Bangkai – Bab 6
April 12, 2018
Ahmad
April 13, 2018

Ilusi Realiti

Views:   5,125

Tajuk Cerpen :ILUSI REALITI
Penulis : Azyan Widyan

Mengisahkan tentang perempuan yang kehilangan cinta hati terhadap lelaki idaman nya, masa yang sama bayang lelaki idaman nya selalu muncul dalam mimpi gelap nya..

Keindahan langit malam bersinarkan bulan purnama, nyaman rasa duduk di luar rumah memandang bintang berkelip-kelipan di langit malam.. Suasana yang indah bila menaip cerita percintaan, seseorang insan yang bercinta. Cuma diri aku masih sepi dalam percintaan, setiap waktu menghabiskan masa di laptop dan kerja.

Bukan memilih lelaki idaman melaya! tapi diri aku masih terluka cinta dahulu kala. Sejak aku pindah sekolah di smk.kota marudu 2, sejak itu cinta aku tertutup untuk lelaki! diri aku menjadi perempuan tomboy suka berkawan dengan lelaki tapi tiada rasa cinta. Aku menganggap dorang seperti abang kandung aku sendiri, walaupun tidak pernah jumpa! kami selalu tukar gambar di whatsapp sahaja.

Hari ini, awal aku balik dari kerja. Ada ialah masa mahu meniap cerita percintaan, Kadang kala aku ikut pertandingan cerpen. Cuma tak pernah dapat ialah, kata orang tak salah mencuba kan! bila aku buka telefon bimbit vivo v55 yang terhangat di pasaran masa kini. Aku tunggu habis pesan ringkas masuk telefon aku, lantas diri aku menuju dapur ingin membuat minum panas kopi kaw kaw yang kena beli di supermarket. Biasa ialah orang bujang duduk sendiri macam ini ialah, rindu suasana di kampung tapi buat macam mana mahu cari rezeki yang halal terpaksa berjauhan dari keluarga tersayang.

Siap buat kopi kaw kaw baru aku masuk bilik, lepas simpan cawan kopi di atas meja kerja aku pun melabuhkan punggung di kerusi kerja. Bila melihat screen telefon vivo v55, banyak pesan ringkas aku dapat dari semua grup kelasmate, grup penulis, grup cerita, grup ging Wira sufi dan grup keluarga. Bila aku buka pesan grup kelasmate banyak pesan dorang hantar, aku baca pun boleh senyum-senyum sampai Gunung Kinabalu. Mana tidak lawak dorang boleh bagi aku kencing manis saja, bila nampak pesan dari lelaki yang aku minat dulu tiba-tiba degupan jantung aku laju seperti lari 1000 meter jauh nya. Entah kenapa perasaan ini masih segar muncul dalam jiwa aku, bukan tidak pernah mencuba melupakan nya tapi bila aku mula rasa sayang! dengan seseorang seperti ada benda mengawal jiwa aku untuk menerima seseorang itu.

Tanpa balas pesan dorang aku terus padam. Bila buka pesan ringkas grup ging Wira Sufi ini lain sikit cerita nya, aku suka ikut perkembangan dorang bila pergi cari makhluk halus di alam ghaib.. Senang cerita aku berdarah paranormal boleh nampak benda halus, walaupun sekarang masa moden sudah. Banyak pesan kosong dan gambar dorang kongsi, dalam grup ini aku suka chat Wira Sufi bila bincang tentang benda penting. Kalau chat biasa selalu Boy Raden, selalu bagi motivasi bila aku kena ganggu makhlus halus. Bila ingat kembali masa aku baru masuk grup ging Wira Sufi, rasa takut muncul dalam minda kecil aku..

16.3.2018 Tarikh masuk grup ging Wira sufi.

“Pesan ringkas whatsapp”

“Assalamulaikum,wbt. Ada ging baru masuk korang kenal-kenal ialah, Dyan ini 50/50 boleh nampak benda halus sebab itu aku kasih masuk grup kita dan Dyan seorang penulis cerita percintaan semua dia dapat dari mimpi,” kata Wira Sufi dalam pesan ringkas melalui whatsapp.

“Hai, Dyan salam perkenalan. Aku Boy Raden panggil Boy saja,” ujar Boy Raden.

“Wow! bagus oh mimpi boleh buat satu cerita, aku Alan salam perkenalan Dyan.” soal Alan.

“Waalaikumussalam,wbt. Hai korang salam perkenalan juga,ok Boy biasa saja kali Alan.” jawap aku Dyan.

Bila ingat balik masa lalu aku, sebelum jadi penulis cerita diri aku rasa sunyi sepi! rasa ada yang kurang dalam kehidupan ku walaupun masih ada keluarga. Setiap kali aku merindui Alison jejaka idaman yang pernah hadir dalam hidup ku, mesti hantu A muncul dalam mimpi menemani ku! bila bangun tidur rasa nyaman dijiwa walaupun bukan Alison.

Sebenar Cuma bayangan Alison saja boleh beri semangat dalam hari-hari sepi ku, bukan sebab agama kami tidak bersama tapi sebab aku tidak pernah meluahkan perasaan ini terhadap Alison.

Habis masa kerja lantas diri ku balik rumah sewa di bandar Kota Kinabalu, siap makan malam aku ingin rehat kan badan di katil kecil aku sambil melihat telefon bimbit vivo v55. Bila buka whatsapp ada sudah grup baru masuk dalam whatsapp, ada nama grup kelasmate tahu sudah siapa kasih masuk aku dalam grup itu mesti Aliya sebab tadi minta no telefon aku di pesan facebook. Setiap pesan dorang lucu ingat balik masa masa di sekolah dulu, aku tidak tahu ada Alison dalam grup kelasmate.

“Uii! korang bila free jom jumpa?” soal tanpa nama.

“Assalamulaikum, wbt. Korang apa khabar? masih ingat aku kah? boleh juga kalau kena cuti kerja,” ujar ku Dyan.

“Waalaikumussalam,wbt. khabar baik, heheh! mana lah kenal kalau engkau tidak kasih kenal diri nampak nombor telefon saja buka wajah engkau!” soal tanpa nama.

“Maaf ialah, aku Dyan! engkau pula?” ujar ku Dyan.

“Nah macam tu ialah aku Azmie hitam manis, lelaki terhangat di sekolah dahulu kala.” jawap azmie.

“Oh, engkau rupa! mana yang lain? siapa-siapa dalam grup ini?”soal Dyan.

“Ehehe! ramai ialah dorang Alison, Acho, Ady, Aster, Ijul, Aliy, Dee, Mimie, Ayu, Cayang, Hani, Lovine, Aslinda, Flo, Friss, Juliney, Jelinah. Nanti engkau sendiri tanya dorang ialah, ok mahu sambung kita dulu selamat malam.” jawap Azmie panjang lebar dalam pesan ringkas whatsapp.

Bila nampak nama nya degupan jantung ku tiba-tiba laju, seperti baru habis lari di padang sekolah smk.Kota Marudu 1.. Ingin rasa nya diri ku memberi pesan ringkas dengan Alison, tapi apa kata nya nanti. Malas mahu layan perasaan ini baik aku tidur bagus lagi, suara merdu menyanyi di sekiling rumah sewa aku. Bukan lagu kpop remix di restoran mamak tapi Pontianak, mana kah tidak tempat rumah sewa ada hutan tebal sedikit.Bukan tunjuk berani kata orang tua kalau takut dorang lagi suka kacau, jadi buat berani saja ialah sambil diri ku mengucapkan ayat-ayat surah al-quran dalam hati murni ku… Sampai ialah ingat ku hilang dari dunia yang nyata..

Hari berganti hari bulan berganti bulan, aku masih sepi dari insan tercinta. Lepas balik kerja aku membaring akan badan di sofa dalam rumah sewa, sambil menutup kelopak mata ku. Walaupun duduk sendiri ada orang lain juga dalam rumah sewa tinggal bersama ku.. Aku boleh rasa kehadiran, mendengar dan melihat dorang. Cuma aku buat macam biasa saja, kadang kala bunyian tapak kaki berjalan masuk kamar mandi sambil tutup pintu kamar mandi!

“Kkkrrriiikkk!”

Bila aku melihat pintu kamar mandi dari sofa tidak juga terbuka pintu kamar mandi, masih lagi tertutup.. Lantak ialah dorang mahu buat apa! janji jangan kacau aku sudah! mungkin sebab aku tinggal sendiri dorang datang mahu teman akan aku? atau pun rumah ini sudah lama tiada orang tinggal, memang pertama kali aku pindah sini rasa seram sejuk seluruh badan.. Banyak yang muncul dalam minda ku tentang pesanan beliau, bila masuk rumah baru jangan lupa bagi salam.. Pasang Ayat-ayat surah Al-quran dan cari kawan tinggal bersama, cuma tu ialah belum ada rakan sewa yang aku jumpa sampai sekarang.

Dalam mimpi aku mendengar bunyi peruk di dapur seperti mahu masak, rasa berat kelopak mata aku dibuka melihat dapur.. Betul kah mimpi atau memang ada orang di dapur rumah sewa aku? sambil duduk di sofa memandang ruang dapur yang masih gelap tanpa cahaya lampu mentol, patut ialah hari sudah malam bila tengok jam tangan yang masih aku pakai menunjuk waktu 6.30 petang.. Waktu solat maghrib sudah, mana tidak mimpi bukan-bukan.. Lantas diri ku menuju kabel suis menekan on lampu, baru rumah sewa aku terang menyerang dari cahaya lampu mentol tanpa buang masa aku bersih akan diri baru solat maghrib.. Bila online whatsapp habis pesan ringkas masuk aku buka grup kelasmate, bila tengok ada gambar kad jemputan lantas aku zoom gambar tersebut.

“Pesan ringkas whatsapp”

“Kad jemputan perkahwinan lelaki Alison Bin Alex pasang Mary Binti Danny tarikh majlis 28.4.2013 tempat kampung Pitas.” ujar Alison.

Sebak tiba-tiba di jiwa aku, rasa pedih dihiris pisau hati ini sukar di ungkapan.. Mungkin dia bukan jodoh untuk aku, walaupun rasa kecewa di jiwa aku masih boleh ucapkan tahniah tulus dari jiwa terluka aku.

“Tahniah Alison, semoga bahagia sampai ke jannah abadi amin. Maaf masa tu aku kerja jadi tidak dapat datang,” jawap Dyan dalam tangisan sendirian tanpa ada teman menemai.

“Sokay Dyan, terima kasih ucapan nya.” jawap Alison.

Malam tu aku menangis sepuas hati, tapi sukar menghilangkan rasa sayang cinta ku dengan Alison.. Berapa bulan kemudian aku mula meniap cerita tanpa perbacaan, sebab meluah di buku putih bercorak bunga putih sampai ialah aku jumpa aplikasi Wattpad.. Dari sana ialah aku menjadi penulis percintaan dan Selama aku menjadi penulis cerita percintaan dan fantasi, sebelum meniap cerita malam itu aku bermimpi berjumpa dengan watak dalam cerita aku. Macam drama televisyen yang ada bayangan tanpa suara merdu muncul dari bibir nipis dorang, bila dorang sedih kecewa dan gembira aku pun rasa yang sama. Seperti perpatah “cubit paha kanan, paha kiri pun terasa” sampai aku bagi nama hantu A, kerana dia selalu membantu aku dalam selesai akan masalah cerita bila hilang idea.

Cuma bayangan nya serupa Alison, aku tahu haram merindui lelaki orang tapi masalah nya wajah nya muncul dalam mimpi ku.. Setiap kali aku mimpi akan hantu A, setiap kali juga badan ku lemah dan ada lebam tidak tahu datang dari mana? Sampai ialah aku minta ubat dengan Wira Sufi sebab semakin hari aku lemah dan kerap demam. Bila Wira Sufi memberitahu melalui pesan ringkas..

“Pesan ringkas whatsapp”

“Bagus kita jumpa Dyan, sebab ada benda tidak bagus ikut engkau!” kata Wira Sufi.

“Hem, Kalau di rumah ini aku sudah tahu tapi dorang tidak kacau juga!” jawap Dyan rasa tidak peduli.

“Bukan tu, Ada orang suka engkau tapi dari alam ghaib! dia mau bawa engkau sama dalam dunia nya,”ujar Wira Sufi.

Astaghfirullahazim, malam itu aku tiba-tiba rasa sakit dada bagai bara api panas nya! jantung ku seperti digenggam kuat oleh tangan seseorang! dan bayangan makhluk halus warna hitam mata merah muncul di depan aku.. Malam itu aku tidak dapat tidur seperti selalu nya, bila aku rasa hilang ingat dari dunia… Tiba-tiba pintu bilik ku di hampas kuat, “tttuuuppp!” ku dengar tapi mata ku susah dibuka melihat dan terdengar bunyi tapak kaki berjalan sangat kuat seperti menahan marah “pak! pak !”..

Sampai pagi aku Cuma tidur ayam-ayam bila pesan Boy Raden datang dalam whatsapp ku, perasaan marah muncul tiba-tiba sampai aku tidak peduli pesan Boy Raden.. Sakit yang aku rasa pun semakin teruk sampai petang nya, tanpa rasa malu walaupun panas hati sama Boy Raden aku minta tolong dengan nya macam mana mengubat sakit yang aku rasa akan..

“Pesan ringkas whatsapp”

“Assalamulaikum, wbt. Boy tolong aku!” kata Ku Dyan.

“Waalaikumussalam, wbt. minta tolong apa tu? kalau aku dapat tolong akan diusahakan, jangan saja engkau minta tolong cari cendol aku di tamparuli ini kerja.” jawap Boy Raden sempat lagi buat lawak masa orang menahan sakit.

“Bukan cendol aku mahu! sakit dada aku macam ada bara dan jantung aku sakit seperti kena genggam orang! aku tidak tahan Boy,” jawap Dyan sambil urut dada nya di iringi ayat-ayat surah al-quran yang dilafaskan dalam hati nya.

“Ala! Baca ayat-ayat surah al-quran, lagi bagus engkau balik kampung minta ubat orang pandai dalam hal ini.” ujar Boy Raden.

“Terima kasih nasihat nya, eyala sekejap lagi aku balik kampung,” jawap ku Dyan..

Tanpa Buang masa aku kemas barang baju siap semua nya aku lantas meninggalkan tempat rumah sewa, lepas hidupkan enjin kereta myvi warna hitam aku meninggalkan parking rumah sewa serta menuju destinasi ku Kota Marudu.. Sepanjang jalan ku di teman akan ayat-ayat surah Al-quran, lepas 2 jam lebih aku sampai di halaman rumah beliau aku.. Lepas rehat aku pun minta mandi sama beliau ku tidak tahan sudah sakit dada seperti terbakar pun ada, lepas beliau mandi akan baru aku rasa ok perasaan ku.. Lepas haritu aku tidak lagi tinggal di rumah sewa dan aku berpindah di kota marudu terus, sejak itu aku tidak pernah mimpi bayangan hantu A lagi.

saya azyan widyan hanyalah seorang penulis bebas dari sabah yang minat dalam bidang penulisan. saya lebih kepada genre percintaan..

Love20
Azyan Widyan
Azyan Widyan
saya azyan widyan hanyalah seorang penulis bebas dari sabah yang minat dalam bidang penulisan. saya lebih kepada genre percintaan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *