Buku ini mengisahkan seorang pengarah pemasaran di Microsoft yang bernama John Wood, yang telah bertekad untuk meninggalkan pekerjaan yang selesa dan berhenti untuk menabur bakti dalam memberikan ilmu pengetahuan ke pada kelompok yang memerlukan. Sebagai pengasas Room To Read, beliau telah pergi ke segala ceruk rantau sehingga ke Banjaran Himalaya demi menyampaikan ilmu pengetahuan kepada anak-anak yang sangat memerlukan pendidikan. Belia percaya dengan usaha murninya itu, masalah sosial akan diselesaikan. beliau juga bersama rakan-rakannya berusaha sehabis boleh dalam mendapatkan dana dari pelbagai syarikat besar untuk membeli bahan bacaan dan membina bilik bacaan di kawasan pedalaman.
Untuk edisi Baha Melayu ini, ianya telah diterjemahkan oleh kenalan saya, Iskandar Syah Ismail atau lebih dikenali sebagai Dr Bubbles yang juga telah mengusahakan beberapa perpustakaan mini untuk masyarakat setempat. Saya sempat bersama beliau di suatu program perkongsian pengalaman di UiTM Segamat sekitar tahun 2011. Yang menariknya, beliau adalah seorang Jurutera Elektrik tetapi berminat dengan kerja-kerja sosial.
Berbalik kepada buku ini, segala usaha dan pengorbanan John Wood serta organisasi beliau, berikut antara yang telah dilaksanakan:
Boleh layari laman web: www.roomtoread.org
Love0
1 Comment
Saya pun ada satu buku ni. Sedap dan memberi inspirasi.