Kisah Seram Sebabak
April 12, 2018
Pindiwibee – Bab 2
April 12, 2018

Princess Snow Wolf Endless Love – Bahagian Pertama

Views:   250

HUTAN CRIPTONER pada hari itu sangat tenang dan mendamaikan. Dalam hutan itu tinggalah dua perkampungan  yang sangat maju. Kaum itu terdiri daripada kaum serigala putih dan kaum serigala salji. Mereka sudah hidup bersama sama sudah hampir 10 tahun lamanya. Kehidupan mereka seharian ialah memburu, bercucuk tanam dan juga membina rumah untuk keluarga baru.

Pada suatu malam berbulan terang, Bomoh Migur telah bermimpi didatangi seorang tua yang memberitahu bahawa salah satu keluarga dari kaum serigala salji akan menyambut kelahiran baru. Apa  yang membimbangkan disini ialah anak itu nanti bakal menghapuskan semua keturunan kaum serigala putih. Bomoh Migur membuka matanya serta merta. Dia kelihatan berpeluh peluh. Rambutnya basah. Degupan jantungnya bertambah kencang. Dia berfikir sendiri.

“ apa maksud mimpi tadi? “

Dia mengurut perlahan dahinya. Peluh dingin mula memainkan peranan. Dia bangun dan melihat langit. Bulan pada malam itu sungguh terang sekali. Bomoh Migur masuk semula ke dalam rumahnya dan mula duduk di depan unggun api. Peralatan seperti bahan bahan untuk memuja roh dari alam mistik disusun rapi.

Bomoh Migur mengambil satu mangkuk yang diperbuat daripada buah kelapa. Dia memasukkan air jernih kemudian dia masukkan pula kelopak bunga berserta daunnya sekali. Bomoh Migur membaca sedikit jampi. Matanya kelihatan berkilauan. Selesai sahaja dia membaca jampi itu dia melihat semula ke dalam mangkuk. Wajahnya berubah serta merta! Dia membuang mangkuk itu ke dalam api. Api marak dengan besar kemudian ia menjadi kecil semula.

Bomoh Migur menjadi marah.

 

“ Esok pagi akan saya berbincang dengan ketua puak mengenai mimpi buruk ini. Ini perlu dihalang sebelum berlaku. Kaum serigala salji patut dihapuskan serta merta “ dengusnya, kasar.

Dia hanya duduk mendiamkan diri tanpa berbuat apa apa. Dia tidak dapat tidur gara gara mimpi itu. Dia sudah bertekad untuk memusnahkan kaum serigala salji sebelum kaumnya sendiri mendapat musibah.

 

Awal pagi itu, anak anak kecil bersama dengan ibu mereka turun ke sungai.

Mereka bermain dengan riang gembira. Kaum serigala salji sedang sibuk mencuci pakaian mereka sehinggalah mereka terserempak dengan Bomoh Migur di tengah jalan. Biasanya Bomoh Migur akan menyapa mereka dengan mesra tetapi berlainan dengan hari ini, sikap Bomoh Migur sungguh berlainan sekali. Kaum serigala salji tidak menyesaki apa apa sehinggalah Bomoh Migur hilang dari pandangan mata mereka.

 

“ kenapa dengan wajah bomoh tadi tu? Macam marah betul “ ucap ullia. Kawannya yen hanya mengangkat bahu. Dia sibuk dengan kain kainnya.

“ saya tidak tahu. Mungkin dia tidak cukup tidur “

Ullia ketawa terbahak bahak. Yen hanya tersenyum kecil. Sekali sekala dia memarahi anaknya yang suka melontar batu ke arahnya.

 

Kehadiran Bomoh Migur ke kediaman Ketua Puak Serigala Putih di sambut gembira. Bomoh Migur disuruh duduk. Bomoh itu hanya mendiamkan diri sehinggalah ketua puak apenimon menegurnya.

“ awak kelihatan muram dan marah “ ucapnya. Bomoh Migur masih diam. Dia melihat ketua puak sedang menghirup minuman panasnya.

Serta merta bomoh itu menghentakkan kayunya di lantai dengan kuat. Ketua puak apenimon terkejut dengan sikapnya itu.

“ awak marah pada siapa? “ tanyanya, lembut. Mata Bomoh Migur melirik tajam ke arah ketua puak

“ semalam saya bermimpi “ ucapnya pendek. Ketua puak tidak menyampuk. Dia ingin mendengar lebih lanjut lagi.

“ saya di datangi oleh seorang perempuan tua yang hodoh, dia sempat berpesan pada saya bahawa tidak lama lagi kaum kita akan ditindas oleh kaum serigala salji “

Ketua puak terkejut.

“ apa maksud awak ditindas? “

“ salah seorang dari keluarga serigala salji akan melahirkan anak tidak lama lagi. Anak itu akan menghapuskan kaum kita “

Ketua puak diam. Dia bangun.

“ tidak sangka, mimpi kita serupa “

Bomoh Migur terkejut

“ awak juga bermimpikan yang sama? “ tanyanya inginkan kepastian.

Ketua puak tidak berani mengangguk.

“ mimpi saya mengatakan salah seorang dari kaum serigala salji itu adalah musuh kita dalam selimut “

 

Bomoh Migur bangun serta merta

 

“ baik kita kumpulkan orang kuat kita, hapuskan kaum serigala salji sebelum mereka menghapuskan kita. Utamakan yang sedang sarat mengandung. Jangan sampai ia sempat melahirkan pengkhianat itu! “ cadang Bomoh Migur. Ketua puak mengangguk setuju.

 

“ saya sarankan tempat ini diambil alih oleh satu ketua sahaja. Ketua puak serigala salji sepatutnya bukan tinggal berjiran dengan kita “

 

“ kita tunggu masa pertabalan nanti. Saya akan utarakan kepada semua orang orang pandai dalam mesyuarat pertabalan itu nanti “

 

Bomoh Migur berasa puas hati kerana Ketua Puak Serigala Putih juga berpihak kepadanya.

 

 

 

 

 

 

Saya hanyalah seorang penulis bebas Dan suka membuat jalan penceritaan berbentuk fantasies Dan mitos. Sesuatu yang ditulis di luar pemikiran manusia.

Love0
Marina Bansing
Marina Bansing
Saya hanyalah seorang penulis bebas Dan suka membuat jalan penceritaan berbentuk fantasies Dan mitos. Sesuatu yang ditulis di luar pemikiran manusia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *