desak dan Saiful menganggukan kepalanya. Lalu kami bersetuju. Tetapi bukan kami sahaja, saudara maranya yang datang dari  jauh juga datang ke sana. Tara adalah anak tunggal dalam keluarga itu. Tidak mustahillah segala harta kekayaan di wariskan kepadanya.
Kami disediakan bilik tamu khas untuk kami tidur. Saiful dan Desak berasa teruja kerna first time tidur di katil empuk yang mahal style VVVIP. Aku hanya tersenyum melihat telatah mereka berdua. Jam menunjukkan jam 11.35malam. Aku terasa hendak membuang air kecil lalu aku pun keluar dari bilik itu untuk mencari tandas. Kebetulan pula bilik kami akan melalui biliknya Tara untuk menuruni tangga. Baru sahaja aku hendak lalu dari tempat itu aku tercuri dengar perbualan Tara di dalam telefon dengan seseorang. Aku pun menahan kencingku sekejap dan menekapkan telingaku dekat pintu biliknya.

" Perempuan tua itu sudah dijumpai oleh tiga pemuda dekat hospital queen! Bahkan, aku sengaja tidak mengambilnya kerana aku malas la ! Kenapa dia boleh balik lagi dengan memberikan mimpi-mimpi penampakan terhadap lelaki itu??! Ini boleh membatalka...

” Perempuan tua itu sudah dijumpai oleh tiga pemuda dekat hospital queen! Bahkan, aku sengaja tidak mengambilnya kerana aku malas  ! Kenapa dia boleh balik lagi dengan memberikan mimpi-mimpi penampakan terhadap lelaki itu??! Ini boleh membatalkan semua rancangan aku! “Katanya lagi

Aku sangat terkejut dengan kata-kata Tara. SAH!! Dia bukan sahaja wanita yang sombong dan plastik! Namun dia juga sangat licik. Aku cepat-cepat mengambil telefonku dan merakam perbualannya.

“Aku dah buat keputusan Moses. Malam ne tepat jam 12:05 pagi, aku akan membunuh tiga pemuda  itu. Kalau tidak semua ni boleh hancur! Jika mereka tahu laki aku yang membunuhnya aku boleh kacau!! Semua plan aku musnah!!

Tak! Bukan macam itu, aku boleh saja menyumbatnya dalam penjara tapi masalahnya aku sudah membunuh suamiku dan sudah kutanam di belakang rumah dekat taman bunga ros ayahku! Katanya lagi.

Aku menjadi bingung dan amat terkejut. Tidak kusangka bahwa anaknya sendiri yang sudah membunuh ibunya dan berdendam dengan ibunya! Atas sebab apa? Aku pun tidak tahu sangat. Aku meneruskan lagi mendengar perbualan mereka.

” Husbie aku..opz..silap maksud aku ex husbie aku yang tak guna tu gagal dalam rencananya untuk memasukkan mak aku ke dalam rumah jagaan orang-orang tua! Aku dah cakap just kill it! Tapi tak nak dengar juga. So, aku lemaskan dia time dia mandi kerna geram dan marah dengan tindakannya yang kurang bernas itu. Aku sendiri telah melanggar ibuku pada malam itu. Aku benci melihat wajahnya!! Disebabkan dialah, ayah mati!! She’s a murderer!! I hate her!”kata Tara lagi. Selagi pemuda bertiga tu ada disini, kematian ibuku pasti akan lama berakhir dan banyak soal siasat yang akan ditujukan! Stres aku! Moses, I love you. Lepas kes ini selesai, we can be together and more riches than now. Ahhaaahah.” Jawab Tara kepada pemuda bernama Moses itu dalm taliannya. Malam ni, aku nak kau datang bawa ubat racun yang aku nak tu.  Just bagitau bila awak sampai ya. Make sure 8 minit da sampai. Rumah aku dengan kau tak jauh mana.” Katanya lagi.
“Okay sayang, Love you too..muaah~ lalu dia pun menamatkan perbualan.

Aku men-save perbualannya yang tadi aku rekod dan bergegas pergi ke tandas kerana tidak tahan.

“Aku harus segera beritahu Desak dan Moses ni. Gila perempuan ni!” Bisik hatiku. Jantungku berdegup semakin laju dan kencang. Perasaan takut dan geram bercampur dalam diriku.

Puzzle cerita hidup wanita tua ini sungguh menyedihkan. Satu-satunya anak perempuan yang disayanginya tega membunuh ibunya sendiri disebabkan dendam yang tidak ada kepastiannya.
Jam menunjukkan jam 11.58pm. Aku bergerak pantas menuju ke kamar tempat kami diberi tidur. Aku segera mengejutkan Desak dan Saiful agar bangun. Aku menjenguk ke luar pintu. Kulihat sesusuk tubuh lelaki yang tinggi lampai datang masuk kedalam kamarnya. Lelaki itu kelihatan berumur dan aku lihat mcm pernah melihat wajahnya. Tapi aku lupa di mana. Kami bergegas turun dan terserempak dengan ayah saudaranya. Lalu aku pun menceritakan padanya secepat yang boleh tentang hal yang aku dengar sebentar tadi dan aku menyerahkan telefonku kepadanya agar pergi ke ruang tamu untuk memasangkannya untuk reveal kebenaran bila di beri signal nanti dan kejutkan semua orang yang ada di dalam rumah itu. Ayah saudaranya tidak menyangka bahawa tergamak Tara membunuh ibu kandungnya sendiri.

***
Tara dan lelaki itu,perlahan-lahan menuju ke bilik yang diberikan oleh kami sambil memegang jarum suntikan yang diisikan racun kedalamnya. Kelihatan kami sedang tidur di dalam selimut. Namun, apabila mereka membukanya itu hanyalah bantal dan bantal peluk yang sudah kami pasang untuk memperdayakannya.

“Shit! Mereka terlepas! Cari mereka!” Kata Tara.

Mereka meluru pantas  menuruni tangga dan menuju ke arah kami.

“Pergi Sak! Pul! ” Kataku mengarah.

“Tapiii… Max..”kata Saiful tergagap-gagap.

“Sudah!! Jangan banyak bicara!! Pergi!!” teriakku.

Desak menarik tangan Saiful dan berlari meningalkan aku.

“Honey.. aku bereskan yang dua itu. Engkau bereskan dia ya.”kata lelaki itu dan berlalu pergi mengejar Desak dan Saiful.

Aku melihat jam sudah menunjukkan jam 12:05AM. Aku mengundur langkah dan selangkah ke belakang dan cuba berlari ke ruang tamu. Namun bajuku ditarik olehnya dan aku jatuh. Dia naik di atas badanku dan cuba menusukkan jarum suntikan racun itu  ke pergelangan tanganku. Aku berusaha sedaya upaya untuk menahan tangannya. Namun, tangannya amat kuat tambah dia sedang duduk pada bahagian perut tubuhku membuatkan aku susah bernafas.

“Hahaaha! Matilah kau! Siapa suruh sibuk sangat dengan urusan orang! Sekarang kau sertai perempuan tua itu pergi ke neraka!” Katanya lagi dengan nada yang kasar.

“Kau… kau anak yang derhaka dengan orang tua…membunuh ibumu sendiri harusnya kau …yang.. pergi ke neraka!!” kataku tersekat-sekat sambil menahan tangannya. Dia menarik tangannya dan bersedia untuk menyuntik aku dengan membuka mata yang luas dan terbeliak.

“Hahahahahaahha, sampai jumpa!”katanya.

Belum sempat dia menusuk aku dengan jarum suntikan itu , tiba-tiba lampu dalam rumah agam itu terpadam semua, Selepas itu, mula berkelip-kelip dengan laju. Gambar-gambar yang dihiasi pada dinding rumah agam itu jatuh satu persatu dan bunyi teriakan suara yang kuat memenuhi ruang tersebut. Tara menjadi takut dan panik.

” Ke…keluar!! Siapa itu? Jangan cuba menakut-nakutkan aku!!” katanya sambil tergagap-gagap memandang sekelilingnya.

Aku duduk di tepi tiang dan melihat Tara yang sedang ketakutan dan kebingungan mengacukan jarum suntik racunnya itu ke kiri dan ke kanan.

” Kenapa…kenapa…kenapa semua jadi begini..aku sayangkan kamu,,, sangat sayangkan kamu.. Mama sayang kamu..isk..isk..” kata suara itu menangis tersedu-sedu. Tidak sah lagi hantu  wanita tua itu telah muncul dihadapan anaknya itu.

“Mama?? Ibu saya sudah mati!! Pergi kamu!! Dia seorang pembunuh!! Dia telah membunuh ayah di depan mata saya sendiri!! Kamu bukan ibu saya!! Pergii!!!!” teriak Tara histeria sambil menutup kedua belah telinganya.

“Mama tak menyangka…kamu begini Tara..mama sangat kesal…aaaaargHHH!” Tangisan tersedu-sedu tadi menjadi suara jeritan yang sangat kuat sehingga membingitkan telinga. Keadaan pun menjadi tenang semula.

Lampu-lampu sudah menyala kembali. Aku menatap Tara yang bagaikan dirasuk  syaitan itu. Dia memandangku tajam dan berlari menuju ke arahku dengan mengangkat jarum suntikan itu dan bersiap sedia untuk menyerangku.

“Tara!!!! Cukup semua ini!!!!” Kedengaran suara dari arah ruang tamu yang tidak jauh dari situ.
Tara memberhentikan langkahnya dan melihat ke arah ruang tamu. Kelihatan Moses sudahpun diikat dan dibelasah teruk. Tara tercengang melihat wajah Moses.

“Apa kalian lakukan dengan kekasihku?!” Tara meluru ke arah Moses dan memegang wajahnya.

(Suara rakaman)

“…… Aku dah buat keputusan Moses. Malam ne tepat jam 12:05 pagi, aku akan membunuh tiga pemuda  itu. Kalau tidak semua ni boleh hancur! Jika mereka tahu laki aku yang membunuhnya aku boleh kacau!! Semua plan aku musnah!!

…Takk! Bukan macam itu, aku boleh saja menyumbatnya dalam penjara tapi masalahnya aku sudah membunuh suamiku dan sudah kutanam di belakang rumah dekat taman bunga ros ayahku!

“…Husbie aku..opz..silap maksud aku ex husbie aku yang tak guna tu gagal dalam rencananya untuk memasukkan mak aku ke dalam rumah jagaan orang-orang tua! Aku dah cakap just kill it! Tapi tak nak dengar juga. So, aku lemaskan dia time dia mandi kerna geram dan marah dengan tindakannya yang kurang bernas itu. Aku sendiri telah melanggar ibuku pada malam itu. Aku benci melihat wajahnya!! Disebabkan dialah, ayah mati!! She’s a murderer!! I hate her!..Selagi pemuda bertiga tu ada disini, kematian ibuku pasti akan lama berakhir dan banyak soal siasat yang akan ditujukan! Stres aku! Moses, I love you. Lepas kes ini selesai, we can be together and more riches than now. Ahhaaahah. Malam ni, aku nak kau datang bawa ubat racun yang aku nak tu.  Just bagitau bila awak sampai ya . Make sure 8 minit da sampai. Rumah aku dengan kau tak jauh mana…Love you too..muaah~ ”

“Sejak bila…” Tara speechless.

“Sejak aku hendak terkencing dan tak sengaja lalu kebilik kamu.” Jawabku spontan sambil tersenyum sinis.

Tara memandangku dengan tajam dan cuba meluru ke arahku, namun sempat ditahan oleh ayah saudaranya.

PAAAP! Satu tamparan kuat hinggap ke pipi Tara.

“Sudah Tara!! Cukup semua ini! Kamu keterlaluan!!!” Kata ayah saudaranya.

Tiba-tiba terdengar siren bunyi kereta polis di luar rumah dan sedang mengepung rumah tersebut. Tara ketakutan, Dia cuba untuk lari namun di tahan oleh  pihak polis.

“Lelaki ni??” Kata seorang polis yang berpangkat Jeneral.

“Ya, dia kekasih saya yang dibelasah teruk oleh mereka!! Sepatutnya mereka yang ditangkap!! Bukan saya! Kata Tara dengan kasar sambil menundingkan tangan ke arahku dan dua teman baikku.

” Kekasih?? Are you sure?? This guy la before trying to kill you father and your mother. Nasib mak awak sempat menikam kakinya dengan pisau dan dia tidak dapat membunuh mereka berdua kerana masa tu aku tak sengaja melihat kejadian tersebut sewktu tugas meronda di kawasan ini. Lelaki ini adalah rakan kongsi bapa kamu yang sangat tamak. Oleh kerana ingin memiliki semua wang perusahaan dia membunuh ayahmu dan ambil semua duit itu dan kamu berkasih-kasihan dengannya??? Mak awak cuba meminta aku merahsiakan hal ini kerana dia tidak mahu kamu bersedih dan berasa dendam yang membuak “kata polis jeneral itu berasa sungguh terkejut.

“But, thanks god,orang yang dikehendaki selama ini telahpun ditangkap.” Sambung jeneral itu lagi.

Ia bagaikan satu tamparan hebat bagi Tara setelah mengetahui kebenaran itu. Semua yang ada dalam rumah itu juga turut terkejut. Termasuk aku. Kulihat wajah Tara merah menahan marah dan airmata mengalir deras di pipinya. Dia melihat Moses dengan tajam dan berlari menuju ke arahnya.

“AAaaaahhh!! Lelaki tak guna!! Kau tipu aku!! Kau cuma nakkan harta aku! Worst , u kill my father???” kata Tara sambil menendang Moses dan menamparnya.

“Hahhaa,,sebab kau mudah tertipu dan bodoh! Kau ingat aku suka sangat kat ko??Apa rasanya bunuh emak dan suami awak sendiri? Aahhaha..” kata Moses kepadanya sambil tertawa.

Tara bengang dan sangat marah sambil berteriak dia mencapai jarum suntikan itu dan cuba membunuh Moses dengan menghalakan jarum tersebut pada biji mata Moses. Namun tangannya di tahan oleh jeneral dan dia menggari tangan Tara. Mereka berdua pun dihantar ke police station untuk di soal siasat dan dipenjara.
Keesokan harinya, jenazah mak Tara telah selamat dikebumikan. Manakala, mayat suami Tara yang ditanam di perkarangan taman bunga kawasan rumahnya  telah dibawa ahli forensik untuk dibedah siasat penyebab kematiannya.  Tara merayu-rayu hendak melihat dan menjenguk makam ibunya kepada pengawal penjara itu. Namun tidak dihiraukan. Manakala, Moses pulak diberi hukuman gantung pada September depan kerana telah membunuh dan melarikan wang yang banyak serta terlibat dalam  mengedar dan menghisap dadah.

 Manakala, Moses pulak diberi hukuman gantung pada September depan kerana telah membunuh dan melarikan wang yang banyak serta mengedar dadah

(Sekadar hiasan)

Sepanjang Tara dipenjarakan, dia menjadi semakin tidak waras. Dia sangat menyesal tentang apa yang dia lakukan untuk semuanya. Kadang dia menghantuk-hantuk kepalanya di dinding sehingga berdarah dan luka-luka. Bercakap seorang diri dan melukai dirinya sendiri. Tara sudah kurang waras. Dia betul-betul trauma tentang apa yang terjadi. Setelah beberapa bulan, Tara diletakkan ke dalam rumah pesakit jiwa kerana dia sudah tidak waras lagi dan akan tetap tinggal disana seumur hidup. Manakala, rumah asuhan orang-orang tua tempat ibunya di letakkan sebelum ini telah ditutup dan kesemua warga tua yang ada di sana telah dipindahkan ke tempat baru yang lebih selamat. Wanita separuh umur dan beberapa pekerjanya ditangkap kerana disyaki mendera dan memukul warga-warga tua tersebut.

Akhirnya, aku berasa lega. Semua yang terjadi sudah berakhir terhadap diriku. Walaupun banyak masalah yang aku tempuhi aku bersyukur kepada tuhan dan kedua temanku yang sudi bersamaku walaupun terpaksa menggadaikan nyawa mereka. Pengalaman ini akan kuingati dan akan kuceritakan pada anak-anakku kelak agar tidak menjadi anak yang derhaka, hormat orang yang lebih tua serta tidak lapar akan nafsu dunia. Yang paling penting sekali, percaya kepada tuhan dan selalu berdoa kepadanya. 😉

Hello there~
My name Azuka ~
I used Miss Azuka as an author fr my stories~
i born on 27th April , proudly Taurus
Female and still studying in diploma program
I am a Chef/writer/singer and i love it very much;)
Hobby is writing in relax time and singing also playing music instrumental
Welcome to my Tuliswrite TM page 😉

Love6
Miss Azuka
Miss Azuka
Hello there~ My name Azuka ~ I used Miss Azuka as an author fr my stories~ i born on 27th April , proudly Taurus Female and still studying in diploma program I am a Chef/writer/singer and i love it very much;) Hobby is writing in relax time and singing also playing music instrumental Welcome to my Tuliswrite TM page ;)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *