SIAPA YANG PULANG?
May 3, 2018
Sang Pemenang – Ramona Gadis Putih
May 4, 2018

A.I.A (ayah ibu anak)

Views:   273

KASIH IBU MEMBAWA KESYURGA KASIHNYA AYAH MEMBAWA BAHAGIA..SETITIS AIRMATA IBU JATUH KERANA KECEWA SIKAP KAMU MAKA BALASANNYA ANAK DERHAKALAH KAMU SEMENTARA MASIH ADA IBU MASIH ADA AYAH LEKASLAH KITA MEMOHON KEAMPUNAN PADANYA.

ZAMRI mengaru kepalanya,kerana hutangnya semakin membukit Restoren yang diuruskannya pula semakin kurang pelanggannya.

Sabihah isterinya bersimpati dengan nasib suaminya,dia cuba membantu tetapi suaminya melarang bagi zamri jatuh standartnya pada rakan-rakannya kerana menggunakkan duit bini.

“Ala kalau abang tak ceritapun bukan mereka tau”kata sabihah.

“tu abang tau sayang,tapi hutang abang dah banyak sangat”kata zamri

“Berapa?”soal sabihah.

“Seratus lima puluh ribu”kata zamri.

terduduk sabihah mendengar penjelasan suaminya itu.

“Ya Allah bang kenapa banyak macam tu sekali,rasanya restoren tu pun tak hutang sampai macam tu banyak”soal shabihah pada suaminya.

“Abang ingatlah buat sementara ini kita pulang kekampung duduk rumah ayah dan mak abah”kata zamri.

berkerut dahi shabihah mendengar kata-kata suaminya.Sebenarnya shabihah ini juga seorang wanita yang cukup cerewet untuk tinggal dirumah ibu dan bapa mertuanya.

“Abang jela balik,Sayang malas nak balik”kata sabihah.

“Isk awak ni,kalau nasib kita baik nanti bolehlah kita kecek dekat ibu dan abah supaya jual tanah dekat hujung kampung tu”pujuk zamri.

Sabihah menarik nafas panjang,dalam kepalanya terbayangkan nyamuk,panas tanpa aircond tapi apakan daya demi menjaga hati suaminya dia akur.

keesokan harinya mereka kembali dengan harapan supaya ibu dan ayahnya dapat menyerahkan geran tanah itu.

Mereka disambut dengan senyum mesra oleh ibu dan ayah zamri.

“Salam atuk tu tika”arah zamri kepada anak tunggalnya Atikah.

Atikah salam tangan datuk dan neneknya,kemudian masuk kedalam rumah.

“lama ke,kau cuti ni zamri,sabihah?”soal salmah ibu zamri.

“Dalam seminggu ibu,sahaja nak ambil angin kampung”kata zamri.

pehanya dicubit isterinya yang berada disebelah,namun zamri menahan sakit.

Jam 10malam zamri dan sabihah berbincang didalam bilik tidur

“Awak gila ke,cuti sampai seminggu,awak nak suruh tangan kaki saya bengkak digigit nyamuk,agas”kata sabihah.

“Boleh tak awak diam?buatnya ibu ayah dengar macam mana?”soal zamri.

Sabihah tidak melawan kata-kata suaminya itu.

Kedengaran bunyi kokokan ayam menandakan hari sudah menjelang pagi,Azan subuh berkumandang,kadir mengejutkan anak dan menantunya untuk solat subuh namun tiada sebarang jawapan.

“Takpelah awaknye,mungkin diaorang penat sekejap lagi bangunlah tu”kata salmah kepada suaminya.

Menjelang jam 8.00pagi

SARAPAN pagi sudah tersedia diatas meja,lengkap dengan roti dan mentega tak ubah seperti sarapan pagi sabihah dikota.

Zamri hanya mengerling isterinya yang duduk disebelahnya,namun demikian tidak diendahkannya.Dia terus menjamah roti yang telah disapu mentega.

“Ayah mana ibu?”Soal zamri.

“Eh kau ni,baru tiga tahun duk k.l kau lupa dah ayah buat apa?”Soal salmah.

“lupa pulak,Ayah kekebun”kata zamri tersenyum menampakkan giginya.

Suasana sepi seketika,sesekali zamri melihat kedut wajah ibunya kini berusia 68tahun.Namun dek kerana masalah peribadi yang semakin mendesak zamri membuang jauh rasa simpati pada ibunya.

“Ibu sebenarnya kitaorang pulang ni ada sebab”luah zamri.

Salmah terdiam

“Sebab kenapa?”soal salmah.

“Saya ada hutang,ibu”luah zamri.

“Banyak ke,kalau sikit tu insyallah duit ibu simpan ada”kata salmah.

“Seratus ribu lebih”kata zamri.

Salmah terdiam,dia menahan sakit dadanya mendengar anaknya berhutang sebegitu banyak.

“Apa kata ibu,jual tanah hujung kampung tu,Zamri dengar harga dia boleh cecah jutaan ringgit”kata zamri.

“Tak boleh!ibu takkan izinkan”Salmah meninggikan suaranya.

“Ibu jangan jadi bodoh,kalau jual kita semua jadi kaya ibu pun senang”kata zamri.

tiba-tiba sahaja muncul ayah zamri

“Jadi kau balik ni semata-mata nakkan ibu kau jualkan tanah je dan bukannya kerana rindukan kami?”soal kadir.

“Alah yah,jualkan je tanah tu”rayu zamri.

“Aku takkan jualkan tanah tu,itu tanah pusaka”suara kadir agak tinggi,namun sedikitpun tidak menakutkan zamri.

“Baik ayah,ibu kalau korang taknak jual tanah tu sampai kau matipun aku takkan balik lagi kampung!”suara zamri agak tinggi.

kata-kata itu membuatkan salmah dan kadir terkejut besar,Pagi itu juga zamri membawa anak dan isterinya pulang kebandar.

Kadir ayahnya jatuh sakit,kerana kecewa dengan sikap anak lelakinya itu

Salmah menghubungi anaknya melalui telefon,namun tidak dijawab malam menjelang hari demi hari salmah menempuhi hidup berdua,Salmah menjaga suaminya yang kini diserang angin ahmar,dimandikan suaminya diberikan makan,namun salmah tidak pernah mengalah ataupun mengeluh.

kelibat zamri,Isteri dan cucunya masih tidak kelihatan.Salmah teringatkan peristiwa lalu.

“Zamri kalau dah besar nanti,zamri akan jaga ayah dan ibu”kata zamri pada salmah.

kata-kata itu masih terngiang-ngiang ditelinganya,Sebagai seorang ibu dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawab menjaga anak tunggalnya itu hingga berjaya.

SEMENTARA itu

“Sayang dengar ayah sakit,Sayang ada rancangan macam mana nak dapatkan tanah tu”kata shabihah.

“Apa dia?”soal zamri.

Mereka berbisik

“Sayang memang bagus,ok lah esok kita balik”kata zamri.

Setibanya dikampung,Zamri meminta maaf pada ayah dan ibunya.

“Baguslah nak kau dah sedar,ibu dah lama maafkan kau nak”kata salmah.

“ibu nak minum apa,biar saya yang buatkan”kata shabihah.

“Buat jela apa-apa ibu tak kisah”kata salmah.

Shabihah tersenyum sinis pada suaminya,didalam dapur shabihah telah meletakkan ubat tidur didalam cawan minuman ibu mertuanya

Sebaik sahaja salmah meminumnya,salmah terasa matanya amat berat dan akhirnya terlena

Melihatkan keadaan itu sabihah dan zamri mula menyelokar almari bilik tidur ibu dan ayahnya,ayahnya yang terbaring hanya mampu menjerit supaya zamri dan isterinya tidak menyelokar almari.

“Hei bang,bisinglah ayah abang”kata shabihah.

Zamri menekup muka ayahnya dengan bantal,geran tanah pun berjaya diperolehinya.

“Habis ibu abang ni macam mana?buatnya dia buat laporan polis naya kita”kata shabihah.

Zamri terdiam sejenak,namun didukung ibunya sambil dibungkuskan sedikit pakaiaan lalu dibawa ibunya kerumah penjagaan warga emas.

“Abang gila ke?buatnya mereka tanya kenapa hantar ibu kesini apa abang nak jawab nantu”kata shabihah.

“Kau jangan jadi bodoh boleh tak,aku bukan nak hantar terus kedalam aku nak tinggalkan dia ni dekat bus stop ni je,esok mesti orang jumpa”Kata zamri,kini hatinya tidak wujud perasaan belas kasihanya pada seorang yang bergelar ibu.

SEBULAN KEMUDIAN

Mayat kadir ditemukan oleh penduduk kampung,amat menyayat hati ia sudah mereput diatas katil,mereka menganggap salmah isteri kadir tergamak meninggalkan suaminya hingga meninggal dunia.

Salmah tenang dipusat penjagaan warga emas,dia terkilan dan sedih tergamak anaknya zamri menghantarnya kesitu.Sesekali dia menangis sendirian namun dia kerap ditenangkan oleh jalilah staff yang bertugas disitu.

“Makcik,Sabar ye ini semua dugaan Tuhan”Nasihat jalilah.

“Makcik nak balik,makcik risau suami makcik dikampung,dia ada angin ahmar”jelas salmah.

“yela petang nanti saya bawa makcik balik”Kata jalilah.dalam hatinya mungkin orang tua dihadapannya menghadapi masalah kesihatan jiwa.

Petang menjelang tiba,Salmah dibawa pulang oleh jalilah kekampung,namun mengejutkan dia apabila orang kampung memberitahu yang suaminya kadir telah meninggal dunia.

Salmah kecewa teramat sangat,sekembalinya dia semula kepusat penjagaan warga emas,salmah termenung akan nasib yang menimpa keatas dirinya,Namun dia redha atas ujian menimpa keatas dirinya.

“Puan,saya dapat khabar anak makcik salmah ni ada lagi,cuma..”kata salah seorang pegawai.

“Cuma apa borhan?”soal jalilah.

“Dia jatuh sakit,baru-baru ni dia kemalangan isteri dan anaknya meninggal dunia,namun dia cedera,tetapi …..kita sama-sama pergi esok”kata borhan lagi.

Menjelang kesesokan hari Borhan dan jalilah pada mulanya ingin menziarahi zamri tetapi terkejut apabila melihat orang ramai mengerumi rumah tempat tinggal zamri.

“Kenapa ni cik?”Soal jalilah.

“Tuan runah ini,sedang nazak tapi kak dia takmau p yang orang dalam dok kata dia asik panggil emaknya”jawab seorang pemuda.

Jalilah dan borhan kembali kepusat jagaan warga emas dinegeri sembilan
lantas jalilah memujuk salmah agar sama dapat menziarahi zamri.

“Tak makcik taknak tengok dia”Kata salmah.

“Makcik,janganlah macam ni,kesian saya tengok anak makcik jadi macam tu”kata nasihat keluar dari jalilah.

Salmah terdiam,Mengalir airmatanya menahan pilu dan terluka dengan apa yang dilakukan oleh anaknya zamri.

“Makcik kata,makcik takkan jumpa dia lagi,kalau anak mendesak makcik lagi,makcik takkan jamah makanan dekat sini”kata salmah.

Jalilah terdiam,Dia berlalu pergi dia tahu pastinya ada sejarah silam cukup melukakan hati makcik salmah.

Sementara itu dirumah zamri,jiran setempat mula menekup hidung,kerana menahan bau yang amat busuk keluar dari tubuh zamri yang masih belum mahu meninggal dunia,mulutnya berkumat kamit memanggil nama ibunya salmah.

“Imam,nampaknya jiran saya ni,zamri cari ibunya”kata jiran zamri.

“Awak tahu dimana ibunya tinggal?”Soal tok imam.

“Tau imam…”Kata jiran zamri.

Jiran zamri menghubungi pusat penjagaan warga emas,Dia tahu kerana zamri pernah menceritakan padanya bahawa ibunya telah”nyanyuk” dan tak sanggup tinggal dikampung lantas dihantar kepusat penjagaan berkenaan.

Setelah puas dipujuk,akhirnya hati seorang ibu mana tidak sayangkan seorang anak,salmah dibawa bertemu dengan anaknya

mereka yang hadir terkejut besar apabila melihat zamri yang terbaring tadi “Boleh bangun merangkak seperti kanak-kanak mendekati ibunya” Sebaik sahaja zamri hampir zamri terus rebah kembali dan menghembuskan nafas terakhirnya.

Urusan pengekebumiaan mula dilaksanakan,namun ada cabaran mula mengganggu jenazah zamri begitu berat untuk diangkat hinggakan 10orang melakukannya,lalu dimandikan sekali lagi cabaran buat mereka yang menguruskannya.

“Tok,saya tak tahan lagi mayat busuk sangat ni”kata salah seorang daripada mereka.

imam menenangkan keadaan”Sabar,Allah s.w.t sedang menguji kita sejauh mana kita sabar uruskan jenazah simati ni”.

Selesai mandi dikafankan,hari semakin lewat malam,jenazah terus dibawa ketanah pekuburan islam

sebaik sahaja tiba penggali kubur berbincang dengan imam

“Imam,macam mana ni?cuba imam tengok dalam lubang kubur tu,ada ular ntah daripada mana datangnya dan yang saya hairan tanah tu panas macam ada api”

Imam menghampiri lubang kubur tadi
memang benar,terdapat banyak ular sedang menanti,dan tanah disekelilingnya panas yang luar biasa

“Astagfirullahalazim”Imam beristigfar panjang.

imam kembali menemui salmah turut mengikuti ketanah pekuburan

“Kakak,saya mintak kakak ampunkan dosa-dosa anak kakak”pinta imam.

“Kak dah ampunkan imam”jawab salmah.

Imam merenung tajam kearah salmah,namun dia tahu masih sekelumit dendam dan marah ada didalam hati seorang ibu.

“Tapi hati kak kata tak bukan?”Soal imam.

Salmah tertunduk,airmatanya mengalir akhirnya dia akur dan mengakui hatinya masih keras untuk memaafkan arwah anaknya itu.

“Kakak,Dia pun dah pergi takkan akak sanggup lihat jenazah anak akak susah untuk kami uruskan,dosa anak yang tidak diampunkan oleh seorang ibu berat kak,saya sebagai anak dan imam saya rayu pada akak ampunkanlah dosa anak akak”rayu imam.

“Baiklah,kakak ampunkan dosa anak kakak akak halalkan segalanya”kata salmah.

sebaik sahaja ucap itu diluahkan jenazah zamri tidak lagi berbau,tanah disekeliling lubang kubur tidak lagi panas dan tidak kelihatan seekor ular didalam kubur

Tiba-tiba muncul api selama beberapa minit kemudian api itu lenyap.

ada jiran memberitahu arwah banyak berjudi dan kalah namun dinasihatkan oleh imam

“bila kita sorok aib simati,Insyallah aib kita Allah s.w.t sorokan juga nanti”kata imam.

TAMAT

saya memang minat dalam bidang penulisan ini,saya harap rakan2 yang membaca atau mengikuti saya dapat bagi saya galakan dan semangat untuk teruskan perjuangan saya

Love0
FirdausJebat
FirdausJebat
saya memang minat dalam bidang penulisan ini,saya harap rakan2 yang membaca atau mengikuti saya dapat bagi saya galakan dan semangat untuk teruskan perjuangan saya

2 Comments

  1. Q'Serra says:

    Balasan hukuman untk anak derhaka disegerakan d dunia lg,

    Nauzubillah…

    Cerita yg sarat dgn ibrah. Tahniah adik 👍😄

  2. FirdausJebat says:

    Sama2 insyallah saya akan berikan yg terbaik lagi dan untuk pengetahuan saya ada menulis diwattpad Isteri solehah yg kini mencecah 3.15k pembaca dan isteri solehah part2 masih dalam proses untuk saya siapkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *