Berdua Itu Lebih Baik, Tapi Solo Itu Lebih Menarik. Berdua Lebih Jimat, Tapi Solo lebih Kuat.
May 15, 2018
Permulaan – Zroxark
May 18, 2018

Dimana syakillah

Views:   407

“Rudi,kau berhenti kereta ini sekejap aku nak kencing”pinta wan kepada rudi yang sedang memandu kereta.

“Gila kau buatnya terserempak dengan pontianak mampus nanti”Kata rudi.

“Datang pontianak aku ajaklah nikah”Selamba je jawapan wan.

Jam dikereta menunjukkan pukul 2pagi,tujuan asal dua sahabat itu pulang kekampung setelah pengumuman cuti pru14.

wan memberhentikan keretanya dibahu jalan dalam pada masa yang sama jantung wan agak berdegup kencang,namun dia tetap keluar kerana tidak tahan untuk membuang air kecil.
wan berlari menuju kesemak berhampiran jalan.

“Abang…”Tiba-tiba muncul suara seorang wanita.

“Ala aku nak tumpang kencing jela,pehal panggil ni”Keluh wan.

“Abang cuba tengok dekat kereta abang naik tu”Arah suara wanita itu.

Wan menoleh,bagai nak tekeluar biji mata wan kerana kereta dipandu rudi diatas bumbungnya terdapat satu lembaga bermata merah,kukunya panjang,rambutnya mengurai.

“Wei!!suara apehal ek asal citer hantu je,mesti ada mata merahlah,rambut panjanglah takda idea lain ke?”Herdik wan.

“Itu saya tak tau abang,yang saya nak abang tolong saya”kata suara itu.

“Tolong??no problem tapi ada syaratnya”Kata wan.

“Baiklah aku setuju”jawab suara wanita itu

“Syaratnya aku lari!!!”Jerit wan terkengkang-kekang dia melarikan diri meninggalkan kawasan itu

DIMANA SYAKILLAH.

“MAAF ya makcik pihak polis sedang berusaha mencari anak perempuan makcik syakillah”Kata pihak polis pada kamariah ibu kepada Syakillah binti nordin,Syakillah dilaporkan hilang seminggu lalu,selepas pulang daripada mengaji Al-quran dimasjid.

Dua minggu kemudian,kamariah berusaha mencari anak tunggalnya itu dikampung sebelah,baginya anak tirinya itu seorang gadis yang baik mustahil dia melarikan diri daripada rumah.

“Sabarlah kak,insyallah anak kakak tu balik nanti”Kata jiran kamariah.

“Entahlah nab,sejak suami aku meninggal dunia,aku dan anak tiri aku jela tempat aku mesra ni dia pulak hilangkan diri”jawab kamariah.

Kamariah terus membonceng motorsikalnya dan berhenti diwarung ,kelihatan sabri dan rakan-rakannya sedang minum petang

“Kak dah jumpa ke,anak kakak tu?”Soal sabri.

“tak lagi”Ringkas sahaja jawapan kamariah.

“Alah kak,dia ikut jantanlah tu”Kata sabri.

Namun kata-kata itu membuatkan kamariah berang,kamariah mendekati sabri,air kopi didalam cawan kaca disebelah sabri,diambil kamariah lalu disiram kemuka sabri,mengelupur sabri terkena air kopi panas itu.

“Ingat sapa-sapa dok kata lagi anak aku bukan air kopi,minyak panas aku siram nanti!”Ugut kamariah.
lantas dia meninggalkan warung itu.

Malam menjelma,kedengaran bunyi sang cengkrik,sabri masih terkesan dengan peristiwa yang berlaku keatasnya sedang dia membelek wajahnya tiba-tiba dia terlihat cahaya lampu kereta polis,dia membuka tingkap biliknya dia dapat melihat dengan jelas orang kampung mengerumi rumah azrul,Sabri terus keluar dan pergi kerumah sahabat baiknya itu.

“Awak kawan simati ke?”Soal pegawai polis.

“Yup tuan,saya kawan dia”Jawab Sabri.

“Si mati pihak kami temui dalam keadaan berlumuran darah,melalui siasatan awal kami,Tidak menemui sebarang bukti pecah masuk dan kemungkinan simati melakukan sendiri untuk bunuh diri”pegawai polis itu memberi penerangan pada sabri.

penerangan itu membuatkan sabri kebingungan mana mungkin arwah azrul sanggup melakukan perbuatan itu sedemikan rupa.

Malam kedua

kadir pula ditemui mati terjun daripada tingkat dua rumah ibu bapanya,kejadian itu sungguh mengejutkan,melalui kata-kata ibunya dia hanya mendengar…

“Jangan ganggu akulah!!berambus kau!kau dah mati!” sebelum terdengar satu dentuman agak kuat terjatuh diatas kereta,kepala kadir pecah akibat terhentak dicermin kereta.

Malam ketiga.

Samrin baru pulang daripada tempat kerjanya dia menunggang motorsikal kapcai,tiba-tiba dari jauh dia melihat ada seorang wanita dibus stop

“Eh ada aweklah,aku mesti berhenti ni”Kata hati samrin.

Samrin memberhentikan motorsikalnya.

“Hai nak tumpang ke?”Soal samrin.

sebaik sahaja wanita itu menoleh

“Ha!!kau!”teriak samrin sebaik sahaja melihat gadis itu.

“Ye,aku kau perlu gantikan aku,aku perlukan nyawamu”Kata gadis itu.

“Tak aku tak bersalah!!”Marah samrin dia terus belari ketengah jalan tanpa disedarinya ada sebuah lori menuju kearahnya

“Bum!!”Satu rempuhan kuat menyebabkan samrin ibarat daging yang dilumatkan,bertaburan otak dan isi daging bercampur tengkorak dan tulang temulangnya bagai diracik.

Kejadian demi kejadian pelik terus merungsingkan kepala sabri,dicarinya bomoh agar dapat melindunginya daripada “Gangguan”

“Kau jangan risau,tok dah mahir atasi segala mambang dan setan ni”Kata tok bomoh.

Malam menjelma,tok bomoh berusaha”Memagar”Rumah sabri tiba-tiba tangan tok bomoh tidak boleh diangkat

“Hei tok,kenapa ni”Soal sabri.

Tok bomoh kononnya”gagah” tadi tumbang dan mulutnya berbuih.

Sebaik sahaja pagi menjelang sabri tekad untuk keluar daripada kampungnya,baginya “Tempah maut”Jikalau tinggal lebih lama dikampung.

Dia menahan teksi.

“Kak tolong hantarkan saya keStesen bas”arah sabri.

“Stesen bas kenapa nak lari,tinggal jela dekat sini”Kata wanita yg memandu teksi berkenaan.

Alangkah terkejutnya sabri sebaik sahaja wanita itu menoleh kebelakang,kepalanya boleh berputar 120darjah.

“Sial!!Kau kau dah nampus!!Jangan ganggu aku”herdik sabri.

“Tolong syakilah bang!”Kata gadis itu.

tetapi sabri tidak mengendahkannya,Sabri tekad terjun keluar daripada teksi yang bergerak laju,Amat malang sekali sebaik sahaja melompat keluar dia terjatuh dalam gaung ditepi jalan.

“Betul tuan simati ni terjun daripada teksi saya,dia duduk belakang teksi saya,membebel sorang-sorang”Jelas pemandu teksi lelaki itu.

MISTERI kematian 3orang pemuda terus menghantui penduduk kampung,kiai hassan percaya kematian mereka bukanlah secara kebetulan sahaja tetapi”Ada sesuatu yang menggangu” arwah.

Kiai hassan mencari jawapan seribu satu persoalan harus dirungkaikan pada malam itu juga ditemani borhan pembantu perubatan darul islam,kiai menunggu “Makhluk itu muncul”.

“Kiai takda apa-apa pun”Keluh borhan.dia menepuk-nepuk nyamuk yang mengigit tubuh badannya

“Sabar,insyallah ada tu nanti”Jawab kiai hassan.

Sebaik sahaja kiai menjawab tiba-tiba angin bertukar menjadi dingin agak luar biasa,suasana itu amat dingin dan sesekali kedengaran bunyi burung hantu menemani suasana malam.

borhan menyuluh jam ditangannya

“Satu pagi”Keluh borhan.

“Borhan,bagi saya air yassin tu”Secara tiba-tiba kiai bersuara.

Borhan menghulurkan botol berisi air yassin,berkumat kamit mulut kiai membaca ayat suci Al-quran lalu disiram kearah tembok sebuah rumah lama.

“Arghh!!”Kedengaran suara seakan-akan mengerang menahan kesakitan.

kemudian suara itu menghilangkan diri.

“Dah mati ke dia kiai?”Soal borhan.

“Iblis dan syaitan ni takkan mati hingga hari kiamat,tapi kita hanya mampu mengusirnya sahaja”Kata kiai.

“Abis yang ni dia tak ganggu lagi ke?”Soal borhan.

“Dia terkena skit je,tapi saya percaya dia pasti datang lagi”Jawab kiai.

“Kenapa ye kiai?apa yang dia nak ye?”Soal borhan.

“Apa yang saya nampak tadi,dia seakan-akan minta pertolongan daripada kita semua,tapi saya tak percaya mainan syaitan yang suka menyesatkan kita semua”Jawab kiai lagi.

Sementara itu kamariah sedang melakukan sesuatu.

“Aku puas,harta arwah bapak kau dah jadi milik aku”Kata kamariah,tangannya menabur sesuatu didalam kemeyan yang dibakar.

Berkepul-kepul asap keluar,sesekali kamariah membaca jampi serapah,tiba-tiba keluar satu lembaga badannya berdarah,mukanya koyak

“Kau dah kenapa ha?,Aku suruh cari darah untuk aku cantik”Kata kamariah.

“Ibu,aku sakit tolonglar maafkan aku”Rayu lembaga itu.

“ah..pergi jahanam kau punya sakit,aku sakit hati dengan kau kau lupa pulak!”Herdik kamariah.

Mengimbas kembali peristiwa lalu

“Apa abang serahkan harta abang pada syakillah?”Soal kamariah.

“Yup,kenapa ada masalah ke?,dia anak tunggal abang jadi dia ada hak”Kata imran suami barunya.

“Tapi bang?”Belum sempat kamariah menghabiskan kata-katanya.

“Jangan nak bantah,kalau awak melawan awak tau apa akibatnya nanti ingat tu”Kata imran

tanpa diduga imran,kamariah mengupah sabri untuk membunuh suaminya,sabri mengekori imran hingga kesatu jalan sabri menahan kereta yang dipandu imran,Imran keluar daripada keretanya,tanpa sempat berbuat apa-apa sabri terus merodok berkali-kali perut imran,memancut darah keluar akhirnya imran maut,namun mayat imran disembunyikan dan ditanam dihutan berhampiran.

kemudian,Kamariah mengarahkan sabri dan rakan-rakannya melakukan pekara serupa terhadap syakillah anak tirinya,syakillah merayu supaya dilepaskan tetapi tidak diendahkan sabri,lantas sabri dan rakannya menolak syakillah kedalam sebuah lubang dan ditanam hidup-hidup.

“Sekarang aku nak kau ibu!”Herdik lembaga menyerupai syakillah.

Kata-kata itu membuatkan kamariah terkejut,dia cuba melawan secara tiba-tiba tangan dan kakinya seperti diikat kuat,lembaga tadi menghampiri kamariah lantas taringnya yang mengerunkan terus terbenam kedalam perut kamariah.

berhamburan darah keluar,kamariah tidak berdaya lagi untuk melawan,Akhirnya dia maut akibat syaitan durjana itu.

tiba-tiba pintu rumah kamariah ditendang

“Astagfirullahalazim,kau syaitan yang dilaknat Allah s.w.t nyah kau daripada bumi Allah s.w.t”Desak kiai hassan,kiai menghentakan tongkatnya.

“Sebelum aku beredar,aku nak kau pergi kehutan tepi jalan sana!”kata lembaga itu kemudian menghilangkan dirinya.

MELAKA-Misteri dimana syakillah akhirnya terjawab apabila pihak polis menemui mayat remaja berusia 17tahun itu dibunuh dengan kejam,lebih mengejutkan pihak polis turut menemui satu lagi mayat ditanam tidak jauh dari lokasi pembunuhan arwahyarhamah syakillah,dipercayai mayat berkenaan juga adalah ayah kepada simati……

TAMAT

saya memang minat dalam bidang penulisan ini,saya harap rakan2 yang membaca atau mengikuti saya dapat bagi saya galakan dan semangat untuk teruskan perjuangan saya

Love0
FirdausJebat
FirdausJebat
saya memang minat dalam bidang penulisan ini,saya harap rakan2 yang membaca atau mengikuti saya dapat bagi saya galakan dan semangat untuk teruskan perjuangan saya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *