Rooftop
April 9, 2018
CABARAN MENULIS #TRAVELOG
April 10, 2018

Hanya Sementara – 1

Views:   221

Amora berlari lari anak menuju ke bilik paling hujung. Nafasnya kelihatan turun naik. Hari itu dia terpaksa ponteng sekolah kerana kawan baiknya telah dimasukkan ke dalam hospital pada awal pagi tadi. Kakinya berlari dari anak tangga dan menuju ke hujung sehinggalah dia tiba di depan pintu bilik itu. Perlahan lahan dia memusingkan tombol pintu dan memasukkan kepalanya di dalam secara diam diam. Melalui sana, Amora dapat melihat keadaan Peter yang masih terbaring kaku. Amora melangkah masuk dan menutup pintu bilik itu dengan berhati hati. Selepas itu dia menuju ke arah Peter. Matanya tertutup rapat. Amora duduk di atas kerusi itu dan mula melihat keadaan Peter yang sudah semakin kurus. Air mata Amora menitis tanpa dia sedari. Dia sempat melihat jam tangannya yang sudah menunjukkan tepat jam 8.00 pagi.

Tentu Cikgu Crypto akan marah lagi, bisik Amora. Dia tahu Cikgu Crypto memang tegas orangnya. Tanpa disedari, Amora mengusap lembut rambut Peter yang masih tidur. Pernafasannya sudah mulai stabil.

Amora meletakkan kepalanya di atas dada Peter.

Dap…dap…dap…dap… begitulah bunyi jantung Peter yang mengikut rentaknya. Amora menutup matanya. Dia cuba membayangkan Peter sudah sembuh dan mereka sempat bermain permainan kejar mengejar sebelum kaki Amora tiba tiba terseliuh dan dia tersungkur jatuh. Peter yang melihat keadaan itu ketawa terbahak bahak.

“ jahattt! “ marah Amora. Peter segera berlari menuju ke arahnya sambil menghulurkan tangan.

“ pegang tangan saya “ beritahu Peter, lembut. Amora menghulurkan tangannya. Peter segera menariknya bangun. Dia segera memeluk Amora. Mata mereka bertentangan. Amora menoleh ke tempat lain kerana malu dipandang lama lama oleh Peter. Perlahan lahan Peter memegang wajah halus Amora dan mula mencium Amora dengan lembut. Degup jantung Peter mula memainkan peranan sebaik sahaja bibir mereka bertemu. Amora membalas ciuman itu. Mereka sudah berkawan lebih kurang 5 tahun lamanya. Setiap hari mereka berjalan seiringan pergi ke Sekolah Menengah Austin. Peter dan Amora berada di dalam kelas yang sama dan mereka juga duduk bersama. Ramai pelajar yang cemburu melihat kemesraan mereka berdua dan ada juga dikalangan mereka gembira melihat pasangan itu. seperti biasa, pada setiap tahun mereka akan menyambut perayaan hari kasih sayang bersama sama. Ramai pelajar yang menyediakan pelbagai hadiah dan coklat. Kebiasaanya pelajar kacak seperti Peter pasti akan menerima beberapa set bungkusan coklat dari peminatnya. Begitu juga dengan Amora yang kerapkali menerima jambangan bunga ros di atas mejanya. Salah seorang dari peminatnya ialah abang Peter, iaitu Paul yang berada di dalam kelas tingkatan 6 Pluto. Paul adalah seorang yang agak pendiam. Sikap dia bertentangan dengan adiknya yang cepat mesra dengan orang lain. Paul juga tidak kurang hebatnya bila tiba hari perayaan itu dan pelbagai jenis coklat pasti diterimanya.

Tapi berbeza pada tahun ini. Sejak akhir akhir ini, adiknya selalu sahaja sakit. Kadang kadang dia tinggal di hospital berhari hari lamanya. Akibat daripada itu juga Amora juga sudah seringkali ponteng kelas kerana terlalu risaukan keadaan Peter. Sudah banyak matapelajaran yang tertinggal. Kadangkala Amora sanggup bermalam di hospital kerana ingin menjaga Peter.

 

Hari itu Peter tiba tiba pengsan semasa matapelajaran jasmani berlangsung. Dia segera dikejarkan ke hospital dan Amora juga turut serta menaiki bas hospital. Wajahnya cukup cemas. Peter pengsan semasa menjaringkan bola keranjang yang terakhir dan kumpulan mereka juga telah mendapat tempat pertama. Amora yang pada mulanya gembira tiba tiba terkejut sebaik sahaja Peter menunduk dan akhirnya dia pengsan di gelanggang itu juga. Keadaan menjadi riuh apabila Peter tidak sedarkan diri secara tiba tiba.

 

01.02.2018 / Khamis

Peter masih berbaring lemah di atas katil. Nadinya berdenyut perlahan. Amora masih berbaring di tepi katil itu. sudah semalaman Amora menemani Peter walaupun Paul juga ada datang melawat melihat keadaan adiknya.

“ awak baliklah, biar saya menjaga dia “ pujuk Paul. Amora hanya menggelengkan kepalanya.

“ saya akan tetap disini bersamanya “ jawab Amora. Walaupun sudah dipujuk berulang kali Amora masih berdegil. Mahu tidak mahu Paul terpaksa mengalah. Paul juga ada membawa bekalan untuk Amora. Keadaan adiknya juga masih tidak ada perubahan. Malah, Amora masih yakin Peter akan sembuh.

 

02.02.2018 / Jumaat

Doktor Eric mula membaca data dari laporan jururawat itu dan Amora menunggu dengan sabar. Sebaik sahaja doktor itu selesai dengan tugasnya, cepat cepat Amora bertanya.

“ bagaimana keadaan dia, doktor? “

Doktor Eric tidak segera menjawab.

“ jangan risau, keadaannya stabil Cuma dia perlukan rehat yang secukupnya “ balas doktor itu sambil tersenyum kecil.

“ boleh saya tahu apa penyakit yang dideritainya?” tanya Amora lagi. Doktor itu menarik nafas dalam dalam.

“ buat masa ini saya belum memberikan kata putus lagi, penyakitnya ini merupakan kali pertama yang dihidapi oleh banyak banyak pesakit di hospital ini “ balas doktor tersebut.

“ dia boleh sembuh kan “ ucap Amora perlahan. Air matanya mula bertakung di kelopak matanya. Dia memegang tangan Peter yang dingin. Amora mengangkat wajahnya.

“ dia boleh sembuhkan, doktor? “ ucapnya lagi. Tekak Amora terasa pahit. Dia benar benar berharap agar Peter akan sembuh dan pulih seperti sediakala.

“ banyakkan berdoa, dia pasti sembuh “ jawab doktor itu lalu dia keluar dari bilik tersebut. Setitis air mata Amora tumpah. Ia jatuh tepat mengenai tangan Peter. Amora menangis dalam diam. Bahunya bergoncang menahan sebak di dadanya.

 

03.02.2018 / Sabtu

“ a…Amora… “ satu bisikan kecil didengari oleh Amora. Amora segera membuka matanya. Dia sangat gembira bila melihat Peter sudah sedar dari pengsannya. Amora memeluknya dengan erat. Peter hampir hampir sesak nafas. Amora terkejut.

“ ma..maafkan saya! “ jeritnya dengan cemas. Peter hanya tersenyum kecil.

“ aa..air “ bisiknya perlahan. Amora segera menuangkan segelas air dan dia berikan kepada Peter dengan penuh berhati hati. Dia juga cuba memberikan ruang yang luas agar Peter berasa selesa.

“ sudah berapa lama saya di sini “ ucap Peter, perlahan.

“ 3 hari “ jawab Amora, pendek.

Peter menguatkan semangatnya untuk bangun. Amora membantunya dengan berhati hati. Kening Peter berkerut.

“ awak lapar tak? “ tanya Amora. Peter hanya menggelengkan kepalanya.

“ awak harus makan, biar sedikit asalkan ada. Saya sediakan awak bubur ayam, ya? “ pujuk Amora. Peter tidak menjawab. dia hanya membiarkan Amora menyediakan makanan. Selepas itu Amora menyuapkan bubur ayam itu. Peter memaksa diri untuk membuka mulutnya tapi tidak lama, selepas itu dia muntah lagi. Amora menjadi cemas. Dia segera membersihkan sisa makanan yang dimuntahkan oleh Peter.

“ maafkan saya… “ bisik Amora, perlahan.

“ jangan memaksa diri, Amora… disebabkan keadaan saya seperti ini awak… “ kata kata Peter terputus.

“ jangan cakap banyak Peter, biar saya jaga awak sehingga awak benar benar sembuh “

“ awak tidak boleh tinggal di sini terlalu lama. Bagaimana dengan pelajaran awak nanti “

“ pelajaran boleh dicari, tidak kalau awak… awak tidak boleh dicari “ jawab Amora tersekat sekat. Air matanya mula membuat hal. Hatinya begitu sedih melihat keadaan Peter yang pucat lesi itu.

“ jangan risau, saya pasti sembuh. Percayalah “ bisik Peter. Dia menarik tangan Amora perlahan lahan menuju ke dadanya. Amora menutup matanya.

Dap…dap…dap…dap……

 

13.02.2018 / Selasa

 

Keadaan Peter sudah beransur pulih. Amora sangat gembira. Doktor Eric telah memberi jaminan kesihatan Peter akan pulih sepenuhnya. Cuma dia perlu datang untuk mengambil ubat. Amora membersihkan bilik Peter sementara Peter hanya duduk melihat sikap Amora itu.

“ awak terlalu teruja hari ini “ beritahu Peter. Amora ketawa gembira.

“ sebab awak dah semakin sihat… 13 hari di hospital, awak tidak bosankah? “ balas Amora sedikit merungut manja. Peter ketawa kecil. Mereka keluar dari bilik itu sambil berpimpinan tangan. Beberapa orang jururawat mula berbisik bisik kecil. Amora tidak mengambil kisah dengan apa yang dikatakan kepadanya.

“ perempuan itu, tidak sekolah lagikah? Tidak habis habis dengan teman lelaki. Meluat betul! “ bisik salah seorang jururawat yang bertugas itu. kawan kawannya yang lain hanya mengangguk setuju. Peter mendengar perbualan mereka lalu dia menuju ke arah jururawat yang sedang berkumpul itu. tangan Amora ditariknya.

“ eh? Awak nak kemana? “ tanya Amora, hairan.

“ jalan keluar kan di….. “

 

“ apa yang awak bisikkan tadi? “ tanya Peter kepada jururawat yang bertugas itu. mereka terkejut dengan kehadiran Peter secara tiba tiba itu.

“ awak semua jangan menyindir kekasih saya, belum tentu kekasih awak semua sanggup menjaga awak semua dan sanggup meninggalkan sekolah demi orang yang tersayang” balas Peter, tegas. Wajah jururawat tersebut menjadi merah kerana malu disindir oleh Peter. Amora juga tidak dapat berkata kata apabila Peter memberitahu jururawat di sana bahawa mereka adalah sepasang kekasih yang tidak boleh dipisahkan. Selepas itu Peter menarik Amora keluar dari hospital tersebut. Motorsikal Peter yang disimpan di kawasan khas masih kukuh. Peter mengambil topi keledar dan dia berikan kepada Amora. Amora mengambil topi keledar itu dan memakainya.

 

Peter membonceng laju motor itu. Amora sangat takut apabila Peter menekan minyak dan kelajuan itu cukup membuatkan semangatnya terbang!

“ Peter… jangan laju sangattt…. saya takutlahh “ beritahu Amora dari belakang. Dia memeluk lelaki itu dengan erat. Tidak berapa lama kemudian mereka tiba di sebuah taman bunga yang berhampiran dengan Tasik Medley.

Peter membuka topi keledarnya.

“ bagaimana? “ tanya Peter. Amora membuka topi keledarnya. Wajahnya agak pucat.

“ kenapa muka awak pucat? “

“ awak bawa laju sangattt! “ marah Amora. Dia menarik muka masam. Peter ketawa kelucuan. Angin bertiup lembut. Rambut Peter yang agak panjang itu dialihkan kebelakang serentak dengan senyuman lesung pipitnya. Amora hanya mampu melihat walaupun degup jantungnya masih kencang. Ketampanan wajah Peter itu membuatkan hati dan perasaan Amora tidak karuan.

“ awak tahu tak esok hari apa?  “ Amora berpura pura tanya. Peter duduk di atas sebuah kerusi. Dia memandang ke arah Amora.

“ hari rabu  “ balas Peter, pendek. Amora mengerutkan keningnya.

“ saya tahulah hari rabu “ balasnya. Peter tersenyum kecil.

“ kenapa awak tanya jika awak sudah tahu jawapannya? “ tanya Peter. Dia sengaja merapatkan wajahnya ke arah wajah Amora sehingga pipi gadis itu menjadi kemerah merahan.

“ awak semakin cantik dengan warna pipi begini “ bisik Peter. Amora hanya tersenyum kecil.

“ esok, kita ponteng ya “ tiba tiba Peter memberi cadangan. Amora sangat terkejut.

“ p…ponteng? kalau abang awak tahu pasti dia marah “ jawab Amora.

“ pedulikan tentang hal abang saya, kita habiskan masa bersama sama besok “ sambung Peter. Amora terdiam. Sudah banyak pelajarannya yang tertinggal gara gara menjaga Peter. Jika esok dia ponteng lagi sudah tentu dia akan dipanggil oleh guru disiplin dan dia akan digantung sekolah. Amora cuba menyembunyikan kerisauannya dan hanya mengangguk setuju walaupun dia tahu risiko yang bakal dia hadapi nanti. Mereka menghabiskan masa bersama sama sehingga malam. Selepas makan malam, Amora dihantar pulang oleh Peter. Amora berasa begitu bahagia sekali pada malam itu dan Peter pula sempat mencuri curi menciumnya!

 

Jam sudah menunjukkan tepat jam 10.00 malam. Amora masuk ke dalam bilik dan melihat Peter membonceng motorsikalnya sehingga hilang dari pandangan mata. Amora sangat gembira bila kesihatan Peter sudah beransur pulih. Amora mengambil tuala mandi dan masuk ke dalam kamar mandi. Sewaktu mandi, Amora membersihkan badannya perlahan lahan. Entah mengapa kepalanya tiba tiba menjadi pening. Amora mengurut perlahan lahan kepalanya. Tiba tiba dia terasa ada sesuatu yang panas mengalir dari hidungnya. Amora mengesatnya dan dia hampir hampir pitam bila melihat darah pekat di tangannya. Degup jantung Amora bertambah kencang.

Kenapa pula pada masa begini …. bisik Amora. Dia membersihkan darah itu di hidungnya. Selesai mandi Amora duduk di depan cermin. Wajahnya sedikit pucat. Dalam laci, Amora menarik sekeping kertas laporan kesihatan dari Hospital Clinton beberapa bulan lepas. Sepatutnya dia melapor diri ke hospital itu tetapi Amora masih berdegil. Doktor Agnes menelifon Amora dan bertanyakan tentang kesihatannya.

“ bagaimana keadaan awak sekarang? Dengar khabar awak bertungkus lumus menjaga lelaki itu dan melupakan kesihatan awak “

Amora tidak menjawab. dia menekan dadanya.

Saya hanyalah seorang penulis bebas Dan suka membuat jalan penceritaan berbentuk fantasies Dan mitos. Sesuatu yang ditulis di luar pemikiran manusia.

Love1
Marina Bansing
Marina Bansing
Saya hanyalah seorang penulis bebas Dan suka membuat jalan penceritaan berbentuk fantasies Dan mitos. Sesuatu yang ditulis di luar pemikiran manusia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *