Ekskavasi: Pulau Empat Juru (Bab 3)
April 13, 2018
Siti Suraya
April 14, 2018

Puaka KM 7

Views:   130

Puaka KM 7

BILA bercerita tentang kemalangan jalan raya aku teringatkan kisah mistik yang berlaku dikm7 jalan kampung telok mawar.

mungkin dizaman kini ramai yang tidak mempercayainya sebab”Manusia pun ada yang lebih dasyat dari peragai hantu” tapi inilah pengalaman aku dan beberapa orang pengguna jalan raya berkenaan.

kemalangan pertama aku masih ingat lagi dimana seorang pemandu maut dan kelindannya selamat

“Betul bang,saya nampak ada pocong,sedar-sedar je saya dan arwah dah rempuh tiang lampu”katanya

aku hanya mengiyakan saya,sebab ketika itu aku tidak mempercayainya.Tetapi berdasarkan pemerhatian aku pokok buluh dibahu jalan itu agak menyeramkan ketika malam,takkan pocong keluar pada waktu siang!”Nampak benor nipunya”

Seterusnya kemalangan yang membabitkan bas,walaupun tidak ada sesiapa yang mati,ini meninggalkan kenangan paling menakutkan aku.Kejadian itu berlaku sekitar jam 1pagi.Aku ke kawasan kemalangan aku nampak orang ramai mengerumi,namun bebola mata aku terpandangkan satu objek putih dicelah pokok buluh itu.

“Kau dah kenapa bro?”Soal seorang lelaki.

“Takda apa-apa”aku menjawab pertanyaannya.

“Takda pa kau cakap badan peluh muka pucat len macam ja aku tengok ni”Soal lelaki tadi.

Aku terus melangkah pulang,namun objek putih tadi hilang daripada padangan

“Fuh,lega”keluh aku sendirian.

Namun sebaik sahaja aku melihat arah tingkap rumah aku lihat objek putih itu telah berada dicermin tingkap,Pocong.

Aku tidak dapat berbuat apa-apa kaku dan kejung…keesokan harinya mak aku hairan aku tidur diluar rumah sedangkan malam tadi aku berada didalam bilik.Aku ceritakan apa yang berlaku dan mak aku jelaskan kenapa Km7 jalan berhampiran rumah aku agak menyeramkan.

“Dulu ada laki bini bawak naik motor anak dia kemalangan,mayat anak dia orang tak jumpa sampai dua hari”Jelas mak aku.

“Aik mana jenazah anak dia hilang?”soal aku.

“Rupa-rupanya terpelesok dalam pokok buluh tu”Kata mak aku lagi.

“Abis mak kenapa pokok tu tak ditebang je”Soal aku.

“Dah macam-macam orang cuba buang,Dukun leman lari tak cukup tanah,haji moksin?orang tua tu lagi poyo baru dengar suara je terkencing”Jelas mak lagi.

“Habis biarkan jela ye?”aku soal mak aku lagi.

“Biarkan jela,lagipun mak dengar jalan depan rumah kita nanti nak dibesarkan,pandai-pandailah pengurus projek tu selesaikan”kata mak lagi.

Bagi aku km7 memang akan jadi laluan mistik sepanjang hayat aku,Pada aku jangan berani bercakap besar jika tidak mahu terima akibatnya nanti.

#Seram

saya memang minat dalam bidang penulisan ini,saya harap rakan2 yang membaca atau mengikuti saya dapat bagi saya galakan dan semangat untuk teruskan perjuangan saya

Love1
FirdausJebat
FirdausJebat
saya memang minat dalam bidang penulisan ini,saya harap rakan2 yang membaca atau mengikuti saya dapat bagi saya galakan dan semangat untuk teruskan perjuangan saya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *