Bab 4- Garona: Lagenda Meta
April 18, 2018
Santau
April 18, 2018

Bab 5- Garona: Lagenda Meta

Views:   256

Ortan

 

Ortan berada di sebelah barat Planet Meta. Penduduk Ortan terdiri daripada puak-puak yang sukakan keganasan. Mereka sama seperti Omega. Puak Ortan juga bertubuh sasa dan besar. Kulit mereka berwarna biru muda dan kebanyakkan daripada mereka cekap dalam pertempuran. Omega selalu merujuk kepada Ortan dalam merancang strategi pertempuran. Ketua puak Ortan. Ortega merupakan seorang pahlawan yang hebat. Dia memiliki dua belah pedang yang disihir. Kuasa Meta Ortega ialah dia mampu mengeluarkan kuasa api dan elektrik. Puak Ortega lebih maju berbanding dengan Omega. Ortega mempunyai pusat pertempuran yang sempurna. Mereka juga mempunyai angkatan tentera yang teratur berbanding Omega. Di mana tentera Omega terdiri daripada puak yang pemalas dan hanya tahu bergaduh sahaja.

 

Ortega mempunyai ahli sihir yang membantunya selama ini. Ahli sihir yang membantunya menakluki kawasan barat Planet Meta. Ahli sihir ini dipercayai hidup beratus tahun. Dia telah wujud dan berada di Ortan semenjak Perbalahan Meta 100 tahun yang lalu. Ahli sihir itu ialah Maliki. Dia bersaiz manusia. Memakai jubah hitam. Rambut hitam panjang dapat dilihat daripada jubahnya yang menutup kepalanya. Dia memegang tongkat sihir yang sangat berkuasa. Tongkat itu mampu mengeluarkan kuasa pertahanan elektrik yang boleh mempertahankan tentera-tentera Ortan.

 

Ortega selalu merujuk kepada nasihat Maliki dalam pelbagai aspek. Terutamanya dalam peperangan. Kekuatan ini yang menyebabkan tentera utama Meta iaitu Otawa tidak mahu merisikokan bala tentera dan puaknya dengan kuasa Maliki.

 

Ortega berada di biliknya. Salah seorang pegawai datang menemuinya. “Tuan saya ada berita dari Omega,” kata pegawai itu.

 

Ortega hanya melihat ke arahnya. “Mereka ingin menyerang bahagian utara. Ouwka,” kata pegawai itu.

 

“Jadi mereka perlukan kita?” tanya Ortega.

 

“Tidak tuan. Buat masa ini mereka akan menggunakan bala tentera mereka sendiri. Mereka hanya mahu maklumkan kepada kita.”

 

“Hmm. Tentera Omega hanyalah di kalangan puak-puak pemalas dan bodoh. Mereka begitu yakin nampaknya,” kata Ortega. “Mereka tidak boleh memandang rendah puak di utara itu. Ouwka sudah lama bersikap berkecuali. Namun aku percaya mereka memunyai keistimewaan mereka sendiri. Aku sendiri sebenarnya mahu menakluki bahagian utara,” kata Ortega.

 

“Jadi apa strategi tuan?” tanya pegawai itu.

 

“Buat masa ini, Kini tunggu dan lihat saja. Apa-apa berita maklumkan kepada aku dengan segera,” kata Ortega.

 

“Baiklah.” Pegawai itu beredar.

 

“Kamu tahu Omega cuba meluaskan kuasanya tanpa kamu sekarang, bukan?” kata seseorang dari belakang Ortega. Ortega menoleh. Maliki berada di situ.

 

“Apa pendapat kamu?” tanya Ortega.

 

“Omega puak yang bodoh dan tidak bercita-cita tinggi. Buat masa ini biar mereka serang Ouwka untuk kita. Mungkin ada kebaikannya juga. Omega akan sentiasa mematuhi kita,” kata Maliki.

 

“Betul. Kita tunggu dan lihat,” kata Ortega. Dia dan Maliki berdiri bersebelahan tingkap. Mereka melihat keluar. Kelihatan Ortan mula membangun dengan pembangunan yang baru dan terkini. Mereka juga mempunyai pakar-pakar senjata yang boleh digunakan sebagai sistem pertahanan dan serangan. Ortega hanya merenung keluar. Dia hanya mahu menakluki Planet Meta. Dia mahu menguasai sumber kuasa Meta yang berada di Otawa.

Love1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *