CABARAN MENULIS #TRAVELOG
April 10, 2018
Misteri Suatu Penantian
April 11, 2018

Bangkai – Bab 4

Views:   221

Zulaika dengan penuh berhati hati mendekati ke arah malik. Dia menarik akar kayu yang masih melilit di leher malik. Perlahan lahan dibukanya. Bahu malik juga cedera akibat dari tusukan gunting tersebut. Darahnya mengalir perlahan lahan. Cepat cepat zulaika menutup kesan luka itu. dia mengangkat kepala malik. Belakang kepalanya juga tercedera dan bengkak akibat daripada terhantuk kuat ke lantai. Tangan zulaika juga penuh darah.

“ kepalanya terhantuk kuat “ beritahu zulaika. Dia memandang ke arah ayahnya. Encik harun sudah duduk di atas kerusi kerana kepenatan.

“ awak balut luka di kepalanya dulu “

“ ayah tak pergi ke hospital? “

“ luka sikit saja, tidak perlulah “ jawab ayahnya, pendek.

“ bagaimana dengan luka abang malik? “

Encik harun diam. Dia melihat ke arah malik.

“ semua ini gara gara rumah sewa itu. lebih balik dirobohkan saja “ beritahu encik harun.

“ ya ayah, saya pun setuju juga. Daripada keadaan bertambah teruk dan abang malik pula menjadi mangsanya. Elok juga tu ayah “

“ esok ayah akan berjumpa dengan kontraktor itu “ beritahu encik harun. zulaika hanya mengangguk setuju.

 

Luka encik harun sudah disapu ubat oleh anaknya. Begitu juga luka di bahu malik dan kepalanya juga sudah dibalut. Malik diangkat dan ditidurkan di atas sofa. Akar kayu itu pula dililit di lehernya dan dijadikan sebagai pelindung buat sementara. Kesan rotan di belakangnya juga masih jelas kelihatan. Menjelang malam baru mata malik mula memberikan tindak balas. Dia membuka mata secara perlahan lahan.

Ughh…ughhh (suara malik dalam kesakitan) zulaika terdengar suara malik lalu menuju ke arahnya. Encik harun masih duduk di atas kerusi dan mula melihat malik.

“ abang malik…. “  ucap zulaika perlahan. Malik membuka matanya. Kepalanya sangat sakit. Bahunya juga sakit. Belakangnya juga sakit.

“ a…apa….ya…ng te…te..lah ter…jadi? “ ucapnya sambil tersekat sekat. Dia tidak mampu mengerakkan badannya. Hanya matanya yang masih mampu bergerak gerak.

“ abang malik tidak ingat apa apa ke? “ tanya zulaika

Malik mengerutkan keningnya.

“ …apa yang.. telah berlaku? “ tanyanya

Ekor mata malik sempat melihat encik harun yang masih mendiamkan diri sejak tadi. Tangannya berbalut.

“ kenapa tangan encik harun berbalut? “ tanya malik. Suaranya sudah mula normal.

“ panjang ceritanya “ balas encik harun

“ apa perkara yang terakhir yang awak ingat? “ tanya encik harun, serius. Malik mendiamkan dirinya. Perkara terakhir yang dia ingat ialah…

“ kepala saya sakit “ jawabnya

“ kemudian? “

“ ia seperti dipukul dengan batu. Sakit sangat “

“ selepas itu? “

“ selepas itu saya tidak ingat apa apa lagi “ jawab malik. Mahu tidak mahu encik harun terpaksa menceritakan semula kejadian yang berlaku pada hari itu. malik seolah olah tidak percaya apa yang telah dia lakukan. Berkali kali dia memohon maaf kepada encik harun.

“ lebih baik saya pergi dulu, saya bimbang jika roh jahat itu kembali lagi… “ ucap malik dengan nada sedih. Encik harun mengangkat muka.

“ jika awak jalan sekarang dalam keadaan seperti ini, roh jahat itu akan bertindak lagi, apalagi jika awak sekarang ini belum sembuh sepenuhnya “

Malik tidak menjawab. Dia melihat ke arah encik harun.

“ jadi, apa yang perlu saya lakukan sekarang? “

“ saya sarankan awak cuba pulang ke kampung dulu, minta berubat dengan orang pandai “

Malik diam.

“ perlukah saya pulang ke rumah sewa itu terlebih dahulu untuk mengambil barang keperluan yang lain? “

“ jika ada barang penting, terpaksalah awak ambil dulu “

Malik mengangguk.

“ kalau macam tu, saya minta diri dulu. Saya akan menghubungi awak jika saya sudah bersedia untuk pulang ke kampung “

Encik harun hanya melihat malik yang keluar dari rumahnya dan hilang dari pandangan matanya selepas itu. zulaika menuju ke arah ayahnya.

“ abang malik sudah pulang? “

“ biarlah dia pergi, ayah takut jika dia berada lebih lama di sini, dia akan menyerang kita lagi “

Zulaika tidak menjawab lagi selepas itu.

 

Dalam perjalanan pulang ke rumah sewa itu, fikiran malik menjadi sedikit bingung.

“ bagaimana saya tidak sedar bila dirasuk? “ fikirnya. Dia masuk ke lorong kiri. Beberapa minit kemudian malik sudah dapat melihat bumbung rumah sewa itu. kawasannya agak menyeramkan. Malik masuk ke dalam garaj dan keluar dari dalam kereta. Daun daun kering sudah banyak jatuh di halaman rumah sewa itu. malik menuju ke pintu masuk utama. Baru dia ingin memutar tombol pintu itu ia terus terbuka dengan perlahan. Malik berasa sedikit terkejut. Dia menolak daun pintu itu dengan perlahan lahan. Dia semakin hairan keadan rumah itu begitu bersih sekali, seolah olah dikemaskan oleh seseorang. Tiba tiba dia tercium pula bau masakan yang begitu menyelerakan. Tanpa membuang masa kaki malik menuju ke dapur. Di sana dia melihat beberapa pinggan makanan yang sudah siap di masak. Bila melihatkan ini perut malik berkeroncong minta diisi.

“ siapa yang masak ini semua? “ fikirnya. Walaupun dia masih ragu ragu untuk menyentuh makanan itu. ia seolah olah seperti makanan yang benar. Malik memegang pinggan itu. panas. Nasi juga masih berwap. Antara sedar tidak sedar malik sudah duduk di meja itu dan mula menjamu selera. Dia sudah tidak tertahan melihat makanan yang lazat itu. dia sudah lupa di dalam rumah itu hanya tinggal dia seorang.

Sedikit demi sedikit sayur dan nasi di masukkan ke dalam mulutnya. Rasanya sungguh nyata. Kelazatannya tidak dapat dibayangkan dengan kata kata.

“ sedapnya makanan ini “ bisiknya. Dia menghabiskan semua makanan yang ada di atas meja. Air merah yang dihidang itu diteguknya berkali kali. Akhirnya malik berehat kerana kekenyangan. Dia naik ke tingkat atas dan masuk ke dalam bilik. Pintu bilik dibuka dan dia terus menghempaskan badannya yang letih itu di atas katil. Dia terlena tanpa disedarinya.

 

Malam itu malik terbatuk batuk. Badannya terasa panas. Dia berpeluh peluh biarpun bilik itu dalam keadaan sejuk. Malik terbatuk batuk sekali lagi sehingga dia termuntah sisa sisa makanan yang dimakannya tadi. Dalam keadaan yang tidak terang itu malik cuba bangun untuk memasang lampu.

Klik! Bilik itu menjadi terang benderang. Mata malik hampir terbeliak bila dia melihat muntahnya tadi. Berpuluh puluh ekor ulat yang sedang mencari jalan keluar. Malik menjadi loya sekali lagi kemudian dia menuju ke kamar mandi dan termuntah di sana sekali lagi. Dia hampir tidak percaya apa yang dilihatnya. Singki itu penuh dengan ulat yang dimuntahnya. Badan malik menjadi lemah. Dia terduduk di tepi. Kepalanya tiba tiba menjadi pening. Dia membuka kepala paip dan air mencurah curah turun. Dia segera membersihkan mulutnya sambil meludah ludah.

“ celaka! Nampaknya apa yang saya makan tadi ialah ulat semata mata! “ marahnya.  Sewaktu dia membersihkan wajahnya dia melihat ada akar kayu yang halus melilit di lehernya. Dia segera menarik akar kayu itu dan dibuangnya ke dalam tong sampah. Perut malik sekali lagi membuat hal. Kali ini malik termuntah muntah tanpa henti sehingga mengeluarkan darah. Malik terbatuk batuk. Badannya semakin lemah. Hampir hampir dia tidak dapat berdiri dengan stabil.

“ jika saya berada lebih lama di sini tentu saya akan mati dengan sia sia! “ bisik malik. Dia cuba berjalan keluar dari kamar mandi. Dia menjadi pening bila melihat lantai rumah itu seperti berpusing pusing. Dia menjadi pening bila melihat keadaan seperti itu. pada masa yang sama juga dia ternampak budak perempuan itu berdiri tenang tidak jauh darinya. Kali ini bau yang dihidunya semakin kuat.

“ cissss! Bau bangkai lagi! “ marah malik. Budak perempuan itu masih melihatnya tanpa berbuat apa apa. Malik menjadi berang. Dia mengangkat tangannya lalu dia menuju ke arah budak perempuan itu tanpa perasaan takut.

“ awak kah yang selalu menganggu saya?! “ jerit malik. Kali ini mereka sudah berhadapan antara satu dengan yang lain. Budak perempuan itu melihat ke arah mata malik yang masih marah.

“ abang marah kah? “ tanyanya tiba tiba

“ jangan panggil saya abang! Saya bukan abang awak! “ jawab malik. Dia cuba memukul budak perempuan itu tetapi niatnya terhenti bila dia melihat tubuh budak perempuan itu semakin lama semakin tinggi. Sepantas kilat leher malik dicekiknya. Malik sangat terkejut sehingga dia meronta ronta minta di lepaskan. Dia semakin sesak bila kakinya sudah tidak memijak lantai. Budak perempuan yang sudah bertukar menjadi lembaga hitam itu mengangkat tubuh malik naik sehingga menyentuh di atas siling. Malik cuba melawan. Dia menarik jari lembaga itu dan dipatahnya dengan mudah sekali.

Prakk!!

Lembaga itu menjerit kesakitan lalu melepaskan genggaman di leher malik. Malik jatuh ke atas lantai dengan serta merta.

Buk!!

Malik berlari turun ke tingkat bawah dan menuju ke pintu, malangnya semua perabot itu bergerak dan menghalang perjalanan malik. Malik terhenti. Dia sempat menoleh ke belakang. Lembaga itu turun perlahan lahan. Wajahnya sangat menakutkan.

Malik berundur selangkah ke belakang. Fikiran malik berasa kucar kacir. Dia sudah lupa ayat ayat pelindung yang dia pernah pelajari dulu semasa berada di kampung. Neneknya selalu berpesan agar sentiasa membawa pelindung tetapi malik berdegil. Lembaga itu sudah mulai mendekati malik secara perlahan lahan.

Gurrrr~~~!! Ngggrrrr~~~~!! (bunyi lembaga)

Di belakang lembaga itu pula tiba tiba malik ternampak budak perempuan itu sedang melambainya. Kening malik berkerut. Budak perempuan itu seolah olah memanggil dia naik ke tingkat atas. Malik tidak bersuara. Dia mengumpul tenaga lalu dengan pantasnya malik berlari naik ke tingkat atas tanpa mempedulikan lembaga yang semakin hampir dengannya tadi. Lembaga itu terkejut dengan tindakan malik yang tiba tiba itu. malik melihat budak perempuan itu masuk ke dalam kamar mandi. Malik mengikutinya dari belakang. Sampai sahaja di kamar mandi budak perempuan itu pula menunjuk ke arah bakul sampah. Malik menjadi hairan. Dia melihat ke dalam bakul sampah tadi dan akar kayu yang melilit lehernya itu masih berada di dalam. Malik segera mengambil akar kayu itu dan pada masa yang sama bayangan budak perempuan itu hilang serta merta. Malik menggengam akar itu dan keluar dari kamar mandi. Dia melihat lembaga tadi juga sudah tiada. Malik berlari menuruni anak tangga tetapi kakinya pula tiba tiba ditarik dari belakang. Malik tersungkur jatuh!

Bab!!

Aduhhh! Jerit malik. Dia menoleh ke belakang. Lembaga itu menarik kaki malik secara perlahan lahan. Pintu bilik yang tidak pernah dibukanya kini sudah terbuka luas! Bilik itu gelap! Malik meronta ronta minta dilepaskan. Perlahan lahan badannya mengelonsor masuk ke dalam bilik misteri itu.

“ jangann… tolongggg!!! “ jerit malik. Suaranya langsung tidak kedengaran dari luar kerana kawasan rumah sewa itu terletak dibahagian hujung di jalan sulaiman. Separuh badannya sudah ditarik masuk. Dia sempat mencapai tepi dinding untuk menahannya. Malik berusaha menarik tubuhnya keluar sehinggalah budak perempuan tadi muncul semula. Dia menghulurkan tangan. Malik antara sedar tidak sedar juga menghulurkan tangannya ke arah budak perempuan itu.

“ pegang tangan saya “ jawabnya

Malik berusaha sekuat tenaga untuk mencapai tangan budak perempuan itu dan akhirnya ia berjaya juga.

“ t…tarik saya ke…keluar…. “  rayu malik

“ kalau saya tarik abang keluar, janji abang akan bermain dengan saya… “ balas budak perempuan itu. malik tidak sempat berfikir panjang terpaksa bersetuju dengan cadangan budak perempuan itu. dia menghulurkan tangannya.

“ janji? “

“ yaaa… saya janji “ beritahu malik. Badannya kini sudah hampir separuh masuk ke dalam bilik.

“ ce..cepattt “ rayu malik

Malik dapat melihat budak perempuan itu sedang membaca sesuatu. Akhirnya tanpa semena mena kaki malik yang ditarik tadi dilepaskan serta merta. Malik segera keluar dari bilik itu dan berlari turun ke bawah. Perabot yang berselerakan di ruang tamu dibiarkan. Dia membuka pintu rumah itu dan masuk ke dalam kereta sambil menghidupkan enjin keretanya.

 

Broommmm….!

 

Malik meninggalkan rumah sewa itu tanpa mengucapkan apa apa lagi. Dia melihat budak perempuan itu masih berdiri di depan pintu.

“ rumah sewa ini memang berhantu! “ dengusnya. Malik menekan peda minyak dan mencapai kelajuan 100km sejam. Semakin lama kereta malik semakin jauh dari rumah sewa itu. 5 minit kemudian, sekali lagi malik terkejut. Di depannya adalah budak perempuan itu!

“ bagaimana dia boleh sampai lebih laju daripada saya? “ bisik hati kecil malik. Dia semakin hampir dengan budak perempuan itu, kali ini malik tidak memperlahankan keretanya. Dia semakin menekan pedal minyak.

“ budak perempuan itu hanya roh sahaja, kalau saya langgar mustahil dia akan mati, sebab dia memang sudah lama mati”

Gerutu hati kecil malik.

Brrooommm……brooommmmm…. malik memasang lampu tinggi. Kelajuannya semakin meningkat. Kini dia sudah tidak takut lagi.

“ apa nak jadi, jadilah! “ marah malik seorang diri. Dalam kelajuan seperti itu malik seperti sudah hilang akal.

Saya hanyalah seorang penulis bebas Dan suka membuat jalan penceritaan berbentuk fantasies Dan mitos. Sesuatu yang ditulis di luar pemikiran manusia.

Love2
Marina Bansing
Marina Bansing
Saya hanyalah seorang penulis bebas Dan suka membuat jalan penceritaan berbentuk fantasies Dan mitos. Sesuatu yang ditulis di luar pemikiran manusia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *