A.I.A (ayah ibu anak)
May 4, 2018
Lorong
May 4, 2018

Sang Pemenang – Ramona Gadis Putih

Views:   221

Tahun 1983 di Kampung Dokong, pembangunannya kian pesat dan tak terkawal sehinggakan banyak tanah-tanah sawah digadaikan. Masakan tidak berjuta dilaburkan oleh tauke-tauke cina di pekan. Sudah pasti hilang pedoman haji-haji dan lebai-lebai di Kampung Dokong. Maka satu persatu petak sawah ditambak menjadi perumahan. Dari jumlah penduduk ratus-ratus terus menjadi ribu-ribu yang entah dari mana asalnya.

Beberapa kempen kerajaan agar tidak dijual harta pusaka Melayu kerana takut-takut merempat tak bertempat. Bukan tak disebut, dinasihat dalam suratkhabar Melayu lagi, kelabu mata juga penduduk Dokong. Dani sebagai pegawai kerajaan di Pekan sangat runsing dengan perkembangan tersebut. Masakan tidak dirisaunya, boleh dikira dengan jari petak-petak sawah yang tinggal. Yang lain semuanya telah ditambak dengan tanah merah. Bersirat tanah merah melata keseluruh kampung dibawa lori tanah dan kenderaan motor.

Dani anak muda pertama yang bekerja sebagai pegawai kerajaan di kampungnya. Bukan senang pada masa tu nak mendapat tempat di sektor kerajaan kalau sekadar lulusan menengah. Bukan tak disambungnya belajar ke menara gading, tetapi difikirkan pengorbanan yang perlu dibuat ayahnya untuk menyara pengajiannya di sana. Ada kawannya di pekan dapat sambung belajar sampai tergadai tanah pusaka. Tak sanggup dia lihat ayahnya bergolok gadai.

Di petang menuju senja tatkala burung-burung terbang pulang, berdiri Dani melihat di kejauhan dan mengenang tempat yang dipijak inilah sawah tempat dia dan kawan-kawan bermandi lumpur, menangkap ikan, mengejar mesin padi sehingga ikan melantun terbang dibidas pisau mesin padi, bergelak tawa, berjemur panas hingga hitam laksana bontot kuali. Tapi apakan daya, penduduk kampung lebih senang menjual sahaja tanah tersebut dari bermandi peluh di tengah sawah. Sewaktu ini masih belum ada tanaman dua kali setahun.

Tengah sedap mengenang masa kecil, baru dia tersedar hari sudah gelap. Menggagau dia mencari motornya. Tiba-tiba lalu sebuah kereta melintasinya. Merenung sambil menjenguk ke dalam kereta tersebut. Semua wajah-wajah yang tak pernah dilihatnya. Aneh. Secara tiba-tiba juga badannya menjadi kaku seperti pokok delima di sebelahnya yang buruk keadaannya. Yang pasti burung-burung tak sudi hinggap. Kakunya Dani bukannya kenapa. Tetapi dirasuk wajah putih gebu seorang gadis sunti yang pasti tiada yang memiliki wajah seayu itu di kampungnya. Tingkap kereta diturunkan gadis itu, lalu menjenguk kepalanya dan senyum sambil berkata, “Namaku Ramona”. Melambai-lambai ke arah Dani. Jangankan kaku, terus lesu mendengar nama tersebut. Ohhh Ramona.

Sambung…

Love0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *