PERMAINAN MAUT
April 29, 2018
Keep On Climbing Up – Based on ‘Levels’ Nick Jonas – by Nasran Salleh
April 29, 2018

Travelog : Mantanani 2H1M RM250

Views:   358

 Pulau Mantanani

Mantanani terletak kira-kira 2 jam setengah dari kesibukan bandar Kota Kinabalu. Sebuah Pulau yang indah dengan keindahan alam semulajadi dan kaya dengan hidupan marin. Dahulunya terkenal dengan spesis dugong yang menarik perhatian para penyelam.

2018-04-27-18-09-54.jpg

2018-04-27-17-58-00.jpg

 

Hari Pertama 23 April 2018

Perjalanan saya kali ini hanya menaiki kenderaan awam dari bandar Kota Kinabalu yang mengambil masa sekitar 1jam setengah perjalanan untuk sampai ke Pekan Kota Belud. Di Pekan Kota Belud kedatangan saya disambut Faiz(guide yang bertanggungjawab membawa saya ke pulau). Selepas itu kami terus meneruskan perjalanan ke jeti Rampayan kira kira 30 minit dari pekan. Setelah sampai di jeti dia terus membawa saya menaiki bot laju yang telah ditempah bersama pelancong-pelancong lain. Kebanyakkan pelancong ketika itu hanya dari China dan Taiwan terasa janggal bila hanya saya seorang saja pelancong tempatan. Semasa perjalanan di tengah lautan bot sempa diperiksa oleh pihak berkuasa untuk memastikan keselamatan dan memeriksa lesen krew dan pemandu pelancong.

Kira Kira jam 11 kami tiba di Pulau Mantanani. Sampai disana terus simpan barang-barang dan salin pakaian renang untuk aktiviti “snorkelling”.Untuk “snorkelling” kami dibawa ke dua lokasi iaitu Pulau Mantanani Kecil dan Kalang-Kalang ( gelaran orang lokal ) . Pulau Mantanani terbahagi kepada 3 gugusan pulau iaitu Mantanani Besar, Kecil dan Lingisan.

2018-04-27-17-31-45.jpg

Selesai aktiviti kira kira jam 1.30 pm dan balik ke mantanani besar untuk makan tengah hari. Faiz membawa saya makan di kg sebelah ,kami makan soto ayam dan goreng pisang sambil berehat kepenatan. Terdapat 3 kafe sekitar kampung tersebut yang selalu dikunjungi oleh  penduduk tempatan. Salah satu yang terbaik ialah Kayu Manis Kafe terletak di hujung kerana menyediakan pelbagai menu.

IMG_20180423_132657.jpg      IMG_20180424_122210.jpg     IMG_20180423_133554.jpg   IMG_20180423_204130.jpg

Selesai makan kami bergerak ke homestay kami terletak di Kg Siring Bukit (dekat rumah Faiz ). Homestay yang baru beroperasi dan saya merupakan pelanggan pertama . Keselesaan sangat terjamin sepanjang tinggal disana dan makanan juga disediakan sekali pakej. Di sebelah petang, Faiz ajak bersiar-siar sekitar kampung dan pulau itu sehingga hujung melihat resort dan pemandangan dari setiap sudut. Bersiar sambil menikmati angin yang sepoi sepoi bahasa merupakan pengalaman yang sangat menarik. Selepas puas, kami kembali ke homestay untuk menikmati pemandangan pantai sehingga matahari terbenam. Memandangkan esok adalah ulang tahun kelahiran saya,dia dan sepupu-sepupunya membuat bbq pada malam tersebut sambil bermain gitar. Ini merupakan pengalaman terbaru buat saya menyambut hari kelahiran di tepi pantai. Selamat Hari Jadi buat saya.

2018-04-27-18-24-23.jpg

Hari Kedua 24 April 2018

Jam 9 kami meneruskan aktiviti pada hari ini mengelilingi Pulau Lingisan. Pulau Linggisan ialah sebuah pulau paling kecil disana dan terdapat sebuah gua. Nama Linggisan berasal dari nama seekor burung. Terdapat sarang burung walit di dalam gua tersebut dan kelawar. Pantai disana agak bersih dan airnya sangat biru dan jernih. Gunung Kinabalu juga kelihatan dari sini.

2018-04-27-18-21-25.jpg

Selepas itu, balik homestay untuk makan tengah hari dan berehat. Hari ni merupakan hari terakhir kami di sini. Setelah siap berkemas dan kami menunggu di jeti dekat aohholiday resort. Kami bertolak dari jeti sekitar jam 3 pm dan sampai di Jeti Rampayan jam 4 pm. Dengan itu berakhir la perjalanan kami.

 

2018-04-26-13-31-29.jpg   2018-04-26-10-05-05.jpg   2018-04-26-13-23-53.jpg

 

Bajet  

RM250 termasuk :

  • Bot pergi balik
  • Penginapan
  • Makan ( sarapan/tengah hari/ malam / bbq )
  • Bot keliling Pulau

Initerari

Hari pertama – 23 April 2018

10am : bertolak dari jeti rampayan

11am : sampai Pulau Mantanani Besar / snorkeling

1.30 pm : Makan tengah hari

3pm: berjalan ke homestay / rehat

4.30pm : Jalan jalan pusing pulau

6pm : Matahari terbenam

Hari 2 – 24 April 2018 

8 am : Sarapan

9am : Keliling Pulau Linggisan / gua

12 pm : Makan tengah hari

3pm : Bertolak balik ke jeti rampayan

4pm : Balik KK

 

Akhir kata, pengalaman bercuti di pulau mantanani adalah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Kehidupan di sana, budaya, makanan, aktiviti dapat ramai kawan baru walaupun hanya dua hari di sana. Terima kasih kepada semua kawan kawan yang banyak membantu dan semoga ada rezeki lagi untuk berkunjung ke sana. Selamat tinggal

Follow instagram: @razlan_ar

Love0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *