Tentang TulisWrite

TULISWRITE adalah sebuah platfom penulisan yang menghubungkan pembaca, penulis dan penerbit yang dilancarkan pada 20 Mac 2018.  Portal ini terbuka kepada semua dan tiada sebarang bayaran yang akan dikenakan. Ianya membuka peluang kepada penulis untuk menghasilkan karya yang bermutu dan menepati kehendak pembaca berpandukan dengan bilangan bacaan yang didapati untuk setiap karya dan komen serta pandangan yang diberikan oleh pembaca.

PENULIS

* Penulis dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei amat dialu-alukan untuk memuat naik karya di TULISWRITE.
* Tiada had umur ditetapkan.
* Karya haruslah asli dan boleh menggunakan bahasa Melayu atau Inggeris.

* Menggunakan TULISWRITE sebagai platform untuk membina nama dalam bidang penulisan dan mengumpul pengikut terhadap karya atau penulisan anda.

* Bagi penulis yang bijak, mereka akan mengkaji terlebih dahulu citarasa dan kehendak pembaca terhadap sesebuah penulisan dan menulis mengikut kajian tersebut.

Tiada sebarang bayaran dikenakan. Sekiranya karya anda mendapat bacaan yang tinggi, TULISWRITE akan menerbitkan karya tersebut dalam bentuk bercetak. Royalti akan diberikan bagi karya yang diterbitkan dalam bentuk cetakan/digital mengikut pada perjanjian yang ditandatangani bersama rumah penerbitan yang berminat untuk menerbitkan karya anda.

PEMBACA

* Tiada sebarang bayaran dikenakan apabila anda membaca karya di TULISWRITE. Malah kami amat mengalu-alukan pembaca membaca setiap karya yang terdapat di portal ini dan memberikan pandangan serta komen bagi penulis mengenal pasti
kelemahan mereka.

* Untuk membaca karya di TULISWRITE tiada caj dikenakan. Malah pembaca boleh memilih pilihan gaya bacaan yang mereka gemari sama ada melayari TULISWRITEmenerusi desktop/laptop di www.portalilham.my, versi mobile (bagi pelayar di telefon pintar) atau muat turun APLIKASI TULISWRITE di Google Play Store atau Apps Store secara PERCUMA.

* Pembaca yang mengikuti perkembangan karya-karya di TULISWRITE. Anda adalah orang terawal yang membaca karya-karya di sini sebelum ianya diterbitkan. Setiap karya di TULISWRITE adalah karya asli dari penulis yang belum diterbitkan oleh mana-mana rumah penerbitan kecuali karya yang tersenarai dalam ‘KARYA TERBIT’.

TULISWRITE meletakkan pembaca sebagai juri bagi sesebuah karya. Komen serta pandangan dari pembaca dapat meningkat mutu penulisan penulis untuk terus menghasilkan karya terbaik.

* Pembaca merupakan individu paling penting dalam kejayaan sesebuah karya. Pembaca yang addict dengan sesebuah karya akan menjadi pengkritik terbaik dan menjadikan karya ini viral menerusi komen dan pandangan mereka.
* Pembaca juga suka berkongsi bahan bacaan yang dilihat bermutu di laman sosial dan merupakan ejen terbesar dalam penyebaran sesebuah karya.

PENERBIT

Rumah penerbitan yang yang menerbitkan karya yang terdapat di TULISWRITE dapat merencanakan pelan pemasaran dan promosi karya ini daripada penilaian komen dan pandangan pembaca.

Setiap rumah penerbitan mempunyai personaliti dan stail terhadap karya-karya yang diterbitkan serta genre yang berbeza. Oleh itu, TULISWRITE merupakan medium terbaik untuk meraka mencari karya yang sesuai sebagai produk terbaharu seperti
Cinta, Seram, Islamik, Keluarga, Komedi, Travelog dan lain-lain.