Bangkai – Bab 5
April 11, 2018
Pindiwibee – Bab 1
April 11, 2018

Hanya Sementara – 2

Views:   215

“ saya tidak sanggup melihat dia menderita jika dia tahu keadaan saya, doktor “

“ jangan jadi bodoh, Amora. Kesihatan awak tu sudah sampai peringkat pertengahan. Jika dibiarkan awak boleh jatuh pengsan pada bila bila masa, bila awak nak datang ke sini untuk menjalani pemeriksaan itu? “

“ esok saya ada rancangan bersama dia, mungkin tidak dapat pergi “ beritahu Amora perlahan.

“ Amora, awak kena dengar cakap saya, penyakit yang awak deritai itu bila bila sahaja boleh meledak. Sebenarnya siapa yang awak lebih pentingkan ini? Nyawa awak atau nyawa dia?  “

“ maafkan saya doktor, saya cintakan dia. Saya tidak sanggup memberitahu dia tentang penyakit yang saya hadapi ini, tolonglah berikan saya sedikit masa lagi, saya janji selepas ini saya akan menjalani pemeriksaan sepenuhnya. Saya akan memberi alasan pergi ke luar negara untuk menyambung pelajaran, pasti dia faham “

Doktor Agnes tidak mengucapkan apa apa lagi. Dia terpaksa akur dengan keputusan Amora. Kerana cinta, apa pun boleh terjadi.

14.02.2018 / Rabu

Pagi itu Amora bangun lewat. Kepalanya tiba tiba membuat hal. Dia sangat terkejut bila pintu rumahnya diketuk berkali kali. Dengan tenaga yang ada, Amora berusaha untuk bangun. Dia cepat cepat menelan 2 biji ubat penahan untuk mengembalikan tenaganya. Amora mencuci mukanya dan berlari turun ke bawah dan membuka pintu. Di depannya wajah Peter sudah cemas. Sebaik sahaja pintu dibuka Peter segera memeluk Amora.

“ eh, kenapa? “

“ saya ingatkan awak dah lupa pada saya “ bisik Peter.

“ maafkan saya, saya lewat bangun “ balas Amora. Peter masuk ke dalam rumah tanpa dipelawa. Dia juga membawa beg besar di belakangnya.

“ beg apa yang awak bawa ni? “

“ hari ini kita akan bercuti di Pulau Cinta “ beritahu Peter dan dia tunjukkan dua keping tiket kapal terbang. Amora sangat terkejut.

“ Pulau Cinta? “

Peter hanya mengangguk.

“ hari ini kan hari Valentine Day, jangan ingat saya dah lupa”  Peter mengingatkan. Amora tersenyum gembira.

“ cepat berkemas, tidak perlu membawa apa apa, cukuplah awak bawa badan saja “

“ eh, kenapa pula? “

“ beg ini sudah saya lengkapkan pelbagai barang keperluan. Kita akan terbang ke Pulau Cinta pada jam 11.00 pagi nanti. Elok awak bersedia dari sekarang “ beritahu Peter. Amora hanya tersenyum lalu dia masuk semula ke biliknya. Dia mengambil botol ubat itu dan dia sembunyikan di dalam poket seluarnya. Botol ubat itu sangat kecil dan hanya tinggal beberapa biji sahaja lagi. Sepatutnya Amora mengambil ubatnya pada hari itu tetapi memandangkan Peter sudah merancangkan perjalanan mereka awal awal lagi, Amora terpaksa membatalkan sahaja niatnya. Baginya menemani Peter adalah lebih penting.

 

 

11.00 AM

LAPANGAN TERBANG AURENOS

 

Peter memimpin tangan Amora. Amora dan Peter berjalan seiringan. Mereka bersama sama masuk ke dalam perut kapal terbang itu. setelah mendapat tempat duduk, Amora meminta kebenaran untuk ke tandas kerana kepalanya mulai pening. Amora mengunci pintu tandas. Amora terbatuk batuk kecil. Sewaktu dia menunduk, tiba tiba titisan merah jatuh di atas lantai. Amora sangat terkejut. Dia mengesat hidungnya. Darah tiba tiba mengalir. Amora mengambil tuala dan membersihkan titisan darah itu dengan air. Tidak berapa lama kemudian pintu tandas diketuk oleh pramugari yang bertugas dan memberitahu kapal terbang akan berlepas tidak lama lagi. Amora segera membersihkan dirinya dan dia keluar dari tandas.

“ lamanya awak “ bisik Peter. Amora duduk di samping Peter dan berdekatan dengan tingkap kapal.

“ sakit perut “ balas Amora.

“ patutlah bau “ jawab Peter. Amora ketawa kelucuan. Tidak berapa lama kemudian kapal terbang itu pun berlepas.

 

Penerbangan mengambil masa selama 3 jam. Amora tertidur di bahu Peter. Peter hanya merehatkan dirinya dan mula berfikir apakah rancangan yang perlu mereka lakukan bila sudah tiba di Pulau Cinta itu nanti. Peter menggengam tangan Amora dengan lembut. Tangan itu sejuk. Akhirnya Peter terlelap juga tanpa disedarinya.

3.00 PM

Kapal terbang itu mendarat dengan cermat di landasan yang sudah tersedia.

Sruttt~~! Trrr….trrr…. tayar kapal terbang itu berbunyi kecil. Sebaik sahaja ia sudah mendarat, Peter mengambil beg nya dan menarik perlahan tangan Amora. Amora  masih mengantuk. Dia mengikut Peter.

“ cepat, semua orang dah keluar “ beritahu Peter. Amora segera mendekati Peter. Mereka turun dari kapal. Suasana di Pulau Cinta begitu mendamaikan. Deruan ombak pantai begitu tenang seolah olah mereka berada di dalam mimpi. Peter menyewa sebuah chalet yang berdekatan dengan pantai. Chalet itu mempunyai sebuah katil besar. Merah padam wajah Amora bila dia melihat katil itu.

“ bukankah saya suruh awak pesan untuk dua buah katil berasingan? “ tanya Amora. Peter hanya tersengih.

“ katil berasingan habis stok. Tinggal katil untuk pasangan cinta sahaja lagi “

Amora sangat geram melihat sikap Peter.

 

6.00 PM

Peter mengajak Amora makan malam di restoran atas air. Dengan bertemankan sebatang lilin dan sejambak bunga ros, Amora merasakan malam itu begitu bermakna antara dia dan Peter. Alunan muzik yang perlahan menambahkan lagi suasana romantis di restoran itu. Deruan ombak kedengaran begitu jelas sekali. Malam itu Amora mengenakan gaun berwarna merah. Penampilan Amora begitu menggoda dan beberapa orang lelaki juga tertarik dengan kecantikan Amora. Peter sempat menjeling ke arah lelaki yang cuba memikat Amora lalu mereka segera beredar apabila Peter menarik muka masam. Amora menyedari sikap Peter.

“ awak cemburu kah? “ tanya Amora.

Peter tidak menjawab.

“ janganlah cemburu “ balas Amora sambil menyubit manja hidung Peter yang mancung itu. Peter tersenyum lagi. Lesung pipitnya begitu menggoda. Mereka mengambil tempat yang agak tersembunyi di restoran itu dan mula menjamu selera. Bermacam macam yang mereka ceritakan pada malam itu sehinggalah pada suatu ketika Peter mula memegang tangan Amora dengan penuh emosi. Hidangan terakhir mereka iaitu wine rose sedikit sebanyak telah memabukkan mereka. Alunan muzik mula memainkan peranan dan sekali sekala mereka mengoyang goyangkan badan mengikut irama muzik itu.

 

10.00 malam

Peter telah menghadiahkan Amora seutas rantai leher berlian yang begitu cantik. Amora sangat terkejut dengan pemberian itu. Peter menuju ke belakang Amora dan mula memeluknya dengan lembut. Amora begitu tenang sekali di samping Peter. Dia menutup matanya. Kali ini sekali lagi kepalanya membuat hal. Amora segera meminta diri untuk ke tandas dan dia segera menuju ke sana. Peter menunggu dengan sabar tanpa menyesaki apa apa yang berlaku. Dalam tandas, Amora menguncikan dirinya. Dia menunduk. Titisan darah mula mewarnai lantai yang dipijaknya. Semakin lama titisan darah itu semakin banyak. Amora bertambah cemas.

“ ya tuhan, kenapalah pada saat saat begini….  “ bisik Amora. Air matanya mulai membasahi pipinya. Dia tidak mahu Peter mengetahuinya. Cepat cepat dia membersihkan diri. Kepalanya semakin pening. Amora cuba menstabilkan dirinya sehinggalah pintu tandas itu dibuka. Seorang pelayan wanita melihat keadaan Amora. Hidung Amora masih berdarah. Pelayan restoran itu ingin memanggil rakan sekerjanya tetapi dihalang oleh Amora kerana Peter duduk di kawasan yang agak dekat dengan tempat mereka bekerja.

“ what happen, miss? Are you alright? “ tanya pelayan itu sedikit cemas.

“ it’s okay, i am fine, thanks “ balas Amora.

“ but you’re bleeding “ beritahu pelayan itu lagi

“ i know, it’s okay, i am fine…. “ sambung Amora sambil membersihkan dirinya.

“ are you sure? ‘Cause your face a little bit pale “

Amora hanya tersenyum kecil. Selepas membersihkan dirinya dia segera menuju ke arah Peter sambil tersenyum.

Kini giliran Peter pula hendak ke tandas.

“ maaf, perut saya penuh… “ beritahu Peter.

Amora hanya tersenyum.

Sepeninggalan Amora di meja itu, dia masih berfikir sendiri. Dia hairan kenapa tiba tiba sahaja kepalanya mula membuat hal. Mungkin kesan daripada ubat yang diambilnya. Sebelum ketibaan Peter, Amora sempat menelan dua biji ubat penahan sakit. Amora meneguk air itu dengan segera.

“ apa yang awak telan tadi? “ tanya Peter tiba tiba. Amora sangat terkejut. Alamak! Dia nampakkah? Bisik hati kecil Amora. Degup jantungnya makin menjadi jadi. Wajahnya sedikit pucat. Peter duduk didepannya. Peter merenung mata Amora.

“ apa yang awak telan tadi? “ tanya Peter.

Amora cuba mencari alasan.

“ tidak ada apa apa…. hanya makan gula gula sahaja “

“ gula gula? “

Amora terdiam. Kenapa dia menyebut gula gula pula. Amora semakin bingung. Dia sukar mencari jawapan.

“ awak makan ubat kuatkah? “ duga Peter. Pandangan matanya menusuk sehingga ke dalam jantung Amora. Tanpa semena mena Amora ketawa kelucuan.

“ macamana awak tahuuu “ balas Amora. Dia tahu dia sedang menyembunyikan kerisauannya. Peter berasa sedikit curiga.

“ emmm…… “ balasnya. Selepas itu mereka meninggalkan restoran dan berjalan jalan mengambil angin di tepi pantai. Peter memeluk pinggang Amora dengan erat.

 

12.00 TENGAH MALAM

 

Peter mencium Amora dengan penuh ghairah. Amora membalas ciuman Peter. Masing masing melepaskan cinta di dalam dada.

“ i love you Amora, more than i can do “ bisik Peter

“ i love you too, Peter…. please don’t leave me… “ balas Amora. Mereka membalas pelukan. Dalam pelukan itu, Amora tidak tersedar darah dari hidungnya terkena pada pakaian putih Peter. Amora sangat terkejut. Tompokan darah itu tepat di bahagian dada Peter. Cepat cepat Amora menarik Peter masuk ke dalam chalet.

“ buka baju awak “ beritahu Amora. Dia takut jika Peter menyedarinya.

“ eh? Cepatnya awak nak suruh saya buka…. “ balas Peter sambil tersenyum. Tanpa membantah Peter segera membuka pakaiannya. Cepat cepat Amora mengambil pakaian tersebut.

“ kenapa sikap awak macam lain saja ni? “ tanya Peter. Amora hanya menggeleng gelengkan kepalanya. Dia menyembunyikan pakaian Peter. Amora duduk di atas sofa selepas itu.

“ kenapa awak sembunyikan pakaian saya “ tanya Peter lagi. Tubuhnya kini tidak dibaluti dengan pakaian, kini dia mendekati Amora sambil mengusap manja rambut Amora. Amora hanya mampu mendiamkan dirinya bila rambutnya dibelai oleh Peter. Amora memandang ke dalam mata Peter.

“ terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk saya pada malam valentine ini “ ucap Amora, lembut.

Peter hanya tersenyum.

“ saya bimbang kita tidak dapat merasai seperti ini lagi jika bukan sekarang “ bisik Peter. Jari jemari Peter semakin nakal mengacau rambut Amora. Amora hanya membiarkan sahaja Peter mengacau rambutnya.

“ saya nak tukar pakaian “ beritahu Amora lalu dia berdiri. Dia mencapai tuala dan menuju ke bilik air tetapi dihalang oleh Peter. Tangan Amora ditarik lembut.

“ tukar di sini saja “ ucap Peter, nakal. Amora menjelirkan lidah.

“ jangan harap nak tengok! “ marahnya lalu masuk ke dalam kamar mandi.

 

Sementara itu, Peter mula mencari pakaiannya yang disembunyikan oleh Amora tadi. Akhirnya dia jumpa di bawah katil. Peter menarik pakaian itu. dia membukanya dan sangat terkejut bila melihat ada tompokan darah merah di bajunya. Peter memandang ke arah kamar mandi. Jantungnya berdegup.

“ Amora… “ panggil Peter. Tiada sahutan. Peter menuju ke depan pintu kamar mandi itu sambil mengetuk lembut.

“ Amora… buka pintu ni “ pujuk Peter.

Gedebukk~~! Peter terdengar bunyi jatuh. Peter semakin cemas. Tanpa berfikir panjang dia merempuh pintu itu. dia terkejut melihat Amora yang pengsan di lantai. Hidungnya berdarah. Peter mengangkat Amora yang sudah tidak sedarkan diri itu. Peter cuba membangunkan Amora tetapi gadis itu tidak memberikan tindakbalas. Kali ini dia benar benar pengsan tidak sedarkan diri. Peter dengan cemas mengangkat Amora keluar dari chalet itu dan menjerit meminta pertolongan kecemasan. Beberapa orang yang masih berada di kawasan perumahan itu mula memberi bantuan.

“ call the ambulance at once! Now! “

Peter masih mengoyang goyangkan badan Amora yang sudah semakin lemah. Dia tidak menyangka Amora tidak lagi sedarkan dirinya selepas jatuh pengsan di dalam kamar mandi.

Saya hanyalah seorang penulis bebas Dan suka membuat jalan penceritaan berbentuk fantasies Dan mitos. Sesuatu yang ditulis di luar pemikiran manusia.

Love0
Marina Bansing
Marina Bansing
Saya hanyalah seorang penulis bebas Dan suka membuat jalan penceritaan berbentuk fantasies Dan mitos. Sesuatu yang ditulis di luar pemikiran manusia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *