Princess Snow Wolf Endless Love – Bahagian Pertama
April 12, 2018
Hanya Sementara – Bahagian Akhir
April 12, 2018

Pindiwibee – Bab 2

Views:   205

Keindahan dan keunikan istana itu berjaya membuat mataku terpukau. Bunga ros merah mekar itu ada di mana mana. Aku terpana seketika. Belum pernah aku melihat keindahan begini rupa.

“ cantik tak? “ tanya budak perempuan itu. Aku mengangguk.

“ istana ini cantik sekali “ aku memuji.

Budak perempuan itu tersenyum puas hati. Kami berjalan menuju ke arah satu lorong yang panjang. Di sepanjang lorong itu terdapat patung besi yang berdiri tegak bersama dengan pedang gangsa. Patung besi itu semuanya tinggi tinggi. Aku berasa sedikit kagum dengan keunikan baju besi itu.

“ cantik baju besi tu “ aku memberitahu. Budak perempuan itu tersenyum kecil.

“ itu bukan baju besi. Kami panggil baju perisai “

“ oh begitu “ aku menjawab. Kemudian aku hairan. Budak perempuan itu berkata ‘kami’ bermaksud mungkin selain dia, dalam istana ini ada orang lain lagi kah? Aku termenung sendiri.

“ mari! “ budak perempuan itu menoleh ke arahku dan menarik tanganku. Aku hanya menurut tanpa banyak soal. Tapi aku hairan, istana yang besar ini macam tidak berpenghuni. Kemudian aku memberanikan diri untuk bertanya.

“ istana ini… tak ada orang kah? “

Tiba tiba budak perempuan itu berhenti melangkah. Dia tidak menjawab. Aku berhenti tepat di belakangnya.

“ kenapa? “ tanyaku, ingin tahu. Agak lama juga dia mendiamkan diri. Kemudian aku melihat bahunya bergerak gerak perlahan. Mustahil dia menangis. Aku berbisik.

“ kenapa diam? “ tanyaku lagi.

“ awak… tak suka berkawan dengan saya ke? “ soalnya tiba tiba. Aku menjadi buntu.

“ kenapa tanya macam tu “ jawab ku lembut. Aku tidak mahu menyakitkan hatinya. Kebiasannya budak sebaya dia ni mudah merajuk. Mungkin soalan ku yang awal mula tadi telah menyinggung perasannya. Aku memegang bahunya dengan lembut.

“ bukan macam tu. Istana ni cantik. Saya memang suka berkawan dengan awak “ aku membalas.

“ awak suka istana ini atau suka berkawan dengan saya? “ sekali lagi dia bertanya. Kali ini soalanya agak keras. Aku menjadi bingung.

“ saya suka kedua duanya! “ akhirnya aku terpaksa menjawab macam itu agar dia tidak terasa. Dia menoleh melihatku. Matanya yang bulat itu membuat aku seram tiba tiba. Kemudian dia tersenyum comel.

“ terima kasih! “ balasnya, ceria. Aku menarik nafas lega. Mujur dia tidak marah.

“ mari! “ ajaknya pula. Aku mengikut dia dari belakang. Dalam fikiranku, bagaimana aku boleh berada di tempat ini dan siapa budak perempuan ini? Soalan bertubi tubi terkumpul dalam fikiranku. Aku ingin mengajukan soalan, tapi takut pula kalau kalau dia tersinggung. Terpaksa aku matikan saja niat aku itu dan mengikuti dia dari belakang sejak tadi. Lorong itu memang panjang. Jenuh kaki aku melangkah.

“ kita nak ke mana? “ tanyaku.

“ ikut sajalah. Bila sampai nanti awak tengoklah sendiri “ jawabnya ringkas. Aku diam.

 

Wangian bunga ros itu menambahkan lagi keceriaan lorong istana tersebut. Terdapat banyak kupu kupu yang berterbangan menghingapi bunga ros itu. Terdapat bermacam macam warna. Bunga ros merah, kuning, putih dan juga merah jambu. Buat seketika aku berasa selesa dalam keadaan seperti itu. Seolah olah aku berada di alam lain.

 

 

 

 

 

 

Saya hanyalah seorang penulis bebas Dan suka membuat jalan penceritaan berbentuk fantasies Dan mitos. Sesuatu yang ditulis di luar pemikiran manusia.

Love2
Marina Bansing
Marina Bansing
Saya hanyalah seorang penulis bebas Dan suka membuat jalan penceritaan berbentuk fantasies Dan mitos. Sesuatu yang ditulis di luar pemikiran manusia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *