Bangkai – Bab 1
April 8, 2018
Ekskavasi: Pulau Empat Juru (Bab 2)
April 8, 2018

Bangkai – Bab 2

Views:   371

Sebuah gambar rumah sewa yang masih cantik terpapar di skrin komputer. Malik melihat no rumah itu dan memang benar, rumah itu adalah rumah yang dia sewa sekarang. Perlahan lahan malik membaca kejadian seram yang terjadi di rumah itu. rupa rupanya malik merupakan orang yang ke 7 menyewa rumah itu dan dari penerangan penyewa, rumah itu akan mengeluarkan bau yang meloyakan. Bila dia cuba mencari punca bau itu dia diganggu pula dengan bermacam macam bunyi sehinggalah dia terpaksa pindah semula ke tempat lain.

Malik melihat ada satu video yang dirakamkan dan dimasukkan ke dalam laman you tube. Cepat cepat malik memasang video itu dan ia sudah ditonton sebanyak 3000 kali. Ia adalah sebuah penceritaan salah seorang penyewa di rumah misteri itu dan dia menceritakan pengalaman seram dia di sepanjang dia menginap di rumah sewa tersebut. Ini termasuklah bau yang kurang menyenangkan, seorang budak perempuan yang kerap kali berlari dari ruang tamu sehingga ke tingkat atas. Bilik yang tidak pernah dibuka itu pula ada bilik budak perempuan tersebut. Menurut sumber yang mereka dapati, budak perempuan itu dibunuh oleh kedua orang tuanya kerana mereka tidak tahan dengan bau badan budak perempuan itu seperti bau bangkai. Sudah banyak tempat mereka berubat tetapi keadaan budak perempuan itu tidak pernah berubah. Satu malam, akibat tidak tertahan dan dicampur lagi dengan tekanan hidup, ibu bapa itu terpaksa mengurungkan budak perempuan itu di dalam bilik dan tidak dibenarkan keluar sehingga berminggu minggu lamanya. Jeritan budak perempuan itu semakin lama semakin hilang dan akhirnya kedua ibu bapa itu meninggalkan rumah itu tanpa pesanan. Menurut saksi lagi, kedua ibu bapa itu tidak pernah meninggalkan rumah. Pintu rumah tidak dikunci. Barang barang masih kemas seperti dahulu Cuma lebih menghairankan pasangan suami isteri itu hilang tanpa kesan. Pintu bilik di bahagian atas itu pula pernah dibuka oleh penyewa lain tetapi tidak dapat bertahan lama bila dia melihat keadaan bilik itu sehinggalah penyewa itu jatuh sakit dan meninggal dunia serta merta bila dia dikejarkan ke hospital. Pintu itu tutup dan terkunci dengan sendirinya selepas itu. malik terkejut bila hujan mula turun dengan lebatnya. Bunyi bising itu agak menganggu tumpuannya pada malam itu. dia melihat jam tangan sudah menunjukkan angka 11 malam. Mata malik masih tidak mengantuk. Sekali sekala dia berdiri di tepi cermin hotel itu sambil melihat lampu jalan dan lampu kereta silih berganti. Kedinginan dalam bilik itu mula menusuk tulang sum sumnya. Dia mematikan punat penghawa dingin. Perutnya tiba tiba lapar minta diisi.

“ baik aku turun dan makan mee goreng mamak sekejap. Lapar betul lah! “ bisik malik sendiri. Dia segera turun ke tingkat bawah dan di sebelah hotel itu terletak satu restoran mamak yang cukup terkenal. Restoran maimunah namanya. Malik mengambil tempat duduk kosong yang dirasakan sesuai dan pada masa itu juga kedai tersebut memasang television gusti wwf untuk tontonan pelanggannya. Malik rasa terhibur sedikit selepas peristiwa seram di rumah sewa itu. malik memesan mee goreng basah dengan segelas kopi panas. Sungguh berselera sekali bila malik makan dengan lahapnya. Pertama kali dia rasakan perutnya begitu lapar. Tiba tiba malik disapa dari belakang. Malik terkejut lalu menoleh.

“ eh? Encik harun… duduklah “ pelawa malik. Encik harun hanya menurut sahaja. Di tangannya dia memegang akhbar lama. Seorang pelayan datang bertanyakan minuman encik harun.

“ beri saya kopi saja “ jawabnya. Pelayan itu berlalu pergi sambil mengangguk. Malik masih melayan mee gorengnya.

“ lapar nampak “ ucap encik harun. Malik hanya tersenyum.

“ memang lapar ni “ balasnya.

“ bagaimana dengan rumah sewa itu? “ tanya encik harun memulakan bicara. Malik berhenti mengunyah makanannya. Dia melihat ke arah encik harun.

“ saya tidur di hotel malam ni “ jawab malik, jujur.

“ eh? Kenapa tidur hotel? “

“ entahlah, saya rasa rumah sewa itu semakin seram “

Encik harun tidak menjawab.

“ awak dah lama tinggal sana, seram yang bagaimana? “

Malik tidak bersuara. Dia meneguk kopi.

“ bayangan budak perempuan itu menganggu saya “

“ itu sahaja? “

“ piring dan gelas di dapur juga banyak yang pecah, nampaknya hantu dalam rumah itu mungkin tidak suka saya tinggal lama lama di sana “

“ bau yang awak katakan itu masih ada? “

“ ya, semakin lama semakin kuat baunya. Pintu bilik ke 3 juga saya sedaya upaya membukanya tetapi ia tersekat dari dalam “ beritahu malik. Encik harun diam.

“ sepatutnya awak kena berdepan dengan situasi seram ini, boleh menjadi koleksi bahan cerita saya “ jawab encik harun.

“ bahan cerita? “

“ kerja sampingan saya ialah seorang penulis “

“ jadi? “

“ sebab itu lah cerita awak akan menjadi inspirasi saya dalam penulisan. Saya harap awak tidak keberatan “

“ kenapa bukan awak sendiri yang alami kejadian yang pernah berlaku di dalam rumah sewa itu? “

“ saya tidak boleh “

“ sebab? “

“ saya tidak boleh dikejutkan dengan benda benda halus. Saya ada sejarah sakit jantung “

Malik terdiam.

“ kalau saya turuti sahaja, mungkin saya akan mati di dalam rumah itu”

Malik tidak menjawab.

“ maafkan saya “ ucap malik. Dia rasa bersalah pula bila mengatakan seperti itu sedangkan orang yang berada di depannya itu adalah tuan tanah rumah sewa itu.

“ awak tidak perlu meminta maaf, sepatutnya saya yang meminta maaf kerana menyusahkan awak “

Malik hanya menggelengkan kepalanya.

“ saya bukan jenis yang penakut sebenarnya. Cuma saya tidak suka diganggu dengan benda benda seperti itu “

“ awak boleh nampak benda halus, itu cukup baik. Saya tidak boleh nampak benda halus, Cuma saya boleh mendengar jika benda halus itu bercakap “

“ benda halus bercakap? “

Encik harun mengangguk.

“ ayatnya sukar untuk difahami, ia bercampur aduk. Tetapi jika awak tumpuhkan suara kepada satu bunyi sahaja, awak mungkin dapat mendengar kata katanya “

“ saya tidak faham “

Encik harun tersenyum. Dia melihat gelas kopinya yang dari tadi tidak diusik. Kemudian dia memandang ke arah malik yang masih dilanda tanda tanya.

“ saya rasa selepas ini saya akan robohkan rumah sewa itu “ beritahu encik harun. Malik agak terkejut.

“ jadi awak tidak menyewakan kepada orang lain lagi ke? “

“ awak masih ada 7 bulan untuk tinggal di rumah itu sehingga kontrak kita selesai. Selepas itu saya akan mengupah orang untuk merobohkan rumah sewa itu. “

Malik terdiam.

“ rumah itu besar “

“ saya tahu “

“ untuk merobohkan rumah begitu tentu melibatkan kos sehingga ribuan ringgit “

“ itu sudah pasti “

Malik segera menghabiskan baki kopinya lalu memanggil pelayan. Tetapi dihalang oleh encik harun.

“ biar saya yang bayar “ jawabnya. Malik tidak dapat mengucapkan apa apa lagi kerana pelayan itu sudah mengambil wang bayaran daripada encik harun. Selepas itu encik harun berdiri. Begitu juga malik. Mereka bersalaman.

“ terima kasih kerana belanja saya hari ini, akan datang pasti saya balas balik. “ jawab malik sambil tersenyum. Akhirnya encik harun hilang ditengah tengah kegelapan malam. Malik tidak tunggu lama lagi selepas itu, dia terus naik ke tingkat atas dan masuk ke dalam biliknya. Dia membersihkan diri selepas itu dan mula menghempas tubuhnya di atas katil yang empuk itu. jiwanya masih kacau. Penerangan encik harun masih terngiang ngiang di cuping telinganya. Malik melihat jam tangannya. Ia menunjukkan jam 1.30 pagi. Kemudian perlahan lahan malik menutup matanya. Dia terlena tanpa disedari.

 

 

 

 

Pada malam itu malik bermimpi. Dia telah didatangi oleh pasangan suami isteri yang tidak dikenali oleh malik sendiri. Wajah mereka sedih. Malik menuju ke arah mereka sebaik sahaja mereka memanggil malik. Kaki malik melangkah perlahan.

“ tinggalkan rumah itu segera! “ beritahu wanita itu. lelaki di sebelahnya tidak berani bersuara, hanya mengangguk angguk setuju.

“ rumah sewa itu kah? “ tanya malik.

“ ya, yaa rumah sewa itu… awak kena tinggalkan segera! “

“ tempoh masa saya tinggal di sana masih berbaki 7 bulan, jika saya tidak habiskan, rugilah saya membayar “

“ awak a..aakan menyesal… jika tinggal … lebih lamaa “ balas wanita itu sambil terketar ketar. Kemudian secara perlahan lahan mereka menghilangkan diri. Malik masih hairan dengan situasi tersebut. Tidak berapa lama kemudian, malik terhidu semula bau bangkai yang dibencinya selama ini. Bau itu semakin lama semakin kuat dan meloyakan. Malik cuba berundur selangkah ke belakang dan dia terdengar pula suara budak perempuan yang sedang menangis tersedu sedu. Perlahan lahan bayangan budak perempuan itu semakin hampir. Malik akhirnya dapat melihat wajah budak perempuan itu dengan jelas. Bau badannya begitu busuk.

“ jangan tinggalkan saya “ rayu budak perempuan itu. bau badannya semakin meloyakan. Malik berundur ke belakang.

“ jangan dekati saya “ beritahu malik.

“ abang tidak suka berkawan dengan saya kah? “ tanya budak perempuan itu. malik semakin mengundur ke belakang. Dia cuba berlari tetapi kakinya seperti diikat.

“ pergi! Jangan kacau saya lagi! “ jeritnya. Tiba tiba budak perempuan itu menggengam tangan malik dengan kuat. Wajahnya yang pucat itu begitu menakutkan. Matanya hitam. Bibirnya ternganga luas.

“ lepas kan saya! “ jeritnya. Budak perempuan itu masih memegang erat tangan malik. Semakin lama semakin kuat.

“ jangan tinggalkan saya, abang… “ rayunya lagi.

“ saya tidak kenal awak! Pergi! “

Wajah budak perempuan itu berubah serta merta. Dia menjadi marah dan dia membuka mulutnya luas luas. Malik hanya mampu melihat dan tanpa semena mena budak perempuan itu mengigit tangan malik dengan kuat! Malik menjerit kesakitan.

Arghhhh~~~!!!!

 

Malik tiba tiba tersedar dari tidur. Badannya berpeluh peluh. Rambutnya basah. Dia melihat di sekelilingnya. Hujan lebat masih turun mencurah curah. Kemudian dia tersedar tangannya terasa sakit dan berdenyut denyut. Dia sungguh terkejut bila melihat ada kesan gigitan yang masih baru.

“ celaka! “ marahnya. Dia bangun dan masuk ke dalam kamar mandi. Dia memasang lampu dan mula mencuci kesan gigitan itu. pedih. Keningnya berkerut. Dia melihat wajahnya di dalam cermin. Pucat.

“ jika hal seperti ini berterusan, saya perlu berbincang dengan encik harun. Sama ada saya perlu…. “

Titt titt! Titt!

Telefon bimbitnya pula berbunyi. Malik berasa hairan. Dia melihat jam tangannya. Tepat jam 4.00 pagi. Siapa yang menelifonnya pada pagi pagi begini? Bisiknya. Tanpa membuang masa malik mengangkat telefon itu.

“ maa…lik “ suara perlahan memanggilnnya dari hujung talian.

“ siapa ni? “ tanya malik masih kehairanan

“ awak jangan tinggalkan rumah itu…. awak perlu mencari kebenaran…. “

“ apa?  Siapa ni?? “ tanya malik. Dia cuba melihat nama yang terpapar di skrin telefon tetapi ia kosong. Tiada nama yang terpapar. Malik semakin bingung lalu dia mematikan talian tanpa mengucapkan apa apa lagi.  Selepas itu, malik tidak dapat melelapkan matanya, dia terpaksa bangun dan mula membersihkan dirinya. Dia menekan punat air panas dan menunggu lebih kurang beberapa minit. Malik mengambil tuala lalu masuk ke dalam kamar mandi. Dia membuka air dan air tersebut mula turun seperti hujan. Airnya hanya suam. Semakin lama semakin panas. Selepas itu malik membuka tualanya dan mula mandi. Dia berasa sungguh lega bila air itu mula turun di badannya. Semasa di dalam kamar mandi, malik dapat mendengar pintu biliknya di buka dan ditutup. Malik berasa hairan. Bagaimana pintu biliknya boleh terbuka jika ia sudah terkunci dari dalam? Cepat cepat malik mengeringkan badannya dan keluar tergesa gesa dari kamar mandi. Dia begitu terkejut bila melihat bilik itu bersepah sepah seperti baru ditiup angin. Tingkap bilik itu juga terbuka luas. Malik segera menutup tingkap bilik itu. komputer ribanya juga terkena dengan air hujan. Dia menjadi geram. Cadar tilam itu juga jatuh ke lantai. Dia mengambil cadar itu dan membersihkannya.

“ ciss… hantu mana yang datang mengacau ni! “ marahnya. Dia melihat pintu biliknya masih kekal berkunci. Malik yakin dia telah dikacau oleh roh jahat yang datang dari rumah sewa itu.

 

Awal pagi itu malik terpaksa membuat panggilan ke pejabat dan memberitahu setiausaha julia yang dia akan pulang ke kampung di atas urusan peribadi.

“ bila awak akan kembali bertugas? “ tanya setiausaha julia. Malik menarik nafas panjang.

“ belum pasti lagi, saya harap masalah saya akan selesai dengan segera “

“ boleh saya tahu masalah apa, ya? “

“ masalah peribadi. Itu sahaja “ jawab malik, pendek. Dia memang tidak suka untuk bercakap panjang lebar. Setiausaha julia juga terkenal dengan sikap suka jaga tepi kain.

Saya hanyalah seorang penulis bebas Dan suka membuat jalan penceritaan berbentuk fantasies Dan mitos. Sesuatu yang ditulis di luar pemikiran manusia.

Love2
Marina Bansing
Marina Bansing
Saya hanyalah seorang penulis bebas Dan suka membuat jalan penceritaan berbentuk fantasies Dan mitos. Sesuatu yang ditulis di luar pemikiran manusia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *