Lorong
May 4, 2018
Hospital Lama
May 5, 2018

Murtabak dan Merlion -Singapura 2012

Views:   302

Pagi Sabtu  , aku bersedia untuk syif aku yang terakhir di A&W Ikano . Terdetik perasaan gembira di hati aku , kerana aku akan mengakhiri kerja part time aku di sini setelah 3 bulan . Misi aku berkerja di A&W adalah kerana aku akan memulakan jelajah solo backpacker aku yang pertama . Ke manakah aku akan berbackpack ? itu sudah mesti soalan yang terngiang –ngiang di dalam pemikiran anda .

Aku akan memulakan jelajah aku ke negara Singa Selatan, bersebelahan dengan negeri Harimau Selatan (Johor ) . Tiba –tiba aku tersentak dari lamunan , Ida seorang cashier di A&W itu menegur aku “ Eh , Lutfi jauh termenung , tau lah harini hari last kau . Aku tersengih seperti kerang busuk apabila mendengar pernyataan itu . Aku pun meneruskan kerja aku seperti seorang professional .

Jam menunjukkan tepat pukul 10 malam . Aku segera berkemas dan menukar pakaian untuk pulang ke rumah . Aku bingkas mencapai beg galas aku dan menuju ke rumah tanpa menghiraukan manager yang sedang mengira inventori dan duit jualan di office.

Gambar kanan : Patung Merlion yang memancutkan air kearah Sungai Singapura

Aku bersama bangunan pencakar langit Singapura di Fullerton Road.

Sampai sahaja di rumah aku terus mencapai laptop mak aku . Aku terus menekan papan kunci dan menaip S.I.N.G.A.P.U.R.A. . Aku mencari maklumat mengenai Singapura di internet sebelum aku berangkat ke sana . Aku teringin sungguh untuk mencuba murtabak Singapura di Arab Street dan melihat patung Singa yang memancutkan air dari mulutnya. Aku menjadi ghairah dan tidak sabar. Aku mengemaskan backpack aku , duit Singapura sudah ku kira dan segala intinerari telah dipersiap . Ke Singapuralah kita , aku bermonolog

 

Aku mengembara ke Singapura dengan mengunakan kereta api dari KL Sentral ke Johor Bahru . Daripada Johor Bahru tu aku akan mengulang alik ke Singapura . Ya lah disebabkan currency di Singapura yang agak mahal ( 1 SGD x RM 2.50) membuatkan aku cuak untuk menginap langsung di Singapura . Aku yakin pada plan aku .

Perjalanan yang memakan masa 6 jam itu aku handle dengan gigih bak kata orang buat relax buat peace . Sesampainya aku di Johor Bahru , aku terus mencari hotel bajet di sekitar Jalan Meldrum berdekatan dengan City Square ataupun CS . Aku terus check in dan melabuhkan punggung aku di atas katil . Terlintas dalam fikiran aku “ Nak makan apa?”. Aku bermonolog sambil menyentuh perut ku yang berkeroncong.

Aku terus keluar dari bilik aku untuk mencari makanan di Jalan Meldrum itu . Aku lihat ramai gelagat manusia di situ. Ada yang berbusking , ada yang berdating , betul kata orang dulu –dulu banyak manusia banyak ragam. Dalam beberapa meter dari rumah tumpangan , aku terjumpa sebuah kedai mamak di hujung jalan itu .

“ Ane, Teh Tarik satu , roti telur satu “ , aku membuat pesanan kepada seorang pelayan di restoran situ . Aku musykil dan kagum kenapa pelayan –pelayan di kedai mamak Malaysia sangat lah tangkas dan cekap dalam membuat kerja . Order kita mesti diorang ingat , memang jarang sekali aku dengar tersilap order. Mereka juga tidak mengunakkan buku nota di tangan mereka . Semuanya di dalam kepala . Jauh fikiran aku menganalisa mereka . Ah, lantak lah , aku tersedar dari lamunan aku .

Usai sudah aku menjamu selera , aku terus pulang ke hotel aku . Aku akan bertolak ke Singapura pada awal pagi esok , jadi aku harus tidur lebih awal pada malam ini .

Kring.. Kring.. telefon bimbit Nokia torchlight  aku berbunyi . Atiqah , seorang gadis Singapura mengejutkan aku dari tidur . Aku pun menjawab handphone aku dalam separa mamai . “ Eh, Lutfi bangunlah dah pukul 9 pagi kot!! “ Atiqah bercakap dalam nada yang separa cemas . “ “Ya lah , aku baru nak bangun ni , kita tunggu di hadapan CS ya dalam pukul 10 “ aku membalas dengan nada untuk mententeramkan Atiqah. Aku terus lekas bangun , mempersiapkan diri untuk pengembaraan aku pada hari itu .

 

Pada jam 10 pagi tepat , aku sudah terpacak di hadapan City Square , aku pun tunggu untuk menanti kelibat Atiqah di situ . Aku tidak sabar untuk memulakan pengembaraan aku pada hari itu . Tiba-tiba ada sebuah bas berhenti di seberang jalan . Aku ternampak gadis Melayu berkulit sawo matang turun dari bas dan melambai aku .” Oh itu Atiqah!” bisik aku di dalam hati .

“ Assalamualaikum , dah lama ke tunggu? “ Atiqah bertanya sambil meletakkan handphone  di dalam beg tangan . “ Lama gak dalam sejam aku tunggu “ , aku berkata dalam nada sinis . “Hurmm tak apa lah jom kita ke CIQ (checkpoint Singapura-Malaysia) aku berkata tanpa berdolak dalih lagi . Kami segera ke CIQ untuk sampai di Singapura . Misi pertama , melahap Murtabak Singapore di Arab Street .

 

Gambar di atas : Murtabak Singapore di Restoran Zam Zam , Arab Street , Singapura. Murtabak Singapore di restoran ini sangat special sebabkan kulit nya yang lembut dan inti dagingnya yang padat menyebabkan ramai pengunjung datang ke sini.

 

Sesampainya di Arab Street , Atiqah membawa aku ke Restoran Zam Zam yang terletak di hadapan masjid Sultan. “ Lutfi kau nak makan murtabak kan ? jom aku tolong orderkan “ ujar Atiqah kepada aku . Dia pun menolong aku untuk order kan makanan sebab aku jenis yang pemalu sikit lagi-lagi bila bersama dengan perempuan . Aku pun tidak ingin menolak pertolongan dia , biarlah dia nak tolong , sekali-sekala perempuan tolong kita apa salahnya kan? .

 

Apabila murtabak itu sampai , aku pun berasa ghairah terus aku memandang Atiqah dan berkata “ Eh tak sangka salah satu bucketlist aku dah ditanda “ . kata aku kepada Atiqah . “ Hurmm untunglah kau ek , datang jauh ke Singapura dah dapat makan murtabak ni , lepas ni kau dah boleh cerita kat orang KL ya“ balas Atiqah. .

“Tak sia –sia aku berhempas pulas kerja di A&W semata –mata untuk datang ke Singapura nak melahap murtabak yang paling famous di pulau ini “ aku berkata dengan nada yang meyakinkan kepada Atiqah . Selesai makan , aku dan Atiqah terus beredar dari restoran itu .  Harga satu murtabak di restoran itu $8.00 bersamaan RM 24.00 . Ya Allah ! mahal jugak harga sepinggan murtabak itu , tapi tidak mengapa biar mahal asalkan sedap ,aku bermonolog sebelum bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Merlion Statue atau patung Merlion .

Setibanya aku di dalam bas untuk ke Merlion , aku sedikit terkilan dengan pemandu-pemandu bas di Singapura ini . Kebanyakan pemandu bas ini terdiri daripada orang Cina, Melayu dan India yang tua-tua , warga Singapura itu sendiri, aku tidak akan dapat pemandangan sebegini di Malaysia . Memang betul lah jurang sosioekonomi antara kaum di Malaysia sangatlah besar. Cina dan India dengan perniagaan besarnya , orang Melayu hanya kerja di jabatan kerajaan dan perniagaan kecil . Aku tersedar daripada lamunan apabila bas sudah tiba di Fullerton Road , untuk pergi ke Merlion .

“Eh, Lutfi jauh kau termenung jom lah turun, kita dah sampai di Merlion Statue. “  kata Atiqah kepada aku yang jauh termenung sampai ke Wawasan 2020. “Ok wah! Cantik betul Merlion dari jauh ! bisik di hati aku. Aku memandang kemegahan patung Merlion itu  sambil memikirkan destinasi ke mana seterusnya aku jelajahi . Aku tidak pasti karier apakah yang aku akan ceburi , kolej manakah yang akan aku belajar untuk mencapai cita-cita aku . Mungkin seorang saintis ? . “ Wah! Hensem betul mat salleh tu “ kata Atiqah kepada aku yang masih lagi termenung. Sememangnya di Singapura lebih senang kita nak jumpa orang-orang Eropah kerana memang gemar untuk berkunjung atau bekerja di sini. Aku pun menyindir Atiqah “ Eh, kau macam ada hati nak kahwin dengan mat salleh la tu “  sindir aku kepada dia . “ Eh boleh je kalau ada rezeki “ kata Atiqah sambil berseloroh . “Eh tapi kau kena ingat ,kau kena Islamkan dia baru boleh kahwin” kata aku kepada gadis Singapura ini .

“ La kalau ada rezeki aku kahwin la , kalau tak memang aku cari mamat Melayu je la “ ujar Atiqah seperti hendak menyakinkan aku terhadap sesuatu. Aku pun tersenyum sambil memandang Merlion yang tidak henti-henti memuntahkan air dari Sungai Singapura itu.

Perjalanan aku di Singapura ini telah banyak mengajarkan aku erti pengorbanan. Aku berhempas pulas membuat part –time semata –mata untuk pergi ke sana demi Murtabak dan Merlion. Aku berusaha mencari duit itu semata-mata untuk pergi melancong ke sana . Penat lelah usahlah di kata.

 

 

 

 

Love0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *