Konniciwa! Jepun Bab 2
May 2, 2018
PERJANJIAN SYAITAN
May 3, 2018

Hampir Ditikam! Nis, Serbia 2017

Views:   822

Gambar di atas : Sempat bergambar bersama Marjan dan kawannya di Nis, Serbia

Gambar di atas : Memorial Bubanj di Nis, Serbia . Di tempat ini seramai 5000 rakyat Serbia dibunuh oleh tentera Nazi Jerman semasa perang dunia kedua.

“Aku sudah menjejakkan kaki di tanah Serbia “, bisik di hati aku. Terasa lain sangat rasanya kerana susah untuk rakyat Malaysia untuk memasuki Serbia disebabkan perlunya visa untuk ke negara itu. Tetapi pada Januari 2017 kerajaan Serbia telah memulakan tempoh percubaan kepada rakyat Malaysia untuk memasuki Serbia tanpa menggunakan visa. Aku pun ambil kesempatan ini untuk masuk ke negara bekas Yugoslavia ini. Aku menaiki tren dari Sofia , Bulgaria ke Nis , Serbia.

Nis merupakan kota purba dan penuh bersejarah . Bandar ini banyak mencatatkan sejarah pahit bangsa Serbia . Dari pembunuhan beramai –ramai oleh Kerajaan Uthmaniyah sehinggalah ke Nazi semua tercatat di bandar ini. Di bandar ini terdapat satu Menara yang diperbuat daripada tengkorak pahlawan Serbia yang tewas menentang kerajaan Turki Uthmaniyah dulu , dan Menara tengkorak itu menjadi tarikan utama di bandar itu.  Aku pun berhasrat untuk ke Menara yang dipanggil Cela Kula itu.

Aku pun tiba di bandar Nis , aku berjalan seorang diri kerana aku menunggu hos aku iaitu Fahman , pelajar phD yang aku berkenalan di Couchsurfing . Sementara menunggu dia selesai di kuliahnya aku berkeliaran di tengah –tengah bandar. Tiada apa yang aku banggakan di bandar ini kerana bangunannya semua sama , petak berkonkrit , arkitektur seperti di negara –negara komunis yang lain . Aku pun terus berkeliaran di bandar itu. Dalam perjalanan itu , aku ternampak sebatang sungai yang dipenuhi dengan orang orang muda Serbia . Aku memutuskan untuk berhenti berehat di situ sambil membaca buku Anne Frank yang baru aku beli.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Semasa aku sedang asyik membaca tiba-tiba ada bayangan sepasang kasut menghampiri aku. Aku sedar ada orang berdiri di hadapan aku tapi aku sengaja mengendahkan orang itu. Apabila dia bersuara “ Serbian or not ?” , aku pun memandang tepat ke arah matanya yang berwarna hazel itu. Aku pun cakap “no” , dia perlahan-lahan mengeluarkan pisau kepada aku dan mengacah-acahnya kepada aku.Dia menyebut “I want money !, money! “ . Ikutkan aku , aku boleh saje tendang lelaki itu terus masuk ke dalam sungai kerana dia berdiri betul di hujung tebing sungai. Tetapi disebabkan aku tau masyarakat di sini agak skeptical dengan orang luar lebih-lebih lagi dengan orang yang bukan kulit putih . Aku pun berganjak dari tempat itu dan berteriak dalam Bahasa Inggeris “ He wants to kill me” , agak aneh kerana seorang pon yang tidak ingin menolong aku , mungkin kerana aku ini bukan orang Serbia sebab itu , mereka tidak mahu tolong.

Aku pun berjalan cepat kearah medan di tengah –tengah bandar itu dan menjerit , lelaki itu terus mengekori aku. Tiba-tiba ada seorang lelaki tempatan yang bernama Marjan membantu aku . Marjan berkata “ What happened ? are you in trouble?” . Aku pun berkata “Ya , the guy wants to stab me” sambil aku menuding jari kearahnya , dia terus berlalu pergi . Selepas itu , Marjan terus meminta maaf bagi pihak lelaki itu , dan dia terus menerangkan keadaan sebenar , “ Di Serbia memang kami hidup dalam kesusahan , disebabkan kerajaan kami yang korup, orang akan melakukan apa sahaja untuk survive termasuk memeras ugut orang lain terutamanya terhadap pelancong”. Aku pun mengangguk tanda faham . Selepas itu Marjan bersetuju untuk membawa aku bersiar-siar di Nis dengan sahabatnya, Luka . Ternyata tanpa Marjan , aku mungkin ditikam oleh lelaki itu. “Aku hampir ditikam!’ . bisik didalam hati aku.

Gambar di atas : Sempat bergambar bersama Marjan ( kanan)  dan kawannya Luka (kiri) di Nis, Serbia

Love6

4 Comments

  1. EiykaNightmaree says:

    Perghh takutnya..sampai macam tu skli tmpat tu

  2. Claudia says:

    Yang mna stu Marjan? Kiri ke kanan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *