Malek dan Sakti – Bahagian 2
March 21, 2018
CABARAN MENULIS CERPEN BERTEMA #SERAM
March 21, 2018

Malek dan Sakti – Bahagian 3

Views:   267

Muzik Pendamping Sastera

Kelas itu berakhir dengan ibu dan ayahnya dipanggil. Dan selepas kejadian itu, dia berpindah ke sekolah yang lain keesokkannya. Itulah kali pertama dia berpindah sekolah. Ayahnya berkata tidak apa berpindah untuk yang lebih baik dan menjadi anak yang berkualiti. Ayahnya menambah,

“Bak kata Gie dalam bukunya iaitu Catatan Seorang DemonstranGuru bukan dewa dan selalu benar dan murid bukan kerbau. Tapi dalam melawan biarlah ada adabnya kerna Tuhan kita satu. Fikiran kita mungkin hebat tapi jika adabnya hilang tiada guna. Sombong bukan untuk keluarga kita. Teruskan menulis jika tulisanmu baik untuk dunia”, Ayahnya senyum padanya.

 

Selepas itu, bagi memenangkan jiwanya sebuah novel dihadiahkan oleh ayahnya. Novel yang bertajuk Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck karya Hamka iaitu antara tokoh ulamak besar di Indonesia. Sedikit sebanyak mengubat hatinya yang gusar dan lara. Di situlah bermulanya minat sastera yang mendalam. Di dalam novel itu jugalah dicontengnya sedikit kata-kata untuk mantan gurunya itu.

 

Anak kecil ini hanya butuhkan pujian

Sehina itu kau leburkan harapan

Takhta guru kau rendahkan di hadapan semua

Kali pertama dan terakhir engkau wahyu ku

Bijaknya Malek dalam sastera juga semasa usianya 13 tahun. Ketika dia mengikut kawan-kawannya ke sebuah studio muzik. Minatnya dalam muzik tidak ada. Malah tidak pandai bermain muzik. Hanya melihat dan menyokong kugiran kawan-kawannya. Satu ketika, Adib kawannya ingin menyertai pertandingan kugiran dan mencipta lagu sendiri. Tetapi masih tiada lirik.

 

“Malek. Kau pandai bab bahasa. Tolonglah aku. Buatkan satu lirik untuk lagu ini,” kata Adib.

“Aku ni tempo pun ke laut. Macam mana nak buat lirik?” Jawab Malek.

“Lirik bukan perlu tempo pun,” Sambung Adib.

 

Maka terhasillah lirik pertama daripada Malek iaitu Pabila Waktu.

 

Semalam kau tinggalkan aku

Termenung sendiri kala patah hati

Sekian lamanya bertakhta

Serba rasa indah, aku kau tinggalkan

Pabila waktu berlari ku kejar dirimu

Ku hebohkan satu dunia

Pabila waktu kau datang

Membawa cerita yang engkau kan tinggalkan diri ku

 

Lirik lagu ini berdasarkan pengalaman Raja Bahrin Shah iaitu kisah anaknya dilarikan oleh bekas isterinya seorang warga Australia dan hampir dimurtadkan pada 1992. Tetapi anaknya berjaya diselamatkan. Malek mengikuti perkembangan cerita itu. Lagu itu berjaya ke peringkat akhir.

 

Kini selepas 11 tahun Malek telah memenuhi impian ibunya. Lembaran ijazah dalam bidang perubatan dapat dihadiahkan kepada ibunya. Tetapi sastera tidak pernah dilupakannya. Dan dek kerana sastera dia tiba di kota sastera, negara Indonesia. Di sinilah lahirnya karya-karya Malek yang dipegangnya sedari kecil dan antaranya yang paling lekat di hati bertajuk Aku Ini Binatang Jalang karya Chairil Anwar.

 

Ini kali kedua dalam sejarah hidupnya membelakangkan ibunya bila mana selepas tamatnya pengajian ijazah perubatan, dia memberitahu ibunya yang dia ingin menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi dalam bidang perubatan di Indonesia sebelum memulakan kerja. Padahal dia mahu memasuki Universitas Yogyakarta dalam bidang sastera. Dalam diarinya dilakarkan rasa salahnya.

 

Ibu, anakmu juga jalang

Menuruti rasa ku tewaskan cinta

Tapi tiada ku larikan janji ku

Harapan ku doa mu ada selalu.

Kota sastera, jangan kau lukakan aku

Aku hadir menyembah ilmu mu

Jika kau kota sastera munculkan jiwa rasa

Biar ku rasa betapa saktinya anda

Jika tiada kederat melawan dengan tenaga, mata pena ku bawa perang.

Love1
Juta
Juta
Jika tiada kederat melawan dengan tenaga, mata pena ku bawa perang.

1 Comment

  1. syed says:

    Lamanya nak terbit bab seterusnya..hmm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *