Pesta Buku
April 2, 2018
Buku
April 2, 2018

Berkomunikasi

Views:   167

Bercakap? Berhubung? Bersembang? Berbisik?

Pernah tak rasa berpeluh bila disuruh bercakap di hadapan khalayak ramai? Ini siatuasi yang sangat biasa kita alami, malahan penulis sendiri pun dahulukala biasa dengan keadaan sebegini. Berkomunikasi dengan manusia merupakan satu fitrah yang tidak boleh dielakkan dalam menyampaikan sesuatu maklumat. Malah, Nabi Muhammad saw sendiri berkomunikasi secara langsung dengan Allah swt dalam perintah melakukan solat lima waktu sehari semalam.

Kita sebagai manusia perlu berkomunikasi supaya kita sendiri mendapat maklumat dan pengajaran dalam kehidupan kita. Tetapi sejauh manakah kita sendiri mampu berkomunikasi di hadapan orang? Ianya merupakan satu teknik yang diberi nama pengucapan awam. Setiap pemimpin perlu ada teknik yang penting ini bagi beliau menyampaikan sesuatu kepada para pendengar.

Daripada peringkat sekolah lagi kita telah didedahkan dengan teknik berkomunikasi di hadapan manusia misalnya, pertandingan debat dan pidato. Ianay merupakan sesuatu yang baik bagi meningkatkan kemahiran seseorang apabila umur meningkat dewasa. Tatkala melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi, maka, ianya menjadi suatu yang wajib dihadapi dalam membentangkan sesuatu kertas kerja di dalam kelas.

Oleh itu, tingkatkan usaha kita dalam kemahiran ini yang penting untuk digunakan apabila sudah berkerjaya nanti.

Love2
Adnan Haris
Adnan Haris
nandre the legend

2 Comments

  1. Abu Bakar Suleiman says:

    Teruskan…

  2. Adnan Rizal bin Hj. Haris@Harib says:

    Best

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *