Bab 7- Andrelina: Peperangan Emesa
March 20, 2018
Malek dan Sakti – Bahagian 3
March 21, 2018

Malek dan Sakti – Bahagian 2

Views:   198

Anak Bijak Anak Taat

Bukanlah menjadi kesukaran kepada Malek untuk masuk ke aliran sains dan memahaminya. Tetapi bijaknya dalam sastera juga tiada tandingnya. Dia meminati karya-karya besar seawal usianya 9 tahun yang mana ketika itu rakan seusianya lebih minat buku-buku bergambar. Ketika di usia itu, dia pernah menulis empat rangkap puisi di atas kertas tisu ketika ibu dan ayahnya membawa dia makan di luar. Sambil menunggu makanan tiba, dia tuliskan puisi yang banyak tanda tanyanya.

 

Meminta-minta itu ahli syurgakah dia?

Jalannya itu nerakakah rasanya?

Syurga dan neraka hak siapa sebenarnya?

Siksanya hati menunggu jawapanNya.

 

Ayahnya melihat pada tulisan itu dan bertanya, Apa maksudnya Malek? Sedap bunyinya.

Dia menerangkan, Ustaz Zaman ada bercerita tentang syurga dan neraka di sekolah. Tetapi tiada pula dia beritahu siapa akan milikinya nanti.

Terang di kepalanya bila melihat ayahnya melipat tisu tersebut dan disimpan di dalam poket. Ibunya hanya memerhati dan ayahnya senyum padanya. Apabila makanan sampai terus perkara tersebut hilang dari persekitaran.

 

Dua minggu kemudian, ayahnya memanggil dia dan ibunya.

 

Hah! Dah keluar pun! Lama ayah tunggu hasil kerja anak ayah ni.

 

Ayahnya tunjukkan keratan akhbar Utusan Malaysia. Rupanya ada satu slot puisi-puisi yang diterbitkan. Ibu melihat dan terus ke dapur. Malek membelek puisi-puisi itu dan dia terpandang satu puisi yang dirasakan pernah dilihatnya. Itulah tulisan yang ditulisnya di kertas tisu. Tapi kenapa lapan rangkap? Siapa yang tulis empat rangkap terakhir? Ayahnya tersenyum padanya dan terus ke dapur mendapatkan ibu. Malek meneliti setiap baris rangkap empat yang terakhir dan di situ hasilnya jawapan.

 

Tingkat soalan hanya di hati

Quran dan Hadith manusia berpaksi

Jalan syurga jalan berbudi

Usah ditunggu ia kan tiba nanti

 

Tersenyum sampai ke telinga bila mana melihat nama penulisnya adalah Malek. Karya pertamanya itu bertajuk Tuhan Tinggal. Dan kerana inilah nama Malek menjadi nama penanya setiap kali dia menulis. Malek tahu ayahnya yang menambah baris-baris itu. Tapi dia tidak menyangka ayahnya akan hantar untuk diterbitkan. Dalam Utusan Malaysia lagi tu. Dia menyimpan niat untuk terus menulis. Hasil pertama ini akan tunjukkan pada kawan-kawan sekelasnya esok.

 

Bila tiba hari esoknya, dia membawa keratan akhbar yang ada puisinya. Ramai kawan-kawan sekelasnya ingin melihat tetapi malangnya tiada seorang pun yang percaya itu hasil tulisannya. Satu kelas ketawa dan manganggap nama tersebut hanya kebetulan. Cikgu Zarida yang baru masuk tercengang-cengang tentang apa yang ditertawakan. Malek ambil keratan akhbar itu dan tunjukkan pada Cikgu Zarida dengan harapan sedikit pujian untuk seorang anak kecil. Cikgu Zarida merupakan guru Bahasa Melayu di sekolahnya. Cikgu Zarida tenang membaca satu persatu baris ayat puisi tersebut. Tetapi kemudian dicampaknya keratan tersebut ke lantai.

 

“Dari mana kamu memplagiat puisi ini? Sejak bila kamu belajar plagiat hasil kerja orang lain?” Jerit Cikgu Zarida dengan nada yang marah.

 

Plagiat? Plagiat tu apa? Perkataan plagiat adalah perkataan baru bagi Malek. Tiada siapa di dalam kelas itu faham makna perkataan tersebut. Tetapi mereka ketawakannya juga tanpa makna. Hanya sia-sia. Dia pertahankan juga tapi tetap dikatakan plagiat yang mana kata-kata mulut sahaja tapi tiada bukti dibawa ke depan untuk dibuktikan yang Malek plagiat hasil kerja orang lain. Bagus atau tidak puisi itu sebenarnya? Dan sudah pasti puisi itu bagus bila hentaman plagiat yang diutarakan. Malek tidak kecewa dengan Cikgu Zarida tetapi dia kecewa dengan tatasusila. Hatinya sakit.

Jika tiada kederat melawan dengan tenaga, mata pena ku bawa perang.

Love2
Juta
Juta
Jika tiada kederat melawan dengan tenaga, mata pena ku bawa perang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *