Hanya Sementara – 1
April 9, 2018
Bangkai – Bab 4
April 10, 2018

CABARAN MENULIS #TRAVELOG

Views:   2,481

Cabaran datang lagi! TulisWrite ingin menjemput anda untuk menulis cerita berunsur TRAVELOG. Jika anda ada pengalaman travel ke mana-mana sahaja, anda boleh kongsikan di platform ini. Kerana TulisWrite dengan kerjasama beberapa penerbit buku akan menerbitkan travelog seluruh dunia.

  1. Ditulis dalam Bahasa Melayu.
  2. Bertemakan TRAVELOG
  3. Tidak pernah diterbitkan di mana-mana
  4. Menggunakan tags Travelog.




 

KARYA TERPILIH

TulisWrite akan memilih travelog terbaik yang mana berdasarkan jumlah bacaan oleh pembaca di luar sana. Setiap cerita yang terpilih akan diterbitkan secara bercetak (Antologi). Jadi, pembaca adalah jurinya. Dan setiap karya akan dibayar honorarium atau royalti. Tarikh akhir penilaian adalah 31 Mei 2018 (tertakluk pada perubahan).

Oleh yang demikian, anda perlu SEGERA menulis dan terbitkan dalam platform penulisan TulisWrite untuk memastikan jangka masa yang panjang untuk pembaca membaca karya anda.

 

Bagaimana Untuk Menghantar Karya?

Anda perlu mendaftar sebagai penulis terlebih dahulu. Langkah-langkah seperti berikut:

  1. Di bahagian Menu, tekan DAFTAR
  2. Masukkan Username dan Email dan tekan REGISTER
  3. Anda akan menerima notifikasi pengesahan beserta Password di emel anda (1 – 3 sekiranya anda belum mempunyai akaun TulisWrite)
  4. Login ke akaun anda
  5. Tekan New Posts
  6. Masukkan tajuk dan cerita anda. Pastikan tajuk yang anda gunakan dapat menarik perhatian pembaca.
  7. Pilih Kategori PENGALAMAN
  8. Masukkan tags Travelog dan tempat tersebut.
  9. Masukkan Featured Image (Gambar Cover karya anda)
  10. Tekan Publish

 

Tips Untuk Anda

Pastikan selepas anda menerbitkan cerita tersebut, anda kongsikan pautan karya di laman sosial anda untuk memeberitahu kawan-kawan anda tentang karya tersebut. Ini untuk meningkatkan visibility karya anda.

Love2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *