Berdua Itu Lebih Baik, Tapi Solo Itu Lebih Menarik. Berdua Lebih Jimat, Tapi Solo lebih Kuat.
May 15, 2018
Dimana syakillah
May 18, 2018

Tragedi 12.01

Views:   5,156

Berbaju t-shirt ungu berkardigan putih dan bertudung hitam.Matanya merayap ke jam di pergelangan tangan kiri.Tepat jam 11 malam.Gadis yang diberi gelaran Mun  bersandar  di dalam bas sambil mendengar lagu dimatamu oleh Sufian suhaimi.Minat atau tidak dia hanya melayan.Sengaja mengisi kekosongan malam dan rasa gelisah yang di alaminya sejak dari tadi.

Di sebelahnya,sepupunya Dalilah kelihatan tenang sambil mengunyah keropok udang di dalam mulutnya.Rasa sejuk yang tiba-tiba datang membuatkan bulu roma di belakang tengkuk  Mun berdiri .Entah hanya fikirannya atau tidak,dia merasakan mereka hanya berpusing-pusing di tempat yang sama.

“kau tak rasa kita balik-balik pusing tempat yang sama tak?” Mun bersuara kecil seolah berbisik.Takut-takut kalau penumpang lain terdengar.

“Malam beb..malam.. memang kau nampak sama jer semua..” Dalilah menyahut berbasa basi.

Mun mencebik sambil mengeluh kecil.Kali ini dia mengamati lagi perjalanan mereka.Matanya meliar ke luar.

“Jalan bukit utara” mulutnya bertutur kecil apabila melihat papan tanda tersebut. Beberapa saat kemudian matanya menangkap lagi papan tanda kawasan tanah runtuh di sebelah kirinya.Kiri kanan kelihatan gaung.Pandangannya di alih.Hidungnya menangkap bau yang kurang menyenangkan.




“lain macam kan bau bas ni?bau pekat melekat..”tegur Mun pada sepupunya lagi.

“lain macam apanya? aku tak cakap aku bawa kau naik bas 10 bintang kan?”

Dengan satu kerlingan kecil,Mun hanya diam.Matanya kini tertumpu pada tempat duduk di belakang bas.Di matanya jelas kelihatan seorang gadis duduk menegak sambil rambut panjangnya menutupi keseluruhan mukanya.Kaku dan tidak bergerak.Mun merenung dan menunggu hampir seminit.Tiba-tiba kepala itu melentok laju ke sebelah kanan.Mun tersentak.Kepala itu terus terjatuh dan tergolek ke lantai bas.

“Arghhhhh!!” Mun menjerit sambil menutup mulutnya.Serentak itu juga hampir kesemua mata penumpang di dalam bas itu tertumpu ke arahnya.Bas berhenti.

“Ehh kau ni apa hal?!” Dalilah menyoal dengan nada sedikit marah.

“Kepala..kepala perempuan tu..jatuh.. tercabut..putus..” terketar mulutnya menyahut dengan jarinya hanya menuding ke arah belakang tadi.

“Kenapa? Kepala apa?” Dalilah yang berkali-kali menajamkan matanya ke arah belakang bertanya geram sambil mendengus kasar.

Mun menoleh lagi dan kini dilihatnya gadis itu sudah terbangun akibat teriakannya sebentar tadi.Mun meminta maaf berulang kali.

“Imaginasi aku agaknya.. Allah..” sekali lagi Dalilah mengeluh dan menghempas perlahan tubuhnya ke kerusinya.Kembali bersandar dengan posisi selesanya.

Usai pemandu bas mengesahkan tidak ada apa-apa yang berlaku.Bas bergerak semula.

“tapi betul aku nampak kepala dia jatuh tadi..”Mun bersuara lagi sambil menoleh kembali ke belakang bas.Gadis itu memandangnya sambil tersenyum.Senyuman  itu lain macam baginya.Seperti memberi maksud yang tertentu namun masih belum terungkai.

Dalilah tidak menjawab apa-apa.Geram dengan perasaan negatif yang sedari tadi muncul dari benak sepupunya.Malas dia melayan.

“pak cik ok tak? Macam nampak pucat jer ni..” Dalilah menegur orang tua yang terbatuk-batuk di sebelahnya.

Mun turut memandang.Orang tua itu terbatuk-batuk sambil mengurut lehernya.Darah merah pekat tiba-tiba mengalir dari leher itu.Semakin orang tua itu mengurut lehernya,semakin besar koyakan pada kulit di batang lehernya.Ternganga luas lubang di leher itu dan darah mengalir laju tidak berhenti.Mun sekali lagi tersentak dan menggoncang-goncangkan lengan Dalilah.Dalilah menepis kuat dan menunjukkan kerut keningnya pada Mun.

“Sudah Mun! aku malaslah layan kau ni!kuat betul imaginasi kau! ” bentak Dalilah.Terkebil-kebil mata Mun bila melihat orang tua tadi kelihatan normal seperti biasa.Tangannya mula menggigil seolah kesejukan.Dirinya merasa semua itu aneh.

“Kenapa kuat sungguh khayalan aku ni?” fikirnya dalam hati.Setahunya dia tidak pernah mengambil bahan makanan dan minuman yang membuatkan dirinya khayal.Sungguh dia masih rasa dirinya waras.

“Kau tahu tak semalam ada bas kemalangan?” orang tua yang batuk tadi itu tiba-tiba bersuara.Batuknya kedengaran sekali lagi.

“err..tak tahu pak cik..kat mana?ramai tak yang cedera?”sambut Dalilah bertubi-tubi walaupun dia sebenarnya geram tidak dilayan semasa dia menegur tadi. Namun dia masih reti erti hormat.

“Semua mati.”




“Innalillahiwainnailaihirojiun..”

Seketika itu batuk orang tua itu kedengaran kembali.Dalilah dan Mun berpandangan.

“Kat mana pak cik?”soal Dalilah lagi ingin tahu.

“Kat jalan ni lah..tu haaa..jatuh dekat gaung tu.. semua mati sampai sekarang belum lagi di jumpa” orang tua itu menjawab tenang namun detak jantung Mun dan Dalilah mula kencang.

“Apa maksud pak cik belum di jumpa? Habis tu macam mana pak cik boleh tahu?” bertubi lagi soalan keluar dari mulut Dalilah.Separuh gila di buatnya bila orang tua itu bergurau tidak bertempat sebegitu.

“sebab aku duduk dalam bas tu..he he he he.” Dalilah dan Mun sudah tidak senang duduk.Orang tua itu terkekek kecil dan kedua mereka geram dengan gurauan yang sedemikian rupa.

“Janganlah bergurau macam tu pak cik..” Dalilah membalas dan berpura-pura ketawa kecil.Namun sepupunya mengambil serius hal itu.

Sekali lagi mata Mun menoleh ke luar jalan. “Jalan bukit Utara..” Papan tanda yang dilihatnya tadi kelihatan lagi.Diikuti dengan papan tanda kawasan tanah runtuh di sebelah kiri.

Sah! Mereka memang berpusing-pusing di tempat yang sama.Matanya melirik ke jam tangannya lagi. Sudah jam12.01 minit pagi.

“Dalilah..aku rasa ada yang tak kena ni.. “

Tidak sampai 10 saat.Tiba-tiba ada seseorang yang mencuit bahu Mun.Tanpa berfikir panjang,Mun dengan pantas menoleh ke belakang dengan perasaan yang tidak keruan.Terpapar di  depannya kini seorang anak kecil yang  sedang menongkat dagu di belakangnya.Comel.Berbaju gaun biru muda.Agaknya dalam lingkungan enam tahun umurnya.

“Kakak..” tegur anak kecil itu.

Dia senyum dan menghulurkan tangan untuk bersalam.

Mun yang dalam keadaan bingung hanya menyambut tangan itu dan tappp! Tangan anak kecil itu terputus namun anak kecil itu hanya terkekek kecil.Langsung tiada rasa kesakitan yang dirasainya.Wajah yang comel tadi berubah hitam dan pucat.Tidak ada lagi comel baginya bila melihat rupa seperti itu..

Serentak itu juga tangan yang dipegang tadi terhumban oleh Mun ke tengah-tengah bas akibat terkejut.Anak kecil itu ketawa lagi dan meluru ke arah tangannya yang terpelanting tadi.Dia datang lagi ke arah Mun dan menghulurkan kembali tangannya yang patah itu.Pantas di tolak mentah olehnya.

Mun mula berdiri dan merenung ke seluruh bas. Besar sungguh khayalannya kini bila melihat semua penumpang di dalam bas itu berubah rupa.Masing-masing berada dalam keadaan yang teruk.

Ada yang hilang kepala,pecah kepala sehingga menampakkan otak,putus tangan,perut tercucuk besi dan bermacam lagi kriteria yang perit dan memilukan seolah-olah dia kini berada dalam nahas kecelakaan.Ya Allah!Mun mengucap panjang sambil menutup mulut.

“Dalilah! Dalilah! Kita kena pergi dari sini cepat!! ” Mun menarik tangan Dalilah cuba untuk membawa sepupunya itu pergi dari situ.Namun ajakannya tidak bersambut.Dengan sekali pandang, mata Dalilah yang elok tadi tiba-tiba menjadi hilang sebelah.Dalilah menghulurkan tangannya kepada Mun dan menunjukkan bebola matanya yang kini berada di genggamannya.

Tekaknya kini hanya menelan air liurnya yang kini semakin pahit.Dengan kejutan yang amat kuat pada dirinya,Mun tetap menapak perlahan cuba menjauhkan diri daripada semua penumpang yang sudah berubah wajah itu.Yang paling menakutkan,semua mata mereka merenung tajam ke arah Mun dan memberikan satu senyuman yang manis!

Dan kemudian,bau hanyir tiba-tiba menyergah.Busuk.Mun cuba menahan nafas sambil menutup hidung.Baru dia perasan dia kini sedang berpijak pada lantai bas yang dilumuri  dengan darah.Memenuhi segenap ruang di dalam bas dan berpercikan di setiap tingkap dan kerusi.Sekali lagi matanya menangkap senyuman lebar daripada sepupunya Dalilah.Mun yang semakin tidak keruan mula mengundurkan dirinya ke pintu bas setapak demi setapak.Dia rasa khayalannya kini melampau.Diketuknya dan ditamparnya kepalanya berulang-ulang kali.

“kau nak ke mana tu?” soal Dalilah yang kini berdiri dan menapak cuba mendekatinya.Renungannya dengan mata berdarah membuatkan kaki menggigil namun langkah kakinya secara mengundur bertambah laju ke belakang.

Belum sempat dia berbuat apa-apa.Tubuhnya tiba-tiba terlontar dan jatuh tertiarap ke hadapan.Dadanya terhentak ke atas lantai.Mun mengerang kesakitan.Bas itu di rasakan tertunggang terbalik dan tubuhnya terlontar ke udara sebelum tubuhnya terhempas ke tingkap bas.Mun menyeringai menahan kesakitan.Tulang temulangnya terasa patah.Dia menahan kesakitan dan cuba membangkitkan tubuh  untuk berdiri.




Air matanya gugur menahan sakit.Tiba-tiba Mun terlihat Dalilah.Sepupunya itu kelihatan longlai sama sekali.Segera dia meluru ke arah Dalilah dan memangku kepala sepupunya itu.Dia berteriak meminta pertolongan orang ramai.Matanya meninjau ke kiri dan kanan. Masing-masing sedang menahan kesakitan akibat kemalangan yang menimpa mereka itu dan ada juga yang sudah tidak bernyawa!

“Aku pergi cari bantuan!” Mun segera mendapatkan telefon bimbitnya namun telefonnya itu sudah tidak berfungsi.Retak dan tidak berguna. Serta merta dia berlari keluar meninggalkan bas itu dan tanpa menunggu lama,dia terus  memanjat naik ke atas jalan.Air matanya menderu laju bila berpusing seketika melihat keadaan bas yang dinaikinya sebentar tadi. Jatuh ke dalam gaung dan masih kedengaran bunyi suara penumpang yang mengerang kesakitan.Sungguh dia tidak menyangka boleh hidup dalam keadaan kemalangan seperti itu.

Sampai sahaja di jalan raya dia mendepakan tangan dan melambai-lambaikan tangannya  cuba menahan kereta yang melintasi.Bertambah bengang dirinya bila tidak ada sesiapa yang berhenti cuba membantunya.Kali ini dia nekad untuk berdiri di tengah jalan.Dengan cara itu saja dia pasti kereta akan terpaksa berhenti.

Tanpa di sangka,kereta yang datang itu hanya melanggarnya tanpa belas kasihan.Mun terpelanting sedikit namun langsung tiada apa-apa kecederaan pada dirinya.Kereta itu menembusi melaluinya!Dia semakin bingung.Ruang pernafasannya rasa tersekat.Tubuhnya kaku tidak bergerak.

“Aku sudah mati.” Mulutnya bertutur kecil dalam tangis.Luka dan parut di wajahnya mula timbul dan terasa menyakitkan.Wajahnya yang di basahi darah dikesat. Kali ini dia merasa sakit pada luka kaca-kaca yang melekat di tubuhnya.Pedih.

“Kat jalan ni lah..tu haaa..jatuh dekat gaung tu.. semua mati sampai sekarang belum lagi di jumpa” terngiang-ngiang di telinganya suara orang tua tadi.

“sampai sekarang belum lagi di jumpa..” tutur mulutnya sedih.

Matanya melilau lagi. “Jalan bukit Utara”.Jelas di hadapannya kini papan tanda yang berkali-kali di lihatnya sepanjang perjalanannya menaiki bas tadi. Kelihatan juga papan tanah kawasan tanah runtuh yang pernah dilihatnya tadi.

Dengan langkah yang berat.Mun melangkah turun kembali dan melihat sekitar bas.Semuanya sudah tidak bernyawa termasuklah tubuhnya yang kelihatan terhampar di lantai bas.Dipenuhi dengan serpihan kaca-kaca tingkap pecah yang melekat di tubuhnya.Dia mendekati jasadnya dan merenung sayu.

Dia melihat jam. 12.o1 minit pagi.

 

Menulis Seolah tidak pernah ‘typo’ di penghujung kata,kerana hati sudah seiring dengan lenggok jemari dan tidak bisa berhenti

Love3
Haslina
Haslina
Menulis Seolah tidak pernah 'typo' di penghujung kata,kerana hati sudah seiring dengan lenggok jemari dan tidak bisa berhenti

3 Comments

  1. Hasnira says:

    😱😱nice story sista..ngeri pun Ada.well done

  2. Misbah says:

    Best…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *