Search: Phenomena of Rock n’ Roll
April 2, 2018
Bab 1- Garona: Lagenda Meta
April 2, 2018

Prolog- Garona: Lagenda Meta

Views:   461

Prolog

 

Penduduk Meta telah menghuni Planet Meta di Galaksi Matari sejak 2000 tahun dahulu. Galaksi Matari merupakan salah satu galaksi terbesar di alam semesta Andrelina. Planet Meta merupakan planet yang mempunyai dua bulan dan satu matahari. Keadaan angkasa Planet Meta terbentuk daripada awan nebula yang menarik bintang-bintang di angkasa berada dekat dengan kedudukan Planet Meta. Planet ini juga di selubungi atmosfera yang mengandungi karbon dioksida yang rendah dan oksigen yang tinggi. Terdapat juga lingkaran meteor-meteor yang kebanyakannya mengelilingi orbit di antara bulan dan matahari di Planet Meta. Bentuk muka bumi Planet Meta juga dipenuhi oleh gunung-ganang dan lautan. Tumbuhan hutan juga hidup segar di muka bumi Planet Meta.

 

Planet Meta dihuni oleh penduduk-penduduk yang mempunyai kuasa istimewa. Setiap penduduk di planet Meta memiliki kuasa yang berlainan. Planet Meta mempunyai 5 puak utama iaitu – Otera, Okhur, Omega. Ouwka dan Ortan.

Setiap puak memiliki ketua puak mereka sendiri. Walau bagaimanapun, terdapat satu pusat utama Meta yang di gelar Otawa. Kota Otawa dikuasai oleh puak Okhur. Ini kerana puak Okhur merupakan puak yang terkuat di Planet Meta. Ketua Otawa ialah Tyron. Otawa merupakan pusat pemerintahan utama dan bertanggungjawab memastikan kemakmuran Planet Meta di kalangan penduduknya.

Planet Meta sangat terkenal dengan penduduknya yang kuat dan terdiri daripada pahlawan. Ini menjadikan Planet Meta merupakan salah satu planet yang di geruni oleh kuasa-kuasa jahat luar. Otawa berjaya mengharungi banyak peperangan yang melibatkan kuasa luar yang cuba mencerobohi Planet Meta. Banyak kuasa-kuasa luar ingin menakluki Planet Meta kerana mereka percaya yang planet ini mempunyai pusat kuasa dari dasar planet yang menyalurkan kuasa-kuasa istimewa kepada penduduknya. Inilah sebab utama kuasa luar ingin mencerobohi Planet Meta. Dengan harapan untuk mendapatkan sumber kuasa Meta itu.

Selama ratusan tahun, sumber kuasa ini berjaya dilindungi oleh penduduk Meta terutamanya Otawa. Walau bagaimanapun, jumlah kuasa-kuasa jahat yang semakin bertambah dan kuasa mereka yang semakin meningkat menyebabkan Otawa perlu lebih berjaga-jaga. Ini kerana ancaman sebenar Planet Meta juga datang dari penduduknya sendiri. Datang dari kalangan puak-puak Meta sendiri. Kuasa istimewa yang dimiliki oleh penduduk Meta menyebabkan mereka menjadi tamak. Ada di kalangan mereka yang mahu menakluki dan memerintah Otawa. Ada di kalangan mereka juga yang ingin menguasai sumber kuasa utama Planet Meta itu. Ini menyebabkan pertelingkahan dan pertempuran sering berlaku di kalangan puak-puak Meta. Pertempuran ini digelar sebagai Perbalahan Meta.

Love1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *