Pengganti
April 6, 2018
Bangkai – Bab 2
April 8, 2018

Bangkai – Bab 1

Views:   497

Sudah semalaman Malik tidak dapat tidur. Sekejap dia berpusing ke kanan sekejap dia berpusing ke kiri. Kipas angin yang dirasainya sungguh panas. Dia terpaksa bangun dan terus memandang ke arah jam dinding. Tepat pukul 3.00 pagi. Cis! Bau itu menganggu lagi, gerutu hati kecilnya. Dia membetulkan kain pelikatnya lalu menuju ke pintu bilik. Sebaik sahaja pintu itu dibuka, bau yang seperti bangkai mula semerbak baunya. Kening Malik berkerut. Dia menutup hidungnya.

“Celaka, dari mana bau bangkai ini datang? “ bisiknya lagi. Dia menuruni anak tangga sambil melihat lihat ke bawah. Fikirannya semakin runsing bila bau itu kerapkali datang menganggu tidurnya yang lena. Sudah beberapa hari Malik tidak cukup tidur. Bau itu sering menganggunya. Sampai sahaja di tingkat bawah, bau itu tiba tiba hilang! Malik menjadi hairan. Dia memandang ke arah tingkat atas.

“Takkan bau itu datang dari atas “ bisiknya lagi. Akibat tidak tertahan dengan bau busuk itu, Malik mengambil keputusan untuk tidur di sofa sehingga pagi menjelang. Bunyi jam dinding itu mengejutkannya dan hampir hampir dia lewat datang ke pejabat.

 

Tepat jam 7.20 pagi, kaki Malik melangkah lemah. Sekali sekala dia menguap. Kawannya, zali datang menyapa.

“ eh, Malik. Kenapa dengan awak ni? “

Malik memandang ke arah kawannya dengan pandangan mata yang agak layu. Sekali lagi dia menguap.

“ awak ke mana sampai tidak cukup tidur ni? Kalau tuan rajim nampak, pasti dia marah “

Malik tidak menjawab. Fikirannya masih terganggu dengan bau yang berada di dalam rumahnya itu.

“ kalau awak ada masalah, bagi tahu ajelah “ pujuk zali. Malik memandang ke arah zali.

“ awak takkan faham “ balasnya

“ macamana aku nak faham kalau awak tidak bagi tahu “ beritahu zali. Malik diam.

“ sudah beberapa hari aku terhidu bau yang sama saja “ ucap Malik membuka tabir bicara. Zali semakin berminat. Dia duduk rapat dengan Malik sambil memegang secawan kopi.

“ bau apa? “tanya zali

“ kalau awak nak tahu, dalam rumah aku tu, ada bau bangkai “

Zali tersenyum kecil

“ awak bela kucing ke? “

“ mana ada kucing dalam rumah aku tu. Aku tak suka binatang dalam rumah “

“ jangan jangan bangkai kucing yang terperangkap tak? “duga zali. Malik diam. Mungkin ada benarnya kata kata kawannya itu.

“ lepas awak balik nanti, awak tengoklah di atas siling rumah, mana tahu ada kucing yang terperangkap di sana “ beritahu zali sambil menepuk lembut bahu Malik.

“ mungkin juga “ jawab Malik. Dia mengangguk angguk setuju. Hari itu Malik bekerja dan pulang seperti biasa. Sebelum dia menghidupkan enjin keretanya, dia sempat bertegur sapa dengan zali yang hanya menaiki motorsikal.

“ jangan lupa bersihkan siling rumah hari ini, harap harap selepas ini awak akan tidur lebih lena. Jumpa besok! “ beritahu zali lalu dia beredar pergi. Malik hanya melambai ke arah zali lalu dia pun beredar pulang ke rumah. Dalam perjalanan pulang itu, Malik berfikir sendiri. Sudah 3 bulan dia menyewa rumah itu. pada bulan pertama tiada apa apa yang berlaku sehinggalah masuk bulan ke 2. Bila masuk bulan ke 3 barulah Malik diganggu oleh bau busuk itu. bau busuk yang benar benar menganggu tidurnya. Bau itu seperti bau bangkai yang sudah lama. Lebih menghairankan, bau itu hanya berada di tingkap atas. Dalam biliknya. Bila dia turun ke bawah pula, bau itu serta merta hilang.

“ aku akan cari bau itu sampai dapat malam ini “ bisiknya. Malik menekan pedal minyak. Sebelum pulang dia sempat ke pasar malam dan membeli makan malamnya secara ala kadar. Malik tiba di rumah sewanya tepat jam 8.00 malam. Pintu pagar dibukanya. Kemudian dia memandu masuk ke dalam garaj. Enjin kereta di matikan. Malik menutup kembali pintu pagar dan menguncinya semula. Semasa dia memusingkan badannya, dia sempat melihat tingkap biliknya seperti ada sesuatu yang memerhatikannya sejak tadi. Ia seperti kelibat seseorang yang sedang berdiri tegak di sebalik tabir di dalam biliknya. Malik sangat terkejut. Cepat cepat dia membuka pintu rumah kerana disangkanya ada pencuri masuk ke dalam rumahnya. Malik berlari masuk tanpa membuka kasut. Dia segera naik ke tingkat atas. Malik membuka pintu biliknya dan bau bangkai itu serta merta dihidunya. Malik berundur ke belakang bila terhidu bau yang begitu busuk dalam biliknya.

“ ciss! Bau ini lagi… siapa yang berada di dalam bilik tadi, tunjukkan wajah awak!! “ tengking Malik. Dia sudah hilang kesabarannya lalu mula berteriak di dalam rumah itu seorang diri.

“ lekas tunjukkan diri awak! “ jerit Malik lagi. Hatinya sudah panas membara. Dia membuka setiap satu pintu bilik yang berada di tingkat atas itu. bahagian atas sahaja ada 3 buah bilik. Semasa Malik memegang tombol pintu bilik yang ke 3, tiba tiba bulu tengkuknya berdiri. Malik terdiam. Api kemarahannya menjadi reda. Degup jantungnya pula memainkan peranan. Tombol pintu bilik ke 3 itu sangat sejuk. Malik menarik tangannya kembali. Tiba tiba dia tidak berani pula membuka pintu itu. selama tiga bulan dia menyewa, hanya bilik ke 3 tidak pernah dibukanya.

Krasss!! Prangggg~~~!!

Sekali lagi Malik terkejut bila terdengar bunyi piring pecah di bahagian dapur. Tanpa membuang masa Malik segera berlari turun ke bawah dan menuju ke dapur. Piring yang pecah itu seolah olah seperti dihumbankan ke atas lantai. Malik semakin bingung. Pada masa yang sama dia terdengar pula bunyi hentakan kaki dari atas. Malik cuba mengamati bunyi itu. sekali lagi bunyi pintu dibuka dan ditutup dengan kasar.

Krekkkk!!! Bangggg!!!

Malik tersentak. Peluh dingin mula jatuh dari celah dahinya.

“ jangan jangan rumah sewa ini berhantu “ bisik hati kecil malik. Dia terkejut bila deringan telefon bimbit tiba tiba memecahkan suasana. Panggilan daripada kawannya, zali.

“ heh, awak ok kah?” tanya zali di hujung talian

“ apa maksud awak? “ kening malik berkerut.

“ awak dah periksa ke bau itu? “ tanya zali

“ be..belum lagi “

“ laaa… kata rumah berbau bangkai, awak belum periksa lagi? “

Belum sempat malik membalas pertanyaan itu dia terkejut bila ternampak kelibat seorang budak perempuan berlari dari arah ruang tamu menuju ke tingkat atas. Malik serta merta mematikan talian. Dia mengekori budak perempuan itu sehingga ke tingkat atas.

“ hei! “ jeritnya. Malik sempat melihat budak perempuan itu masuk ke bilik yang ke 3. Degup jantung malik bertambah kencang. Bagaimana dia masuk ke dalam bilik itu sedangkan pintu bilik itu berkunci? Malik berjalan perlahan lahan menuju ke arah pintu itu dan cuba mendengar dari luar. Suara budak perempuan itu sedang bernyanyi nyanyi di dalam bilik tersebut. Malik menghulurkan tangan untuk memutar tombol pintu bilik itu dan memusingkan tombol itu perlahan lahan. Suara budak perempuan itu semakin jelas. Sekali sekala diikuti dengan suara ketawa. Semasa malik memusingkan tombol pintu itu ia masih terkunci. Malik berasa sedikit kecewa.

“ entah apa yang berada di sebalik pintu bilik ini “ gerutu hati kecilnya. Telefon bimbitnya berbunyi sekali lagi. Malik menarik telefon bimbit dan berasa agak hairan kerana tiada nama pemanggil di atas skrin telefon itu. dia hanya dapat melihat nombor panggilan masuk. Fikiran malik menjadi bingung. Sama ada dia perlu menyambut panggilan itu atau biarkan sahaja. Deringan itu mati dan ia berbunyi sekali lagi. Malik cuba memberanikan dirinya untuk menyambut panggilan telefon itu

“ he..hello…. “ jawabnya, perlahan

“ arghhhh…..shhhhh….erkkkkkk…..uhghhhhhhh.~~~~~ “

Kening malik berkerut. Dia tidak faham bunyi itu. seolah olah seperti bunyi angin yang bertiup di hujung talian.

“ ughhhh….ekkkkkk arhhhh~~~~ “

Sepantas kilat malik mematikan talian telefon bila dia merasakan bulu tengkuknya mulai berdiri. Malik sebenarnya bukan jenis lelaki yang penakut, dia Cuma mempunyai naluri ingin tahu yang tinggi. Kali ini dia benar benar diuji dengan benda benda itu. mungkin juga penghuni rumah sewa lama ini tidak mahu malik tinggal lebih lama lagi. Budak perempuan itu pula? Fikiran malik semakin buntu. Dia meninggalkan rumah sewa itu dan terpaksa bermalam di hotel budget yang berhampiran dengan kota. Dia juga ada memasang niat untuk bermalam di rumah zali tetapi dia segan kerana anak isteri kawannya itu juga tinggal bersama sama. Bukan itu sahaja, orang tua zali juga turut tinggal di bawah satu bumbung. Malik terpaksa mematahkan niatnya itu lalu menyewa sebuah bilik hotel kerana tidak tahan dengan gangguan di dalam rumah sewanya. Malik hanya membawa sehelai pakaian dan komputer riba. Mujurlah hotel itu menyediakan perkhidmatan internet percuma kepada pelanggannya, dari sana malik mula mencari maklumat mengenai rumah sewa yang berada di jalan sulaiman itu. dia memasuki laman google dan mula menaip alamat rumah tersebut. Sementara menunggu, malik meneguk air mineral bagi membasahkan tekaknya yang dari tadi kering. Dia juga tidak memberitahu kawannya yang dia akan bermalam di hotel pada malam itu. biarlah perkara ini ditanggungi oleh dia seorang diri. Malik bertekad untuk mencari kebenaran di sebalik rumah sewa itu. perlahan lahan data dimuat turun dari carian google termasuk rumah itu sekali. Malik sangat terkejut bila membaca artikel mengenai rumah sewa itu. kali terakhir rumah itu disewakan oleh pasangan suami isteri dan seorang budak perempuan. Mereka bertiga jarang keluar rumah dan pada setiap malam sahaja suami isteri itu akan bergaduh dengan bahawa ibunda mereka. Jiran jiran yang berhampiran tidak memahami maksud yang mereka gaduhkan itu dan hanya mendiamkan diri. Budak perempuan itu pula tidak dibenarkan keluar rumah. Selepas beberapa tahun kemudian, rumah itu dibiarkan kosong semula kerana pasangan suami isteri itu menghilang entah ke mana. Tuan punya rumah itu en.harun terpaksa menanggung kos sewa rumah itu kerana tidak dibayar oleh penyewa. Selepas sahaja kejadian itu, rumah itu ditinggalkan sehinggalah ia dibuka semula untuk disewa akibat permintaan yang tinggi kerana ramai yang ingin menyewa rumah itu kerana ia lebih dekat dengan bandar. Sewanya juga sangat murah iaitu sebanyak rm 150.00 sebulan termasuk elektrik dan air. Malik yang datang dari keningau itu serta merta masuk menyewa rumah itu dengan bayaran sekaligus untuk setahun.

“ rumah ini, sudah ramai penyewa, tetapi selepas 3 hari mereka berpindah ke tempat lain “ beritahu encik harun semasa malik membayar sewa rumah itu. mereka berdua duduk di sebuah kedai kopi di tanjung aru. Malik hanya tersenyum kecil.

“ perkara biasa jika ada gangguan kecil “ jawab malik bersahaja.

“ awak dah biasa diganggu? “ tanya encik harun.

“ di kampung juga ada gangguan seperti yang encik harun katakan. Gangguan itu lebih kuat jika tinggal di kebun tengah hutan “ balas malik. Encik harun tersenyum.

“ eloklah awak sudah biasa dengan gangguan itu. tetapi, gangguan di bandar tidak sama dengan gangguan di kampung tau “ beritahu encik harun. Malik mengangkat muka.

“ mana mana roh halus yang datang mengacau, mereka tetap datang dari spesis yang sama “ jawab malik. Encik harun dan malik ketawa kelucuan selepas itu.

“ betul awak tidak menyesal? “

Malik hanya menggelengkan kepalanya.

“ sekarang, dengan kos sara diri hidup di bandar, terlalu banyak bebanan yang menggunakan wang ringgit. Mujurlah saya terjumpa dengan rumah sewa ini. Sewa bulanan pula sangat berbaloi. Tidak seperti rumah sewa yang lain sehingga mencecah rm500 ke atas “

Encik harun tidak menjawab.

“ memang sewa rm500 ke atas itu adalah harga paling minimum jika hendak menyewa rumah di kawasan ini “

“ tapi kenapa encik harun hanya memberikan sewa sebanyak rm150.00 sebulan sahaja? Tidakkah encik harun berasa rugi? “ tanya malik ingin tahu. En harun tidak segera menjawab. Dia mengela nafas panjang.

“ rugi tu adalah sikit, tapi saya lebih kasihankan penyewa yang tidak tahan tinggal lama di rumah itu. paling lama pun seminggu “

Kemudian malik tidak bertanya apa apa lagi selepas pertemuannya dengan encik harun beberapa bulan yang lalu.

Klik!

Saya hanyalah seorang penulis bebas Dan suka membuat jalan penceritaan berbentuk fantasies Dan mitos. Sesuatu yang ditulis di luar pemikiran manusia.

Love5
Marina Bansing
Marina Bansing
Saya hanyalah seorang penulis bebas Dan suka membuat jalan penceritaan berbentuk fantasies Dan mitos. Sesuatu yang ditulis di luar pemikiran manusia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *