Hanya Sementara – 2
April 11, 2018
Princess Snow Wolf Endless Love – Sinopsis
April 11, 2018

Pindiwibee – Bab 1

Views:   285

Anak pantung itu diberikan oleh Pakcik Zomi semasa lawatannya ke Pekan Downhill. Anak buahnya, iaitu aku sendiri menerima pemberian yang sangat berharga itu. Namaku Lieza. Aku baru berumur 14 tahun semasa Pakcik Zomi datang melawat keluargaku. Pakcik Zomi tinggal di England. Dia belum berkhawin dan memang bercadang tidak akan berkhawin sehingga umurnya mencapai 50 tahun. Bila mendengarkan ini kami sekeluarga ketawa dengan keputusannya.

“ Mengapa hendak tunggu sampai 50 tahun baru nak berkhawin? “ tanya papa ku. Pakcik Zomi tidak bersuara seketika.

“ sebab jodoh yang sesuai akan tiba dalam hidup saya pada umur 50 tahun nanti “

“ jangan terlalu berharap Zomi. Jodoh takkan begitu lama “ jawab ayah akhirnya. Aku memandang pakcik Zomi. Dia tersenyum melihatku.

“ awak suka tak patung yang pakcik berikan tadi? “ tanyanya penuh berharap. Aku mengangguk, mengiyakan.

“ suka sekali “ balasku, pendek. Aku meneliti anak patung itu.

“Lieza kan dah besar. Dah 14 tahun. Dia tidak memerlukan anak patung lagi. Kalau kawan kawan dia tau pasti dia akan diketawakan. “ jawab mama.

“ Ah, mama ni… anak patung ni kan dari luar negara. Siapa cakap saya tidak mau? “ jawabku, pendek. Kemudian aku berlari masuk ke dalam bilik. Aku membawa patung itu sekali. Pakaiannya cantik. Kembang macam patung puteri. Aku memusingkan badan patung itu. Terdapat satu nama. Tulisannya agak kecil. Kemudian perlahan lahan aku menyebutnya.

“PINDWIBEE…( pin – di – wi – bee ) “ sebaik sahaja aku menyebut nama tersebut, tiba tiba angin bertiup masuk ke dalam bilikku. Pada masa yang sama kepalaku terasa pening. Pandanganku berpinar pinar. Terasa dalam bilik itu ikut berpusing pusing. Aku terbaring di atas katil sambil memeluk patung itu. Kemudian aku tidak ingat apa apa lagi.

 

“ Lieza…. lieza…. “

Sayup sayup aku mendengar namaku dipanggil berulang-ulang kali. Aku sedaya upaya membuka mata. Aku terkejut kerana pakaianku sudah berubah. Seperti pakaian seorang puteri. Aku melihat di sekelilingku. Seorang budak perempuan datang tepat ke depanku. Dia tersenyum. Kemudian tanpa mengucapkan apa apa dia menarik tanganku.

“ s… saya di mana ni? “

Budak perempuan itu tidak menjawab. Aku hanya mengikut gerak langkahnya yang tidak tahu mana arah tujuannya itu. Aku melihat di sekelilingku. Baru aku perasan yang aku berada di kawasan padang rumput yang penuh dengan bunga. Kawasan hutan yang sangat cantik. Dari jauh itu aku dapat melihat sebuah istana yang tersergam indah.

“ wah! Besarnya istana itu…” aku bersuara. Budak perempuan itu berhenti tiba tiba.

“ saya tinggal di sana “ jawabnya sambil menunding tepat ke arah istana itu. Aku menjadi hairan. Kemudian aku cuba mengingati sesuatu. Baju budak perempuan ini seakan akan seperti…

“ Lieza… mari! “ dia menarik tanganku. Semakin lama semakin cepat langkah kami berdua. Kemudian dia melepaskan tanganya sambil berlari lari riang. Aku juga mengikuti rentaknya. Dari atas bukit itu kami berlari turun dengan riangnya. Kemudian jatuh berguling sehingga ke bawah. Kami ketawa bersama sama. Buat seketika aku terlupa bagaimana aku masuk ke dalam dunia itu. Walaupun aku berusaha untuk mengingati kembali, namun aku gagal setiap kali budak perempuan itu membawaku bermain.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Saya hanyalah seorang penulis bebas Dan suka membuat jalan penceritaan berbentuk fantasies Dan mitos. Sesuatu yang ditulis di luar pemikiran manusia.

Love3
Marina Bansing
Marina Bansing
Saya hanyalah seorang penulis bebas Dan suka membuat jalan penceritaan berbentuk fantasies Dan mitos. Sesuatu yang ditulis di luar pemikiran manusia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *