SATU HARI DIHARI RAYA
May 31, 2018
12 : 05 AM (COMPLETED)
June 14, 2018

Malam Yang Panjang (COMPLETED)

Views:   225


Kelihatan sebuah truck Fuso Turbo Intercoler sedang bergerak keluar dari sebuah kilang makmal yang terletak beberapa puluh kilometer dari kawasan pekan. Truck itu memuatkan berpuluh-puluh beg sampah kumbahan dari makmal dan ada dua daripadanya dilekatkan saletip amaran jalur kuning hitam dan ada logo segitiga dengan perkataannya yang berbunyi ‘DANGER BIOHAZARD SP-058-A’. Setelah memuatkan semua bahan buangan tersebut ke dalam truk itu. Pemandu truk pun berlalu dari kawasan kilang. Dalam perjalanan yang sunyi itu, pemandu berasa bosan lalu ia pun memasang radio dan menghisap rokok untuk mencari suasana. Terdengar lagu Zombie dari Cranberries. Pemandu itu mendengar lagu dan bernyanyi sambil memukul2 stereng kereta mengikut rentak muzik.
Tanpa dia sedari, Perlahan-lahan di belakang keretanya dua buah plastik sederhana besar tadi bergerak-gerak sepertinya ada sesuatu di dalam plastik sampah tersebut yang hidup!
Oleh kerana lagu yang dipasang oleh sang pemandu sangat kuat dia tidak mendengar akan desas-desus bunyi plastik yang bising di belakang truck tersebut. Perlahan-lahan beg plastik itu terkoyak dan satu benda tajam seperti lembing keluar dari beg plastik yang telah robek itu.
Dengan khusyuk pemandu itu menyanyi-nyanyi dan merokok, tiba-tiba truknya bergegar dengan kuat dan sepertinya ada sesuatu hentakan kuat dari belakang yang membuatkannya berhenti secara mengejut di jalan yang gelap dan dipenuhi dengan hutan itu. Tiga buah kereta di belakang juga turut berhenti dan mengelak dari terlanggar truck tadi secara mengejut dan kemalangan kecil.
Pemandu truck yang berada 8 meter di hadapan keluar perlahan-lahan dari kereta dan memeriksa apa yang melanggar belakang truknya sebentar tadi. Namun apabila dia keluar tiada apapun yang berlaku, hanya pintu belakang truk nya terbuka luas.
” Aik?? Aku tak tutup rapat ke tadi? Peliknya. Rasanya aku kunci kot.” monolognya sendirian.
Apabila dia melihat ke dalam truck dia terlihat akan dua buah plastik bersaletip kuning hitam yang sudah robek.
“Eeh? Apa yang keluar dari dalam plastik tu??”
Oleh kerana rasa ingin tahunya sangat kuat. Dia pun masuk ke dalam belakang truck tersebut dan membelek-belek plastik sampah tadi. Terasa ada lendiran di tangannya dan bau busuk. Dengan pantas pemandu tadi menutup hidungnya dengan tangan yang satu lagi dan berlalu keluar dari situ. Namun, baru sahaja dia ingin melangkah keluar satu cairan jatuh di atas pipi kanannya. Dia dengan pantas mengelapnya.
” Bau minyak…-“
Perlahan dia mendionggakkan kepalanya di atas atap truk tersebut. Air mukanya berubah dan jantungnya berdegup kencang.
“Aaaargghhhh-“
Belum sempat dia teriak dengan lebih kuat;
Zaaappp!!
Kepalanya telah putus disambar dengan sesuatu yang tajam menyebabkan darah membuak-buak keluar dari lehernya dan dia pun rebah ke tanah.
(Mangsa kereta pertama-Seorang ibu tunggal dan dua orang anaknya)
“Kamu tidak apa-apa, Mel??” 
“Arggghhhhhh!! Kaki saya!” Kata Mel sambil mengerang kesakitan kerana kakinya tercucuk kaca yang sangat besar.
“Ceh! Macam budak kecik! Saja nak minta perhatian dari ibulah tu.” Kata suara garau dari belakang kereta.
“Sh** Carlos!! Kau boleh diam ke?? Bukan kau yang rasa! Aku!!” Marah Mel.
“Sudah!! Jangan bertengkar lagi. Carlos! Tutup mulut bodoh awak tu! Adik awak luka ne dan duduk diam di sana macam laki-laki sejati.” bentak Erna, ibunya.
Carlos membuka perlahan pintu kereta tersebut dan keluar dari kereta itu. Perlahan dia meluruskan kakinya yang terseliuh sambil ketawa perlahan.
“Ooouch…huh…, hahaha… apalah sangat sakit ni. Ok jer” lagaknya sambil menepis darah luka kecil yang menitik dari dahinya.
***************************************************
(Mangsa kereta kedua-Mr Syafrin)
Perlahan dia keluar dari dalam kereta dengan jalan yang terhuyung-hayang kerana pening akibat keretanya berputar sebanyak 3 kali dalam kemalangan tadi.
“Adui… sakitnya kepala aku ni. Sape plak yang memandu tak reti tengok jalan nih?? Dahlah aku ada meeting ne. Aishh! Pundek betul!” gumam Syafrin sendiri.
Dia melihat tayar kereta depannya. Kemek dan tayarnya pancit.
” Hancur! Habislah meeting aku!” PUBB! Sambil menendang tayar keretanya yang rosak itu kerana marah.
(Mangsa kereta ke 3, Wei yuan, teman wanita dan adik teman wanitanya berumur 10tahun)
Wei Yuan perlahan sedar dari pengsan sambil memegang kepalanya yang sakit.
” Kalian tidak apa-apa??” Katanya.
“Nope… We ok.” Kata Ririn lemah sambal memegang kepalanya yang sakit terhantuk pintu kereta.
Wei yuan keluar dari keretanya dan melihat cermin lampu depan keretanya hancur dan tayarnya juga pancit serta loose akibat eksiden sebentar tadi. Dari kejauhan dia melihat keluarga Erna yang sedang bertekak dengan anak lelakinya Carlos. Wei Yuan menghampiri mereka dengan berang.
“Hei!! Siapa yang nak bertanggunjawab dengan semua ini! Kereta saya dah rosak ni! Kereta Honda Civic yang baru saya beli remuk begitu sahaja. Bagi saya nama dan no telefon for ganti rugi!!” bentak Wei Yuan.
“Amboooii senang hati mak bapa awak sahaja cakap kami kena bayar ganti rugi ya?! Awak ingat kereta awak saja ke yang rosak jahanam kat sini?! Bodoh tu simpan sikit bagi anak di masa depan!” Kata Carlos dengan mulut kurang ajarnya.
“Carlos!! Mulut awak tu kunci sekejap boleh tak?? Bentak Erna.
“Ada apa ini?” kata Syafrin yang muncul secara tiba-tiba.
“Ha! Ni satu lagi. Bagi saya nama dan no telefon kamu. For ganti rugi. Kamu penyebab kemalangan ini kan??” soal Wei Yuan.
Sedang mereka bertiga sibuk bertekak lidah. Sebuah kereta Avanza hitam berhenti di depan mereka. Keluar seorang lelaki separuh umur dan menghampiri mereka bertiga.
“Ada apa ini?” katanya.
“Ini mereka dah membuat huru-hara di sini dan menyebabkan kereta saya rosak! Mereka harus membayar ganti rugi.Di dalam kereta saya ada girlfriend dan adiknya yang masih ketakutan!” Kata Wei Yuan lagi.
“Anak muda. Sabar. Adakah dia masih hidup?” kata lelaki tua itu lagi.
” Ha? Erm..ya…” kata Wei Yuan  sambil melihat kedalam keretanya.
“Ha… baguslah tu. Tidak baik bergaduh di masa yang sukar begini. Lihat sekeliling. Semua pun kemalangan dan cedera juga. Lagi satu, ada siapa yang datang dari dalam truk itu tak?” Soal lelaki tua itu sambil menundingkan jarinya ke arah sebuah truk yang tidak jauh dari tempat kemalangan. Mereka semua berpandangan sambil mengelengkan kepala.
“Aku rasa kemalangan berpunca dari truk tersebut. Oh ya, kenalkan saya Stewart.” katanya lagi.
Mereka semua bersalaman. Wei Yuan pula memohon maaf kepada Erna dan Syafrin kerana menuduh mereka membabi buta tadi.
“Seramnya kereta tu!”kata Erna.
Mereka berempat menuju ke arah truk tersebut dan melihat-lihat sekeliling.
Lampu signal belakang kereta tersebut berkelip-kelip. Pintu belakang trucknya terbuka. Perlahan-lahan mereka menghampiri truck tersebut.
“Hello?” kata Mr Stewart.
(Tiada balasan)
Mereka pun mengamati truck tersebut dan mengelilinginya.
” Ke mana pemandu truck ini? Sepertinya kosong?” kata Carlos.
“Ke dia dah lari sebab takut kita nak minta ganti rugi. Cis!” desah Wei Yuan sambil menendang tayar truck tersebut.
“Boleh bertenang sikit tak?” Kata Erna.
Ouchh!
Carlos mengerang apabila dia tersentuh sesuatu yang tajam pada pintu truck tersebut. Tangannya berdarah.
“S***!” sambil menahan kesakitan.
“Hmm … sepertinya ada yang tak kena dengan truck ini. Bau petrol pun amat menusuk hidung.” Kata Stewart sambil menutup hidungnya.
“Hei korang! Cuba lihat ini! Adakah ini darah??” teriak Erna secara tiba-tiba.
Mereka semua terkejut apabila melihat satu longgokan darah yang banyak di sebelah truck tersebut.
“Aduh, aku rasa tak enak badan di sini. Aku balik di dalam kereta saja.” Kata Syafrin sambil menahan loya dan berlari menuju ke keretanya.
“Carlos! Mari pergi ke kereta. Sesuatu yang tak kena di sini.” Kata Erna sambil menarik tangan Carlos.
Stewart hanya melihat mereka pergi dan setelah beberapa minit dia mengamati darah itu, lalu dia pun meninggalkan truck tersebut lalu menuju ke keretanya. Di dalam kereta tersebut ada Ms. Lola yang sedang risau.
‘TUB!'( bunyi pintu kreta di tutup)
“Sayang, jom lah kita pergi dari sini. Aku rasa kurang enak lama-lama di sini.” Rayu isteri Stewart.
“Kejap lagi sayang. Apa kata esok sahaja? Aku tidak boleh meninggalkan mereka di sini. Kita harus bantu mereka.” Bantah Stewart.
” Tapi…-“
“Sabar sayang (Sambil mencium tangan Ms Lola). Kita tunggu sampai ada kereta yang lalu untuk membantu mereka semua dapat pergi dari tempat ini. Tak adil kalau segelintir sahaja yang di bawa pergi.” Kalih Stewart.
“Hmm… kamu itu! Selalu sahaja prihatin dengan orang lain. Isteri kamu sendiri pun tak nak dengar., Aku serius. Takut.” Kata Mrs Lola merajuk dan kecil hati.
Stewart hanya tersenyum memandang isterinya itu lalu memandang keluar tingkap kereta. Manakala Mrs Lola mengambil sebuah buku novel favoritnya ‘Happily marriage’ di dalam laci kereta dan membacanya. Untuk menambahkan suasana dia memasang musik opera Chopin untuk menambahkan suasana sekaligus membuang rasa takut dalam dirinya.
* Dalam kereta Erna & Family)
Tutt…tutt..tut..(bunyi telefon dimainkan)
“Carlos! Boleh tak jangan main telefon? Bising tau tak?? Cuba save cas bateri telefon tu supaya kita boleh panggil polis bila line dah ok nanti.” Geram Mel.
“Hei perempuan manja! Kalau tak tahu apa-apa diam ah. Just duduk senyap-senyap sambil bermanja dengan ibu tentang kaki awak tu.” ejek Carlos.
“Aishh! Awak memang adik tak guna!” Bentak Mel.
Sedang mereka asyik berlawan cakap tiba-tiba Erna memukul stering kereta dengan kuat.
“Sudah! Kalian berdua cukup! Lebih baik kalian duduk diam-diam dan tidur sambil menunggu bantuan sampai!” Berang Erna.
Mereka berdua yang bertengkar sebentar tadi pun berhenti bergaduh dan bermasam muka.
“Aaaaahhhhh!!!”  Satu suara kuat terdengar dari kereta Mr Stewart.
Erna, Carlos dan Mel yang ada di dalam kereta itupun terdiam kerana terkejut.
Perlahan kelihatan Stewart keluar dari dalam keretahya dengan keadaan yang berlumuran darah pada tubuhnya. Dia jalan meniarap menggunakan tangannya sambil melihat ke arah kereta Erna dengan mulut yang terukir tanpa suara namun boleh dimengerti;
“Tolong…”
Itu katanya terakhir selepas satu lembaga yang menakutkan seperti alien turun dari dalam kereta itu sambil menekan kerongkong Mr Stewart dengan lengan lembingnya yang tajam. Makhluk itu berlumuran darah dan seluruh tubuhnya berwarna merah. Ia tidak mempunyai kulit. Hanya abdomen dan daging merah sahaja yang menghiasi tubuhnya. Matanya juga tidak kelihatan dan dia mempunyai lengan lembing yang tajam serta lidah yang panjang. Selepas membunuh Mr Stewart, makhluk itupun berdiri dengan perlahan dan berlalu pergi dari situ sambil membawa mayat Mr Stewart.
*Kereta Wei Yuan
“What was that thing??!” kata Ririn sambil menangis dan memeluk adiknya.
“Aku juga tak tahu.” Kalih Wei Yuan yang ketakutan.
“Kakak… Aku takut…” rintih Rosie yang ketakutan sambil memeluk teddy bearnya.
“Sabar ya sayang. Kakak juga takut ni.” Ririn menenangkan adiknya.
“Aku harus keluar dan memeriksa kereta itu.” Kata Wei Yuan.
“Ape?? Wait Wei. Please la jangan pergi sane. Awak tak nampak ke lelaki tua tu tadi diserang macamane?? I don’t want you kenapa-napa Wei…” Sambil menarik lengan baju Wei dan menangis.
” Dear, Its okay. Aku akan berhati-hati. We need to get out of here. Your parents pasti dah risau ni. Aku pergi tak akan lama. Sabar ya.” Kalih Wei Yuan sambil keluar dari kereta itu perlahan-lahan.
Dia memandang sekelilingnya dengan berhati-hati Ke kiri dan ke kanan. Kelibatnya itu di lihat oleh Mr Syafrin dari dalam keretanya yang juga terkejut dengan kejadian tadi.
*Kereta Mr Syafrin
“Apa dia buat? Jangan-jangan dia nak pergi dari sini dengan kereta orang tua itu! Tak boleh jadi ni. Aku harus ikut dia sekali.” Bisik hati Syafrin.
Dengan perlahan-lahan dan berhati-hati dia keluar dari keretanya yang tidak jauh dari kereta Wei Yuan dan Mr Stewart. Dia berlari pantas sambil menundukkan separuh badannya dan menghampiri Wei Yuan.
“Aku tahu apa yang kamu fikirkan. Bawa aku sekali.” Kata Mr Syafrin.
“Ok baiklah. Kalau begitu kita harus bersatu untuk membawa kereta ini pergi dari sini.” Kata Wei Yuan dan Mr Syafrin pun menganggukkan kepalanya.
Perlahan mereka menghampiri kereta tersebut dan menuju ke bahagia seat hadapan. Pintu kereta terbuka, perlahan mereka masuk ke dalam kereta itu. Mayat Mrs Lola juga sudah tidak ada. Yang ada hanya buku yang dihiasi dengan darah sahaja. Mereka berdua pun berjaya masuk ke dalam kereta tersebut dan menutup pintu tersebut serta menguncinya. Mr Syafrin dan Wei Yuan rasa gembira kerna berjaya masuk ke dalam tanpa disedari oleh lembaga merah yang menggerikan tersebut.
Ccchh….chhh…vr….vr…(bunyi enjin kereta dihidupkan)
“Cepatlah sikit, nanti monsternya datang lagi.” Kata Wei Yuan yang sudah mula gelisah.
“Ya, sabarlah kejap lagi dah bo-“
Praaashh!!!!( Bunyi pecahan kaca depan kereta)
Uargghhh!! teriak ketakutan Mr Syafrin dan Wei Yuan.
Lembaga merah itu telah datang dan menusuk cermin kereta berkali-kali. Dengan 3 kali tusukan sahaja cermin itu pecah. Mereka berdua sudah mula panik.
Tubb!( lengan lembaga tersebut menusuk mata Mr Syafrin.)
Dengan secepat kilat Wei Yuan menurunkan sedikit kerusi depan dan dengan pantas menuju ke belakang sementara lembaga tersebut fokus mengerjakan mayat Mr Syafrin dengan menusuk bahagian yang sama berulang kali. Sehinggakan kepala Mr Syafrin hancur dan berkecai.
Nasib baiklah Wei Yuan pantas dan cepat pergi ke bahagian yang paling belakang sekali. Dia bersembunyi di bawah kerusi sambil menutup kepalanya dengan kedua belah tangan.
Dia menggigil ketakutan, jantungnya sudah mula berdegup dengan kencang.
“Aduii…matilah. Bagaimana aku boleh keluar dari sini ni?” bisik hati kecil Wei Yuan. Sedang dia asyik melayan rasa takutnya, tiba-tiba dia terlihat pintu bonet belakang kereta tersebut tidak berkunci.
“Kesempatan nih!” Bisik hati Wei Yuan.
Dia sempat menjenguk ke depan dan melihat mayat Mr Syafrin perlahan-lahan diangkat keluar dari dalam kereta tersebut.
“Ha?? Ada 3 ekor makhluk??” bisik hati Wei Yuan.
Sedang lembaga tersebut sibuk dengan mayat Mr Syafrin, Wei Yuan perlahan-lahan menendang pintu bonet belakang kereta dan akhirnya pintu itu terbuka. Dengan senang hati dia keluar dari kereta tersebut. Baru dia hendak berlari menuju ke kereta tersebut dia melihat signal dari Ririn dan keluarga Erna yang mengatakan simbol ‘Jangan’ kepada Wei Yuan.
” Jangan maju dulu. Tunggu isyarat.” Arah Ririn sambil menggunakan bahasa isyarat.
Wei Yuan membalasnya dengan menganggukkan sahaja kepalanya sambil bersembunyi di belakang kereta tersebut.
“Pergi ke tepi ! Pergi ke tepi!” kata keluarga Erna menggunakan bahasa isyarat.
Wei Yuan pun beralih ke tepi kereta tersebut sambil menunduk. Lembaga itu sudah berdiri di posisi Wei Yuan berdiri sebentar tadi dan sepertinya mengamati sesuatu dengan pendengarannya. Setelah dia memastikan tiada lagi benda bising dan bergerak makhluk itupun berjalan semula ke depan kereta.
“Okay Wei! Its time!!‘ kata Ririn dengan menggunakan isyarat jari dan memanggil Wei Yuan untuk lari dari sana.
Terima sahaja green line dari Ririn dengan pantas Wei Yuan berlari untuk pergi ke keretanya. Syukurlah lembaga itu tidak sedar dan tidak mengejar Wei Yuan.
Namun baru sahaja dia mau menghampiri keretanya,muncul satu lembaga lagi di atas bumbung keretanya. Membuatkan dia berpaling ke kereta Erna yang tidak jauh dari keretanya.
Dengan pantas Carlos membuka pintu kereta tersebut dan membiarkan Wei Yuan masuk ke dalamnya.
“(Dengus kepenatan) Terima kasih.” Jawabnya pendek.
“Yela. Sama-sama, dan terima kasih kembali kerna cuba meninggalkan kami di sini.” sentap Carlos.
“Bukan begitu..-“
“Shhh!” Kata Erna mencelah.
“Jangan bising. Kelak lembaga tu dengar nanti.” Tambahnya lagi dengan suara berbisik.
” Yang benar saja! Mereka tu dari mana??” Mel sudah mula gelisah dan memegang kepalanya yang sudah mula berasa sakit.
” Tenang sayang.” Kata Erna menenangkan anak perempuannya.
“Manja sangat.” Kalih Carlos mengejek.
Dengan tajam Mel memandang ke arah Carlos.
“Kau memang adik tak berguna!!” Kata Mel sambil membaling Carlos dengan buku yang ada di depannya.
“Ouuch!! Sakitlah! Memang betul pon!” bentak Carlos.
Makhluk-makhluk tadi memandang kereta Erna.
“Shhh!!!” Erna member amaran.
Mereka berdua pun berhenti bergaduh. Sambil melihat ke arah makhluk-makhluk tadi. Setelah memastikan sudah tiada bunyi di kawasan itu, makhluk itupun masuk ke dalam hutan dan menghilang.
” Korang berdua boleh tak jangan asyik bergaduh?! Kalo monster tu dengar tadi bagaimana???” kata Erna marah.
“Ceyhh… katakan saja kamu takut! Selama ini ibu kamu juga adalah seorang yang penakut dan hanya mementingkan diri sendiri sahaja bukan?!” kata Carlos dengan nada tinggi namun perlahan.
“Apa yang kamu katakan Carlos! Beraninya kamu cakap ibu seperti itu.” balas Mel dengan marah.
“Apa?? Memang betul kan. Papa meninggal pun sebab mak yang tak berani menyelamatkan papa! Sekarang pun sama. Dia lebih suka duduk di dalam kereta ini daripada cari jalan keluar!” tambah Carlos.
Di masa anaknya tengah bertengkar. Erna terimbas kembali wajah suami yang amat dicintainya. Sewaktu suaminya tenggelam di dasar tasik yang beku kerna menyelamatkan anjing mereka. Erna hanya mampu melihat dengan syok(terkejut) dan tidak beganjak dari tempatnya berdiri kerna berasa panik sehinggalah Carlos yang melihat kejadian tersebut dan terjun ke dalam tasik untuk menyelamatkan ayahnya. Namun, sudah terlambat. Ayahnya meninggal di tempat kejadian kerana mati kesejukan.
“Cukuupp!! Cukuppp!!” Kata Erna sambil menangis.
” Mama tahu ini semua salah mama! Tapi mama tak sengaja… Mama tak sengaja! Iskk….iskk….” (sambil mengesat hingus yang jatuh dari hidungnya)
Baru sahaja Carlos hendak berkata lagi, tiba-tiba;
“Paaappp!!”
Satu tamparan kuat singgah di pipinya.
Dengan memegang pipinya yang sakit, Carlos memandang tajam ke arah Wei Yuan.
“Beraninya…-“
Belum sempat Carlos meneruskan kata-kata seekor daripada makhluk tadi menghampiri kereta mereka. Semua pun berdiam diri dan menekup mulut mereka.
Nafas mereka turun naik. Makhluk itu menggoyangkan kepalanya ke kiri dan kanan sambil mengamati dari mana arahnya bunyi bising tadi. Wei Yuan sempat melihat ke kereta sebelah.
Dia melihat Ririn dan adiknya berpelukan dan ketakutan. Mata Ririn merah kerana menahan ketakutan.
” Sabar, aku akan datang kat sana sebentar lagi. Jangan bergerak tetap disana.” kata Wei Yuan dengan bahasa isyarat.
Ririn menganggukkan kepalaya.
” Jangan letak semua kesalahan pada ibumu. Dia juga manusia biasa. Semua orang melakukan kesalahan. Kau anak lelaki, sepatutnya kau yang melindungi ibumu.” Kata Wei Yuan kepada Carlos.
Carlos tidak mengendahkan kata-kata Wei Yuan dan melihat telefon bimbitnya. Bunyi ketikkan telefon bimbitnya kedengaran dan membuat bunyi bising.
“Shhhh! Boleh tak jangan main telefon kat dalam kereta ni?” Mel bersuara lagi.
( Carlos tidak mengendahkan perkataan adiknya dan masih bermain.)
Dalam sibuk dia bermain. Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Dengan pantas dia menyambut panggilan tersebut.
” Hello?”
“Hello?? Ini pejabat polis pekan X. Ada apa-apa yang boleh kami tolong?” kata inspektor di dalam talian tersebut.
“Hello tuan. Kami terperangkap di sebuah simpang jalan berdekatan dengan hutan simpan. Ada 4 buah kereta di sini. Memerlukan bantuan segera. Ada yang cedera. Tolong tu-( Tuttttt…tutttt….(panggilan terputus)
“Aduiiii S*** lah!!” geram Carlos. Line bar telefonnya tidak mempunyai signal.
“Apa kata polis tadi?” kata Wei Yuan dan Mel serentak.
“Mereka kata mereka akan datang dan baru sahaja menanyakan lokasi sekali lagi, panggilan terputus.” Jelas Carlos.
” Apa? Habislah kita semua tak dapat keluar dari sini hidup-hidup.” Kata Wei Yuan sambil memegang kepalanya yang sudah mulai stress.
* Di kereta Wei Yuan
” Kakak …” Kata Rosie lemah dari arah kerusi belakang kereta.
“Aku rasa tak selesa kak. Aku haus.” Katanya lemah.
Ririn memegang dahi adiknya ternyata panas dan adiknya mengigil.
“Alamak… kamu sudah mula demam Rosie.” kata Ririn yang sudah mulai gelisah.
Dia mencari-cari di sekitar laci depan kereta jika ada air mineral. Namun hampa. Sekilas dia terpandang ke luar dan dia melihat sebotol air mineral yang berada di depan cermin kereta Mr Syafrin.
(Menelan air liur sambil memandang adiknyayang sudah mulai lemah) Rosie. Kamu tunggu sini ya. Walau apapun yang terjadi jangan berbuat bising dan berganjak dari tempat duduk kamu.
“Kakak mau pergi ke mana… jangan tinggalkan Rosie. Rosie takut.” rengek Rosie sambil memegang tangan kakaknya.
“Sebentar saja, kakak mahu ambil air mineral di sana itu.” jawab Ririn sambil menunding ke arah kereta Mr Syafrin.
Setelah menenangkan adiknya, Ririn perlahan keluar dari kereta itu. Semua yang berada di kereta Erna tidak menyedari akan kejadian itu termasuk Wei Yuan.
Perlahan Ririn terhendap-hendap ke kiri dan kanannya memastikan bahwa makhluk itu tidak ada di sana. Lalu dia pantas pergi ke kereta Mr Syafrin dan masuk ke dalam kereta tersebut. Tangannya lantas mengambil botol mineral yang berisi air. Baru sahaja dia hendak keluar dari sana satu bunyi yang kuat mengejutkan mereka semua di sana.
“Pooooooonnnnnnnnnn” (Bunyi hon ditekan dengan kuat)
Kelihatan kaki Rosie yang tidak sengaja tertekan butang hon tersebut untuk pergi ke kerusi depan menyebabkan hon berbunyi dengan kuat.
“Habislah…” kata Ririn.
“Kakakkk…” kata Rosie sambil menangis.
Pubbb!!!
2 makhluk tadi menghampiri kereta Wei Yuan dan menghentam kereta tersebut. Rosie teriak-teriak di dalam kereta itu kerana ketakutan. Dia beralih semula ke kerusi belakang dan menekup kedua-dua telinganya.
” Tidakk!! Rosiee!!” Teriak Wei Yuan yan terkejut dengan kejadian itu.
Baru sahaja dia hendak menuruni kereta tersebut, tangannya disambar oleh Carlos dengan kuat.
“Jangan Wei Yuan!! Nanti kamu juga akan mati! Sudah terlambat!” kata Carlos.
“Tidaakk! Tidakk!! Lepaskan aku.! Rosie!! Ririn!!” jawab Wei Yuan sambil meronta-ronta untuk melepaskan diri.
Ririn dengan pantas turun dari kereta tersebut dan meluru ke kereta Wei Yuan. Syukurlah makhluk tersebut tidak perasan akan kehadiran Ririn. Lantas Ririn masuk ke dalam kereta itu dan memeluk adiknya. Dia berusaha membawa Rosie keluar dari pintu sebelah kereta tersebut.
“Tskkk!” Bahagian dada Ririn di tusuk berkali-kali dengan tangan yang berupa lembing dari makhluk tersebut, Jantung Ririn terkeluar dan dia meleraikan pegangannya terhadap Rosie.
“Lari..” kata terakhir Ririn sebelum kepalanya hancur ditusuk oleh makhluk tersebut.
Rosie berlari ke arah kereta Mr Syafrin sambil menekup mulutnya menahan kesedihan.
“Bagamana dengan budak itu??” Kat Mel dengan risau.
Sementara di kerusi belakang Wei Yuan masih bergelut hendak melepaskan diri dari cengkaman Carlos.
Tanpa di duga, Erna keluar dari keretanya untuk menyelamatkan budak tersebut.
“Ibu!” Serentak Mel dan Carlos.
Kereta Erna berdekatan dengan kereta Wei Yuan. Dia berselindung di balik kereta Wei Yuan sambil melihat makhluk-makhluk tadi yang berusaha mencari arah bunyi Rosie. Makhluk tersebut sudah mula mengelilingi kereta Mr Syafrin. Rosie terlihat akan Erna dan dia menangis.
“Mari ke sini, perlahan-lahan…” Kata Erna dengan menggunakan simbol isyarat dari tangannya.
Rosie yang sudah mengiggil menguatkan dirinya untuk mendekati Erna. Dia merangkak perlahan-lahan. Tapi selepas dia meyedari bahawa makhluk tersebut sudah sangat hampir dengannya, dia tidak dapat melawan perasaan gementarnya dan dia pun berdiri serta berlari ke arah Erna. Belum sempat dia sampai ke arah Erna, satu makhluk yang muncul dari arah semak menyambar Rosie menyebabkan badan budak perempuan itu terbelah dua. Darahnya memercik ke wajah dan baju Erna. Erna yang menyedari dan terkejut akan kejadian tersebut dengan spontan pergi dari sana dan merangkak menuju ke keretanya.
Namun, semasa dia merangkak laju ke keretanya, tapak tangannya tertusuk oleh cermin kereta Mr Stewart yang pecah. Mahu sahaja dia berteriak kuat kerana kesakitan yang tak terkira itu. Namun dengan cepat dia mengigit kolar bajunya dan menahan diri daripada mengeluarkan suara. Wajahnya kemerahan dan airmatanya keluar menahan sakit.
Dia melihat ke arah keretanya. Mel memberi isyarat agar ibunya cepat-cepat masuk kedalam kereta mereka kerna makhluk itu sudah hampir pergi ke arah di mana Erna berada.
Dengan menahan perih dan kesakitan pada tapak tangannya, Erna pun berlari pantas ke keretanya dan masuk. Sesampainya di sana, Mel terus menolong mencabutkan kaca yang sebesar 2 jari itu dari tangan ibunya. Jeritan kecil kedengaran dan darah mengalir dengan banyaknya. Carlos mengoyakkan lengan bajunya dan memberikan kepada Mel. Mel membalut luka tersebut.
“Kenapa… kenapa…kenapa Ririn??? Kenapa awak bodoh sangat! Aku dah kata jangan keluar dari dalam kereta itu. Aku dah kata… aku dah kata…!!” Gumam Wei Yuan sendirian sambil memukul-mukul kepalanya.
“Bawa bersabar Wei Yuan.” kata Carlos.
“Diamlah!! Sial!! Ini semua punca kamu yang tahan aku!’ kata Wei Yuan marah sambil menolak Carlos.
“Ya! Aku menahan kamu. Nanti kamu juga akan mati! Makhluk itu sungguh kuat. Kita semua tidak tahu akan kelemahannya. Sudah terlambat kamu ingin menyelamatkan mereka. Lihat ibuku juga terluka dan tidak dapat menyelamatkan mereka lagi. Once makhluk tu dah dengar akan bunyi bising, dia tidak akan melepaskan mangsanya! Apakah kamu buta?!” geram Carlos.
“Aaargh!!” Marah Wei Yuan sambil memukul sofa kereta tersebut.
“Sudah Carlos. Ada baiknya kamu tutup mulut kamu…” kata Erna perlahan.
Tidak berapa lama kemudian, kawasan pun sunyi sepi semula. Yang ada kedengaran cuma suara Wei Yuan yang tersedu-sedu kerana masih tidak dapat menerima kenyataan tentang kehilangan kekasih dan adik kekasihya. Jiwanya sudah kosong. Dia berfikir untuk apa lagi dia hidup, orang yang disayanginya juga telah pergi. Wei Yuan memandang keluarga Erna. Mereka semua telah tertidur kerna keletihan. Tanpa fikiran waras lagi, Wei Yuan keluar dari kereta tersebut tanpa menutup pintu belakang kereta itu.
Dia memandang ke arah kereta itu untuk kali terakhir dan berlari meninggalkan kawasan tersebut sepantas yang dia boleh dan menuju ke arah hutan.

Wei Yuan berlari sepantas yang dia boleh merempuh hutan. Sekali-sekala dia melihat ke arah belakang untuk berjaga-jaga dengan makhluk yang ada di sekitar sana. Fikirnya kalau dia lari melalui kawasan hutan makhluk itu tidak akan tahu dan tidak akan mengejarnya. Akibat tidak melihat-lihat akan langkahnya dia tersadung batu yang sederhana besar dan kakinya tertusuk ranting kayu yang tajam.

” Aaarghhh!!” Wei Yuan mengerang kesakitan. Darah mengalir dengan banyak pada bahagian kakinya. Kesakitan tidak terkira.

Perlahan-lahan Wei Yuan membuka ranting kayu yang tertusuk pada kakinya itu sambil menahan kesakitan. Setelah dia membuka ranting tersebut dia terus melontarnya jauh dari situ. Dia mengambil sapu tangan di dalam poket seluar dan mengikatnya pada pergelangan kaki yang luka tadi. Perlahan dia bangun dan meneruskan perjalanan.

Krrassskrassss ( bunyi belukar dirempuh)

Peluh Wei Yuan mulai membasahi wajah. Kedengaran seperti belukar di rempuh sesuatu. Dia melihat ke belakang. Sesuatu sedang menghampiri. Dengan kekuatan yang masih tersisa, Wei Yuan berusaha untuk melangkah dan berjalan pantas. Bunyi itu juga semakin menghampiri. Wei Yuan keletihan, kakinya terasa ngilu dan kejang. Dia tidak kuat lagi. Lalu dia rebah dan terduduk di atas tanah. Seluruh tubuhnya menggigil. Apa yang dia risaukan selama ini muncul di hadapan. 5 ekor makhluk yang menakutkan ada di hadapannya. Mereka membuat bunyi nyaring dan mengelilingi Wei Yuan. Lidah mereka yang panjang itu menjalar keluar. Giginya juga amat tajam dan berlumuran darah. Bahkan bau minyak petrol yang kuat juga memenuhi ruangan tersebut. Belum sempat Wei Yuan hendak berteriak, kelima-lima makhluk tadi dengan pantas menerkam dan mengoyakkan seluruh bahagian tubuh Wei Yuan. Mereka mengunyah dan menelan tubuhnya dengan lahap sekali.

* Di kereta Erna

Terkebil-kebil mata Carlos terbuka kerana dia berasa sejuk yang teramat sangat. Matanya yang mamai-mamai tadi terbeliak apabila melihat pintu belakang kereta tersebut terbuka luas. Dengan pantas dia duduk dan menutup serta mengunci pintu itu kembali.

“Darn! Patutlah sejuk. Keluar tak tutup balik. Apalah manusia itu!” Berang Carlos.

Perlahan Erna dan Mel juga terjaga akibat mendengar suara Carlos yang mencarut seorang diri.

” Ada apa?” Soal Erna.

“Lelaki tadi tu, keluar tak tutup semula pintu kereta. Nasib makhluk yang hodoh tu tak datang makan aku!” gerutunya.

“Kemana pulak dia pergi? Jangan-jangan … Wei Yuan dah di makan oleh monster tu.” tambah Mel mengigil ketakutan.

Mereka semua yang berada di dalam kereta itu terdiam seketika. Mungkin sahaja Wei Yuan membunuh diri kerana rasa tertekan dengan kehilangan orang yang di sayanginya.

Mereka bertiga tidak tahu harus buat apa lagi. Hendak pergi dari situ juga, semua makhluk itu pasti tengah mengawasi mereka untuk dijadikan santapan seterusnya. Erna sudah mula menangis.

” Maafkan Ibu. Jika ibu tidak membawa kamu pergi ke rumah Kawan ibu. Ini semua tidak akan terjadi. Ibu telah membahayakan nyawa kalian berdua.” Kata Erna sambil menitiskan air mata.

‘Ibu, jangan berkata seperti itu. Kita semua tidak inginkan hal ini terjadi. Mel yakin bantuan juga akan sampai nanti. Ibu sabar ya.” Kalih Mel menenangkan ibunya.

Sedang mereka berduka, tiba-tiba telefon Carlos berbunyi. Dengan cepat dia menyambutnya. Erna dan Mel pun memandang ke arah Carlos dengan gembira.

“Hello?
“Ya Sir. Kami Masih di kawasan ni. Kami perlukan bantuan segera tuan. Kami cedera.” Jawab Carlos.

(Pihak polis tengah berbual dengannya)

“Wait. Apa?? Kami ada di South kawasan hutan ini. Berdekatan dengan jalan yang punya satu tiang lampu di tepi jalan. Tolong tuan, kami perlukan kamu secepat mungkin. Kalau tidak makhluk itu–(beep3…)
Hello?? Hello???” panggilan talian terputus kerna line out of service.

” Apa masalah lah dengan line kat sini ni!” Bentak Carlos sambil memegang kepalanya yang sudah mula stres.

Tidak berapa lama, lalu sebuah kereta Unsher dan memberhentikan keretanya di kawasan itu.

Erna dan keluarganya begitu gembira sekali. Tanpa membuang masa mereka bertiga keluar dari kereta itu dan berlari ke arah kereta tersebut.Dengan pantas mereka masuk ke seat belakang.

“Jalan! Jalan sekarang!” Arah Carlos sambil tercungap-cungap kepenatan.

” Tunggu. Apa yang berlaku?” Kata pemandu tersebut dengan seorang wanita di sebelahnya.

” Tiada masa hendak jelaskan sekarang. Tolong tuan. Pandu kereta ini sekarang juga.”

“Tapi yang lain..–“

“Tolong pandu sekarang!!” Serentak Erna, Mel dan Carlos.

Tanpa membuang masa, lelaki tersebut memecut keretanya dengan laju meninggalkan tempat tersebut. Erna dan anaknya memandang ke belakang. Semakin lama tempat yang mengerikan itu tenggelam ditelan oleh kawasan hutan yang semakin jauh ditinggalkan. Mereka bertiga berpelukan sambil menangis.

” Kalian tidak apa-apa?” kata pemandu kereta tersebut.

“Sekarang sudah tidak lagi.” kata Erna.

“Boleh saya tahu apa yang sebenarnya terjadi? Oh ya, namaku Hairi dan ini isteriku Nur Alia.” Katanya memperkenalkan diri.

” Terima kasih Hairi. Aku Erna dan ini anak-anakku. Mel dan Carlos.” Balas Erna.

“Kalian sepertinya ketakutan yang teramat. Ada apa ya?” Nur Alia pula mencelah.

” Kami… kalau kami katakan juga kamu pasti tidak akan percaya.” Tambah Mel.

“Maksud?” – Hairi

” Kami kemalangan. Ini semua di akibatkan oleh satu truk yang secara mengejut berhenti di hadapan kami dan tiga buah kereta terbabas termasuk keretaku dan anakku.” Cerita Mel.

” Jadi yang lainnya?” soal Hairi lagi.

“Mereka semua dah mati!” Kata Carlos.

“Mati??? Kita harus laporkan pada pihak polis.” Ulas Hairi.

” Mereka bukan mati kerna kemalangan.” tambah Erna.

” Maksud kamu? Aku tak faham.” bingung Hairi.

“Kami… kami diburu oleh sekumpulan makhluk yang mengerikan, entah muncul dari mana. Semua dah mati… kecuali kami. Syukurlah kamu datang membantu.” Kalih Erna lagi.

Pubbb!

Satu benda merempuh kuat di belakang kereta. Mereka semua terkejut.

“Ibu!! Benda itu mengejar kita!” Teriak Carlos.

” Aku takut ibu. Ibu…” tangisan Mel mula lagi.

Manakala Hairi dan Nur Alia jga terkejut dengan kehadiran makhluk tersebut. Baru mereka percaya akan cerita Erna dan anaknya yang mereka anggap tadi adalah rekaan semata-mata. Hairi memecut keretanya dengan laju. Makhluk-makhluk tadi mengejar mereka di belakang.

Dan sekarang nilai mereka telah bertambah.

” Ibu! Bukankah tadi makhluk itu ada 3 sahaja? Ini sudah ada 6? Bagaimana boleh bertambah??” panik Carlos.

“Bau petrol makin kuat… uhuukk uhukk… kita akan mati.” jawab Mel lemah.

Nur Alia pula tidak habis-habis membacakan ayat suci yang di ketahuinya untuk meminta perlindungan daripada tuhan. Sedang mereka semua panik dan makhluk itu juga semakin mendekat, Erna terlihat akan sebotol sederhana besar minyak diesel di belakang kereta tersebut.

Dia mempunyai idea.

” Hairi! Awak ada mancis tak?”

Hairi melihat isterinya di sebelah.

“Hairi?? Cepat! Aku nampak ada rokok di kerusi belakang ini.” Bentak Erna.

Dengan spontan Hairi memberikan macis yang berada dalam poket seluarnya tadi kepada Erna.

“Abang?? Abang merokok lagi ya??! Bukan dah janji dengan sayang tak merokok lagi?!” Marah Nur Alia.

“Hei perempuan, sekarang bukan masa nak membebel. Sebelum makhluk tu baham kita semua lebih baik bertahan dan jangan mengeruhkan keadaaan.” Carlos mencelah.

Nur Alia terdiam dan tidak lagi menganggu kosentrasi suaminya yang memandu. Dia menahan sakit hati sendiri.

Erna pergi ke bahagian belakang kereta tersebut dan mengambil botol yang berisi minyak Diesel. Carlos juga turut membantunya.

“Carlos awak ambil macis kayu tu. Nanti bila ibu cakap ‘SEKARANG’ nyalakan api dan lempar.” Kata Erna memberi arahan.

“Okay ibu!”

Erna menendang pintu belakang unsher tersebut smbil tangannya berpaut pada kerusi belakang kereta.

“Aaahhhh! “ teriakan Mel dan Nur Alia kedengaran apabila mereka melihat makhluk itu semakin hampir dan ingin mencapai bonet belakang kereta yang terbuka itu.

Carlos mengambil satu kayu sederhana besar yang ada di belakang kereta Hairi dan memukul makhluk itu yang sudah mencapai bonet kereta yang terbuka luas dengan sekuat hati. Makhluk itu melepaskan pegangannya dan jatuh. Tapi itu belum berakhir, Makhluk-makhluk yang lain juga masih mengejar dengan lidah yang menjalar panjang.

Dengan pantas dan berhati-hati Erna membuka tutup botol Diesel tersebut dan menumpahkannya sedikit demi sedikit di atas jalan raya.

“Hairi! Awak perlahankan sedikit kereta awak. “

“Ha??? Awak gile ke?? Makhluk tu dah nak hampir!” Kata Hairi yang menggigil ketakutan.

“Trust me! Just follow!” Kalih Erna.

Hairi pun memperlahankan keretanya. Erna menumpahkan semua minyak Diesel it ke atas jalan raya tar. Makhluk itu juga semakin hampir.

“Ibu! Dah boleh ke??” Kata Carlos yang sudah mula ketakutan. Dadanya sudah turun naik.

“Sabar. Sedikit lagi.” kata ibunya menunggu mahluk itu berkumpul semua.

Akhirnya keenam-enam makhluk itu sudah berkumpul dalam jarak dekat dan makin menghampiri kereta tersebut. Mel, Hairi dan Nur Alia menutup wajah mereka yang ketakutan dan mengalihkan pandangan mereka dari melihat makhluk tersebut.

“Carlos Sekarang!!!” teriak Erna.

Dengan pantas Carlos meggesel macis tersebut dan membuangnya ke arah petrol yang ditumpahkan sebentar tadi.

“Hairi! Pandu dengan laju!” Arah Erna sambil menutup semula pintu belakang kereta Unsher tersebut.

Hairi pun memecut keretanya dengan laju meninggalkan tempat itu.

Raungan jeritan yang mengerikan kedengaran kuat sekali memecahkan keheningan dalam hutan tersebut. Semua makhluk yang tadi mengejar terbakar dan menggelupur dari nyalaan api yang menjilat badan mereka. Erna dan kedua anaknya berpelukan. Begitu juga Hairi dan isterinya turut berpegangan tangan menandakan bersyukur kerna terlepas dari makhluk yang mengerikan itu.

Beberapa lama kemudian akhirnya mereka sampai di kawasan pekan. Erna rasa kepalanya pusing sekali dan dia perlahan menutup kedua belah matanya.

Perlahan-lahan Erna membuka matanya.

“Ibu! Ibu dah sedar!” Riang Mel terus memeluk ibunya.

” Kita di mana?” Erna menjawab perlahan.

” Kita berada di hospital bu. Ibu pengsan kerna kekurangan banyak darah. Syukur sampai hospital tepat pada waktunya.” tambah Erna.

” Hari ini, sebuah kilang yang menghasilkan toksik merbahaya telah diberkas atas seksyen kesalahan 13 yang dikenakan undang-undang berat. Menurut sumber, mereka telah membunuh dua orang pelajar dari Institut Sains Malaysia sebagai tikus makmal untuk projek mereka. Sementara itu, tidak berapa jauh dari kawasan tersebut, di percayai trak yang membawa hasil kumbahan dan mayat pelajar tersebut telah kemalangan bersama beberapa kenderaan yang lain, pemilik kenderaan telah hilang begitu sahaja tanpa jejak. Tidak berapa jauh dari tempat kejadian kami mengesan 6 tubuh yang rentung dijilat api. Dipercayai tubuh-tubuh ini adalah mangsa kemalangan kenderaan tadi bersama dua pelajar yang dijadikan tikus makmal dan menjadi makhluk yang menakutkan dari tindakan toksik merbahaya yang boleh menyerang saraf dan bertindak balas dengan sel walapun perumahnya sudah tidak bernyawa. Ini disahkan dari sampel darah dan kulit mangsa. Blalala-“ (Berita hangat astro Awani berkumandang di kaca televisyen depan pesakit di hospital tersebut).

Erna rasa bersyukur kerna dia dan anaknya terselamat dari menjadi mangsa makhluk tersebut. Mel dan Carlos memeluk ibunya.

“Ibu… maaf… Carlos sudah berkata sesuatu yang menyakitkan hati ibu. Mohon ibu maafkan Carlos. Ibu bukanlah seperti apa yang Carlos bayangkan. Ibu… adalah penyelamat kami.” Kata Carlos sambil memeluk ibunya. Inilah pertama kali Carlos mengeluarkan air mata dan bercakap baik-baik dengan ibunya.

Erna juga turut sebak dengan apa yang berlaku. Dia bersyukur daripada kejadian itu juga dia dan anak-anaknya menjadi rapat semula dan itu sudah cukup membuatkannya bahagia.

-Tamat-

Hello there~
My name Azuka ~
I used Miss Azuka as an author fr my stories~
i born on 27th April , proudly Taurus
Female and still studying in diploma program
I am a Chef/writer/singer and i love it very much;)
Hobby is writing in relax time and singing also playing music instrumental
Welcome to my Tuliswrite TM page 😉

Love0
Miss Azuka
Miss Azuka
Hello there~ My name Azuka ~ I used Miss Azuka as an author fr my stories~ i born on 27th April , proudly Taurus Female and still studying in diploma program I am a Chef/writer/singer and i love it very much;) Hobby is writing in relax time and singing also playing music instrumental Welcome to my Tuliswrite TM page ;)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *