TIGA MALAM
April 25, 2018
NUR KASIH DIHUJUNG RAMADHAN
April 26, 2018

Cindai

Views:   5,092

Langit petang berubah menjadi gelap.Keriuhan perjalanan mereka tadi menuju ke Bukit Tirig untuk ‘hiking’ itu mula terbantut bila melihat langit yang pada mulanya cerah tadi berubah menjadi suram.Cuaca seakan ingin hujan.Farah memusingkan stereng kereta.Serentak itu juga tubuh Umairah tergerak ke tepi lalu kepalanya terhantuk pada cermin kereta itu.Tangannya lantas mengusap tempat yang sakit.

“Oi kau ni apa hal? “ Umairah membentak sambil menolak bahu Farah.

“Sedap kau tidur kan?kau ingat aku ni driver kau?bangun! kita dah sampai ni.”ujar Farah sambil matanya tercari-cari ‘parking’ yang berdekatan.

“kata tadi nak menjalani hidup yang sihat.. ni tidur dulu apahal?” Ain menyampuk dari belakang.

“Alaa aku ni jimatkan tenaga..alang-alang aku sudah charge energy aku..kamu tengok nanti siapa yang  dulu sampai atas tu haa..” Umairah berseloroh sambil memuncungkan mulutnya.Tali kasutnya mula dikencangkan.

“Tapi kan macam nak hujan ni.. kita nak proceed juga  ke ‘hiking’ ni? Aku rasa baik kita batalkan niat kita,kita cari tempat makan..makan panas-panas,ayam bakar..sate.. nyumm..” Ain meletakkan jejarinya di bibirnya sambil mengunyah kosong.Matanya dan Farah bertentangan sambil senyum jahat.

“tapi kau jugak yang bersemangat waja tadi nak hiking..potong mood betulla kau ni..tapi kita kena proceed jugak..dah sampai ni..” sambut Farah walaupun perutnya tiba-tiba bergetar lembut minta diisi usai mendengar cadangan Ain.Farah memberhentikan kereta agak jauh dari kaki bukit memandangkan di situ saja tempat letak kereta yang tinggal.

“Macam ni  lah.. siapa yang paling lambat sampai puncak dia kena belanja makan amacam?”cadang Umairah. Sejurus itu juga dia bergegas turun dari kereta dan mula mengatur langkah.

Umairah berlari-lari anak meninggalkan Farah dan Ain yang masih berada di dalam kereta sambil terkekek kecil.Lariannya diteruskan ke tepi jalan  dan beberapa langkah ke hadapan Umairah tiba-tiba tersadung lalu jatuh mencium tanah.

“Aduh.. aduh.. “ rengeknya sambil menggosok mukanya dengan sapu tangan kecilnya.Sikunya diketuk lembut bagi membuang sisa-sisa tanah yang tadinya melekat.

Cindailah mana..tidak berkias. sayup-sayup suara berlagu itu kedengaran dekat dibelakangnya.Serta merta juga bulu romanya merinding.

“Farah aku tahu suara kau sedap..tapi tak payahlah kau nyanyi lagutu kat sini..seram tau..”

Sejurus mengangkat kepalanya dahi Umairah berkerut seribu. Suasana tiba-tiba terasa sunyi dan sepi.Kepalanya dipalingkan ke depan dan belakang.Tiada lagi kedengaran suara orang ramai yang riuh rendah.Tiada juga kelihatan susuk tubuh manusia yang tadinya dilihat ramai semasa berada di dalam kereta tadi.

Hujan gerimis mula turun.Umairah nampak kebingungan.Matanya terus meliar meninjau sekeliling.

“Hoi! Korang tinggalkan aku? Kurang asam punya kawan!” jeritnya kecil bila matanya menangkap susuk tubuh Ain dan Farah yang sudah mula mendaki bukit tersebut lebih kurang 30 meter di hadapannya sambil melambai-lambaikan tangan.

Umairah mengejar.

“Hoi.. tunggu aku!” jeritnya lagi bila Ain dan Farah semakin jauh meninggalkannya.

“Dasar syaitonnirrojim betulla kamu ni.berpakat dua budak ni kenakan aku..” Umairah membebel menahan kapus.

“Dahlah nyanyi lagu seram tadi.. hantu cindai betul budak berdua ni..” bebelnya lagi sambil melangkah mendaki bukit dengan menongkat badannya menggunakan kayu yang dijumpanya.

“oi hantu cindai!!” pekiknya.

“Hik hik hik..” suara Ain dan Farah kedengaran terkekek dari atas. Umairah mendengus kasar sambil matanya menjeling tajam.

Tiba-tiba telefonnya bordering. Skrin telefon di tatap dan tertera nama Farah. Umairah memandang kembali ke atas,mencari kelibat Farah yang tersengih-sengih.

“Haa.. yang kau call aku ni kenapa?” Umairah menjerit lagi pada kedua kawannya yang berada beberapa meter jauh darinya.Deringan telefon terhenti sendiri tanpa berjawab. Dua tiga kali berdering namun dia membiarkan.Umairah hanya membebel kecil lagi sambil meneruskan langkah ke arah Ain dan Farah yang sudah berhenti di satu tempat.

Telefon berdering lagi dan kali ini tertera nama Ain pula di skrin telefonnya.

“Korang dua memang bersungguh nak kenakan aku ni kan..” panggilan telefon ditolak dan Umairah bersungguh mendaki untuk mendekati dua kawannya yang kini semakin dekat pada pandangan matanya.

Usai sampai di pondok rehat Umairah terus duduk sambil menyandarkan tubuhnya pada batang pokok.Lelah.

“Korang berdua ni memang nak aku yang belanja makan malamni ke? Kalau ya pun..janganlah tinggalkan aku macam ni.. penat aku kejar korang tau tak?” tegur Umairah pada dua rakannya itu.

Kedua-dua rakannya itu membisu.Tiada sepatah langsung yang keluar dari mulut mereka.

“Sekarang ni korang berpakat tak nak bercakap dengan aku pulak?” kedua rakannya itu masih lagi membisu.Kali ini tingkah laku kedua rakannya itu semakin mencurigakan. Sejurus itu juga bulu romanya tegak tanpa disuruh.

Klik..klik..

Mesej di telefonnya masuk dan dibuka,

‘ kau di mana wehh..dah lama kami tunggu ni.. takkan dah naik sorang-sorang..kami tunggu kat depan ni..’ Umairah tersentak dengan isi mesej tersebut namun serentak itu juga dia tersengih.

“Ehh..dah dekat Maghrib ni korang janganlah main-mainkan aku.nak prank orang pun janganlah dalam hutan..” Umairah bersuara lagi sambil meneguk air dari botolnya.

Puas menahan rasa geram Umairah menghumban botol airnya ke arah Ain. Tembus. Umairah terkaku.

Wajah Ain serta merta berpaling padanya.Dia senyum sekejap.Kemudian mukanya berubah menjadi sayu dan hodoh.

Umairah terduduk ke tanah dan mulutnya automatik  ditutup dengan tapak tangan apabila melihat jelmaan gadis itu mengoyak lehernya sendiri menggunakan sabit.Darah bersemburan ke tanah sehingga mengenai seluar Umairah.Mata Umairah terkelip-kelip dan dia berdoa agar dia pengsan sahaja di situ daripada  menanggung ketakutan sebegitu.Nafasnya seolah terhenti dari menghirup udara. Dia terundur-undur cuba memulakan langkah untuk pergi dari situ.

“mendendam unggas..liar dihutan…” suara wanita itu berlagu gemersik bak buluh perindu menusuk ke deria pendengaran Umairah.Serupa suara Farah! Menemani langkahnya yang serabut. Lagu cindai!!

“Apahalnya dia nyanyi lagu cindai pulak..” berketar suara Umairah tapi masih lagi dengan bebelannya.Langkah kakinya semakin laju menuruni bukit dan waktu itu dia terasa bagaikan kelibat gadis tadi mengekorinya. Sesekali gadis itu muncul di kiri dan kanannya.Berdesap desup hilang dan datang seperti lampu suluh yang dibuka tutup.Umairah beristighfar beribu kali sambil mengatur langkah kakinya yang terketar-ketar.

Telefon Umairah berdering lagi dan tertera nama Farah.Serta merta butang hijau ditekan.

“Kau kat mana ni?”suara Farah kedengaran.

“Aku kat atas..tolong aku.. tolong aku..” terketar mulutnya menyahut.

“kat atas mana? Hei kau kat mana?” suara Farah tersekat-sekat dan hilang perlahan-lahan.

“Farah..Farah!!”panggil Umairah yang semakin kalut dan bingung.

“Cindailah mana.. tidak berkias..”suara itu kedengaran mendodoi di hujung talian. Telefon bimbitnya gugur dari tangan.

Langkah  Umairah tiba-tiba terhenti .Kali ini dia terserempak dengan sekumpulan orang awam yang sedang mendaki bukit.

Tolong.. tolong.. rayu Umairah. Orang awam yang berada di hadapannya terpinga-pinga dan bingung.Salah seorang daripada mereka menghulurkan tangan cuba membantu Umairah yang seakan hilang arah tuju.

Umairah yang cuba mencapai tangan itu terduduk lagi dan tangannya menongkat badannya dari belakang.Cuba untuk berundur.Dari jarak yang tidak jauh dari situ,dia terlihat satu kelibat tubuh ‘manusia’ sedang tergantung di pokok besar dengan wajah yang kebiruan lebam.Pakaian sukan yang membaluti tubuh ‘manusia’ itu sudah koyak rabak dengan kesan tanah di sana sini.Tali yang mengikat lehernya itu kelihatan sudah lusuh dan menunggu saja untuk terputus.

“Cik..cik..”  suara salah seorang orang awam tadi kedengaran.Umairah masih lagi bingung dan memandang ke kiri dan kanan.Jelas.Hanya dia saja yang menyedari susuk tubuh ‘Manusia’ yang tergantung  itu.

Umairah menyapu matanya.Usai membuka matanya dia merenung lagi dan kali ini ‘manusia’yang tergantung  itu membuka mata dan bibir pucatnya tiba-tiba tersenyum nipis ke arahnya.Darah pekat mengalir dari bibir itu dan tahap adrenalin Umairah kini sudah sampai ke kemuncak! Dia menumbuk-numbuk kepalanya.Terasa dirinya berkhayal. Tidak semena-mena Umairah menjerit.Nafasnya seakan tersekat di kerongkong.

Kedengaran riuh suara orang awam yang kini mengerumuni Umairah bila terdengar suara jeritannya.Masing-masing tertinjau-tinjau dan terjenguk-jenguk cuba melihat keadaan apa sebenarnya yang terjadi.Kelibat Farah dan Ain mula kelihatan dan kedua mereka menyelinap di kerumunan orang ramai.

Sebaik saja terpandang tubuh Umairah terbaring di tanah mereka terpaku sekejap.Kelihatan badannya mengeras dan matanya hanya tertumpu ke depan.Dia seolah-olah tersampuk dan kaku.Rahangnya terlihat kencang.

“Umai..umairah!” jerit Ain sambil membawa Umairah kepangkuannya.

“Astagfirullahalazim.. Umai..kau kenapa ni?”Farah meraup muka Umairah dengan air.

Wajah ‘manusia’ yang tergantung tadi melintasi betul-betul di hadapan muka Umairah. Dengan jarak tiga inci dari hidungnya bau hamis tanah dan darah berlumba masuk ke dalam rongga hidungnya.Pergerakannya terasa dihalang dan dia tidak mampu bergerak.

Lantas dia membuka mata seluasnya dan mula meracau tidak tentu hala.Farah dan Ain cuba menenangkan. Orang  awam yang turut berada di sana kedengaran berbisik-bisik dan masing-masing membuat telahan sendiri.

“Umairah..umairah!” Farah mengoncang-goncangkan badan Umairah meminta dia sedar.

“Lailahaillallah! Mengucap Umairah!Lailahaillallah!” Farah mengucap panjang dan memegang kedua pergelangan tangan Umairah. Umairah meronta-ronta dan pappp! Satu tamparan kanan Farah hinggap dipipinya.

Suasana tiba-tiba sunyi.Diam.Umairah  bangun dan duduk tegak.Lehernya digerakkan ke kiri dan ke kanan dan di situ juga bunyi kriukk kriuk tulang kedengaran.Orang awam yang berada di sekitarnya mula merasa seram melihat tindak tanduk Umairah itu.Ada yang sudah mula menjauhkan diri.Tingkahnya sudah seperti orang yang tidak betul.Jarinya bermain-main di rambutnya.Tidak semena-mena dia berlari ke arah pokok di tempat ‘manusia’ tergantung itu.Entah dari mana kekuatannya dia terus memanjat pokok itu dengan pantas.Umairah duduk di atas dahan sambil menggoyang-goyangkan kakinya.

“Cindailah mana.. tidak berkias..

Jalinnya lalu rentak beribu..

Bagailah mana..hendak berhias..

Cerminku retak..seribu”

Umairah mengalunkan lagu cindai dengan tenang sambil tersenyum sinis. Dia kemudian duduk mencangkung di atas dahan.Dia mula menggigit-gigit kukunya sendiri.

“Umairah..turun Umairah..kau kena bangun! Bawa mengucap Umairah!” Ain cuba memujuk dari bawah dengan air mata yang mula mencurah ke pipi.

Salah seorang orang awam mula melaungkan azan.Umairah terus meronta-ronta sakit bila mendengarkan azan yang dilaungkan.

“Berani kau?? Kau cabar aku??”tiba-tiba satu suara garau keluar dari mulut Umairah.Suara yang lain daripada suara Umairah yang asal.

Keluar suara tertawa yang kasar dan garau diiringi suara ilai tawa yang meremangkan bulu roma.Farah,Ain dan orang awam yang lain sudah tidak keruan melihat kejadian itu.Masing-masing terdiam dan ada juga yang menjerit ketakutan.

“Kau ingat kau dah cukup bijak? Ha..ha..ha..“ suara garau itu bergema lagi kemudiannya.

Umairah mula berdiri.Tegak dan senyum menyerupai orang yang sudah hilang akal.

“Umairah! Kau kena bangun Umairah! Istighfar Umairah!” Suara Farah menyelit di deria pendengarannya. Matanya hanya memandang sayu pada Farah dan kemudian dia terjun.

“Aaaaaaargghhhhh!!!” kayu yang terpacak di bawah pokok itu menusuk tepat ke dada Umairah.Darah serta merta mengalir.

“Umairahh!!”




Kepalanya terhantuk pada cermin kereta.Umairah terjaga dari tidur.Sekujur tubuhnya dibasahi peluh.Segera dia meraba seluruh anggota tubuhnya.Rasa cemas menerpa.

“Sedap kau tidur kan?kau ingat aku ni driver kau?bangun ! kita dah sampai ni.” Suara Farah yang kedengaran membuatkan Umairah pening.

“kata tadi nak menjalani hidup yang sihat.. ni tidur dulu apahal?” Ain menyampuk dari belakang.Pandangan Umairah rasa berpinar lagi bila mendengar suara Ain dari belakang.

Hatinya galau dan kacau bilau.Segala yang berlaku kini serupa seperti di dalam mimpinya.

“Cindailah mana.. tidak berkias..” lagu itu kedengaran pula di corong radio. Umairah menekup telinganya dan pantas menutup radio.

“Umairah..kau apahal?kau kena sedar wei..bangun..bangun.. “panggil Farah. Hairan melihat tindak Umairah yang tiba-tiba itu.

“Aku rasa kita kena balik..”

“Balik? Kita baru sampai  ni..jauh aku drive ni..” sangkal Farah lagi.

“Aku tak sedap hati..tak sedap badan.. tolonglah Farah.apa kata kita pergi makan? Aku belanja.” Umairah menukar topik perbualan. “lagipun nak hujan ni..” sambungnya.

Farah dan Ain hanya menurut.Lagipun takut juga kalau-kalau hujan lebat bila mereka meneruskan ‘hiking’ tadi boleh kuyup mereka dibuatnya.

Di luar tingkap Umairah terlihat dari kejauhan ada seseorang yang melambai ke arahnya seolah-olah memanggil. Serta merta juga dia tunduk dan membisu sepanjang perjalanan.Cuba untuk melupakan mimpi yang seolah-olah benar dan meragut nyawanya  tadi.

Mimpi tadi seolah-olah satu petanda. Apakah ia satu petanda yang buruk? Tiada jawapan yang diperolehi.Kemungkinan besar mimpi itu adalah cetusan syaitan semata-mata.Hatinya hanya mampu berdoa dan berharap tiada sebarang malapetaka yang terjadi.

Menulis Seolah tidak pernah ‘typo’ di penghujung kata,kerana hati sudah seiring dengan lenggok jemari dan tidak bisa berhenti

Love4
Haslina
Haslina
Menulis Seolah tidak pernah 'typo' di penghujung kata,kerana hati sudah seiring dengan lenggok jemari dan tidak bisa berhenti

1 Comment

  1. Misbah says:

    Best

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *