Takdir Yang Tidak Disangka – Bab 1
April 1, 2018
Berkomunikasi
April 2, 2018

Pesta Buku

Views:   115

Setiap tahun akan ada penganjuran pesta buku di peringkat negeri dan nasional. Promosi dan hebahan giat dijalankan demi menarik pengunjung untuk datang bersendirian atau bersama isteri dan anak-anak malah bersama rakan-rakan. Pelbagai genre disediakan dalam pesta tersebut. Pesta buku sekarang sudah disertai oleh pelbagai penerbit buku termasuk penerbit buku indie yang berjaya mencuri perhatian dan minat anak muda kepada dunia buku fizikal dan pembacaan bahan bercetak.

Ditambah lagi dengan adanya pelbagai program untuk golongan dewasa, remaja, anak-anak malah ada sesi bersama penuli dan kartunis, maka ianya menjadikan pesta buku semakin meriah dan bertambah menarik. Pada masa ini, bahan bercetak boleh dikatakan masih ada sambutan dari kalangan pembaca. Penglibatan semua pihak dan bukan sahaja organisasi maklumat seperti perpustakaan, malah organisasi korporat boleh memainkan peranan dalam melangsungkan usaha murni ini.

Pesta buku memang patut dikunjungi oleh kita semua. Dengan kaedah ini, seisi keluarga malah individu dapat menambahkan pengetahuan melalui pembacaan demi meralisasikan masyarakat berilmu dan bermaklumat.

Love1
Adnan Haris
Adnan Haris
nandre the legend

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *