Hari yang baru
Hari yang indah
Kehidupan bermula lagi
Cabaran baru datang
Cuma, suasana yang berbeza
Apa lagi yang kau mahu dari hidup
Sekiranya sudah dicapai
Tetapi manusia tidak bisa puas
Selagi mahu, selagi boleh, selagi daya ada
Maka, begitulah adanya.
Hari ini, pasti ditempuhi dengan apa cara pun
Tidak kira bagaimana asalkan ada
Namun, diri ini perlu dilindungi, perlu diawasi
Kelak menjadi konspirasi
Teruskan hidup dengan tenang wahai jiwa manusia
Abadikan segala yang telah dikecapi.
Jadikan inspirasi…
Love2