NUR KASIH DIHUJUNG RAMADHAN
April 26, 2018
Sedekahkan Nyawamu
April 28, 2018

Prolog- Zroxark

Views:   1,666

Bima Sakti

Planet Bumi

Tahun 6911

 

Tembakan demi tembakan dilepaskan ke arah tentera Zroxark. Tentera Zroxak membalas tembakan dengan peluru-peluru laser ke arah tentera Star Trooper. Ratusan pesawat-pesawat pejuang Star Trooper dan Zroxark membanjiri ruang angkasa bumi. Bunyi letupan bom dan tembakan tidak berhenti-henti.

Tentera Zroxark menggunakan pesawat pejuang yang dipandu secara automatik dari pusat utama kapal tentera Zroxark. Pesawat-pesawat tentera Zroxark sangat kecil dan berbentuk bulat. Ianya kelihatan seperti ratusan kumpulan bola menyerang tentera Star Trooper. Pesawat-pesawat kecil ini berwarna hitam dan mampu mengeluarkan tembakan laser. Kapal utama Zroxark berada tidak jauh dari tempat pertempuran itu. Ketuanya, Warlord hanya memerhati dari kapalnya. Kekuatan tentera Zroxark menyukarkan tentera Star Trooper untuk menyerang ke arah kapal utama Zroxark.

“Pesawat musuh terlalu laju dan kecil! Susah untuk kita menyerang!” kata salah seorang tentera Star Trooper.

“Keadaan tidak memihak kepada kita sekarang. Kay, mungkin kita patut berundur buat masa ini.”

Ketua yang mengemudi serangan Star Trooper itu ialah Kay. Seorang tentera yang tegas dan berani. Dia mahu menyerang kapal utama Zroxark tetapi dia tahu jumlah pesawat musuh terlalu banyak dan kuat.

“Kita perlu menyerang kapal utama mereka!” kata Kay.”Yang lain serang pesawat-pesawat kecil musuh. Aku perlukan lima pesawat mengekori aku. Kita akan cuba menembusi pertahan mereka dan menyerang kapal utama itu!” arah Kay.

Kay meluru laju sambil diikuti oleh lima pesawat lain. Dia menembak musnah pesawat-pesawat musuh dan menuju laju ke arah kapal utama Zroxark.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Warlord hanya melihat tindakan Kay dari kapalnya. “Huh. Sekurang-kurangnya masih ada manusia yang berani,” kata Warlord.

Dia mengarahkan salah seorang pegawai di situ untuk menyerang Kay dan kumpulan pesawatnya. Peluru mesingan laser keluar laju dari bbahagian bawah kapal utama Zroxark. Mesingan laser itu sangat laju dan besar. Tembakan-tembakan mengenai kumpulan pesawat Kay yang menuju ke arah mereka.

“Tidak!” jerit Kay sambil melihat pesawat-pesawat lain musnah terkena tembakan. “Tak guna!”

“Tuan, kita perlu berundur,” kata salah seorang tentera Star Trooper. “Kay, kita tidak mahu mengorbankan banyak nyawa lagi. Kita akan menang lain kali.”

Kay sangat marah. Dia melihat ke arah kapal utama Zroxark. Dia hanya merenung. “Baiklah. Berundur semua,” arah Kay.

Pesawat-pesawat lain mula berundur.Kay masih melihat ke arah kapal utama Zroxark itu. Dia tahu yang Warlord berada di situ.

“Jahanam kau makhluk asing. Aku akan musnahkan kamu semua satu hari nanti,” kata Kay sambil berundur dari tempat itu.

Kay sangat bencikan Zroxark. Tentera Zroxark yang kejam. Tentera makhluk asing. Makhluk asing yang memusnahkan bumi. Makhluk asing yang mencerobohi bumi sejak 15 tahun yang lalu. Peperangan di antara manusia dan Zroxark telah berlanjutan selama 15 tahun.

 

Love4

2 Comments

  1. Nas says:

    Seronok saya baca Zroxark! Mudah difahami 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *