Ekskavasi: Pulau Empat Juru (Bab 2)
April 8, 2018
Rooftop
April 9, 2018

Bangkai – Bab 3

Views:   262

“ baiklah nanti saya akan sampaikan pesanan awak kepada tuan basri “ balas setiausaha julia. Malik hanya tersenyum lega. Talian itu dimatikan segera. Kemudian malik mencari nama encik harun. dia menekan nombor yang tertera dan menunggu dengan sabar.

“ ya, malik. Ada apa yang boleh saya bantu? “ tanya encik harun sebaik sahaja telefon itu disambutnya.

“ boleh kita jumpa? “ tanya malik

“ bila? “

“ sekarang pun boleh “

“ baik awak datang saja ke rumah saya. Saya akan tunggu awak sekarang “

“ baiklah, saya datang sekarang “

 

Malik bersiap siap untuk keluar dari hotel itu pada hari tersebut. Dia menuruni anak tangga sambil membawa beg sandangnya. Dia menyerahkan kunci di depan kaunter.

“ saya nak check out “  jawab malik.

“ baiklah, terima kasih “ jawab pelayan itu

Malik keluar dari hotel dan menuju ke keretanya. Dia menekan punat kunci. Malik masuk ke dalam kereta. Pintu dibuka dan bau busuk itu pula tiba tiba keluar semerbak dan sempat dihidu oleh malik. Dia sangat marah!

“Celaka! Sampai dalam kereta sekali bau ini tinggal! Baik awak keluar sekarang! “ tengking malik. Tanpa semena mena bau itu hilang serta merta. Beberapa orang yang mendengar suara malik yang asyik marah marah itu mula menjauhi malik. Mereka sangkakan malik orang yang tidak siuman. Malik hanya berdengus kasar lalu beredar dari situ dengan segera. Dalam perjalanan menuju ke rumah encik harun, malik masih marah marah. Sehinggalah dia hampir hampir terlanggar bahu jalan bila dia membetulkan cermin belakang dan ada seorang budak perempuan yang duduk di bahagian tempat duduk penumpang. Malik sangat terkejut. Dia menekan pedal brek dengan kuat sehingga terangkat sedikit tubuh malik. Dia segera memusingkan kepalanya melihat ke tempat duduk penumpang. Kosong! Degup jantung malik terasa berdebar debar. Kini dia diganggu pula dengan roh budak perempuan itu sendiri. Malik sudah tidak tahan lagi bila dia berkali kali diganggu demikian rupa. Dia menekan pedal minyak dan meluncur laju di atas jalan raya. Sekejap saja dia sampai di depan rumah encik harun yang tersergam indah itu. encik harun tinggal seorang diri. Seorang duda dan mempunyai seorang anak perempuan yang sebaya dengan malik. Malik keluar dari keretanya dan dia disambut dengan gembira oleh encik harun. anak perempuannya zulaika juga menyambut kehadiran malik dan mereka masuk ke dalam rumah. Sementara zulaika menyediakan minuman, encik harun memulakan bicara.

“ ada hal mustahak kah? “ tanya encik harun. malik tidak menjawab pada awal mulanya sehinggalah encik harun mengulangi semula pertanyaannya. Malik agak terkejut.

“ ma..maafkan saya, fikiran saya agak terganggu sedikit “

“ ceritalah “ balas encik harun sambil membetulkan kedudukannya. Malik menarik nafasnya panjang panjang dan melepaskan dengan satu iringan keluhan yang agak berat. Pada masa yang sama juga zulaika datang sambil membawa 3 gelas air sirap. Zulaika tersenyum pada mulanya bila dia menyerahkan air itu pada malik tetapi air mukanya berubah apabila dia terpandang ada seseorang yang duduk berhampiran dengan malik. Zulaika segera berundur ke belakang.

“ abang malik datang dengan siapa? “ tanya zulaika tiba tiba. Encik harun terkejut dengan pertanyaan anaknya. Malik tidak segera menjawab.

“ siapa yang duduk disebelah abang malik? “ tanya zulaika pada ayahnya. Encik harun mengangkat muka.

“ dia hanya datang seorang diri. Siapa yang awak nampak?” tanya encik harun. zulaika tidak membalas.

“ maafkan saya, mungkin saya tersilap nampak “ balas zulaika lalu dia meminta diri untuk masuk ke dalam bilik. Selepas itu barulah malik membuka mulut.

“ dia nampak? “ tanya malik ingin tahu. Encik harun melihat ke arah wajah malik dalam dalam.

“ anak saya, sejak kecil memang ada kebolehan melihat benda halus. Mungkin dia terlihat roh yang sedang mengikuti awak sekarang “

Bila mendengarkan ini wajah malik menjadi pucat.

“ sejak saya meninggalkan rumah sewa itu semalam, saya rasa memang ada yang sedang mengekori saya “ jawab malik.

“ saya rasa baik awak ambil cuti sementara “ cadang encik harun.

“ saya sudah pun memaklumkan hal ini di pejabat. Tuntu mereka faham “ jawab malik lagi. Encik harun hanya mengangguk angguk kecil.

“ apa yang perlu saya lakukan sekarang ini? Jika hal ini berterusan tentu pekerjaan harian saya akan turut terganggu “

“ saya rasa awak perlu berhubung dengan orang yang lebih pakar tentang hal hal seperti ini “ balas encik harun.

“ siapa yang boleh bantu? “ tanya malik

“ saya sarankan awak berubat cara kampung terlebih dahulu. Mungkin menjadi “ beritahu encik harun. malik tidak menjawab. Dia cuba mengingati nama orang orang pandai di kampungnya.

“ di kampung saya memang ada tapi…. “

“ tapi apa? “

“ bukan tidak ada, tapi ada yang sudah meninggal… “ jawab malik, jujur. Encik harun mengeluh kecil. Kemudian dia mendiamkan dirinya. Tangannya seperti menahan sesuatu. Malik menjadi hairan.

“ awak dengar tak? “ tanya encik harun

Malik mengerutkan keningnya

“ dengar apa? “

Selang beberapa saat kemudian baru encik harun mula bersuara.

“ suara budak perempuan “ jawabnya

“ budak perempuan? “

Encik harun mengangguk perlahan.

“ zulaika! Mari ke sini sekejap “

Pintu bilik dibuka. Zulaika segera datang ke arah ayahnya.

“ duduk di sini sekejap “ pinta ayahnya. Zulaika hanya menurut. Encik harun memegang tangan anaknya.

“ tumpuhkan perhatian sekejap “ beritahu ayahnya, serius. Zulaika memahami maksud ayahnya kemudian dia menutup matanya. Malik yang masih tidak memahami situasi itu mula terasa berdebar debar. Bulu tengkuknya mula meremang. Pada masa yang sama kesan gigitan itu pula membuat hal.

“ arghhh~~~!” teriak malik. Zulaika membuka mata. Dia sempat melihat ada satu lembaga yang sedang duduk di belakang malik. Malik memegang tangannya. Encik harun melihat ke arah malik.

“ kenapa dengan tangan awak? “ tanyanya

“ semalam saya mimpi buruk. Digigit oleh budak perempuan itu lah! “ marah malik. Dia mengurut urut kesan gigitan itu. zulaika memandang ke arah ayahnya.

“ roh jahat itu ada bersama dengan dia “ bisiknya.

“ ambil ubat itu “ balas ayahnya. Zulaika masuk ke dalam bilik ayahnya dan keluar bersama sebotol ubat yang berwarna hitam. Encik harun mengambil botol ubat itu dan menuangkan sedikit di tangannya.

“ beri saya lihat kesan gigitan itu “ pinta encik harun. mahu tidak mahu malik terpaksa menaikkan baju lengan panjangnya sehingga ke siku. Dia agak terkejut bila melihat kesan gigitan itu semakin parah. Kini sudah bertukar warna ungu gelap. Encik harun membaca sesuatu lalu mengosokkan ubat itu ke tangan malik. Sebaik sahaja ubat itu digosok, malik hampir hampir tidak dapat menahan.

“ aduh! Pedihnyaaa… “

“ awak kena bersabar sedikit, saya harap ubat ini mampu membersihkan bisa pada luka awak ini “

Tangannya yang diurut dan digosok oleh encik harun bertambah panas. Tangannya seolah olah dibakar di atas api. Malik hanya mampu bertahan. Dia sempat mengigit bibirnya menahan kesakitan. Pada masa yang sama zulaika masih dapat melihat lembaga hitam itu mula menunjukkan tindak balas. Dia menekan kepala malik dengan kuat. Malik yang masih kesakitan semasa diurut itu pula menarik tangannya dan dia memegang kepalanya! Zulaika dan encik harun terkejut bila malik mula menjerit jerit kesakitan.

“ lembaga hitam itu menekan kepalanya, ayah! Tolong lakukan sesuatu! “ beritahu zulaika, cemas. Encik harun mengambil ubat itu dan mula membaca sesuatu lalu dia menuju ke arah malik dan belum sempat encik harun menyapu ubat di kepala malik, tiba tiba malik bertindak agresif, dia melihat encik harun dengan pandangan mata yang menakutkan. Dia menolak encik harun sehingga jatuh tersungkur di atas lantai.

Gedebuk! Encik harun mengerang kesakitan bila sikunya terkena lantai. Zulaika pula segera memimpin tangan ayahnya. Dia melihat malik.

“ abang malik! Cukuplah! “ marah zulaika. Keadaan malik seolah olah seperti orang yang sudah hilang akal. Sekejap dia memegang kepalanya. Sekejap dia melihat ke arah zulaika. Matanya merah!

“ nampaknya dia sudah dirasuk oleh roh jahat itu! “ beritahu encik harun. dia bangun dengan segera. Zulaika memimpin tangan ayahnya. Mereka menjadi takut mendekati malik dalam keadaan seperti itu.

“ awak cepat ambil akar kayu yang direndam dengan air jampi itu di dalam bilik. Lekas! “ encik harun mengarahkan anaknya. Zulaika berlari masuk ke dalam bilik dan mengambil seperti yang diarahkan oleh ayahnya.

“ malik… awak kena lawan roh jahat itu! “ teriak encik harun. wajah malik semakin berubah ubah. Mata malik tertumpu pada gunting yang terletak di atas rak buku. Dia mencapai gunting itu dengan segera.

“ malik! Buang gunting itu! “ beritahu encik harun, tegas. Malik melangkah perlahan lahan ke depan. Gunting itu diacukan ke arah encik harun. malik mula mengeluarkan bunyi yang menakutkan.

Ngerrrrr…..ngerrrrr……….. ( bunyi hembusan nafas malik )

Bam! Prangggg! ( pintu dan tingkap rumah encik harun tertutup dengan sendirinya )

Zulaika datang dan menyerahkan akar kayu itu kepada ayahnya. Dia terkejut bila malik sudah memegang gunting yang tajam itu.

“ ayaah… kenapa pintu dan tingkap tertutup semua ni? “ tanya zulaika mulai cemas.

“ dia sudah dirasuk… awak cepat bersembunyi sekarang “

“ bagaimana dengan ayah? Saya takkan….. “

“ ayah kata PERGI SEKARANG! “ balas encik harun dengan kuat. Zulaika tersentak dengan arahan ayahnya dan terpaksa menurutinya walaupun dia tahu keadaan tidak membenarkan dia untuk bersama sama dengan ayahnya pada ketika ini. Zulaika berlari masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu bilik itu. kemudian dia duduk di bahagian penjuru bilik. Dia berasa sungguh takut.

Akar kayu yang agak panjang itu digenggam kuat oleh encik harun. bila bila masa saja dia akan bertindak. Dia tahu dihadapannya itu bukan malik lagi.

“ malik…. awak kena lawan! “ beritahu encik harun sekali lagi. Malik tidak memberikan sebarang respon. Dia menuju ke arah encik harun dan masih memegang gunting tersebut. Belum sempat dia menghampiri encik harun, encik harun segera merotan malik dengan menggunakan akar kayu itu. tanpa semena mena malik tersungkur ke lantai. Gunting itu masih dipegangnya. Dia mengerang kesakitan. Encik harun merotan sekali lagi.

Pap! Pap! Pap!

“ keluar sekarang dari badan manusia ini, SEKARANG! “ tengking encik harun. malik masih mengerang kesakitan bila dirotan dengan akar kayu itu.

“ keluar dari badan manusia ini! “ kata encik harun lagi. Dia memberanikan diri untuk mendekati malik yang sedang mengerang kesakitan. Wajahnya menjadi merah. Gunting itu masih dipegangnya.

“ ma…malik… awak dengar tak? “ tanya encik harun. dia berasa kasihan apabila melihat keadaan malik yang semakin parah itu. rambutnya juga menjadi tidak menentu. Encik harun memegang bahu malik. Tiba tiba tanpa disangka, malik yang sudah dirasuk itu menusuk gunting tersebut di tangan encik harun sekaligus menembus masuk ke dalam bahu malik bersama sama. Encik harun menjerit kesakitan.

Arghhhh~~~~!!!!!

 

Suara encik harun kedengaran sehingga ke bilik. Zulaika sangat terkejut. Mahu tidak mahu dia terpaksa keluar dari biliknya dan melihat keadaan ayahnya.

“ ayahhhhhh!!!! “ jerit zulaika. Tangan encik harun mula berlumuran darah! Gunting itu tertusuk ke dalam tangannya dan melekat di bahu malik. Tangan kanan encik harun masih memegang akar kayu itu. dia melilitkan akar kayu itu di leher malik. Malik kemudian meronta ronta minta dilepaskan. Zulaika pula dengan beraninya menuju ke arah ayahnya dan cuba mencabut gunting yang masih melekat di tangan ayahnya.

“ zulaika! Jangan dekat! “ marah ayahnya. Zulaika tidak peduli dengan kata kata ayahnya dan dia masih berusaha untuk menarik gunting itu. malik yang berbadan agak sasa itu susah untuk dikawal. Dia tersungkur jatuh di atas lantai. Kepalanya terhantuk kuat lalu dia jatuh pengsan serta merta. Encik harun yang bergelut dengannya tadi juga terjatuh sama. Dia mengerang kesakitan bila gunting itu berjaya dicabut oleh anaknya. Darah keluar dengan banyaknya. Zulaika segera mengambil kain dan menutup luka di tangan ayahnya. Zulaika mula menangis teresak esak bila melihat keadaan ayahnya yang sudah kepenatan berlawan dengan malik yang dirasuk. Zulaika memandang ke arah malik dan dia melihat perlahan lahan roh jahat itu keluar dari badan malik dan hilang begitu sahaja.

“ roh jahat itu sudah keluar “ bisik zulaika.

“ awak cuba tengok keadaan dia… masih hidupkah atau sudah mati “ beritahu encik harun. dia masih berasa kesakitan yang amat sangat. Dia mengambil ubat yang masih berbaki itu dan disapukan secara perlahan lahan di tangannya yang luka parah akibat dicucuk dengan gunting. Tangannya kelihatan terketar ketar menahan kesakitan.

 

Saya hanyalah seorang penulis bebas Dan suka membuat jalan penceritaan berbentuk fantasies Dan mitos. Sesuatu yang ditulis di luar pemikiran manusia.

Love3
Marina Bansing
Marina Bansing
Saya hanyalah seorang penulis bebas Dan suka membuat jalan penceritaan berbentuk fantasies Dan mitos. Sesuatu yang ditulis di luar pemikiran manusia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *