Pindiwibee – Bab 2
April 12, 2018
Bangkai – Bab 6
April 12, 2018

Hanya Sementara – Bahagian Akhir

Views:   245

1 MINGGU KEMUDIAN

Sejambak bunga ros merah diletakkan di atas batu nisan milik gadis yang dicintainya. Peter menahan sebak di dada kerana insan yang disayanginya telah pergi. Dia benar benar tidak menyangka gadis itu juga menderita sejenis penyakit misteri yang tidak diketahuinya. Paul datang mendekati adiknya.

“ sudahlah, yang pergi tetap akan pergi, abang juga tidak menyangka dia akan…. “

“ sudah begitu lama kami bersama, kenapa saya langsung tidak tahu perkara ini… “ bisik Peter. Dia berasa sungguh menyesal. Patutlah Amora seringkali masuk ke dalam tandas. Rupa rupanya dia membersihkan darah yang mengalir dari dalam hidungnya. Peter juga sudah menemui botol ubat yang disembunyikan di dalam poket seluar milik gadis itu.

 

Peter mengenggam erat tangannya. Dia sangat kecewa. Air mata jantannya tumpah tanpa mempedulikan abangnya yang cuba memujuknya. Setelah dia kembali tenang,

Peter meninggalkan kuburan kekasihnya bersama dengan jambangan bunga ros merah yang masih mekar.

Peter berjalan perlahan lahan tanpa arah tujuannya selepas enggan mengikuti abangnya pulang. Peter menuruni anak tangga dan malang tidak berbau kakinya tergelincir terpijak batu licin dan dia jatuh bergolek di bawah! Paul yang terkejut bila melihat adiknya jatuh cuba mengejarnya.

“ Peterr! “ jeritnya. Peter terhenti di tepi jalanraya sehingga tidak menyedari ada sebuah lori datang dari arah yang bertentangan dan tidak sempat mengelak bila Peter cuba bangun. Dan….

Crashhh~!!! Tubuh Peter terhumban jauh ke depan dengan kepalanya yang terhantuk kuat di atas jalan raya. Darah mula membasahi kepalanya dengan mata masih terbuka. Paul berlari mendapatkan adiknya yang sudah tidak bernyawa itu. dia menggoncangkan tubuh adiknya tetapi sudah terlambat. Peter meninggal di sana juga.

 

Paul yang sudah mati akal itu bertambah sedih bila kehilangan adiknya dan gadis yang diminatinya sejak dulu. Paul menelifon pihak hospital untuk mengambil adiknya yang mati akibat kemalangan yang tidak tersengaja. Langit tiba tiba menjadi mendung. Hujan mula turun dengan perlahan lahan. Pakaian Paul habis basah, ketika mayat Peter dimasukkan ke dalam van jenazah, Paul sempat melihat sepasang roh halus yang dikenalinya. Dia melihat adiknya bersama sama dengan kekasihnya sedang berpegangan tangan. Wajah mereka tenang dan sempat melambai ke arah Paul sebelum mereka berdua menghilangkan diri di bawah curahan hujan yang semakin lebat itu…

 

 

 

TAMAT

Saya hanyalah seorang penulis bebas Dan suka membuat jalan penceritaan berbentuk fantasies Dan mitos. Sesuatu yang ditulis di luar pemikiran manusia.

Love2
Marina Bansing
Marina Bansing
Saya hanyalah seorang penulis bebas Dan suka membuat jalan penceritaan berbentuk fantasies Dan mitos. Sesuatu yang ditulis di luar pemikiran manusia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *