Misteri Suatu Penantian
April 11, 2018
Hanya Sementara – 2
April 11, 2018

Bangkai – Bab 5

Views:   205

Dia melanggar sahaja roh budak perempuan itu sehingga dia sendiri tidak tersedar yang dia akan bertembung dengan kenderaan lain yang muncul dari selekoh! Malik terkejut sehingga dia terpaksa memusingkan stering kereta dan meluncur laju masuk ke dalam gaung yang berdekatan…

Keretanya menjunam pantas dan masih bergerak. Malik sudah cemas. Dia menekan brek. Brek itu tidak bertindak balas. Malik mengelak batang pokok yang besar besar itu dan dia sendiri tidak tahu arah mana kereta itu akan berhenti. Malik terpaksa mengendalikan kenderaan tanpa brek itu dengan pantas. Rumput rumput tinggi menghalang penglihatan malik. Akhirnya kereta itu sendiri masuk ke dalam tasik yang berada di tengah hutan. Malik sempat menjerit sebelum keretanya tenggelam di dasar tasik.

Ploppp…ploppp…. perlahan lahan kereta itu tenggelam sementara malik berusaha melepaskan diri dari keretanya. Dalam pergelutan nyawa di dalam dasar tasik, malik menahan nafas dalam dalam. Dia membuka ikatan tali pinggang yang menyekatnya. Setelah berusaha dalam beberapa minit, malik berjaya meloloskan dirinya keluar dari kereta. Cepat cepat malik berenang naik di atas permukaan air dengan pernafasan yang kurang stabil. Denyut jantungnya berdebar kencang. Sekejap sahaja dia sampai di permukaan. Bajunya habis basah kuyup. Malik berenang menuju ke tebing tasik dan mengeluarkan diri dari dalam tasik. Dia berasa sungguh penat sehinggalah dia terbaring lemah di atas rumput yang tinggi itu. matanya memadang langit. Langit pada malam itu sungguh cerah dan mendamaikan. Jantung malik masih berdebar kencang kerana kepenatan. Dia hampir hampir menemui ajal jika dia tidak pantas bertindak. Pada masa yang sama kepala malik pula terasa berdenyut denyut. Akibat kepenatan, malik terlena dalam keadaan yang basah kuyub.

 

Mata malik bergerak gerak bila bahang matahari itu terkena dengan tubuhnya. Pakaiannya sudah lama kering akibat berjemur begitu lama. Malik membuka mata. Dia bangun dengan segera dan terbatuk batuk. Tekaknya terasa kering.

Kepala malik berasa pening. Dia melihat tasik didepannya dan dia berasa hairan kerana belum pernah dia melihat suasana tasik yang begitu cantik. Malik menuju ke tebing dan membersihkan wajahnya. Dia sempat melihat wajahnya di dalam pantulan air itu. semakin lama semakin jelas. Malik mengerutkan keningnya. Kemudian dia berasa hairan kerana seperti ada sesuatu yang merenungnya dengan tajam di dalam air itu. malik berasa tidak senang lalu dia segera berdiri dan beredar dari sana tanpa membuang masa. Malik berjalan terhuyung hayang kerana tenaganya sudah berkurangan. Berkali kali juga malik terbatuk batuk sehingga muntah. Sisa sisa ulat itu sudah semakin berkurangan. Keretanya sudah tenggelam di dasar tasik. Malik berjalan masuk ke dalam hutan. Tidak berapa lama kemudian dia menyandar pula di sebatang pokok. Dia masih bernafas dengan perlahan lahan. Dia melihat jam tangannya. Tepat jam 11.00 pagi. Fikiran malik bercelaru. Dia sudah hilang arah.

“ ke mana selepas ini… “ bisiknya perlahan

“ semua yang terjadi bagaikan mimpi yang panjang…. “ sambungnya lagi. Dia melihat di persekitaran hutan itu.

“ di …dimana tempat ini? “ bisik malik lagi. Tiba tiba kepalanya dihentak oleh sesuatu.

Buk! Malik terkejut. Dia melihat ke atas pokok. Kemudian dia terlihat pula seperti orang bergayut.

“ apa benda…. “ bisiknya tetapi tidak sempat malik bangun dia dipukul kuat dari belakang. Malik pengsan serta merta. Tubuhnya rebah. Dalam separuh sedar itu dia dapat rasakan tubuhnya seperti diusung di satu tempat. Matanya tertutup rapat. Hanya pendengarannya masih jelas. Dia juga dapat mendengar suara suara halus.

“ nak letak dia di mana? “

“ letak saja di atas batu rata, dia menceroboh kawasan kita, sepatutnya dihukum mengikut udang undang “

“ bersabar dulu, dia masuk ke sini pun bukan sengaja “ balas satu suara

“ jadi sekarang kita nak buat apa dengan manusia ini? “

 

Tubuh malik diletakkan secara perlahan lahan di atas batu rata. Dia juga dapat merasakan tubuhnya seperti dipegang oleh sesuatu.

“ tubuhnya banyak luka luka “

“ apa yang menghairankan? “

Tangannya dipegang sehinggalah mereka terkejut dengan akar kayu yang dipegangnya

“ eh? “

“ itukan akar kayu kokka… bagaimana dia mendapatkan kayu ini? “ bisik mereka.

“ akar kayu kokka adalah dipercayai dapat mengusir makhluk halus yang jahat… mungkinkah… “

“ apa apa pun kita tunggu sehingga guru kita sampai “

 

Pendengaran malik akhirnya terhenti di situ sahaja dan dia tidak terdengar apa apa lagi selepas itu.

Wajah malik disiram air. Serta merta malik membuka mata. Dia terkejut bukan kepalang. Air itu sangat sejuk seperti ais. Malik juga terkejut kerana dia sekarang dikelilingi oleh manusia yang berjubah serba putih. Wajah mereka ditutup sehingga ke kepala.

“ aa…aa apa semua ini? “ tanya malik. Dia hanya mampu bangun dan tidak dapat bergerak. Salah satu daripada manusia berpakaian putih itu menuju ke arah malik

“ awak sudah masuk ke dalam dunia kami “ jawabnya

“ hah… masuk bagaimana? “

“ melalui tasik itu “

“ kan saya berjaya keluar dari dalam tasik sebelum kereta saya terhempas sampai ke dasar “

“ tidak “ jawabnya pendek

“ apa maksud awak? “ degup jantung malik mula berdebar debar

“ sebenarnya awak tidak berjaya menyelamatkan diri “

Bila mendengarkan ini, malik sekali lagi tidak percaya. Dia masih ingat dengan jelas bagaimana dia berusaha melepaskan tali itu dari terus menyekatnya. Dia yakin bahawa dia sudah berenang keluar sehingga ke dasar.

“ awak hanya membawa roh awak keluar, badan awak masih berada di dalam tasik itu “

“ mm…maksud awak… saya sudah …. “

“ ya, begitulah “

Malik bangun dan melihat kedua dua tangannya. Dia melihat dari atas ke bawah. Malik juga memegang rambut dan wajahnya. Semuanya masih sama.

“ awak silap… saya masih hidup… masih wujud! “ marah malik. Dia cuba melangkah pergi tetapi dihalang oleh mereka yang lain.

“ selagi awak masih bersama sama dengan kami, tubuh awak di dalam dasar tasik itu masih selamat dan tidak akan reput “

“ saya tidak faham apa yang awak cakap! Saya perlu pergi sekarang “ balas malik

“ malik…. “ satu suara yang sangat dikenalinya memanggilnya dari belakang. Malik menoleh. Dia hampir hampir tidak percaya apa yang dilihatnya.

“ eh? … e…encik… harun?? “ jawab malik. Seorang lelaki berjalan menuju ke arahnya dengan perlahan lahan. Dia menghulurkan tangan. Malik menyambutnya dengan tenang. Tangan itu sejuk.

“ malik…. “ panggilnya lagi. Malik mengangkat muka

“ sekarang, bagaimana? “ tanya lelaki itu.

“ w..w.ajah awak saling tidak tumpah seperti… pemilik rumah se..sewa itu “ malik memberitahu

Lelaki yang berada di depannya hanya tersenyum kecil

“ dia adalah kembar saya yang tinggal di alam manusia “ malik berasa hairan. Lelaki yang berada di depannya mengajaknya duduk. Malik terpaksa akur.

“ sebenarnya kami sudah tahu awal awal lagi “

“ tentang apa? “ tanya malik

“ kami sudah jangka, awak akan menjadi pilihan roh jahat yang tinggal di dalam rumah itu “

“ rumah sewa? “

“ awak juga merupakan mangsa yang ke 7 dan mangsa yang ditunggu tunggu oleh roh jahat itu untuk mengambil jiwa manusia bagi menamatkan misinya “

“ apa akan jadi selepas itu? “

“ awak mempunyai kebolehan yang tidak dimiliki oleh mangsa yang sebelumnya “

“ kebolehan apa? “

“ awak mempunyai semangat yang tinggi. Berani dan tidak gentar bila menghadapi situasi, orang macam inilah yang dicari oleh kami selama ini “

“ saya rasa awak semua silap orang. Saya hanya orang biasa, saya tidak mempunyai apa apa kebolehan seperti yang awak katakan itu “

“ mangsa yang lain sudah lama melarikan diri, tetapi nyawa mereka diambil dengan cara yang begitu menyakitkan berbanding dengan keadaan di dalam rumah itu “

“ apa kaitan awak semua ini dengan rumah sewa itu? “ tanya malik.

“ kami adalah penjaga yang datang dari alam lain untuk membantu manusia yang betul betul layak “

Malik mendiamkan dirinya.

“ mana mungkin saya boleh menentang roh jahat itu sedangkan saya juga pernah dirasuk “

“ sebab awak masih belum pandai menggunakan kebolehan awak itu sebab itulah awak mudah dirasuk “

“ roh jahat itu takut sekiranya awak tersedar dengan kebolehan itu dan menghapuskan dia dari alam manusia “

Sekali lagi malik terdiam. Dia masih tidak percaya yang tubuh badannya masih terperangkap di dalam dasar tasik itu.

“ tugas awak adalah untuk menghapuskan roh jahat itu “

“ lama kelamaan dia akan terhapus juga, pemilik rumah sewa itu akan merobohkan rumah itu pada bila bila masa dari sekarang “

“ merobohkan rumah sewa itu tidak semestinya akan menamatkan rancangan roh jahat itu “

“ jadi, apa yang perlu saya lakukan sekarang? “

Lelaki berjubah itu memegang tangan malik

“ awak kini adalah jelmaan daripada roh, kerja awak kali ini senang saja, awak masukkan roh jahat itu ke dalam sini “

Malik melihat sebuah botol kecil.

“ seru dia dan masukkan roh itu di dalam botol ini “

“ bagaimana dengan budak perempuan itu? “tanya malik.

“ budak perempuan itu akan cuba memesongkan kepercayaan awak, dia adalah pembatu kepada roh jahat itu. sikapnya sukar untuk diramal. Adalah lebih baik awak jangan terlalu percayakan dia “

“ mungkin dia hanya jadikan saya sebagai umpan sahaja “

“ memang itulah tugasnya “

Tiba tiba mereka dikejutkan dengan bunyi nyaring dan agak menyakitkan telinga. Malik menutup telinganya.

“ apa bunyi tu? “

“ bunyi itu nampaknya datang dari rumah sewa itu “

“ rumah sewa itu berdekatan di sini saja? “

“ ya, hanya beberapa jarak langkah sahaja “

 

“ awak kena lakukan tugasan itu malam ini. Jika awak tidak lakukan, nyawa orang lain juga turut terancam. Buat masa ini, awak akan kekal sebagai roh. Kami akan menjaga tubuh awak di sini. Sekarang, pergilah “

Malik mengambil botol tersebut dan mula berjalan menuju ke arah rumah sewa itu. sewaktu dia tiba di sana, dia terkejut bila melihat ada sebuah kereta yang dia kenali sudah berada di tempat itu. malik berjalan pantas.

“ itukan kereta encik harun… “ bisiknya. Dia mempercepatkan langkahnya. Sewaktu mendekati rumah itu juga tubuhnya terasa sedikit panas. Ia adalah kesan jampi yang dibuat disekeliling rumah itu pada suatu masa dahulu.

 

“ kenapa rumah ini nampak bersepah sepah? Barang barang malik masih berada di dalam rumah ini “ beritahu zulaika. Ayahnya berjalan perlahan lahan.

“ malik belum tinggalkan rumah ini “

“ maksud ayah? “

“ jangan tanya bukan bukan, awak pegang akar kayu itu rapat rapat. Biar saya mencari puncanya sendiri “

Zulaika hanya mendiamkan diri. Perlahan lahan kaki ayahnya melangkah naik ke tingkat atas. Pada masa yang sama juga mereka sudah pun terhidu bau bangkai yang begitu busuk. Zulaika menutup hidungnya. Hanya encik harun yang masih bertahan. Dia memanggil nama malik berulang kali. Tiada sahutan.

Banggg~~~!!! ( bunyi pintu ditutup dengan kuat sekali)

Encik harun dan anaknya, zulaika terkejut. Mereka melangkah perlahan lahan. Sekali lagi encik harun memanggil nama malik. Malik juga berada di dalam rumah itu cuba menyahut, suaranya tidak didengari oleh mereka. Malik berjalan menuju ke tingkat atas tetapi dia dihalang pula dengan kemunculan budak perempuan itu. dia tersenyum sinis.

“ nampaknya abang juga sudah menjadi roh, bolehlah kita berkawan selepas ini. Abang sudah janji, kan? “ jawab budak perempuan itu. malik tidak menjawab. Dia meninggalkan budak perempuan itu begitu sahaja sehingga budak perempuan itu menangis teresak esak. Malik berhenti. Dia memandang ke arah budak perempuan mula menangis itu.

“ jika bukan awak yang membuat kacau dari dulu, roh yang lain pasti tenang “ jawab malik. Budak perempuan itu terdiam. Dia tidak menjawab. Malik berlari naik ke tingkat atas dan dia melihat encik harun dan zulaika masuk ke dalam biliknya.

“ bilik ini kosong “ beritahu zulaika

“ nampaknya malik tidak pulang ke sini “

“ mustahil dia tidak pulang, rumah ini macam medan pergelutan saja, ayah lihatlah selimut itu seperti ditarik oleh sesuatu yang berat “

“ kata kata awak memang betul “ jawab encik harun. Zulaika memandang ke belakang dan dia sangat terkejut bila melihat malik sudah lama memerhatikannya.

“ ayah, itukan malik “ jawab zulaika. Encik harun terkejut.

“ awak jangan main main, malik tiada di dalam rumah ini”

“ t..tapi… “

Malik tahu zulaika mempunyai kebolehan melihat benda halus. Termasuk dirinya. Dia sempat memberi syarat agar zulaika mendiamkan diri.

Saya hanyalah seorang penulis bebas Dan suka membuat jalan penceritaan berbentuk fantasies Dan mitos. Sesuatu yang ditulis di luar pemikiran manusia.

Love0
Marina Bansing
Marina Bansing
Saya hanyalah seorang penulis bebas Dan suka membuat jalan penceritaan berbentuk fantasies Dan mitos. Sesuatu yang ditulis di luar pemikiran manusia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *