pusara ditepi tasik
May 25, 2018
Malam Yang Panjang (COMPLETED)
June 14, 2018

SATU HARI DIHARI RAYA

Views:   203

SEBELUM Pulang berhari raya,kita bukan hanya melengkapkan persiapan untuk pulang,tetapi jangan lupa lengkapkan “Hati” kita supaya Allah s.w.t melindungi perjalanan pulang kita untuk kembali kekampung dengan selamat.

“Kereta dah check tiada masalah,rumah sewa pun dah dikunci rapi”kata hati hazir yang sudah bersiap-sedia untuk pulang berhari raya dikampung,dia mula membayangkan wajah ibu bapanya dan dua adiknya nordin dan salwa,dan geng kampungnya timah bulat,dulu bulat tapi sudah sepuluh tahun hazir dikota kuala lumpur bertugas sebagai salah seorang anggota polis .
“Awak ni,saya awak terlupa ke nak check sekali”tiba-tiba muncul suara wanita dibelakang tempat duduk keretanya.
hazir tergamam,teguran wanita itu,namun dia tersenyum menampakkan giginya.

Hazir memulakan perjalanan pulang,sesekali terasa bosan,fikirannya melayang terbayang ketika dia bermain mercun,meriam buluh bersama-sama rakannya,dihambat lebai hamzah bila mercun dilempar betul-betul masuk kedalam kain pelikat orang tua itu.

Sepanjang perjalanan,hazir hanya tersenyum sesekali mengerling ke cermin melihat wanita yang bersamanya nyenyak tidur ditempat duduk belakang kereta.

hari semakin malam,Hazir memberhentikan keretanya diR&R Lebuh raya lantas dia melihat kebelakang tempat duduknya.

“Eh mana pulak perempuan ini pergi?tadi ikut aku ni dia hilang pulak”bisik hati hazir.

Dia berjalan menuju kesurau Hentian R&R suasana R&R agak sibuk dengan kehadiran begitu ramai pengguna lebuh raya yang berhenti rehat seketika.

namun hazir terlihat diskrin tv salah satu gerai yang memaparkan satu kemalangan ngeri membabitkan sebuah kereta dan lori.

Belum sempat hazir mendengar habis berita tadi.

“Awak,saya dah tunggu lama awak dekat kereta”kata wanita yang tumpang keretanya.

hazir seperti dikunci mulut untuk bertanya siapakah wanita yang menumpang keretanya,Sebaliknya hazir terus membawanya bersama”pulang” ke kampung.

Hazir terus memandu,radio keretanya yang dipasang lagu raya ditukar dengan alunan ayat suci al-quran

malang tidak berbau secara tiba-tiba kereta hazir mengalami masalah lantas diparkir ketepi lebuh raya,lampu kereta dihidupkan agar pengguna jalan lebuh raya dapat melihatnya agar tidak merempuhnya.

bagaimanapun,satu kejutan buat hazir kerana sebaik sahaja dia keluar daripada keretanya dia kini berada disebuah kampung.

“eh?takkan aku dah sampai dekat kampung?”Soal hati hazir.

tangannya ditarik oleh seorang kanak-kanak,hazir terus mengikutinya hazir tergamam melihat suasana itu dapat dilihat penduduknya sedang mengacau dodol,merebus ketupat dan membakar lemang
hazir melangkah terus,tiba-tiba dia disapa

“Mari nak,masuk rumah achik kita berhari raya sama-sama”Katanya.

hazir terus kebingungan.

“Pakcik saya dekat mana ni?”soal hazir.

lelaki tua itu tidak menjawab namun hazir terkejut melihat pelbagai juadah sudah siap dihadapannya.

beberapa ketika hazir dapat mendengar suara orang sedang bertakbir hari raya,hazir terus dirundung perasaan keliru tujuan asalnya ingin pulang kekampung bukannya berhari raya dikampung orang lain.

namun apakan daya hazir terus berhari raya dengan mereka.

hazir semakin gembira beraya dengan orang kampung disitu,penuh dengan adat dan budaya kunjung mengunjung ziarah menziarahi,hazir juga dapat menyaksikan sendiri pemuda pemudi tidak leka berselfie,atau bergayut dengan smartphone,sebaliknya mereka bertanya khabar sesama mereka.

“Seronoklah raya disini pakcik”Kata hazir.

orang tua itu hanya mampu tersenyum sahaja.

Setelah seharian hazir berhari raya dengan mereka,hazir meminta izin untuk pulang,namun demikian hazir dibekalkan dengan pelbagai jenis makanan dan dua helai baju melayu yang dijahit cukup cantik sekali.

hazir menuju kekeretanya sebaik sahaja dia menoleh kebelakang hazir dapati kampung tadi telah ghaib daripada pandangan matanya.namun hazir tidak mengendahkannya dia terus memandu keretanya.Wanita tadi masih ada dengannya

“Boleh saya tahu awak nak kemana?”Soal hazir.

“Lah abang bini sendiripun dah terlupa?”Soal wanita itu.

hazir terdiam,berkerut dahinya seolah-olah ada masalah besar sedang menimpanya.Dia terus memandu sekali lagi keretanya meragam hazir parkir ditepi lebuh raya namun kejutan lagi buat hazir didapati dirinya berada didalam sebuah restoren.

tiba-tiba restoren itu diserbu,hazir juga turut ditangkap oleh polis,kerana tidak berpuasa katanya.

“Saya puasalah tuan”kata hazir.

“Kalau puasa kenapa awak ada didalam restoren tadi khairul affendi”Kata polis itu.

Hazir terkejut kerana namanya berubah.

“Tuan nama saya hazir sarjan hazir”jelas hazir.

“jangan nak kencingkan saya boleh tak,tengok ic dan muka sapa dekat ic tu”Jelas polis itu.

Ternga-nga mulut hazir melihat keadaan itu,dia kebinggungan apa yang telah berlaku kepadanya baginya dia hanya mahu pulang berhari raya bukannya ditahan polis dan namanya telah berubah menjadi khairul affendi?siapa pula khairul affendi?

“Ahh kusut kepala aku untuk fikirkannya”Kata hati sarjan hazir.

sedang dia dipenjara beberapa ketika,tiba-tiba sarjan hazir nampak siapa sebenarnya khairul affendi dihadapannya seolah-olah ada layar lebar untuk menyaksikan peristiwa itu.

Sarjan hazir terkejut kerana khairul affendi tu sebenarnya remaja yang beliau tahan bulan ramadan tahun lalu,remaja itu sebenarnya bukan tidak mahu berpuasa tetapi dia

“Pakcik boleh jualkan ikan goreng tak pada saya?”kata khairul affendi.

“Kau nak buat ape ni?kau tak puasa ke?”Soal pemilik restoren itu.

“Astagfirullalazim pakcik,saya nak belikan untuk kucing tu kesian saya tengok lapar agaknya”Kata khairul affendi.

peniaga tadi menjual dua ekor ikan goreng kepada remaja itu namun nasib tidak menyebelahi remaja tadi sebaik sahaja membuka beg plastik berwarna hitam

“Ah tak puasa ke!”Jerkah sarjan hazir.

“puasa bang,saya beli untuk kucing ini”Kata khairul affendi.

“Kau jangan kencing abang boleh tak?,mana ada kucing ha”Nada suara sarjan hazir agak tinggi.

“Sumpah bang tadi dia ada”rayu khairul affendi.

“Sudah ikut abang p balai,tunggu mak ayah kau datang jemput”Kata sarjan hazir lagi.

remaja itu akur dengan arahan sarjan hazir,dibalai didalam lokap pegawai-pegawai polis lain berasa kagum dengan remaja tadi.

“Tuan tahan anak ustaz ke?”Soal salah seorang anggota polis.

“Kenapa?”Soal sarjan hazir.

“Dari tadi,Budak yang tuan tahan tu tak putus-putus membaca Ayat al-quran”.

sarjan hazir pergi menyaksikan sendiri,memang benar remaja itu membaca ayat Al-quran,menitis airmata sarjan hazir melihatnya.

“Khairul affendi bin hassan,saya lepaskn awak dengan syarat jangan buat hal lagi tapi ingat kalau saya jumpa lagi sebulan awak dalam lokap ni”Kata sarjan hazir.

tiba-tiba

Sarjan hazir dapati dirinya berada didalam kereta dan sedang memandu dibelakang keretanya wanita yang mengaku isterinya tadi masih berada didalam keretanya.

“Bamm…”bunyi tayar kereta hazir pecah,terhuyung hayang hazir cuba mengawal keretanya dan akhirnya diparkir lagi ditepi lebuh raya.Hazir mengeluarkan tayar gantian kereta dari but keretanya

Sebaik sahaja hazir pandang sekeliling sekali lagi hazir dapati dirinya berada ditempat lain.

“Argh..pe lagi penulis ni nak kusutkan kepala aku ni,tadi kampung,kemudian jumpa budak yang aku tangkap?lepas ini jumpa apa pulak?”Keluh sarjan hazir sendirian.

Sarjan hazir,melangkah bulat matanya memerhatikan keadaan sekelilingnya,dia terkejut kerana dia kini berada dizaman yang cukup janggal bagi dirinya ada kereta terbang dan serba serbi moden dan hazir dapati masyarakat sedang sambut hari raya

hazir hairan melihat perilaku manusia dihadapannya walaupun aidilfitri sedang dirayakan mereka hanya kenal tv,gadjet hazir berjalan lagi terlihat pula begitu ramai menziarahi kubur tetapi hazir dapati mereka hanya berselfie,berbincang tentang perniagaan dan sibuk bercerita tentang couple masing-masing dikawasan pekuburan…

“Woii penulis apa ni?,tak faham akulah cerita kau ini”Jerit hazir pada penulis cerita ini.

“Pap”Suasana tadi hilang sekelip mata hazir terdiam kerana sekali lagi dia dapati dirinya masih memandu pulang dan wanita tadi masih berada didalam keretanya.

“Aku hazir penulis cerita ini,boleh tak aku tahu siapa perempuan dengan aku ni?”Soal hazir pada penulis.

Tiba-tiba hazir dapati dirinya berada didalam sebuah rumah.

Dia duduk diatas sofa.

“Abang nak makan apa berbuka nanti”Soal wanita itu.

Mahu tidak mahu hazir perlu menjawab soalan wanita itu.

“Sayang masak jela apa yang ada”Kata sarjan hazir.

Wanita tadi terus kedapur,namun hazir terjumpa phone milik wanita itu tak semena-mena hazir menjadi marah kerana terbaca mesej wanita itu main kayu tiga dengannya hazir memerhatikan sekeliling baru dia sedar wajah suami wanita itu saling tak tumpah wajahnya.

bermakna hazir kini”Terperangkap” dalam illusi masa dia terus bergaduh dengan”isterinya” akhirnya pembunuhan terjadi “isterinya” dibungkus dan terus dibawa dan dibuang kedalam gaung!sungguh kejam

Hazir mesti keluar daripada mimpi ke mimpi dia harus berada dialam nyata kerana tujuan sebenarnya untuk pulang kekampung beraya bersama dengan ibu bapanya dimelaka bukannya perlu berhadapan dengan peristiwa aneh dan mistik itu.

Hazir menarik nafas panjang,sebaik saja menarik nafas dia sekali lagi dikejutkan dengan kehadiran wanita misteri itu.

“Abang tolong saya”itu sahaja yang disebutnya.

Hazir tersedar daripada lamunan,dia terkejut besar rupa-rupanya dirinya masih berada didalam kereta secondhand yang dibelinya bulan lalu,lantas dia bagun keluar daripada tempat pemandu diperiksanya bonet keretanya dengan teliti ternyata memang ada kesan darah dalam bonet keretanya lantas dia kembali kebalai polis untuk melakukan semakkan pemilik kereta sebenar yang dibelinya.

Terdiam hazir melihat wajah pembunuh berkenaan kerana hampir 99% mirip wajahnya.

Hazir terus melaporkan pada pihak atasan untuk mengesan penjenayah,sehingga tengah malam hazir dibalai kedengaran suara takbir berkumandangan menandakan 1syawal telah tiba,Hazir terkilan kerana tidak dapat beraya dikampung namun dia ingin memastikan penjenayah itu diberkas polis,dipagi syawal hazir menerima jawapan.

“Tuan penjenayah ini dah mati,mayat dia ditemui mereput tidak jauh dari mayat isterinya tuan,besar kemungkinan sipenjenayah ini mati akibat patukkan ular berbisa sewaktu dia cuba melarikan diri selepas buang mayat isterinya”Jelas anggota bawahan sarjan hazir.

“Alhamdulilah satu masalah aku selesai,tapi aku mesti cari budak yang aku tahan dulu khairul affendi”Kata hati hazir.

berdasarkan alamat yang ada dipagi raya hazir memandu kereta polis kerana kereta second hand yang dibelinya ditahan untuk melakukan ujian forensik untuk mendapatkan bukti-bukti kukuh tentang kejadian pembunuhan itu.

Hazir tiba disatu kampung,rumah agak usang,dilihat remaja yang dikenalinya dulu termenung sendirian dipangkin kayu.

hazir turun daripada kereta polis,dihampiri remaja itu

“Eh dik kau tak berjalan raya ke?”Soal hazir.

“Tak bang”Jawab khairul affendi.

“Kenapa?Mana mak ayah kau”soal hazir lagi.

“Mak ayah dah lama meninggal bang,saya baru je balik ziarah kubur mereka”kata khairul affendi.

terkedu hazir mendengarnya,Dia tidak menyangkan remaja yang ditangkapnya tahun lalu kini sebatang kara.

“Hey dik,apa kata kau ikut abang balik raya sekarang”pelawa hazir.

“Tak menyusahkan abang ke?”Soal hazir.

“Abang bukan suruh kau gali emas ke,lagipun hari ni hari raya nak menyusahkan apanya dah jom”Kata hazir.

Mereka berdua memasuki kereta polis,dan hazir memohon kebenaran untuk seketika pulang kekampung halamannya dimelaka…
perjalanan pulang mereka dihiasi dengan lagu raya Allahyarham seniman agong Tan sri p.ramleee

TAMAT

saya memang minat dalam bidang penulisan ini,saya harap rakan2 yang membaca atau mengikuti saya dapat bagi saya galakan dan semangat untuk teruskan perjuangan saya

Love0
FirdausJebat
FirdausJebat
saya memang minat dalam bidang penulisan ini,saya harap rakan2 yang membaca atau mengikuti saya dapat bagi saya galakan dan semangat untuk teruskan perjuangan saya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *