Tajuk: Search: Phenomena of Rock n’ Roll
ISBN: 978-967-210-8054
Penerbit: DuBook Press Sdn. Bhd.
Tahun: 2017
Pheewwiitttt!!
Setiap kali laungan yang dikeluarkan oleh vokalis utama Search, Amy, maka dengan secara langsungnya kita tahu bahawa itu adalah Search, sebuah kumpulan rock terkemuka tanahair. Search juga merupakan pelopor muzik genre rock di Malaysia yang telah ditubuhkan pada tahun 1981. Dengan terbitnya sebuah biografi ini, maka sebuah dokumentasi rasmi mengenai kumpulan Search telah diwujudkan. Ianya menceritakan permulaan kisah sebuah kumpulan muzik dengan irama yang masih baru di tanahair, namun dengan usaha penat lelah, kumpulan Search berjaya mengharungi segala ujian dan dugaan sepanjang perjalanan sebagai sebuah kumpulan rock terunggul.
Namun, ianya masih banyak lagi yang boleh dimuatkan dalam pengkisahan ini. Untuk kali ini, ianya sudah memadai bagi peminat setia dan peminat muda untuk mengetahui latar belakang dan sejarah kewujudan kumpulan Search yang telah menghasilkan album terbaru pada hujung tahun 2017 bertajuk ‘Katharsis’.
Love1
1 Comment
Terbaik Encik Nan