12 : 05 AM (COMPLETED)
June 14, 2018
Banyu (Hantu Air)
June 16, 2018

Komputer Lab (Adaptasi cerita benar)

Views:   182

Cerita ini terjadi pada minggu yang lalu. Hari rabu sekitar jam 3 petang. Aku adalah pelajar yang kini dalam misi untuk menamatkan pengajian aku di salah satu Kolej di Kuala Lumpur. Tahun ini adalah tahun terakhir sem batch student 2015 dalam diploma in retail business. Aku bekerja sebagai chef part timer di satu restoran terkenal. Bila saja off duty, aku akan pergi ke kolej untuk belajar. Sudah menjadi kebiasaaanku apabila waktu rehat dan kelas habis, aku akan pergi ke dalam komputer lab untuk bermain komputer dan membuat ceritaku. Hobiku adalah menulis, dan aku senang bila orang membaca hasil nukilanku dan mereka berpuas hati. Ia menjadikan aku lagi bersemangat untuk membuat cerita hari demi hari. Namun, tidak disangka hari itu maybe adalah hari yang malang bagiku. Aku sendirian masuk ke dalam bilik lab tersebut. Semua lecturer pada masa itu tengah bermesyuarat di tingkat atas dan pelajar-pelajar yang lain sedang lepak makan di kedai mamak. Aku saja malas untuk join mereka hari ini. Kerna aku tiada mood untuk menjamah selera.  Aku memang sukakan suasana yang gelap bila bersendirian ada di mana-mana sahaja. Kerna itu akan memberikamn aku inspirasi untuk membuat cerita seramku. Aku pun memasuki lab komputer itu dan duduk di barisan meja paling depan sekali. Akupun men-setkan laptop aku. Aku sambungkan dengan wayar wifi kolej supaya connection aku laju dan senang untuk aku mencari informasi tentang penceritaanku. Sedang aku khusyuk untuk membuat cerita dan mengasah idea, tiba-tiba aku merasakan bulu tengkuk ku meremang dan aku merasakan ada sesuatu yan meniup leherku dari belakang. Aku lantas menoleh ke belakang dan melihat sekeliling. Namun tiada kelibat manusia pun. Semua tampak tenang sahaja. Aku pun memasang lagu mozart kuat-kuat agar perasaan takut aku hilang dan aku dapat menumpukan perhatian untuk menaip. Baru sahaja beberapa patah perkataan aku taip, aku rasakan ada seseorang yang memerhatikanku menaip dan berdiri di sampingku. Aku boleh merasakan aura sejuknya itu berada tepat di sampingku. Hembusan nafasnya juga terasa di bahagian tepi wajahku. Aku perlahan melihat ke arah tepiku sambil berdoa kepada tuhan agar benda itu dijauhkan. Selesai saja aku berdoa, rasa sejuk di tepiku itupun hilang. Aku menarik nafas lega dan sambung menaip kembali. TIba-tiba ada seorang pelajar masuk ke dalam lab dan duduk di tepi meja komputer lab belakang. Aku berasa lega, akhirnya ada juga yang menemaniku dalam komputer lab ini. Tiba-tiba laptopku hang dan berkelip-kelip.  Aku mulai berasa pelik. Takkan laptopku rosak atau diserang virus?? Getus hatiku,
Mustahil, aku baru saja membelinya. Aku pun coba mencari aras punca laptopku itu. Namun, tidak semena-mena komputer di sebelah kiri dan kananku juga tiba-tiba berkelipan dngan lajunya. Ketakutanku menjelma kembali. Semua Pc dan monitor yang ada di meja juga bergerak dan bergetar seakan kejadian gempa bumi berlaku. Aku cepat-cepat mengemaskan laptopku dan memasukkannya ke dalam beg. Aku baru hendak menegur pelajar yag ada di belakangku sebentar tadi. Namun, dia hanya tertunduk. Seakan-akan dia tidak menyedari tentang kejadian itu. Aku menggoyang-goyangkan tubuhnya untuk menyedarkannya. Dia yang tadinya tunduk , perlahan-lahan melihat ke arahku. Alangkah terkejutnya aku. Wajahnya tiada!! Dia menarik tanganku dengan kuat. Aku berusaha untuk melepaskan tanganku dari genggamnnya yang kuat itu. Akhirnya aku berjaya. Lampu dalam lab tersebut juga turut berkelipan dengan lajunya.
Aku sudah tidak tahan lagi. Panik dan ketakutan menguasai diri. Aku menutup mataku dan berdoa meminta perlindungan dari tuhan. Namun, aku dapat merasakan bahwa makhluk itu semakin menghampiriku dalam gelap. Aku cuba untuk berteriak. Namun, suaraku seakan tersekat di kerongkong. Aku bingung harus berbuat apa lagi. Lalu sepantas kilat aku teringatkan telefon bimbitku. Aku cepat-cepat mengeluarkan telefonku dan mencari sesuatu dalan music player. Tanpa membuang masa, aku memasangkan lagu rohani dengan kuat dan menyalakan flashlight telefonku. Makhluk itupun menghilang dan lampu di komputer lab itupun terpasang kembali. Keadaan sudah menjadi tenang semula. Pc dan monitor tadinya bergerak dan bergetar, sudah seperti sediakala. Kemas dan teratur. Aku yang masih diselubungi rasa takut perlahan-lahan menuju ke pintu keluar dan memusingkan tombolnya. Melalui refleksi cermin lutsinar komputer lab tersebut aku melihat ada sesuatu lembaga hitam yang berlari cepat menuju ke arahku.
“AAaaaaaahhhh!!!” aku berteriak sepuas hati dan memejamkan mataku.
Tiba-tiba sahaja aku merasakan dia sudah menghampiriku. Tangannya yang sejuk serta lidahnya yang panjang berwarna oren itu menjalar keluar. Makhluk itu memegang tanganku dan menggoyang-goyangkan tubuhku yang duduk mencangkung sambil tanganku memegang kepala.
“Bangunnn!! Bangunnnn!”
Aku berasa pelik kenapa monster itu menyuruhku bangun. Bangun untuk apa? Bisik hati kecilku.
Perlahan-lahan aku membukakan mata. Aku mengesat mata dan melihat sekeliling. Sir Froye sudah berdiri di sebelahku sambil mencekak pinggang. Aku pulak terkebil-kebil dan mengesat kedua mataku.
Astagaaa! Mainan mimpi rupanya. Nasib bukan kenyataan. Bangun saja dari tidur, akupun berlari keluar meninggalkan komputer lab terebut. Sir Froye, melihat aku berlari meninggalkan tempat itu. Sesudah aku keluar dari komputer lab tersebut, sebuah senyuman terukir di wajah sir Froye. Lampu tiba-tiba terpadam dan perlahan-lahan Sir Forye itu mengundur ke belakang dan melenyapkan diri di dalam kegelapan.

Hello there~
My name Azuka ~
I used Miss Azuka as an author fr my stories~
i born on 27th April , proudly Taurus
Female and still studying in diploma program
I am a Chef/writer/singer and i love it very much;)
Hobby is writing in relax time and singing also playing music instrumental
Welcome to my Tuliswrite TM page 😉

Love0
Miss Azuka
Miss Azuka
Hello there~ My name Azuka ~ I used Miss Azuka as an author fr my stories~ i born on 27th April , proudly Taurus Female and still studying in diploma program I am a Chef/writer/singer and i love it very much;) Hobby is writing in relax time and singing also playing music instrumental Welcome to my Tuliswrite TM page ;)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *