PERJANJIAN SYAITAN
May 3, 2018
BironTale Chapter 10: Biron The Plumber
May 3, 2018

Sang Pemenang – Persona Dani

Views:   249

Kau ingin sangat tahu kan? Biar aku ceritakan bagaimana kebencian ku pada orang Kelantan sangat menebal. Dan apabila ku lihat warna kulit mereka yang putih kemerahan terasa bagai nak dimaki “Anak jajahan Siam, baliklah kau ke sana!” Dan nak saja ku biarkan hati cemburu ku mengaburkan aku lalu mengejek ku takut dan naikkan semangat ku semula untuk aku mencabut keris di pinggang lalu menikam mereka. Arghh! Baru kau tahu betapa bencinya aku. Ingat itu. Kau yang memaksa aku cerita dan bukan aku yang ingin mulakan.

Walau bukan aku yang lalui, tapi bila kisah tersebut tentang orang terdekat yang merasa, terasa juga paha kiri ini. Semuanya tentang Pakcik Dani ku. Keseorangannya sehingga mati. Tiada jiwa, tiada cinta. Yang ada hanya luka-luka lama yang sehingga tutup matanya masih belum menjadi parut. Darahnya masih mengalir merah laksana merah asmaranya ketika mula-mula pertama kali mengenal Ramona, anak gadis putih yang meruntun jiwa-jiwa anak muda Kampung Dokong. Bukan seorang diruntunnya tetapi berbelas-belas orang yang akhirnya kecundang dik panorama Pakcik Dani ku. Uhh..sudah pasti! Anak muda yang tak pernah duduk saja dan tak pernah mencebik mulut ketika diminta membanting tulang. Kau apa tahu. Anak muda yang lahir-lahir ke dunia sudah dihadiahkan botol susu paling mahal sedunia. Cerita Pakcik Dani ku berbeza. Kau masih bersama ku?

Biar ku panggil Dani sahaja agar kau mampu mengikut rentak cerita ku. Dani anak kedua dari empat beradik iaitu adik kepada bonda ku. Sudah pasti bonda ku anak yang terulung. Jadi, Dani adalah anak lelaki sulung yang pasti menjadi taruhan Haji Kidhir (Atuk ku) di dunia dan akhiratnya. Sedari kecil, Dani akan ke sawah bendang sesudah pulang dari sekolah. Tanpa disuruh tanpa dipaksa tatkala anak-anak sekecilnya berlari di jalanan kampung sambil melastik burung, bermain polis dan pencuri, bermain galah panjang dan macam-macam lagi. Dani tidak sesekali meninggalkan Haji Khidir menguruskan sawah seorang diri. Haji Khidir senang dengan perwatakan anak lelaki sulungnya itu. Bukan hanya Haji Khidir, orang-orang tua di Dokong ini juga senang dengan Dani. Tambahan rupa dan kulitnya sangat lain pada anak-anak di kampung itu. Belajarnya juga pandai. Beberapa kali Haji Khidir naik pentas bersama-sama Dani bila tiba Majlis Penyampaian Hadiah di sekolah. Sebab itu aku katakan tiada seorang anak kampung ini yang setanding Pakcik Dani ku.




 

Pernah sekali Dani pulang ke rumah dari sekolah dalam keadaan berlumpur satu badan dan luka di dahi tapi tidak menangis. Meraung Haji Khidir menjerit kerana sangkakan anaknya dibuli dan dipukul di sekolah. Manakan tidak, watak Dani yang lemah lembut itu tidak dihormati dan tidak diteladani. Tetapi akhirnya ketawa Haji Khidir sendiri bila Dani ceritakan hal sebenar. Dalam perjalanan pulang, dia terserempak Pakcik Mail yang berlari-lari laju sambil memegang sebatang buluh. Pakcik Mail berhenti di hadapan Dani sambil mengesat air matanya. “Dani, tolong Pakcik. Kalau terlepas merana Kakak Maznah.” Kakak Maznah merupakan anak sulung Pakcik Mail yang juga sebaya bonda ku. Ku harap kau masih bersama ku ya. Dani yang tercengang-cengang, tertanya apa yang terlepas? Dituruti belakang Pakcik Mail agar tak ketinggalan jauh. Sampailah mereka di petak sawah hujung kampung berhampiran sungai ban besar yang menyalurkan air ke seluruh petak sawah Kampung Dokong. Rupa-rupanya yang terlepas adalah kerbau Pakcik Mail. Diikatnya di tiang pondok sebelah rumah kerana ingin ke pekan. Balik dari pekan kerbaunya tiada di situ. Tambahan pondoknya runtuh menyembah bumi. Sungguh sadis keadaannya. Ada bibit kekesalan di wajah Pakcik Mail. Dani membuka kasut sekolahnya dan terjun ke sawah. Dikepungnya sebelah kiri dan Pakcik Mail menjaga di sebelah kanan. Kerbau tersebut langsung tidak ada pergerakan. Mungkin enak berendam sehingga tenang jiwanya. Perlahan-lahan talinya diambil Dani. Tersenyum Dani kerana kerjanya jadi mudah. Tetapi dengan tiba-tibanya kerbau itu bangun menerjah ke arah Dani. Dani lemparkan saja tali itu dan mengelak dari diterjah. Malang dahinya mencium batu-batu kecil di jalan sawah. Tak henti di situ. Terus, Dani menangkap tanduk kanan kerbau dan naik ke belakang. Kerbau tidak dapat bergerak laju kerana berada di dalam lumpur sawah. Berhenti la kerbau di situ. Pakcik Mail tersenyum tenang. Kerbau itu akan dikorbankan untuk kenduri kahwin Kakak Maznah. Dapat juga kenduri kahwin Kakak Maznah dilangsungkan nanti.

Begitulah cerita Dani pada Haji Khidir. Luka kerana membantu tiada salahnya. Haji Khidir bangga dengan anak lelakinya itu. Kerana dia memang berharap anak-anaknya membantu penduduk kampung bila perlu.

Tapi…itu ceritanya Pakcik Dani sebelum murungnya tiba dan jiwanya koyak. Semuanya kerana Ramona.

Sambung…

 

Love0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *