Hampir Ditikam! Nis, Serbia 2017
May 2, 2018
Sang Pemenang – Persona Dani
May 3, 2018

PERJANJIAN SYAITAN

Views:   318

HASSAN dan fatimah berpindah kebanglow yang mereka beli bulan lalu,mereka mempunyai tiga orang anak sofi 22tahun,razak 19tahun dan helmi 17tahun.

sofi memiliki bengkel kereta,manakala razak memiliki restoren dan helmi masih menuntut disebuah kolej.

“Banglow ni besar,tu sebab ayah dan ibu ajak kamu bertiga tinggal dengan kami”kata Hassan.

“Tapi yah,adik tengok banglow ni lain macam jer”jawab helmi.

namun kata-kata helmi dipotong oleh abangnya sofi jikan

“Lain macam apa?ada hantu,pontianak?”Jawab sofi jikan.

“sudah,jangan nak merepek,dah kamu semua tolong ayah dan ibu kamu berkemas dan angkat barang”kata hassan.

Anak-anak hassan tidak membantah mereka membantu apa yang patut
namun tanpa diduga sofi jikan dan Razak helmi menemui sebuah kotak yang dibalut kain berwarna hitam lantas disorokkan didalam sebuah bilik.

Jam menunjukkan pukul 10malam,masing-masing tidur lena,kecuali helmi yang memikirkan isi kandungan kotak yang ditemuinya petang tadi.




Dia menutup lampu biliknya,tanpa disedarinya ada satu lembaga berbadan yang agak besar mengekorinya,Helmi melangkah jantungnya berdegup kencang untuk menuju kekotak tadi yang disimpan dibilik bawah.

Sebaik sahaja helmi menoleh kebelakang,Dia terkejut besar melihatkan satu lembaga sungguh menyeramkan

“Kau siapa ha!”Herdik helmi.

“Aku akan jadi orang suruhan kau,kau mesti bukak kotak dihadapan kau tu”Kata lembaga itu.

helmi membukanya dia terkejut besar apabila mendapati isi kotak itu penuh dengan kepingan emas,berlian dan permata.

“Kau nak bukan?”Soal lembaga itu.

“Macam mana caranya?”Soal helmi.

“setiap malam kau pastikan,darah kau berikan pada aku”kata lembaga itu.

“ha.ah kau gila,kau nak suruh aku mampus ke ha!”herdik helmi.

“atau kau bunuh sahaja ahli keluarga kau”arah lembaga itu.

malam itu helmi hilang arah,seumur hidupnya tidak pernah dia melihat kepingan emas,berlian dan permata begitu banyak,dan dia meletakkan sabun diatas lantai bilik mandi,Tujuannya hanyalah satu memulakan rancangan jahatnya

keesokan harinya…

“Sofi,Razak,helmi!!”jerit hassan.

ketiga-ketiganya keluar daripada bilik tidur,berlari menuruni tangga

Razak dan sofi terkejut besar apabila melihat ibunya dipangku dalam keadaan kepalanya dipenuhi dengan darah

“Helmi,lekas call ambulans!!”Arah sofi

“Mak kamu dah tiada”sayu suara hassan memberitahu anak-anaknya bahawa isterinya telah pergi menghadap ilahi.

SEMINGGU Kematian ibu mereka razak dan sofi langsung tidak mengesyaki perbuatan adiknya yang menabur sabun menyebabkan ibunya sendiri terjatuh dan menemui ajalnya.

PADA malam itu helmi,kebilik rahsia itu lagi

“Woi,mana harta aku”soal helmi.

Secara tiba-tiba muncul lembaga itu dihadapan helmi

“Bagus,aku hadiahkan kau lagi emas”kata lembaga itu.

“Satu bungkus je?”Soal helmi.

“Kalau kau mau,aku boleh tambah lagi dan aku mau kau buat macam mana kau buat ibu kau pada abang kau”kata lembaga itu.

“Abang,jom kita keluar makan”Ajak helmi pada abangnya sofi

“Ala kau ajak je sirazak tu”kata sofi.

“Kebetulan aku pun tengah lapar ni,ok jom kita pergi pekan”kata razak.

Lantas dua adik beradik itu keluar daripada banglow itu,razak memandu jarak antara pekan dan banglow itu terletak kira-kira tiga kilometer
sepanjang perjalanan,rupa-rupanya makhluk yang berjanji dengan helmi mengekori mereka berdua.

“Abang kau parkir jap,aku nak kencing ni”kata helmi pada abangnya.

“Gila kau,gelap ni karang kencing bersepah buatnya bengkak kau punya”kata razak yang terus memandu.

Namun entah macam mana helmi bagaikan dirasuk,dia mendesak abangnya berhenti dengan menganggu pemanduan abangnya

“Hei apa kena kau helmi!!kau nak mampus ke hape?”Herdik razak.

Namun sebaik sahaja Razak menoleh kearah adiknya,ia bukanlah helmi tetapi wajah yang menakutkan bertaring panjang,mata lembaga itu tersembul keluar dan berbau amat meloyakan,Kereta yang dipandu razak terus terbabas dan jatuh kedalam gaung.

bagaimanapun “helmi diselamatkan lembaga itu”

Kemalangan itu amatlah mengejutkan sofi dan ayah mereka,Namun mereka tidak mengesyaki kemalangan itu angkara perjanjian syaitan dan helmi yang mahukan harta yang dilihatnya bertimbun didalam sebuah kotak.

Pihak polis dan bomba berusaha menarik keluar kereta milik razak daripada dalam gaung,namun mereka terkejut besar apabila mayat Razak dipenuhi dengan kesan seperti binatang buas,dengan keadaan lehernya hampir terputus dan ada kesan gigitan yang amat luar biasa.

“Saya pun hairan,kenapa mayat mangsa ada kesan koyakkan dan cakaran yang amat dasyat setahu saya Area ni takda harimau atau binatang buas yang lain”Kata salah seorang anggota polis.

“Maaf ye pakcik kami pihak polis terpaksa menahan anak pakcik untuk siasatan”kata pegawai berkenaan.

helmi dibawa kelokap polis,seminggu dia ditahan dan disoal siasat tidak ada sebarang petunjuk boleh menyalahkannya.Dia dibebaskan dengan jaminan polis.

Helmi disambut oleh ayah dan abangnya sofi.Malam itu setelah kedua-duanya tidur helmi dikejutkan dengan kehadiran lembaga itu lagi.

Secara senyap helmi turun ketingkat bawah dan

“Kau mahu apa lagi ha!tak cukup ke aku dah korbankan dua ahli keluarga aku sendiri?”soal helmi.

“Hahahaha,kau ingat cukup aku nak kau bunuh dua lagi,lepas ini harta dalam kotak tu,banglow besar ni dan aku tambah lagi harta berapa banyak kau mau”kata lembaga itu.

“ha!sudah aku tak mau buat lagi”secara tiba-tiba helmi menentang lembaga itu.

“Oh,kau tak mau buat ya!kalau kau tak mahu buat kau makanan aku yang seterusnya”lembaga itu mengugut.

ugutan itu membuatkan helmi terasa takut baginya dia tidak mahu mati angkara perbuatan syaitan itu.

“Aku takda cara lagi,aku tak tahu nak lakukan macam mana”helmi memberikan alasan.

“itu aku tak peduli,aku yang aku mahu darah”balas Lembaga itu.

“emmm darah,darah p la cari darah kambing ke,darah ayam ke”kata helmi.

“Kambing mahal bongok,ayam sekilo dah berapa dari aku beli untuk makan darah,baik aku buat kambing golek ke,ayam panggang ke”herdik lembaga itu.

lembaga besar itu menghilangkan diri,Helmi secara senyap masuk kembali kedalam biliknya,Dia tidak mampu melelapkan matanya kerana dia mahu mencari jalan bagaimana untuk membunuh abang dan ayahnya sendiri,supaya tidak dikesan itu semua angkara perbuatannya.

Hujung minggu,Helmi keluar bertemu dengan kekasih hatinya syura disebuah restoren makanan segera

“Saya tengok semenjak awak pindah dekat banglow itu nampak lain la,kenapa ye?”soal syura

“Saya oklah awak,seronok tinggal dekat banglow tu”jawab helmi.

“Tapi kenapa muka awak pucat je,macam tak cukup tidur je”Soal syura.

Soalan itu membuatkan helmi berang

“Apa awak ni ha,Awak nak keluar dengan saya semata-mata nak tau saya cukup tidur ke tak je!”herdik helmi.
pengunjung direstoren itu memerhatikam gelagat syura dan helmi.

“Awak,Sudahlah malu orang tengok kita ni”Syura menenangkan keadaan helmi.

namun demikian sebaiknya sesuatu yang tidak dijangka syura berlaku keatasnya helmi menyiram air kemuka syura.

“Mulai hari ni,kita putus”kata helmi tanpa sebab memutuskan hubungannya dengan syura.dia meninggalkan syura sendirian direstoren itu tanpa sedikitpun rasa bersalah dihatinya.

Helmi pulang semula kebanglow,dia nekad untuk membuka kotak itu tanpa perlu mengikut perjanjiannya dengan syaitan itu lagi.
Namun demikian ia tidaklah semudah yang disangka helmi,sebaik sahaja dia memasuki bilik rahsia banglow itu dia terkejut besar terdapat begitu banyak ular berbisa mengelilingi kotak itu.

Helmi semakin buntu,jika dia tidak melakukannya dia bakal menjadi santapan lembaga yang menakutkan itu.

Dan

Didalam minuman milik ayahnya dimasukkan racun tikus,Sebaik sahaja ayahnya pulang dihidangkan minuman itu kepada ayahnya.

Ayahnya minum tanpa mengesyaki apa-apa dan sebaik sahaja air itu habis diminumnya,Ayahnya rebah mengelentik mulutnya berbusa putih keluar daripada mulutnya.

helmi menarik mayat ayahnya dan disembunyikan

Malam menjelang,abangnya pula pulang kebanglow itu.

“Dik,ayah tak balik lagi ke?”Soal sofi.

“Tak”ringkas sahaja jawapan helmi.

Helmi terus kedapur,kebetulan ada sebilah pedang lama tersimpan didalam kabinet dapur,Helmi mengambilnya,baginya nyawa yang terakhir ini amatlah penting buatnya.

Dia berjalan perlahan mendekati abangnya yang sedang menonton tv,pedang itu ditariknya nasib sofi agak baik dia melihat adiknya sedang cuba melibas pedang,Melalui cermin

sofi mengelak

“Woi kau dah kenapa nak bunuh aku!”kata sofi.

“Aku nak harta itu jadi milik aku,aku perlukan nyawa kau”kata helmi semakin dirasuk

helmi terus menyerang abangnya,namun abangnya mampu mengelak serangan membabi buta,yang dilakukan adiknya.

“Jadi kematian razak dan ibu angkara kau lah ye jahanam!”soal sofi.

“Kau lupa sorang lagi sofi,Ayah pun aku dah bunuh”kata helmi.

terbeliak mata sofi mendengar kata-kata adiknya namun dia cuba melepaskan diri dari menjadi mangsa terakhir adiknya.

libasan pedang yang dilakukan helmi tepat terkena dua jari abangnya,putus dan terpancut darah yang amat pekat

“Arghh!!”jerit sofi menahan kesakitan.

tiba-tiba muncul syura dihadapan ruang tamu.

“Astagfirullahalazim,patutlah awak berubah,awak berjanji dengan syaitan”kata syura.

“hei jahanam,aku tak mau kau campur urusan aku dengan keluarga aku!”helmi memarahi syura.

Namun syura menyedari itu bukanlah helmi tetapi ada makhluk lain didal badan helmi yang telah menguasai tubuhnya.

berkumat kamit mulut syura membaca ayat Al-quran dia menggunakan air kosong yang terletak diatas meja sebagai senjata menewaskan helmi jelmaan itu.

Air itu disiram tepat mengenai helmi,meronta-ronta helmi menahan kesakitan yang amat sangat sebaik sahaja helmi rebah muncul lembaga dihadapan syura dan sofi.

“Aku kalah,tapi tak bermakna aku akan terus mengalah,aku pasti akan datang lagi”kata lembaga itu dan terus menghilangkan dirinya.

Helmi ditahan pihak polis,walaupun tidak ada sebarang bukti untuk mensabitkan kesalahannya membunuh abangnya razak dan ibunya,Helmi tetap dituduh kerana cuba membunuh sofi dan membunuh ayahnya dengan meletakkan racun didalam minuman

kotak itu ditemui oleh sofi dan syura

mereka membukanya tiada harta seperti yang diperkatakan oleh helmi.

Petang itu sofi berpindah walaupun terasa sedih tetapi dia tidak sanggup untuk melalui hari-hari yang mendatang sendirian tanpa ahli keluarganya sendiri.

TAMAT

saya memang minat dalam bidang penulisan ini,saya harap rakan2 yang membaca atau mengikuti saya dapat bagi saya galakan dan semangat untuk teruskan perjuangan saya

Love2
FirdausJebat
FirdausJebat
saya memang minat dalam bidang penulisan ini,saya harap rakan2 yang membaca atau mengikuti saya dapat bagi saya galakan dan semangat untuk teruskan perjuangan saya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *