Sang Pemenang – Ramona Gadis Putih
May 4, 2018
Murtabak dan Merlion -Singapura 2012
May 4, 2018

Lorong

Views:   248

“Haih…bosannya..”. Rungut Adam.

“Hah, apa kata kita berempat buat penyiasatan dekat bangunan kedai-kedai lama tuh?”. Cadang Afiq.

“Bosanlaa, lagipun kat situ banyak anjing liar, aku takut kite semua kene penyakit rabies, penyakit tu bukan boleh bawak main-main”. Bantah Amir.

“Haahlah, aku still ingat yang kite semua penah kene kejar dengan anjing liar kat situ. Eee..scarylaa jangan buatla bende merepek nih. Baik kita semua study. Hujung tahun ni kan ada UPSR!”. Tambah Adam.

“Entahnya, apalah kau nih Afiq!”. Kata-kata Amir dan Adam membuatkan hati Afiq sedikit terguris.  Mereka mula menyambung membuat kerja sekolah di perpustakaan sekolah. Petang-petang begini mereka berempat akan mengulang kaji pelajaran bersama-sama. Maklumlah, hujung tahun ini mereka bakal menduduki peperiksaan besar buat pertama kalinya, Ujian Penilaian Sekolah Rendah atau nama singkatannya UPSR.  Lebih mudah dan eksklusif.

“Janganlah sedih Fiq, lepas UPSR nanti, kite semua pegila bangunan tuh. Pada pendapat aku, kita semua boleh je elak daripada bertembung dengan anjing ganas tuh, diorang kan takut air!”. Pujukku. Dalam hatiku menyumpah-nyumpah Adam dan Amir kerana memburukkan lagi keadaan Afiq

“Eleh, kau cakap senangla, semua subjek kau boleh cover kot, confirmla straight-A kan?”. Marah Adam.

“Heh, tak jugak, aku rasa aku x boleh cover subjek math, sbb kau lagi pandai dari aku kot!”. Pancinganku terkena juga dihati Adam. Lembutkan sedikit. Antara kami berempat dialah yang paling panas baran walupun hanya perkara yang remeh-temeh.

“OK-la guys, aku kene balik dulu, rumah aku jauh, kene jalan kaki pulak petang nih”. Kataku meminta keizinan pulang lebih awal dari jangkaan.

“OK, jumpa kat PTIU malam nanti!”

“OK, cau”

Jam tangan yang dipakaiku menunjukkan tepat jam 6 petang, terlalu lambat untuk pulang ke rumah dengan berjalan kaki. Lebih kurang 2 jam lagi kelas tambahan di Pusat Tuisyen Idea Unggul akan bermula, aku perlu bergegas ke rumah bagi menyiapkan diri.  Kakiku begitu kecil menyebabkan perjalananku ke rumah sangat terhad.

Tiba-tiba…

“Adik, kenapa jalan sorang-sorang dekat dalam lorong gelap nih”. Kata seseorang yang suaranya agak garau. Aku tidak terlalu nampak sama ada dia seorang lelaki atau perempuan. Akibat biasan cahaya lampu jalan, aku terlihat mukanya yang agak pelik. Mukanya bergerutu dan jerawat-jerawat dimukanya meletup tiada henti. Senyuman yang meniti dibibirnya seakan-akan ada maksud yang sukar difahami. Kedudukannya agak jauh dari tempat yang aku berdiri.

“Err.. saya nak balik rumah ikut lorong nih, cepat sikit, hehe”. Selorohku.

“Owh, boleh  x kalau adik temankan akak pegi kedai, akakkan kat perempuan. Hahahaha”. Suara seseorang  yang menggelarkan dirinya sebagai akak agak nyaring. Kedudukannya semakin jauh akibat pergerakkanku makin laju.

“Tapi akak lagi tua dari saya!”. Jawabku dengan nada bersahaja. Bulu romaku makin menegak. Bau wangian haruman semerbak di hidungku seperti bau wangian Victoria’s Secret Bombshell. Peluh-peluhku menitik laju bagaikan kilat. Ketakutan menyelebungi diriku. Tanpaku sedari seorang kanak-kanak menerpaku dari depan sambil tangan kirinya terpegang selipar jepun berwarna merah yang nipis. Aku tidak pasti sama ada selipar itu berlumuran darah berwarna merah pekat atau memang ia berwarna merah. Mataku semakin sepet dan..ya..aku nampak segalanya.

Selipar itu berlumuran darah menitik di atas jalan raya sehingga mengalir di longkang sebelahnya. Bau hanyir menusuk di hudungku. Semakin lama semakin kuat baunya.

“Mana ada saya tua, saya masih muda lagi!, jomlah temankan saya pegi kedai beli selipar baru, selipar ni dah berdarah dah”. Mukanya berubah menjadi seorang kanak-kanak perempuan yang inginkan belas kasihan. Dari raut wajahnya, kelihatan dia mahu mengeluarkan titisan air mata. Wajahnya tidak ubah seperti adik Adam, Melissa. Bezanya, rambutnya sudah panjang sedikit. Bulu romaku kian menegak, setegak-tegak yang boleh. Pergerakanku semakin laju bagaikan Usain Bolt yang menginginkan gelaran johan.

Dihadapanku kini hanyalah sinaran yang menyilaukan mata. Semakin dekat….dan-

Trit…Trit…Trit…

Bunyi mesin pengesan nadi memecahkan suasana kesunyian di dalam sebuah bilik yang aku ditempatkan, beberapa saat selepas aku tersedar. Aku tidak dapat melihat apa-apa kerana begitu gelap.

“Kat mana nih?”. Monologku.

Skrrrrr…Skrrrrrr

Bunyi cakaran seperti dibawah katilku.

Skrrrrrrrrrrr…..Skrrrrrrrrrrr………….Skrrrrrrrrrr…..

“Panjang pulak harakat dia, dah xreti nak ckp elok2 ke?”. Fikirku didalam hati.

SKRRRRRRRRRR…………….SKRRRRRRRRRRRRRRR………….SKRRRRRRRRRRRR…..

Kini mataku tertutup rapat disebabkan aku terasa seolah-olah ada hembusan menyentuh kulit pipiku bersama-sama dengan cakaran yang makin membingitkan telingaku. Bau hembusan yang menyentuh pipiku tadi bagai pewangi Gucci Flora yang selalu dipakai oleh ibuku.

“Hmm..macam bau ibulah!”. Kataku sambil mataku terbuka dengan sendirinya akibat terbau wangian tadi.

Kini, (betul-betul) dihadapanku terlihat seorang lembaga. Matanya bulat menghitam, tiada bola mata berwarna putih. Bibirnya, terlihat berlumuran darah sehingga menitik diwajahku. Baunya, makin hanyir dan menusuk ke lubang hidungku. Walaupun rambutnya pendek seperti potongan Bob Cut, tetapi wajahnya cukup menyeramkan. Warna kulitnya, seakan biru dan lebam-lebam diserata kulitnya.

“IBUUUUUUUUUUUUU!”. Jeritanku membangunkan diriku dari mimpi yang pelik.

“OH, MAK KAU DAH BANGUN!!”. Latah Amir terkejut.

“Eh, kau dah bangun?”. Soal Adam walaupun dia sudah tahu jawapannya.

“Arr…aku..kat..mana..ni?”. Soalku penuh kebingungan.

“Oh, kau kat hospital”. Jawab Afiq.

“Macam mana aku ada kat sini?, mana mak aku?, mana pergi budak kecik tuh tadi?, apa dah jadi sebenarnya?”. Soalku bertubi-tubi.

“Err… Sebenarnya….sebenarnya..”. Jawab Amir tergagap.

“Sebenarnya APAA?”. Jawapan yang Amir berikan membuatkan aku sedikit marah akibat bercampur  kepeningan yang berpinar-pinar di kepalaku.

“Sebenarnya, kitorang plan nak prank kau saja-saja. Tak sangka pulak kau boleh masuk hospital sebab kau pengsan tadi kat lorong gelap tuh.” Jujur Adam.

“Budak perempuan kecil tu pulak plan kau jugak ke?”. Soalku ingin kepastian.

“Ha’ah, tu adik aku, Melissa. Rambut dia, aku pakaikan rambut palsu. Kasi efek-efek seram sikit”. Kata Adam. Air mukanya jadi sedikit bersalah akibat perangkapnya untuk mengenakan aku, tidak tahu kenapa.

“Apa motif korang buat aku macam ni?”. Mintaku penjelasan selanjutnya.

“Sebenarnya, kitorang prank kau ni sebab nak tengok kau berani ke x, hehe!”. Balas Afiq. Mereka bertiga pandang sesama sendiri dan tersengih-sengih seperti ada sesuatu yang melucukan telah berlaku.

*PAP*

Suis lampu ditutup. Serta-merta keadaan menjadi sunyi seketika.

“Weyh, tak lawak lahhh, bukaklah balik!”. Marahku.

Senyap.

HAPPY BIRTHDAY TO YOU~

HAPPY BIRTHDAY TO YOUUUU~ 

HAPPY BIRTHDAY TO  ANASSS~

HAPPY BIRTHDAY TO YOUUUUUUUUUUU~

Senyap.

“Terharu weyh, tak sangka korang ingat birthday aku. Aku sendiri pun lupa birthday aku bila. Maklumlah akukan dah tua. HAHAHAHAAHHA”. Gelakku seorang diri. Afiq, Adam dan Amir  masih lagi kaku. Tiada percakapan diantara mereka. Mereka kini bagaikan patung yang tidak bernyawa. Kaku dan senyap.

“Kenapa korang tak cakap apa-apa?”. Soalku.

Senyap.

Adam, Afiq dan Amir memandang sesama mereka dengan mimik muka penuh dengan kehairanan. Mereka sedang berbisik-bisik seolah-olah berkata sesuatu tetapi, aku tidak dapat mendengarinya. Adam dengan secara tiba-tiba menghampiriku lalu berkata.

“Kenapa kau pegi tutup lampu. Sekarang baru bulan 4 kan?. Birthday kau lambat lagi. Kenapa kau  tetiba nyanyi lagu birthday pastu mention nama kau sendiri?. Lepastu kau pegi bukak lampu balik. Kau OK x nih?”. Soalan Adam bagaikan petir menyambar diriku ini.

Adakah aku sudah nyanyuk?.

Tapi, memang betul aku ada dengar orang nyanyi lagu untuk aku.

Bukankah nyanyian tadi daripada mereka bertiga sendiri?

Aku siap dapat mengesan mimik muka mereka yang ceria menyanyikan lagu untukku sehingga tamat dan terus berubah serta-merta menjadi mimik muka yang penuh dengan tanda tanya.

Jangan-jangan ini hanyalah prank kedua kot?

“Hek eleh kau, kau ingat aku ni tak tahu?. Huh?. Janganlah buat lawak, ni prank korang jugakkan?. Tak payahlah nak tipu. Agak-agaklah kalau nak menipu punnn!”. Balasku dengan bosan.

Mereka bertiga saling memandang antara satu sama lain dengan penuh kehairanan. Tanpa membuang masa, Afiq telah keluar dari bilik aku ditempatkan. Beberapa minit kemudian,  dia telah datang kembali. Bersama-samanya seorang doktor.

“Anas, doktor mahu dengar sendiri dari mulut awak, apa yang terjadi sebenarnya?”. Soal doktor penuh dengan sopan santun.

“Mula-mula, saya dah tersedar, kemudian diorang bertiga mengaku yang diorang dah prank saya, semasa saya balik dari sekolah petang tadi. Lepastu tiba-tiba lampu bilik ni tertutup, saya pun takutlaa. Tetibe saya terdengar diorang nyanyi lagu ‘Happy Birthday To Youuu~’ dekat saya.  Sebab birthday saya harini. Saya pun gembiralah. Kemudian diorang pun senyap. Tak cakap apa-apa. Pastu diorang cakap  kat saya yang saya ni nyanyi lagu birthday tu dekat saya sendiri. Nampak sangatlah diorang menipu, doktor!”. Ceritaku panjang lebar. Terlihat tangan doktor sedang menari-menari menulis sesuatu dengan pen dan buku di tangannya.

“Buat masa sekarang ni, kamu berehatlah dulu ye, kamu bertiga sila ikut saya!”. Kata doktor lalu keluar dari bilik ini sambil diekori oleh Adam, Afiq dan Amir. Tinggallah aku keseorangan di bilik ini. Mataku mulai kabur bersama-sama dengan mulutku yang sedang menguap kebosanan dengan perangai pelik mereka.

*TAP*

Lampu bilikku tertutup dengan sendiri. Pelik. Siapa yang tolong tutupkan? Ahh, tidur jelahh.

.

“Kenapa dengan Anas sebenarnya, doktor?”. Soal Adam.

“Kawan awak tu ada penyakit yang dipanggil ‘Emotional Dysregulation’ atau pengasingan emosi. Selain itu, boleh je dia terlebih trauma dengan kejadian yang dah berlaku kat diri dia”. Kata doktor dengan muka mengantuk.

“OK, terima kasih doktor!”. Kata Adam. Akhirnya, doktor berlalu pergi dan tinggallah mereka bertiga bertengkar sesama sendiri dengan kenyataan yang diberikan oleh doktor sebentar tadi.

“Ni semua kau punya pasal, kononya nak buat april fool-lah, tengok apa dah jadi kat si Anas tuh, kau pun tahukan yang dia jenis lemah semangat!”. Marah Adam kepada Amir.

“T-tak, lagipun aku yang cadangkan je, tapi kau yang plan semua nih!”. Balas Amir. Tidak mahu mengalah.

“Sudahlah korang, dah malam dah ni, jom balik!”. Pujuk Afiq.

“Habistu, siapa yang nak bagitahut parents Anas?”. Soal Adam.

“Kau-lah!”. Amir dan Afiq jawab serentak.

“Apa kate kita semua tidur kat sini dulu, lagipun sape nak hantar kite semua balik. Tadi pegi pun naik ambulans. HAHAHAHA”. Amir cuba memulakan suasana yang serious itu kepada ceria dengan membuat gelakkan palsu. Apa yang terjadi, Adam dan Afiq masih lagi tidak dapat menangkap lawak yang diberikan Amir.

“OK-lah, jom pegi kat kaunter tu, pinjam telefon, call parents Anas”. Cadang Afiq. Lalu, dengan segeranya masuk ke bilik Anas, datang semula dengan sebuah buku conteng Anas yang terdapat nombor telefon ibu bapa Anas.

“Cik, nak pinjam telefon boleh?”. Soal Amir ke perempuan yang sedang duduk di meja kaunter tersebut.

“Boleh, kenapa?”. Jawab perempuan yang bernama Amalia apabila dibaca tag namanya.

“Sebab saya nak simpan phone tu macam saya simpan hati cikkk!”. Seloroh Amir.

“Cia..Cia…Cia~”. Serentak Afiq dan Adam. Amalia tersipu-sipu malu padahal dia lebih tua dari 3 orang kanak-kanak itu.

“Tak delah, kami nak call parents Anas, pinjam ye!”. Amir minta keizinan.

*TRIT*

*TRIT*

*TRIT*

Tanpa menekan apa-apa butang, tidak semena-mena telefon itu didail oleh orang yang tiada didalam simpanan. Dengan beraninya, Adam menjawab panggilan itu.

“Ya, siapa disana?”. Tanya Adam.

“T-t-tolong jangan call parents A-a-anas”

“Kenapa?’

Talian dihujung sana dimatikan serta-merta.  Mereka bertiga berpandangan antara satu sama lain dengan penuh tanda tanya.

 

THE END

Love2

2 Comments

  1. Elmy says:

    Ala… Gantung la… Cerita lorong ni.. X puas baca… X nak sambung ke sis? 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *