Puaka KM 7
April 14, 2018
“PARAKANG”
April 16, 2018

Siti Suraya

Views:   4,246

RUMAH BANGLO DUA TINGKAT itu sudah lama di tinggalkan. Semak samun mula menyelubungi di kawasan rumah banglo itu. suasana di sana memang sangat sunyi. Pagar besi setinggi 8 kaki itu mula pudar warnanya. Setiap hari aku akan berjalan kaki melintasi rumah banglo itu. terasa seram sejuk bila mendekati kawasan rumah itu dan seolah olah ada sesuatu yang cuba mendorong aku meninjau kawasan rumah banglo yang sudah ditinggalkan lebih daripada 30 tahun yang lalu. Menurut jiran lama kami, rumah banglo itu ditinggalkan selepas kematian anak perempuan mereka. Dia bermain main dengan kakaknya dan secara tidak tersengaja kakinya tergelincir dari tangga paling atas lalu kepalanya terhantuk di atas lantai paling bawah. Kakaknya menjerit ketakutan bila melihat adiknya sudah tidak bernyawa. Ayahnya sangat terkejut dan tanpa usul periksa dia memukul kakak itu sehingga lebam. Belakangnya parah bila dirotan dengan tali pinggang. Si ibu juga menyalahi si kakak kerana cuai dalam penjagaan si adik.

 

Seminggu selepas kejadian itu, ibu bapa tadi dijumpai mati dalam keadaan yang sangat mengerikan. Kedua dua biji mata mereka dirobek keluar dan perutnya terburai. Mereka mati dalam keadaan tanpa seurat benang pun. Selepas dijumpai, si kakak kemudian dibawa ke pusat pemulihan kanak kanak sakit jiwa. Doktor mengesahkan bahawa si kakak mengalami kemurungan setelah kedua ibu bapanya mendera dan memukulnya tanpa belas kasihan gara gara kematian adiknya. Walaupun si kakak sudah berusaha untuk menerangkan kisah yang sebenarnya, namun tidak didengari oleh kedua ibu bapanya.

“ kalau bukan awak yang bawa dia bermain, dia takkan jatuh dari tingkat atas! “ marah si ibu.

“ tapi ma, bukan saya yang tolak si adik “ jawab si kakak bersungguh sungguh. Si ibu tidak mendengar penjelasan si adik. Dia merotan belakang si kakak semula.

“ awak memang anak yang tidak berguna! Kenapa bukan awak saja yang jatuh dari atas tangga tu! “ marah si ibu. Mata si kakak semakin bengkak dan sudah tidak mampu untuk menangis. Tiada sudah air matanya, dia sudah penat di pukul dan di dera. Seringkali dia  terfikir, kenapa ibu dan ayahnya menyalahkannya dan tidak mahu mendengar penjelasan sebenar. Tanpa disedari oleh kedua ibu bapa itu, pada malam itu si kakak dengan perlahan lahan naik ke atas loteng. Di sana dia cuba mencari sesuatu sehinggalah dia terjumpa dengan sebuah kotak hitam yang misteri. Ia dibungkus dengan kain yang berwarna merah.

“ apa benda ni? “ bisiknya. perlahan lahan dia menarik kotak itu yang disimpan di bahagian hujung. Kain merah yang membaluti kotak hitam itu sudah berhabuk. Si kakak membersihkan habuk tersebut sehingga dia menahan dari bersin.

 

Dengan penuh berhati hati, kotak hitam itu dibuka. Sebaik sahaja ia dibuka, terdapat sepucuk surat di dalam kotak hitam itu. si kakak membuka surat itu dan membacanya dengan perlahan lahan.

 

Alangkah terkejutnya si kakak bila mengetahui status dirinya dalam keluarga kaya itu. rupa rupanya dia hanyalah anak angkat yang diambil oleh keluarga kaya sejak dia berumur 7 bulan. Si kakak menitiskan air matanya. Tidak sangka selama  ini dia hanyalah berstatus anak angkat dan tidak hairanlah jika kedua ibu bapanya kerapkali memarahinya jika dia bermain dengan si adik. Si kakak akui memang kedua ibu bapa itu lebih menyayangi si adik daripada si kakak. Walaupun demikian, tidak terlintas di dalam hatinya sedikitpun untuk berasa cemburu.

 

Selepas selesai mengetahui kisah yang sebenarnya, si kakak menyembunyikan surat itu tanpa pengetahuan dari ibu bapanya sehinggalah pada malam itu, dia terdengar suara jeritan ibunya. Si kakak begitu lemah untuk melihat keadaan ibunya kerana jarang diberi makan sejak kematian si adik. Si kakak terpaksa mencari sisa sisa makanan di dapur setelah semuanya sudah tidur nyenyak. Pada masa yang sama tanpa sengaja, si kakak menjumpai pula botol hitam yang disimpan di dalam belakang dinding almari. Tanpa berfikir panjang dia membuka tutup botol itu kerana disangkanya air untuk diminum. Sebaik sahaja tutup botol itu dibuka, dia ternampak ada satu asap hitam berkepul kepul di udara. Si kakak sangat terkejut. Dia terundur selangkah ke belakang. Perlahan lahan asap hitam itu berubah menjadi satu lembaga dan akhirnya ia berubah menjadi wajah si adik! Si kakak sangat terkejut bercampur gembira. Tanpa rasa takut, dia terus memeluk si adik. Dia menangis tersedu sedu.

“ awak dah kembali! “ bisik si kakak sambil menangis teresak esak. Si adik memeluk si kakak dengan erat. Dalam pelukan itu, tangan si adik terasa belakang kakaknya basah. Dia menolak perlahan lahan tubuh si kakak,

“ kenapa belakang kakak basah? “ tanya si adik. Si kakak terdiam. Memang belakangnya masih belum sembuh dari luka. Bila saja si adik menarik tangannya, dia sangat terkejut kerana tangannya terdapat darah dari belakang si kakak.

“ ayah dan ibu pukul kakak kah? “ tanya si adik. Si kakak tidak segera menjawab. wajah si adik berubah serta merta.

“ beritahu pada saya, kakak, adakah ibu dan ayah yang memukul kakak sehingga tercedera teruk begini? “

Perlahan lahan si kakak mengangguk.

Tiba tiba si adik memeluk dengan erat si kakak. Dia menangis.

“ maafkan adik, kak….  kerana kecuaian adik, kakak dipukul seperti ini… adik akan tolong kakak untuk membalas dendam… “ bisik si adik seolah olah sedang berjanji. Bila mendengarkan ini si kakak agak terkejut.

“ jangan buat yang bukan bukan, adik “ pujuk si kakak.

“ tapi ibu dan ayah sudah mencederakan kakak tanpa usul periksa! “bentak si adik dengan kasar.

“ kakak yang salah, kakak yang bawa adik bermain “ jawab si kakak. Si adik hanya menggeleng gelengkan kepalanya.

“ bukan! Ini salah adik. Adik yang mencadangkan kita bermain sorok sorok di tingkat atas! Ibu dan ayah akan menerima balasannya! “ sebaik sahaja si adik berkata kata, dia segera meniup wajah si kakak sehingga jatuh pengsan.

 

*****

AKU tersedar dari lamunan. Siti Suraya sudah berada di sampingku.

“ awak mengelamun pasal apa? “ tanyanya. Aku menyedari bila bahuku di tepuk lembut.

“ tak ada apa apa. Cuma teringat cerita Makcik Lela tentang rumah banglo tu “ aku menjawab. wajah Siti Suraya berubah serta merta.

“ awak berani minta Makcik Lela menceritakan tentang rumah itu? “

Aku hanya mengangguk, mengiyakan.

“ seram kah? “ tanya Siti Suraya. Aku hanya  menggeleng gelengkan kepala.

“ mustahil tidak seram. Awak juga tahu tentang kematian kedua dua ibu bapa mereka, bukan? “

Aku memandang ke arah Siti Suraya.

“ nak katakan seram pun tidak juga “ aku menjawab bagai acuh tak acuh. Siti Suraya tidak menjawab. kami meneruskan perjalanan menuju ke sekolah.

 

**********

Kringgg~~~!

Masa rehat aku hanya berehat di dalam kelas. Kisah rumah banglo misteri itu masih menghantui fikiranku. Perlahan lahan aku kembali mengelamun.

 

“ di mana si kakak itu sekarang, makcik? “ tanyaku pada Makcik Lela. Makcik Lela tidak segera menjawab. dia mendiamkan dirinya.

“ si kakak tu dibawa ke pusat pemulihan jiwa “ beritahunya pendek.

“ kisah ni dah lebih daripada 30 tahun, tentu dia sekarang sudah berusia sekitar 40 tahun… “ jawabku sambil mengira gira sendiri.

“ entahlah, makcik tak tahu pula “

“ dia masih berada di pusat pemulihatan tu tak? “

Makcik Lela mengangkat mukanya.

“ awak jangan main main, cukuplah cerita pasal rumah banglo tu, awak ni tak habis habis memaksa makcik mengulangi kisah lama. Makcik tak nak ingat semua itu lagi “ beritahu Makcik Lela sekaligus mengakhiri perbualannya. Aku tidak lagi bertanya lebih lanjut walaupun dalam hati aku ingin tahu kesudahan si kakak yang telah menjalani kehidupan yang sungguh sukar sejak kematian si adik.

 

KRINGGG~~~!

Bunyi loceng berbunyi menandakan masa rehat sudah tamat. Aku segera menyediakan buku lukisan sebelum guru pendidikan seni kami melangkah masuk ke dalam kelas. Tidak sampai 10 minit semua murid masuk ke dalam kelas. Keadaan kelas bising seperti biasa. Tidak berapa lama kemudian cikgu lona masuk ke dalam kelas. Kami serta merta menjadi diam. Setelah memberikan salam, cikgu lona memberitahu kami bahawa dia akan menjalani kursus ke negeri seberang selama sebulan. Dalam masa sebulan itu nanti dia akan digantikan oleh seorang guru sandaran yang baru. Guru yang dimaksudkan oleh cikgu lona masuk ke dalam kelas kami dengan langkah yang perlahan. Rambutnya panjang paras pinggang. Wajahnya bersih. Dia tersenyum ke arah kami satu persatu sebelum cikgu lona menyerahkan tugasnya kepada guru baru itu. selepas cikgu lona melangkah keluar, guru baru itu mula bersuara.

“ saya harap, semasa ketiadaan cikgu lona, kamu semua dapat memberi kerjasama dengan saya “ beritahunya, sopan. Selepas kami menjawab, dia memusingkan badannya lalu menulis sesuatu di atas papan hijau.

“ CIKGU AVERONA “ nama cikgu itu terpampang luas di atas papan hijau. Memang namanya secantik orangnya juga. Hari itu dia menyuruh kami melukis sesuatu yang menakutkan. Kami berpandangan sesama sendiri kerana belum pernah cikgu lona memberikan tugasan melukis seperti itu.

“ macamana gambaran yang menakutkan itu, cikgu? “ tanya Siti Suraya yang duduk di sebelahku. Aku memandang ke arahnya.

“ awak cuba la lukis sesuatu yang paling awak takuti. Kalau takut ular, lukis la ular, kalau takut hantu, lukislah hantu “ beritahu Cikgu Averona dengan senyuman. Siti Suraya hanya mengangguk angguk tanda faham. Kemudian dia mengeluarkan sebatang pensel. Sementara aku pula masih buntu. Kehadiran guru baru itu membuatkan aku berasa sedikit seram sejuk. Siapakah dia yang sebenarnya? Bisik aku sendiri. Pada masa yang sama aku melihat ada satu lukisan kecil di bawah kaki guru itu. semasa dia melalui meja aku, aku sempat mencuri pandang ke arah lukisan kecil itu dan ia menyerupai seekor rama rama bewarna merah. Tanpa berfikir panjang, aku segera melukis mengikut bentuk rama rama itu dan mengubah warnanya menjadi warna biru, iaitu warna kesukaanku.

 

Sekali lagi Cikgu Averona melalui di meja aku dan dia berhenti di situ juga. Matanya tajam. Aku menjadi kecut bila dia memandang ke arah lukisan aku itu.

“ cantik rama rama ni “ beritahunya. Aku hanya tersenyum.

“ lukisan awak ni tidak menakutkan pun “ beritahunya lagi.

“ saya tidak tahu nak lukis apa, Cuma ini saja saya ingat “ aku pura pura menjawab. aku takut hendak memberitahu bahawa rama rama itu aku ilhamkan dari lukisan kecil yang ada di kakinya. Cikgu Averona tidak menjawab lagi. Dia segera menuju ke mejanya dan membuat kerja seperti biasa. 3 jam yang diperuntukkan kepada kami untuk menyiapkan lukisan itu dan terus di hantar kepada Cikgu Averona. Selesai menghantar lukisan kami dibenarkan pulang selepas loceng terakhir berbunyi.

 

Aku dan Siti Suraya bangun dan mula mengemaskan barang keperluan. Cikgu Averona sudah lama melangkah keluar dari kelas bersama dengan lukisan tadi.

“ eh, awak tidak rasa cikgu tu lain sikit lah “ tiba tiba Siti Suraya membuka cerita. Aku yang masih sibuk dengan peralatan sekolah hanya mendengar.

“ lain yang bagaimana? “ soalku. Aku sempat melihat ke arah wajah Siti Suraya yang agak berbeza dari biasa.

“ kenapa pula? “ tanyaku lagi. Siti Suraya memandang ke arahku dengan pandangan yang agak tajam.

“ eh, kalau ya pun janganlah pandang macam tu, awak nak makan saya ke ni? “ aku cuba bergurau. Siti Suraya ketawa kecil.

“ maaflah “ balasnya pendek. Selepas itu kami bersama sama keluar dari kelas. Dalam pertengahan perjalanan itu Siti Suraya memberitahu yang dia hendak ke tandas dan menyuruhku menunggu di luar bersama dengan beg sandangnya. Aku hanya menurut sahaja sambil duduk di atas kerusi bersebelahan dengan tandas itu.

 

Siti Suraya menolak pintu tandas dan masuk ke dalam tanpa mengucapkan apa apa. Aku hanya duduk diam sambil memeluk beg sandangnya. Ketika aku meletakkan beg sandang Siti Suraya di sebelahku, tiba tiba sebuah buku kecil jatuh dari dalam begnya kerana zipnya terbuka. Aku memandang ke arah buku kecil itu dan agak terkejut kerana terdapat lambang rama rama di kulit buku itu. lebih mengejutkan rama rama itu sama seperti lukisan kecil yang ada di kaki Cikgu Averona.

“ adakah ini mustahil? “ bisikku sendiri. Warna rama rama itu juga serupa. Aku menjadi pelik. Seolah olah Siti Suraya dan Cikgu Averona itu ada kaitan. Tiba tiba bulu tengkuk ku meremang. Cepat cepat aku menyimpan kembali buku tersebut dan pura pura tidak tahu apa apa selepas Siti Suraya keluar dari tandas.

“ mari! “ ajaknya. Aku bangun. Aku mengikuti belakang Siti Suraya. Kenapa belakang bajunya agak kotor ni? Bisikku sendiri.

“ belakang baju awak kotor lah “ aku memberitahu. Siti Suraya berhenti serta merta. Aku terkejut dan hampir hampir melanggarnya. Dia menoleh dengan pandangan mata yang agak dingin.

“ belakang baju aku…. kotor? “ tanyanya. Serentak dengan pertanyaan itu aku dapat merasakan badan aku terasa kejang. Aku ingin menjerit tetapi kerongkongku terasa tersekat. Pada masa yang sama juga aku melihat ada satu bayangan hitam di samping Siti Suraya. Bayangan hitam itu benar benar menyerupai bayangan hitam yang diceritakan oleh Makcik Lela.

 

Rupa rupanya Siti Suraya itu adalah!

Aku pengsan begitu sahaja….

 

TAMAT

Saya hanyalah seorang penulis bebas Dan suka membuat jalan penceritaan berbentuk fantasies Dan mitos. Sesuatu yang ditulis di luar pemikiran manusia.

Love3
Marina Bansing
Marina Bansing
Saya hanyalah seorang penulis bebas Dan suka membuat jalan penceritaan berbentuk fantasies Dan mitos. Sesuatu yang ditulis di luar pemikiran manusia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *