Funnies Part 3 – Funny Yearbook Photos
April 24, 2018
Mereka Yang Tertewas
April 24, 2018

Setem

Views:   146

Masih ingat tak lagi dulu kita pernah menggunakan setem untuk mengirim surat kepada seseorang. Surat itu mungkin surat kepada makwe, surat kepada ibu bapak, surat kepada sekolah, surat mintak kerja dan sebagainya lagi. Surat merupakan satu wadah komunikasi antara manusia yang sangat penting pada masa dahulu. Apabila ada surat, maka adalah setem. Setem merupakan satu caj yang dikenakan ke atas setiap surat yang diposkan menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia. Sekitar sebelum tahun 2000, budaya mengirim kad raya amatlah popular dan pada masa itulah ruangan di pejabat pos akan menajdi sesak dengan timbunan kad raya yang mencecah belasan ribu. Setem menjadi bahan utama yang akan dibeli di pejabat pos untuk dilekatkan di atas sampul surat. Keadaan itu semakin berkurang apabila teknologi baru menguasai dan sedikit demi sedikit penggunaan setem telah berkurang.

Dalam situasi yang lain, setem juga dijadikan sebagai hobi. Terdapat individu yang hobinya mengumpul setem, termasuklah penulis sendiri semsa berada di peringkat sekolah rendah. Ianya bermula apabila arwah ayah penulis membeli buku setem untuk diisi. Tambahan pula, arwah bertugas di pejabat pos besar Taiping yang memang mengurusakn bahan komunikasi manusia ini, iaitu surat dan setem. Dia juga mengumpul sampul surat hari pertama semenjak tahun 1970-an semasa belaiu bertugas di pejabat pos Kuala Kangsar. Sedikit sebanyak, minat itu turun kepada anaknya. Ianya merupakan satu hobi yang bermanfaat.

Sehingga sekarang, penulis masih lagi membeli setem untuk dilekatkan di atas sampul surat apabila mengirim surat kepada emak di kampung. Penulis juga membiasakan bahan ini dengan anak penulis sendiri dan akan membawa anak-anak ke pejabat pos untuk pendedahan mengenai sistem perhubungan yang digunakan oleh generasi dahulu sehingga kini.

Setem dan penulis berpisah tiada.

Love1
Adnan Haris
Adnan Haris
nandre the legend

2 Comments

  1. Nasran Salleh says:

    Wah! Saya suka design yang ada pada setem. Ada design yang biasa-biasa, tapi ada jgk yang unik! Setem gambar harimau (mcm dalam artikel ini) memang terbaik!

  2. Adnan Haris says:

    Ya betui, setem harimau ni maseh ada lagi dalam simpanan album tu kat Taiping.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *