Permulaan – Zroxark
May 18, 2018
SATU HARI DIHARI RAYA
May 31, 2018

pusara ditepi tasik

Views:   254

DIHUJUNG Kampung sri cendana,ada sebuah tasik indah dan mempersonakan,lantas ada pihak merancang untuk memajukan kawasan sekitar tasik berkenaan untuk sebagai pusat pelancongan.

sedang jengkaut,bulldozer membersihkan kawasan sekitar,tiba-tiba para pekerja memberhentikan jentera berat itu.

“Tuan!ada kubur lah”Teriak pekerja pada penyelia tapak.

Penyelia tapak mendekati kawasan itu,memang benar ada 3pusara yang batu nesannya kekal utuh berdiri.

“Macam na ni tuan?”Soal pekerja itu.

“Sodok jer,ratakan tapi jangan kasik tau manager faham tak?”Kata penyelia tapak.

“Faham tuan”Kata pekerja tadi kemudian dia menggunakan bulldozer,ketiga-tiga tanah pekuburan itu diratakan.Setelah rata tanpa diduga penyelia tadi,pemandu bulldozer tadi tidak menyedari penyelia tapak sedang duduk disebatang kayu tumbang untuk minum.

bulldozer tadi terus merempuh penyelia berkenaan

“Arghh!!”jeritan kuat itu akhirnya senyap.Mayat penyelia itu putus dua kedua-kedua belah kakinya hancur ususnya terburai keadaannya cukup mengerikan .

“Woi!macam na kau tak nampak bos ni!”Marah seorang sahabat yang memarahi rakannya yang memandu bulldozer itu.

“Manalah aku tau,tadi dia takda pun,matilah aku macam ni”katanya.

“Rilek ok,macam mana bos kita suruh ratakan kubur-kubur tadi,dia ni buang ja dalam tasik dalam tasik ni banyak ikan,nanti habislah ikan makan’katanya.
lantas tanpa berfikir panjang dua sahabat tadi meratakan pokok dan menggunakkan bulldozer menolak kereta milik penyelia tapak dan mayatnya kedalam tasik.

20TAHUN KEMUDIAN.

“Hanif,Ini ke hotel tu?”soal izwan.

“Ha.ah kenapa cantik ke?”jawab hanif.

“Memang cantik siap ada pemandangan tasik tu yang best”jawab izwan.

“Ok friend jom check in”Panggil izwan kepada empat rakannya yang lain tujuan mereka bercuti dan ingin menikmati keindahan alam semula jadi.

Mereka ke kafeteria hotel,untuk menjamu selera dimalam hari terdapat kelihatan pekerja masih sibuk melayani tetamu dan pengujung

“Wah,ada kambing golek tu”Kata izwan.

setelah itu,masing-masing menjamu selera dan beberapa minit kemudian datang seorang staff wanita menghampiri mereka.

“Macam mana bang,sedap tak makanan disediakan dihotel ni?”Soalnya.

“Sedaplah lain macam rasa sedapnya dan tambah sedap melihat staff-staff disini semuanya comel-comel belaka”Jawab hanif.

Staff wanita itu tersenyum.

“Awak dah ada yang berpunya ke?”Soal rakan hanif.

“Belum lagi”jawab wanita itu.

“Malam ni saya nak dating dengan awak boleh tak?”Soalnya lagi.

staff wanita itu tersenyum.

“Saya tunggu abang dekat tasik jam 12mlm ni”Katanya,kemudian dia berlalu pergi.

“Celaka kau,Aku yang cucuk kau yang dapat”hanif memarahi sahabatnya itu.

Dia tersengeh menampakkan giginya.

Jam 12mlm.

Rakan hanif dan izwan keluar menemui staff wanita tadi,Dia menuruni ketingkat bawah hotel,sesekali bulu romanya meremang,tetapi tidak diendahkannya,dia terus menuju ketepi tasik ada jeti kecil disitu.

Staff wanita itu muncul

“Lama abang tunggu?”Soalnya.

“Eh takdalah baru sekejap je ni”Katanya.

“Awak,keluarlah makanan dah sampai”Tiba-tiba staff itu bersuara .

“Awak panggil siapa?”Rakan izwan dan hanif.

“Tu,belakang awak”Kata staff wanita itu.

Sebaik sahaja rakan izwan dan hanif menoleh satu lembaga taring amat panjang,berlendir dan berbau amat busuk terus merekamnya,sekali tamparannya kepalanya putus terpisah daripada badan.

“Awak,Dapat kepala badan dan yang lain saya nak”Kata staff wanita itu.

Lembaga itu terus membawa kepala yang dipenuhi dengan darah masuk kedalam tasik.

“Wei,mana simamat ha dah pagi pun tak balik lagi”soal izwan.

“Eleh kau macam tak faham jela,tidur dengan awek tu la”jawab hanif.

“Woi,aku dengar staff hotel kata mamat dah check out dari hotel ni”Kata zaman rakan mereka.

“Kau biar betul zaman,dengan beg dia ic dia ada dekat sini pasai pa dia nak blah macam tu je”Jawab hanif.

dua sahabat itu terus menuju ke kaunter pertanyaan hotel,namun ternyata tidak ada rekod bahawa sahabat mereka itu”Check out” daripada hotel.

Mereka berempat mencari sahabat yang hilang itu namun tidak ada menunjukkan sebarang kesan “Kehilangannya”.

“apa kata kita report polis”kata hanif.

“belum 24jam report penye,apa kata kita cari awek tu”Kata izwan.

mereka kembali kehotel,namun mereka tidak menyedari salah seorang sahabat tadi telah disentap oleh satu lembaga,rentapan itu berlaku amat pantas sehingga hanif dan izwanpun tidak menyedarinya.

sebaik sahaja masuk ruang legar hotel,barulah hanif,izwan dan seorang lagi sahabat tadi menyedari kehilangan seorang lagi sahabat mereka.

“eh,Mana zack hilang ni?”Soal hanif.

“Bukan dia ada dengan kita ke tadi”kata izwan.

“Tandas kot,biarlah dia apa-apa pun kita cari awek tu dulu”Kata sahabat izwan dan hanif.

mereka bertiga menghampiri kaunter

“Puan ada tak staff yang bernama diana binti rezuan”soal hanif.

Wanita itu membuat semakan komputer,beberapa minit kemudian.

“Ada,tapi…”Kata-kata wanita itu terhenti membuatkan tiga sahabat tadi saling berpandangan.

“Tapi apa puan?”Soal izwan.

Tiba-tiba muncul wanita yang mereka ingin temui

“Ya kenapa ye cari saya?”Soalnya.

“Aik?Awak boleh tanya kenapa kami cari awak?,mana kawan kami?”Soal hanif.

“Ada,dia kata dia sakit kepala jadi dia tumpang tidur dekat rumah mak ayah saya dekat kampung esok dia baliklah hotel ni”Katanya.

Hanif,izwan terdiam mendengar penjelasan wanita itu.

mereka kembali kebilik hotel tanpa sebarang bicara,mereka seolah-olah dipukau sebaik sahaja wanita tadi memberi penjelasan.

sementara itu..

“Aku nak kau cari lagi,kalau tidak suami kau takkan menjelma”Kata lembaga bertaring,berbulu matanya amat besar dan menakutkan.

“Kau boleh sabar tak!”Herdik wanita itu.

Lembaga tadi patuh lalu menghilangkan diri.

kemudian wanita tadi terus kedapur rumahnya,didalam satu besen berwarna biru,penuh dengan anggota tubuh manusia tanpa kepala.tanpa rasa takut dia terus mengangkat usus manusia.

“Emmmm.masak ape sedap ek?”Bisik hatinya.

Sementara itu jam dibilik hotel menunjukkam pukul dua pagi,izwan tersedar daripada lena,tiba-tiba telinganya mendengar “Suara”menangis.

Tanpa mengejutkan dua rakannya yang lain,dia keluar mencari arah suara tadi.
dia terkejut melihat ada seorang kanak-kanak diluar bilik.

“Eh dik,buat pe tengah malam ni?”Soal izwan.

namun kanak-kanak itu hanya mendiamkan diri,tetapi menunjukkan arah keluar menggunakan tangannya.

Izwan mengekorinya,Izwan terkejut besar apabila melihat keadaan luar hotel,terdapat kampung yang besar,kelihatan kanak-kanak sedang bermain-main kampung berkenaan tidak ubah seperti zaman 90an.

Izwan terus mengekori kanak-kanak tadi,Akhirnya izwan tiba disatu tempat kelihatan seperti ada pembincangan”Besar”.

“Macam na ni tok,tanah kita ni tauke besar tu paksa kita suruh jual”kata salah seorang penduduk kampung.

“Jangan takut,Saya sebagai wakil kampung ini,Saya akan tentang habis-habisan mereka dimahkamah”Kata ketua kampung itu.

“Tok,jangan tok tengok apa yang terjadi dekat kemat,kena bunuh tapi takda bukti nak tuduh tauke tu punya angkara”kata salah seorang penduduk.

Ketua kampung itu terus membakar semangat anak-anak buahnya.

“Biar hingga ketitisan peluh yang terakhir,kampung warisan nenek moyang kita ni harus dipertahankan”

Izwan terus memerhatikan peristiwa itu.

Izwan tergamam kerana dia mendapati dirinya berada didalam sebuah rumah.Izwan dapat melihat dengan jelas ketua kampung tadi bersama anak dan isterinya diancam bunuh oleh tiga lelaki.

“Kau nak mampus ke hape!aku suruh kau jual tanah jual jela”kata salah seorang daripada mereka.

ketua kampung tadi terus meludah muka lelaki berbadan gempal.

“Pergi mampus dengan korang,Aku tak takut mati!”Kata ketua kampung.

tiba-tiba isteri ketua kampung tadi disembelih hidup-hidup.

“Korang memang celaka!!biar Allah hukum korang semua”Jerit ketua kampung.Izwan dapat melihat dengan jelas airmata ketua kampung tadi mengalir,Izwan cuba membantu tetapi ibarat memegang bayang dan izwan tidak wujud dizaman itu.

“Ok,ko nak aku hukum kau yang degil kan?”Katanya.

tiga lelaki tadi mengikat ketua kampung dan anaknya yang berusia lebih kurang setahun.lalu mereka menyiram minyak keatas tiga beranak tadi.

“Sekarang ko mampus!”Kata seorang lelaki tadi,dia menyalakan mancis lalu dicucuhnya keatas mereka bertiga.

Api kian marak,Ketua kampung dan anaknya tidak mampu menjerit kerana mulut dua beranak tadi,disumbat dengan kain dan disalotep.

Izwan semakin resah melihatkan keadaan yang menyayat hati dan zalim itu.

Suasana itu hilang secara tiba-tiba,izwan dapat melihat orang kampung kebumikan tiga beranak tadi ditepi sebuah tasik.

“Woi,kau pehal tido dalam jamban ni?kau amik arak kehape?”Soal hanif.

Izwan kebingungan,Dia terkejut melihat dirinya berada didalam tandas dibilik hotel yang disewanya.

“Aku nampak dekat luar ni tapak hotel ni ada kampung!”luah izwan.

“Apa yang kau merepek ni ha,berapa banyak kau minum ni”soal sahabat izwan dan hanif.

“Sumpah,aku tak tipu,Aku mesti siasat apa puncanya!”Kata izwan.

“Kau ni dah macam conan,nak siasat bagai”kata hanif pula.

“Kau tak pelik ke,kawan kita mamat tak pulang lagi yang bad hilang sebaik sahaja kita pergi tepi tasik?”Soal izwan.

hanif dan rakannya diam membisu,mereka memikirkan sesuatu tentang akan kebenarannya.

“Betul cakap kau,kita mesti cari perempuan tu dimana dia tinggal”kata hanif.

Lantas mereka bertiga menyiasat sendiri”kehilangan” sahabat baik mereka,bedasarkan alamat yang diperolehi daripada pengurusan hotel,mereka tiba agak lewat malam dikawasan rumah wanita itu.
hanif mematikan enjin dan lampu keretanya,mereka berjalan menuju masuk kekawasan rumah wanita itu,debaran jantung cukup laju mereka ingin pastikan rakan mereka memang ada dirumah wanita itu.

Melalui celah lubang dinding papan,izwan dapat melihat sesuatu yang amat mengejutkan mereka.Secara tiba-tiba tekak izwan bergelodak kerana melihat begitu banyak tubuh manusia tanpa kepala darah yang bersepah dan memecerik dilantai.

“Perempuan ni gila!!”jerit izwan seperti terkena rasukkan.

jeritan izwan amat mengejutkan hanif dan seorang sahabatnya,malah wanita yang sibu menyiang daging manusia tadi turut mendengarnya.

“Apa korang buat dekat rumah aku ha!”herdik wanita itu.

Izwan hanif dan seorang lagi sahabat mereka terkejut,mereka cuba melarikan diri,Malang menimpa rakan izwan dan hanif,dia terjatuh dan secara tiba-tiba ada satu makhluk besar terus menerkam,dan meratah kepala sahabat baik izwan dan hanif.

Mereka segera belari mendapatkan kereta dan sempat menghidupkan enjin kereta.

“Woi ape benda tu ha!”Soal hanif suaranya agak tinggi.

“Manalah aku tau,yang penting kita harus bongkar rahsia apa yang sebenarnya berlaku dekat hotel kita tinggal tu,kita perlu cari pemilik hotel tu”Jawab izwan.

hampir satu jam memandu,mereka kembali kehotel,suasana hotel tidak seperti dilihat mereka sebelum ni.

“Apa benda ni?”soal hanif.

hotel yang indah tadi bertukar menjadi bangunan lama,tiba-tiba muncul seorang lelaki tua dihadapan mereka berdua.

“Kau berdua pasti keliru apa yang sudah berlaku bukan?”Soalnya.

“Memang kami berdua keliru,kau siapa ha,kau pun hantu ke?”Soal hanif.

“Akulah ketua yang membunuh tiga beranak untuk membina hotel ni dulu dan aku juga yang bagi arahan bunuh penyelia tapak hotel ni untuk melariskan perniagaan aku”Jelasnya.

“Sial kau orang tua!tergamak kau bunuh insan yang tak berdosa”marah hanif.

Namun belum sempat hanif menyerang,wanita tadi sudah berada dihadapan lelaki tua itu.

“Jadi kaulah bunuh suami aku”Soal wanita itu kepada lelaki tua itu.

Lelaki tua itu membisu dan hanya ketawa.

“Sayang,kali ni “Hadiah” besar tuk sayang”Jerit wanita itu.

sebaik sahaja wanita itu memanggil kepala lelaki tua itu putus terpisah daripada badannya.

“Korang,ikat aku cepat”Arah wanita itu.

“Nak buat pe ha?”soal izwan.

“ikat aku dan campakkan aku kedalam tasik,kalau tidak “Benda tu” akan datang lagi makan korang semua”Arah wanita itu.

mereka segera mematuhi apa yang diarahkan wanita itu.lantas wanita itu dibawa kearah tasik.Ditengah tasik ditemani cahaya bulan kelihatan buih yang amat besar muncul.

“Sayang ambillah aku”Teriak wanita itu.

makhluk itu menghampiri jeti,diheret wanita itu masuk kedalam tasik,keadaan itu amat mengejutkan izwan dan hanif dan mereka beredar meninggalkan kawasan yang penuh dengan mistik dan misteri itu.

keesokan harinya mereka membuat laporan polis,polis bergegas kelokasi kejadian mengejutkan polis tidak menemui rumah wanita itu,tetapi hanya sebuah kereta lama ditarik keluar daripada tasik dan polis menemui kesan kubur lama diruang legar hotel usang itu

TAMAT

saya memang minat dalam bidang penulisan ini,saya harap rakan2 yang membaca atau mengikuti saya dapat bagi saya galakan dan semangat untuk teruskan perjuangan saya

Love1
FirdausJebat
FirdausJebat
saya memang minat dalam bidang penulisan ini,saya harap rakan2 yang membaca atau mengikuti saya dapat bagi saya galakan dan semangat untuk teruskan perjuangan saya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *