Inspirasi
April 23, 2018
ANGKARA
April 23, 2018

Pemuliharaan Rumah Lama

Views:   134

Apabila disebut mengenai rumah lama, pasti kita akan terbayang keadaan rumah yang tidak berjaga dan terbiar sepi tanpa penghuni. Rumah lama merupakan satu khazanah tinggalan generasi terdahulu dalam bidang pembinaan bangunan. Rumah-rumah lama ini ada yang masih elok dan tidak kurangnya telah rosak dimamah waktu dan usia. Waris-waris tidak lagi mahu tinggal di rumah tersebut dek bertugas di kawasan bandar besar. Rumah lama di kampung habis ditinggalkan tanpa ada penghujungnya untuk rumah tersebut.

Rumah lama juga merupakan satu senibina yang patut dikekalkan. Generasi akan datang perlu didedahkan dengan khazanah warisan lama ini supaya ianya terjaga dan kekal untuk masa akan datang. Pelbagai pihak harus memainkan peranan dalam usaha murni ini. Sekiranya tidak diendah, maka lenyaplah satu senibina yang dimiliki oleh negara itu sendiri. Seringkali isu pembangunan menjadi alasan di mana khazanah warisan negara terpaksa dikorbankan demi menacapai keuntungan.

Kita sendiri boleh memberikan bantuan dan usaha bagi mengekalkan supaya tidak hilang dari mata. Kita tidak mahu hanya tinggal nama sahaja padahal ianya boleh dikekalkan.

Love0
Adnan Haris
Adnan Haris
nandre the legend

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *