Pindiwibee – Bab 1
April 11, 2018
Remang Gelap Puncak Alam
April 12, 2018

Princess Snow Wolf Endless Love – Sinopsis

Views:   304

SIPNOSIS

HUTAN CRIPTONER didiami oleh satu suku kaum dari serigala putih. Mereka berjiran dengan suku kaum serigala salji. Pada awal mulanya kehidupan mereka penuh dengan gelak ketawa dan saling bekerjasama sehinggalah ketibaan pada hari pertabalan ketua puak. Bomoh Migur telah bermimpi didatangi oleh seorang tua yang menyatakan salah satu kaum dari serigala salji akan melahirkan seorang anak perempuan di mana bila dia sudah besar ia akan menghapuskan kaum serigala putih. Bomoh Migur telah bersepakat dengan ketua puak agar menghapuskan mana mana pasangan yang sedang sarat mengandung bagi menamatkan malapetaka itu dari   berlaku.

 

Pada masa yang sama juga jawatan tertinggi bagi  kaum serigala salji iaitu pemegang amanat azimat kaum serigala salji itu yang kononnya mempunyai kuasa hayat abadi kepada si pemakainya, ingin dirampas oleh Bomoh Migur. Dalam diam diam dia sudah memasang niat jahatnya terhadap kaum serigala salji dan dia menghasut pula ketua serigala putih untuk berperang dengan   alasan tempat tinggal mereka itu sepatutnya dikuasai oleh seorang ketua sahaja.

Pada malam yang tidak dapat dilupakan itu satu peperangan besar besaran yang telah dirancang secara senyap senyap oleh kaum serigala putih telah berlaku di atas arahan jahat Bomoh Migur. Satu demi satu rumah dibakar dan mereka di tangkap lalu dibunuh tanpa belas kasihan. Apabila ini berlaku, isteri ketua puak serigala salji sempat melarikan diri dan azimat purba itu dibawanya bersama di atas arahan suaminya, Ziko. Walaupun terpaksa berpisah, kerana Ziko berasa kepercayaannya yang begitu mendalam terhadap kaum serigala putih telah hancur berkecai.

 

Dia juga terpaksa turut serta dalam peperangan itu asalkan isteri dan bakal anak yang akan dilahirkan itu selamat.

 

Ziko sempat berpesan agar isterinya, Milanera bersembunyi di gua agusros sehingga kedatangannya. Milanera terpaksa menurut kata kata suaminya itu dan dia Berjaya melarikan diri dalam keadaan sarat mengandung sebelum ketibaan Ketua Puak Serigala Putih yang dikatakan telah berpaling tadah itu.

 

Dapatkah Milanera sampai ke gua agusros dengan selamat?

Apakah kesudahan yang berlaku terhadap kedua dua kaum ini?

Segalanya akan terjawab di dalam episod akan datang…

Saya hanyalah seorang penulis bebas Dan suka membuat jalan penceritaan berbentuk fantasies Dan mitos. Sesuatu yang ditulis di luar pemikiran manusia.

Love4
Marina Bansing
Marina Bansing
Saya hanyalah seorang penulis bebas Dan suka membuat jalan penceritaan berbentuk fantasies Dan mitos. Sesuatu yang ditulis di luar pemikiran manusia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *