BironTale Chapter 4: Toriel’s House
April 18, 2018
Bab 5- Garona: Lagenda Meta
April 18, 2018

Bab 4- Garona: Lagenda Meta

Views:   211

Omega

 

Berada di timur Planet Meta. Puak Omega merupakan penduduk Meta yang suka bergaduh. Mereka juga sangat pemalas dan suka menindas sesama sendiri. Ketua puak Omega iaitu Thurin merupakan ketua yang kejam. Dia mempunyai kuasa api yang mampu dikeluarkan dari tubuh badannya. Thurin berwarna hijau, sangat besar dan bertubuh sasa. Dia berambut panjang dan mempunyai lukisan tatu di seluruh badannya. Dia mempunyai sebilah pedang yang besar di belakangnya. Kebanyakkan puak Omega sangat besar dan berwarna hijau. Mereka merupakan puak yang berbeza berbanding puak-puak Meta yang lain.

 

Thurin seorang ketua yang tidak mengendahkan penduduk dan juga pembangunan di Omega. Thurin lebih sukakan peperangan. Ini menyebabkan keadaan di Omega bertambah buruk. Dia dan bala tenteranya menguasai seluruh kawasan timur Planet Meta. Thurin bercita-cita menguasai kesemua puak di Planet Meta.

 

Thurin mempunyai orang kanan yang setia. Hurok. Hurok juga besar seperti Thurin. Badannya dipenuhi parut-parut kesan daripada pertempuran lalu. Hurok mempunyai kuasa elektrik yang membolehkannya mengawal renjatan elektrik yang berdekatan dengannya.

“Kita perlu keluar dan luaskan penaklukan kita,” kata Hurok. “Kita kena pastikan yang puak-puak lain kenal dan takutkan kita.”

 

“Aku setuju. Lagipun kita perlu mendapatkan hasil-hasil bumi yang telah berkurangan di sini. Kita juga memerlukan tenaga kerja yang lebih banyak untuk membina semua bangunan-bangunan di sini,” kata Thurin.

 

Thurin ingin membina bangunan pentabiran dan ketenteraan yang besar di Omega. Dia menggunakan tenaga kerja penduduk Meta yang diculiknya. Mereka dipaksa menggunakan kuasa mereka untuk merealisasikan impian Thurin. Ratusan penduduk-penduduk Meta dari pelbagai puak telah diculik. Penduduk-penduk ini tidak mampu melawan kerana Thurin mempunyai angkatan tentera yang kuat dan kejam. Pada masa yang sama, selepas 100 tahun Omega dan Ortan masih bekerjasama. Mereka tidak lupa peperangan yang berlaku suatu masa dahulu.

 

“Jadi apa pelan kamu?” tanya Hurok.

 

“Sediakan tentera. Kita boleh mulakan dengan menyerang kawasan utara. Ouwka. Mereka mempunyai sumber alam yang banyak. Aku juga tahu yang Ouwka merupakan puak yang pandai mencipta. Terdapat jurutera di kalangan mereka. Ini boleh memberi kita kelebihan. Kita bergerak dalam dua hari.”

 

“Adakah kita perlu beritahu Ortan?” tanyak Hurok. Mereka sekutu kuat kita. Kita akan memiliki kelebihan dengan adanya mereka.”

 

“Maklumkan kepada mereka. Tetapi kita tidak perlukan tentera mereka buat masa ini,” jawap Thurin.

 

“Baiklah,” kata Hurok beredar dari situ dalam persediaan menyerang Ouwka. Thurin melihat keluar. Dia melihat tahanan-tahanan yang dijadikan hamba sedang membina bangunan-bangunan di Omega. Dia hanya tersenyum. Dia tahu empayarnya akan meluas.

Love1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *