Sebuah Hentian
April 28, 2018
Travelog : Mantanani 2H1M RM250
April 29, 2018

PERMAINAN MAUT

Views:   1,637

Sekolah Menengah Seksyen 2 adalah sebuah sekolah swasta yang agak popular dan terletak di ibu negara Kuala Lumpur. Pelajar-pelajarnya terdiri daripada kalangan orang-orang yang berada yang amat kaya. Undang-undang sudah seperti tidak berguna di sana kerana permainan duit yang akan menutup segala-galanya walaupun perkara tersebut sudah terang-terangan benar di mata umum.

***

Suasana di kelas 5 Dinamik begitu hingar-bingar seperti di pasar. Kelas itu adalah kelas tingkatan 5 yang paling teruk dan paling tercorot sekali.

KEDEBANGG!!

Suasana yang sedari tadi hingar bingar bertukar sepi apabila pintu kelas ditendang seseorang. Masuk 7 org pelajar nakal dan amat jahat ke dalam kelas. Mereka duduk ditempat masing-masing. Pelajar-pelajar itu adalah Akif merangkap ketua dan diikuti oleh Hafiq, Wafi, Iqra , Iwan dan dua orang pelajar perempuan iaitu Alya serta Bella. Mereka adalah pelajar-pelajar yang paling nakal dan yang paling digeruni disekolah itu. Kumpulan mereka digelar sebagai 7Devil yang bukan mereka yang gelarkan tetapi pelajar-pelajar lain yang mereja sendiri tidak tahu siapa. Bukan sahaja para pelajar malah guru-guru sendiri pun takut kepada mereka. Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi keseronokkan dan kepuasan kepada mereka. Banyak guru-guru yang telah menarik diri daripada mengajar di kelas itu malah disekolah tersebut kerana tidak tahan diganggu oleh mereka. Jika ada yang berani menegur kelakuan mereka, pasti ada yang bakal menjadi mangsa seperti kereta akan dicalarkan dengan peralatan yang tajam .Pernah beberapa orang guru telah disimbah dengan cat merah disebabkan telah menegur kelakuan mereka yang tidak memasukkan baju ke dalam seluar dan memakai baju sekolah yang agak ketat serta memakai skirt yang agak pendek. Jika tidak dapat di sekolah, dirumah lah yang bakal dicari.

Tap!!Tap!!Tap!!

Derapan langkah kedengaran menuju ke pintu kelas mereka. Baru sahaja guru itu ingin melangkah masuk sebatang kapur terus melayang dan hampir-hampir mengenai kepala guru itu tetapi tersasar ke pintu kelas.Guru wanita itu mengurut dadanya tanda terlalu terkejut.

“Ahh tak kena!!Sikit lagi je..” Wafi menumbuk meja.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Siapa yang tak kenal Wafi! Anak kepada seorang hartawan negara yang amat dikenali dalam Malaysia. Menjadi anak tunggal dalam keluarga menyebabkan hidupnya umpama raja. Mintalah apa sahaja yang dihajati, semuanya pasti berada di dalam genggamannya. Walaupun nampak paling kecil tetapi dia sangat jahat.Kapurlah yang menjadi permainannya.

“Ok murid-murid! Kita ada pelajar baru hari ini. Sila masuk dan..perkenalkan diri awak..” Ujar Puan Tini selaku guru kelas 5 Dinamik.

Pelajar perempuan yang sedari tadi berada di luar kelas terus masuk ke dalam kelas. Ada senyuman terukir di bibirnya.

“Hai! Nama saya Reen..selamat berkenalan.. semoga dapat memberi tunjuk ajar kepada saya..” dia tersenyum.

“Haha! Tunjuk ajar kepala otak dia! Muka skema!!Tak boleh blah langsung..” Akif ketawa geli hati dan diikuti oleh ahli-ahli kumpulannya yang lain.

Bella dan Alya pula berpandangan sesama sendiri sambil tersenyum sinis. Mulut sama-sama dicebikkan.

“Ok Reen..kamu boleh duduk di kerusi belakang yang masih kosong tu..” Puan Tini menunjukkan ke arah tempat duduk yang masih lagi kosong.

Reen mengangguk. Dia berjalan menuju ke arah mejanya.

“Ok pelajar..cikgu nak ke tandas sebentar.. kamu semua buat kerja sendiri ya..”

Puan Tini pun keluar.  7Devil mula tersenyum sesama sendiri

“Hafiq..Iqra..Blah!!” Ujar Akif.

“Orait!!” Mereka berkata serentak.

Cepat-cepat mereka berlari keluar menuju ke tandas. Seketika kemudian, mereka kembali.

“Macam mana wehh??” Soal Alya

“Macam ngan apa lagi menjerit!!Haha!!” Hafiq ketawa.

“Dia tengah wat apa??” Soal Bella pula.

“Masa dalam tandas tu..Dia tengah perbetul…kau faham-faham je lah..Aku lalu belakang dia. Dia menjerit dan terus lari masuk tandas!!Haha!!” Kata Iqra sambil ketawa geli hati.

Mereka ketawa mendengar cerita dari mulut Iqra. Puan Tini adalah antara guru yang paling berani untuk mengajar kelas 5Dinamik. Tetapi ini bukan atas permintaannya. Disebabkan tiada guru-guru lain yang berani mengajar di kelas itu, dia sebgai guru baru telah dipaksa untuk mengajar. Setiap hari pasti dia akan diganggu oleh 7 orang pelajar nakal itu. Sehingga ada yang sanggup menyelak skirt pendeknya. Jika dia memakai seluar pasti pelajar-pelajar itu akan menyentuh anggota badannya. Bukan dia tidak mahu keluar dari sekolah itu, tetapi disebabkan kontrak yang masih lagi panjang, dia terpaksa. Puan Tini kembali ke kelas dengan muka yang tidak bermaya. Dia duduk ditempatnya.

“Ok! Cikgu nak cakap sesuatu.. Pada hari sabtu ni kita akan adakan perkhemahan di hutan rekreasi terdekat! Kalau kamu semua tak nak ikut kamu akan mngikuti sekolah harian seperti biasa” Kata Puan Tini.

7Devil mula berbisik-bisik sesama sendiri. Ada ketikanya mereka ketawa kerana ada rancangan jahat yang sudah dibina.

“Ini lah masanya..” kata Bella sambil memandang rakan-rakannya yang lain. Mereka semua mengangguk setuju.

“Macam mana?? Ada yang tak nak pergi? Ke semua setuju untuk pergi?” Soal Puan Tini.

“Setuju!!” Jawab mereka semua serentak.

***

Keadaan di tapak perkemahan agak sunyi kerana terletak dalam kawasan hutan.

Kebanyakkn pelajar-pelajar sudah tiba di tapak kem. Tidak beberapa lama kemudian, 7Devil pula muncul dengan masing-masing menggalas beg sekolah. Apabila lalu sahaja ditepi khemah-khemah pelajar-pelajar lain, mereka sengaja menendang khemah hingga terbalik. Ranting-ranting kayu yg dicari untuk membuat unggun api sengaja dipijak oleh Alya hingga patah. Mereka akan ketawa beramai-ramai apabila melihat wajah-wajah pelajar-pelajar lain yang masam mencuka. 7Devil tiba di tempat mereka. Mereka dibahagikan 3 khemah. Akif, Iqra dan Hafiq satu khemah. Wafi dan Iwan satu khemah dan Alya sertaa Bella satu khemah memandangkan dalam kumpulan itu mereka sahaja perempuan. Hari semakin beransur-ansur ke petang. Pelajar-pelajar lain bertungkus lumus mencari bahan api agar mereka tidak kesejukan malam ini, tetapi 7Devil hanya menggoyang kaki di dalam khemah. Selepas seketika terdengar suara guru mereka membuat pengumuman.

“Ok pelajar-pelajar sekalian. Kamu boleh mandi di air terjun sana. Lelaki dan perempuan asing ya. Lelaki di sebelah kiri perempuan di sebelah kanan…” 7Devil yang mendengar pengumuman tadi mula tersenyum lebar.

“Jom kita kacau diorang lah..” Iqra tersenyum saat menyuarakan rancangannya.

***

“Huarrgghhh!!!”

“Arggghhhh!!!”

Pelajar-pelajar perempuan mula menjerit seperti terkena histeria apabila dengan tiba-tiba Hafiq keluar dari sebalik pokok sambil menguap ketika mereka sedang membersihkan diri. Mana taknya, mereka sekarang dalam keadaan yang tidak sepenuhnya tertutup . Hafiq ketawa. Dia sempat mencapai sehelai kain tuala salah seorang pelajar itu dan berjalan pergi.

“Argghhhh!!”

Kedengaran jeritan untuk kedua kalinya apabila ahli-ahli 7Devil yang lain (lelaki sahaja) keluar dari tempat persembunyian mereka. Dengan sengaja mereka mengambil gambar pelajar-pelajar perempuan disitu. Pelajar-pelajar itu terpaksa melindungi tubuh mereka yang terdedah. Pasti gambar-gambar aib mereka akan dilekatkan di papan kenyataan sekolah. Itulah yang selalunya akan dilakukan oleh geng 7Devil.

***

Walaupun mendengar pelbagai aduan berkenaan kes tadi, tetapi Puan tidak mampu melakukan apa-apa. Jika tidak pasti dia akan menjadi mangsa mereka pula. Dia juga seorang perempuan yang lemah. Mana lah mampu kudratnya ini melawan 7 orang pelajar yang sangat nakal. Baik dia berdiam diri sahaja sebelum keadaan bertambah buruk.

“Ok! Disebabkan kem kita sehari sahaja. Malam ni kita akan bermain satu permainan. Kita akan berjalan di dalam hutan ini secara berseorangan. Tetapi kita akan berjalan secara serentak. Disetiap pokok-pokok di hutan ini akan ada tanda arah yang dilekatkan dan  akan membawa kamu kembali ke sini. Kamu hanya akan membawa sebuah lampu suluh dan kad nanti cikgu akan edarkan kepada semua orang. Semua wajib main permainan ni..” panjang lebar Puan Tini menerangkan pada pelajar-pelajarnya.

Pelajar-pelajar perempuan mula takut. Tetapi pelajar-pelajar lelaki cuba berlagak biasa. 7Devil mula membina rancangan mengenakan rakan-rakan yang lain.

“Kitorang macam mana pulak?” Soal Bella sambil memandang Alya yang nampak ketakutan.

“Korang jangan risau..Kalau ada apa-apa, korang jerit saja panggil kitorang. Hutan ni bukannya besar mana pun.” Ujar Akif.

Mereja bersetuju.

***

“Ok sekarang kamu boleh bergerak pergi. Jangan lupa kamu mesti tiba disini kembali sebelum pukul 12 malam..” ujarnya.

Semua pelajar mengangguk. Mereka mula berjalan menyusuri hutan yang tebal itu. 7Devil juga terpisah. Tanpa mereka sedari, sepasang mata sedang galak memerhatikan mereka sejak tadi. Segaris senyuman jahat terukir di bibirnya.

 

xx Dalam Hutan xx

 

“Argghh!!Kenapa kena masuk dalam ni pulak?? Dah la gelap!! Mana tanda arah ni??” Bebel Bella.

Dia menyuluh di setiap pokok-pokok yang 80 kali ganda lagi tinggi daripadanya. Dia kemudiannya tersenyum apabila lampu suluh ditangannya menyuluh ke arah tanda arah berwarna merah yang menunjuk ke arah kanan. Dia terus membelok ke kanan.

***

Kesemua para pelajar sudah tiba di tapak kem kembali. Puan Tini tersenyum. Matanya melilau ke arah semua pelajar-pelajarnya. Tiba-tiba senyumannya mati. Dia kembali memerhatikan sekeliling sambil tangannya ligat mengira bilangan pelajar-pelajarnya itu.

“Kenapa ada 15 sahaja??Mana lagi 8 orang?” Soal Puan Tini pada pelajar-pelajarnya yang lain.

Suasana yang sedari tadi senyap sunyi mula bising apabila lagi 8 orang pelajar tiada di tapak kem. Mereka adalah 7Devil dan pelajar baru itu iaitu Reen. Para pelajar mula berbisik-bsik sesama sendiri.

“Diam-diam!! Cikgu akan telefon polis untuk mencari mereka jika sampai pukul 1 ni mereka tak dijumpai..” katanya yang kelihatan begitu risau.

Semua pelajar hanya mengangguk

***

“Kenapa aku rasa lain macam saja?? Aku rasa semakin jauh dari tapak kem?? Ehh!!Tak mungkin lah..kan aku dah ikut tanda arah tadi..dan sekarang dah pukul…what?? 12:45 pagi???!!!!” Wafi mula gelabah.

Dia semakin gelisah. Wafi berlari-lari cuba mencari tanda arah yang lain. Kad ditangannya sudah hilang entah ke mana. Dia buntu.

***

“Ahh!!Penatnya..” Iwan mengeluh

Dia yang kepenatan tersandar lesu pada sebatang pokok. Matanya dipejam rapat.

PRAKKK!!

Bunyi ranting kayu dipijak seseorang kedengaran. Cepat-cepat matanya dibuka. Lampu suluh ditangan disuluh di sekeliling kawasan. Kosong!! Jadi bunyi apa yang didengarnya tadi?? Mungkin hanya bunyi angin. Mata kembali ditutup disebabkan rasa penat yang teramat sangat.

***

Hafiq mula berlari selaju yang mungkin apabila dia seperti merasakan seseorang mengejarnya. Apabila ditoleh tiada apa-apa. Tiba-tiba langkahnya terus terhenti. Dia seperti mendengar sesuatu.

“Hafiq…Hafiq…”

Hafiq mula gementar. Suara siapa yang bergema memanggilnya di tengah-tengah hutan yang tebal itu. Mana mungkin ada orang yang berani menganggunya. Hafiq memandang ke atas dan sekeliling. Suara itu sudah hilang. Dia menarik nafas lega. Tiba-tiba dia kembali berpeluh kerana suara itu muncul kembali. Tetapi bukan menyeru namanya ianya seperti…..suatu bahasa yang tak diketahui.. Seperti orang yang sedang melakukan pemujaan.. Tiba-tiba sesuatu melintas di hadapannya. Hafiq cepat-cepat menoleh sekeliling.

“Benda apa tu??” Hafiq mengumam

Perlahan-lahan kakinya melangkah maju ke hadapan. Tiba-tiba!!

ZAPPPP!!!

Kepala bercerai daripada tubuh apabila sebuah kapak tajam melayang betul-betul mengenai lehernya. Darah memercik di merata-rata. Badannya tergetik-getik di atas tanah sebelum berhenti dengan sendirinya

Hafiq
MATI
12:56 AM

***

Akif memegang dadanya. Dia sekarang sedang berada di sebalik batu besar. Sejak tadi dia langsung tidak nampak tanda arah. Adakah dia sudah tersesat? Tiba-tiba mulutnya dipegang. Dia mengerang kesakitan. Seperti sesuatu yang sangat sakit sedang berlaku di dalam mulutnya. Selepas seketika. Dia meludah ke tangannnya. Matanya terbuntang luas. Gigi?? Giginya tercabut dengan sendirinya??Akif terus bangun. Kesan darah dilap ke bajunya. Dia kembali berlari. Seperti ada sesuatu yang tak kena..Apa yang sedang berlaku sebenarnya? Mana tana arah? Mana tempat berkumpul? Mana rakan-rakannya yang lain??!!!

***

Suaranya seperti terlekat di kerongkong. Mulutnya tidak diikat. Begitu juga dengan tangannya. Tidak diikat langsung. Tetapi dia langsung tidak boleh bergerak mahupun bersuara. Badannya hanya kaku diatas lantai yang sejuk itu seperti sebuah patung! Iqra memandang sekeliling melalui ekor matanya. Disekelilingnya kini penuh dengan patung-patung dan patung-patung tu ada 7 orang..Seperti…..7Devil??!! Pintu rumah lama itu terbuka. Masuk seseorang. Mata Iqra terbeliak tatkala melihat orang itu. Tetapi dia tidak mampu bersuara. Orang itu bersila di tepi Iqra. Ada segaris senyuman tergaris di bibirnya. Satu senyuman sinis yang agak menakutkan.

Suasana sunyi seketika. Hanya bunyi air panas yang sedang mendidih saja kedengaran dari arah cerek yang dimasak di atas dapur kayu. Orang itu bangun dan menuju ke arah dapur. Api ditutup. Cerek yang masih panas berasap itu diangkat dan diletakkan di sebelah Iqra. Iqra mula takut!Apakah yg bakal berlaku kepadanya??!!!

***

Iwan  berlari dengan sekuat-kuat hati. Bunyi dibelakangnya semakin kuat kedengaran. Tiba-tiba dia jatuh tergolek selepas terlanggar sesuatu. Lampu suluhnya terpelanting. Iwan cepat-cepat mencapai lampu suluhnya dan menyuluh ke arah benda yang dilanggarnya.

“Arrrrrggghhhhh!!”

Iwan menjerit ketakutan. Sesuatu yang menakutkn kini berada di hadapan matanya. Alya terbaring diatas tanah dengan kesan darah memercik di merata-rata. Terdapat kesan yang teruk pada mukanya. Iwan cepat-cepat meninggalkan mayat rakannya disitu. Apa yang terjadi sebenarnya? Dia kena cepat-cepat keluar dari hutan puaka ini.

***

FLASHBACK

Alya mula berputus asa untuk mencari jalan pulang. Langkahnya begitu longlai dan tidak bermaya. Ada ketikanya dia akan memeluk pokok disebabkan rasa penat yang teramat sangat. Selepas sedikit letihnya hilang, dia akan kembali berjalan mengikut kata hatinya yang entah betul entah tidak.

SHUPP!!

Bunyi satu deruan angin yang sungguh kuat mengejutkan Alya.

SHUPP!!

Bunyi itu datang kembali. Ia datang dari arah belakangnya . Dengan berhati-hati dia menoleh ke belakang. Mulutnya ternganga.

“Arrrrgghhh!!” Alya menjerit nyaring.

Dia terpelanting dan badannya betul-betul mengenai pokok saat sebuah besi yang dipenuh dengan besi-besi tajam dihadapannya menghentam ke arah mukanya sehingga hancur berkecai. Tubuhnya yang sudah tidak bernyawa terbaring kaku di atas tanah.

Alya
MATI
1:28 AM

***

Kedua-dua belah pipinya ditekan kuat sehingga terbuka. Iqra terlalu takut. Ingin sahaja dia menjerit waktu itu biar habis pelosok alam mendengar jeritannya. Tetapi semua itu sudah terlambat. Perlahan-lahan orang itu mengangkat cerek yang berisi air panas tadi. Iqra hanya mampu menjerit di dalam hati apabila air panas itu dicurahkan ke dalam mulutnya dan melalui kerongkongnya. Nyawanya seperti direntap. Perlahan-lahan matanya terpejam. Iqra mati dengan asap yang berkepul-kepul keluar daripada mulutnya yang ternganga luas.

Iqra
MATI
1:32 AM

***

Wafi rasa seperti ingin menangis saja ketika itu. Tetapi dia lelaki!! Langkah dipercepatkan! Sudah seperti tiada lagi peluang untuk Lnya keluar dari hutan ini. Jika dia bersama rakan-rakannya, pasti semua ini akan dapat dilalui dengan senang. Masalahnya sekarang,dia KESEORANGAN!! Tanpa kawan-kawan!!Wafi meneruskan perjalanan yang seperti tiada ertinya lagi. Dia tertunduk lemah. Tiba-tiba dia seperti terpijak sesuatu. Seutas tali rafia merentap lehernya hingga dia tergantung setinggi 6 meter pada paras pokok. Wafi meronta-ronta cuba melepaskan diri dan melepaskan tali yang melilit lehernya yang menyebabkan dia sukar bernafas. Selepas beberapa minit bertarung, akhirnya tangannya yang mencengkam tali jatuh perlahan-lahan ke sisi. Tubuhnya tergantung kaku tidak bergerak.

Wafi
MATI
2:10 AM

***

Sepasukan polis tiba di tapak perkhemahan.

“Mana guru anda?” Soal salah seorang pegawai tersebut.

Semua pelajar-pelajar mengangkat bahu tanda tidak tahu. Puan Tini memesan kepada mereka yang dia ingin mencari pelajar-pelajar yang hilang dan sampai sekarang dia masih belum muncul.

“Kita berpecah!!” Kata sang ketua pada anak-anak buahnya.

Semua polis-polis mula berpecah memulakan misi. Pelajar-pelajar yang lain telah dibawa pulang.

***

Bella terduduk lemah di kawasan air terjun. Dia menutup wajahnya dengan menggunakan tapak tangan. Segala yang dirancang semuanya musnah.

“Arrgghh!!Kenapa ni semua berlaku!!!Kenapa??!!” Bella menjerit.

“Sebab semua ni memang salah kau dan kawan-kawan kau yang bodoh tu!!” Kata seseorang.

Bella terkejut. Dia terus bangun dan memusingkan badannya menghadap ke arah empunya suara itu. Dia terkaku.

“Kau…”

Tubuhnya terus terjelepok ke atas tanah. Darah membuak-buak keluar dari mulutnya. Kepalanya pecah berkecai selepas satu kayu sebesar lengan dihayun dan tepat-tepat mengenai kepalanya. Otaknya bersepai. Orang itu tersenyum. Mayat Bella dilangkah. Dia berlalu pergi dengan seribu kepuasan.

Bella
MATI
2:25 AM

****

Sejak 15 minit yang lalu, Akif terhendap-hendap dari sebilik sebuah pokok yang besar. Benarkah apa yang dilihat di hadapan matanya kini? Sebuah rumah usang berada di tengah-tengah hutan yang tebal?? Yang lagi memelikkan keadaan apabila rumah itu terpasang lampunya. Dengan sedikit keberanian yang masih bersisa, perlahan-lahan kakinya melangkah cuba mendekati rumah itu. Melalui celah-celah dinding yang terbuka, Akif mula mengendap untuk melihat isi di dalam rumah itu.

“Arrrgghhh!!!” Akif menjerit.

Badannya tiba-tiba rasa tidak boleh bergerak. Dia merasakan seperti di ikat. Akif jatuh ke atas tanah tanpa dapat bergerak. Matanya saja yang masih terkebil-kebil.

Tap!!Tap!!Tap!!

Seseorang berjalan perlahan-lahan ke arahnya. Kaki itu betul-betul berada di hadapan wajahnya. Akif sedikit terkejut apabila melihat wajah itu. Wajah yang amat dikenalinya.

“Iwan??!!” Jeritnya di dalam hati.

Iwan hanya diam membisu. Kolar baju Akif dicengkam kuat. Akif diheret masuk ke dalam rumah usang itu yang hanya diterangi dengan lampu minyak tanah. Akif dibaringkan diatas lantai. Iwan pula masih berdiri tetapi kaku seperti mayat. Dia cuba mengamati di setiap sudut rumah usang itu. Tiba-tiba matanya tertancap ke arah satu patung yang berwarna gelap daripada patung-patung yang lain. Dia terus mengamati wajah patung itu. Akif membulatkan matanya.

“REEN??!!!!

Mayat Reen sungguh mengerikan. Dengan mata yang terbelalak dan mulut yang terlopong. Badannya berwarna hitam mungkin hasil dibakar. Bau yang kurang menyenangkan mula melalui rongga hidung Akif.

KREKKKK!!PPANGG!!

Pintu dibuka dan ditutup kembli. Masuk seseorang yang memakai topeng pada wajahnya menyebabkan Akif tidak dapat melihat wajah orang itu. Iwan yang kaku terus ditolak ke tepi. Dia pergi ke salah satu kepingan dinding. Suis ditekan. Bunyi yang sungguh kuat seakan-akan mesin kedengaran. Serta merta tubuh Iwan melayang mengenai dinding saat sekeping papan yang dipenuhi dangan pisau menghentam tubuhnya. Iwan menghembuskan nafas terakhirnya dengan keadaan melekat di dinding.

Iwan
MATI
2:59 AM

***

Akif terkejut. Tak sangka Iwan dibunuh di hadapan matanya. Perasaan marah mula membuak-buak dalam dirinya. Akif cuba bergerak, tetapi malang. Tiada satu pun anggota badannya yang bergerak. Matanya mencerlung marah ke arah orang itu. Topeng yang menutupi wajahnya hanya sekerat sahaja. Mulutnya dapat dilihat dengan jelas. Ada senyuman sinis yang terukir di bibirnya. Akif dapat merasakan yang mulutnya semakin longgar. Dia akhirnya dapat bersuara.

“Kau sapa hah!! Kalau berani, bukalah topeng kau tu dasar pengecut!! Apa motif kau hah bunuh kawan-kawan aku??!!Bukalah Sial!!” Jerit Akif terlalu marah.

Senyuman masih berada di bibirnya.Perlahan-lahan topeng dibuka. Akif terkedu.

“Cc..ccik..cikgu?Cikgu?!!!” Dia gagap.

” Kenapa?? Kau terkejut??” Soal Puan Tini.

“Jadi semua ni angkara cikgu??!!” Marah Akif.

“Yes!”

“Kenapa cikgu bunuh mereka semua??!!Apa salah kami semua??”

“Haha!!Kau lupa apa yang korang dah buat dekat aku??!! Korang mengendap aku!Korang selak kain aku!! Korang sentuh badan aku!! Korang ingat aku suka!! Dan inilah masanya.. Untuk aku membalas dendam! Semuanya aku dah bunuh!! Dan sekarang hanya tinggal kau sahaja!! Aku nak kau lebih terseksa! Aku nak kau mati dengan perlahan-lahan..”

“Tapi kenapa Reen pun jadi mangsa??”

“She’s my cousin and my assistant..Dia yang tolong aku aturkan semua rancangan ni!! Dia yang tolong aku untuk sesatkan korang! Dia pengubah tanda arah korang!Haha!! Tapi dia pembelot!! Dia sengaja mahu sakitkan hati aku!! Dia dah tak nak join aku untuk bunuh korang!! So aku bunuh dia dulu!!Simple!!” Ujarnya dengan penuh bangga.

“Jadi sekarang kau nak buat apa??!!” Soal Akif kasar.

Tiada lagi kata-kata hormat yang keluar daripada mulutnya.

“Bunuh kau!!”

Mulut Akif kembali terkunci. Puan Tini terus mencapai satu benda yang kelihatan seperti pemetik api besar dan mengeluarkn cahaya biru keunguan dari atas meja. Dia duduk disebelah Akif. Wajah Akif diusap lembut. Baru sahaja ingin menyucuh, tiba-tiba satu dentuman kuat kedengaran. Pintu rumah usang itu telah tercabut. Masuk beberapa orang lelaki.

“Jangan bergerak!!”

Puan Tini terkejut. Akif tersenyum. Dia terselamat kali ini. Ikatan dibadannya sudah tiada. Dia terus berlari keluar dari rumah usang itu. Akif dibawa menaiki ambulans. Puan Tini ditangkap dan bakal dibicarakan.

***

Akif melihat ke arah tv yang berada di hadapannya. Dia kini berada di hospital. Televisyen memaparkan berita berkaitan dengan pembunuhan yang berlaku ke atas rakan-rakannya.

“Berita kini melaporkan yang pihak polis telah dapat menahan seorang guru sekolah menengah iaitu Kartini yang telah membunuh 7 orang pelajarnya. Mereka ialah Wafi, Alya, Iqra, Hafiq,Iwan, Bella dan Reen. Semua mangsa-mangsa ini dibunuh dengan kejam dan mayat mereka yang dijumpai begitu mengerikan. Seorang lagi mangsa yang hanya dikenali sebagai Akif telah terselamat daripada pembunuhan.

Akif tersenyum kelat. Walaupun pembunuh dapat ditahan, tetapi dia tidak ada lagi rakan-rakan baiknya. Air mata perlahan-lahan mengalir. Tiba-tiba sahaja dia rasa menyesal dengan apa yang telah dilakukan selama ini. Kalau bukan kerana mereka semuanya tak akan terjadi.

“Bukan setakat itu sahaja, pihak polis juga telah menemui 2 lagi mayat yang disimpan. Mangsa adalah Muhd Zarul, 33 suami kepada si pembunuh dan Arina anak yang kepada si pembunuh yang baru berusia 1 tahun. Mayat Zarul dijumpai dengan kesan terbakar manakala mayat Arina telah dijumpai di dalam oven dalam keadaan menyayat hati. Kartini juga berkemungkinan mengalami masalah mental yang serius dan bakal dihantar ke hospital untuk membuat pemeriksaan. Sampai sini sahaja berita kita. Terima Kasih.

“Akif..”

Akif menoleh. Dia terkejut. Berdiri di hadapannya kini adalah rakan-rakannya iaitu Wafi, Alya, Iqra, Hafiq, Iwan, dan Bella.

“Korang?? Aku rindu korang..” Dia menangis.

“Ikut kami..”

Mereka berkata serentak. Tangan disuakan kepada Akif. Akif tersenyum dan mengangguk. Lalu huluran mereka disambut.

GEDEBANGG!!!

***

SURAT KHABAR

Mangsa terakhir yang terselamat daripada pembunuhan di dalam hutan semalam telah menemui ajalnya apabila dia terjatuh daripada wadnya ditingkat 7 ke atas sebuah bumbung kereta seorang wartawan. Mangsa adalah Akif 17 mati serta merta ditempat kejadian. Polis menyifatkan tiada unsur jenayah dan berkemungkinan mangsa membunuh diri akibat stress..

Akif
MATI
12:30 PM

TAMAT!!

20 years old

Writer at wattpad

Love5
EiykaNightmaree
EiykaNightmaree
20 years old Writer at wattpad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *