Keep On Climbing Up – Based on ‘Levels’ Nick Jonas – by Nasran Salleh
April 29, 2018
Leaving Microsoft to change the world (Edisi Bahasa Melayu)
April 29, 2018

WASIAT

Views:   191

Suasana didalam ruang tamu kelihatan empat adik beradik sedang menantikan ibu mereka aminah bersiap untuk keTanah suci makkah untuk menunaikan umrah.Namun salah seorang daripada mereka bersuara

“Ibu,kalau ibu takda nanti wasiat ibu simpan tu macam na?”Soal munif.

kata-kata itu membuatkan zul abangnya marah “Apa kau merepek ni ha?nak kena pelempang ke?”.

namun dihalang aminah
“Kau orang ni ibu nak pergi umrah buat ibadah bukan melancong”

“Jadi bolehlah ibu bagi kitaorang baca wasiat tu nanti?”Sofia mencelah.

Aminah terdiam,Namun”Baiklah kalau ibu meninggal dunia dekat sana ibu izinkan korang empat beradik buka peti tu sebab didalam peti itu ada wasiat ibu”

Zul memarahi tiga adik beradiknya
“Kau semua tak guna,dah ibu saya yakin ibu akan balik kemalaysia nanti”katanya.

SEMINGGU BERLALU AMINAH DIARAB SAUDI.

“Apalah agaknya khabar ibu ek?”Soal sofia pada imran.

“Entahlah,manalah aku tau tapi kau tak teringin ke nak bukak peti besi ibu tu”Soal imran.Kata-katanya turut dipersetujui sofia dan munif.

“Gila kau,kalau abang zul dengar kita cakap macam ni maunya diterajangnya kita semua”jawab munif.

“Aku ada rancangan”kata sofia.

lantas mereka berbincang secara senyap.

MALAM diaturnya rancangan dengan teliti,kereta milik abang mereka diputuskan tali brek dan keesokan harinya seperti biasa ketempat kerja masing-masing tanpa diduga zul ketika melalui lebuhraya ada bergaung zul tergamam,Apabila brek keretanya tidak makan….




“Bumm!!”Satu dentuman kuat melanggar penghadang jalan kereta zul terus terjunam kehutan..

Mendengar perkhabaran buruk itu tiga adik beradik yang lain bersorak gembira,Namun mereka masih meragui kerana hanya kereta sahaja ditemui mayat zul abang mereka tidak dapat dikesan oleh pihak berkuasa,Sebelah malam pula mereka mendapat panggilan pengurusan jemaah umrah bahawa ibu mereka,Aminah tidak dapat dikesan hilang.

“Hahaha,Kerja kita makin mudah,ibu dah hilang abang pulak aku percaya dibaham binatang buas,lusa kita bukak peti besi tu”kata sofia.

“Tapi kak,kau tau ke mana kunci peti tu?”Soal imran.

Sofia terkesima,namun

“Apa ada hal kita selongkar jela”jawab Sofia.

mereka tiga beradik menyelongkar almari dan didalam bilik ibu mereka tanpa rasa bersalah sedikitpun dengan apa yang mereka lakukan.Walaubagaimana pun usaha mereka gagal,tetapi tidak berputus asa mereka selongkarpula bilik abangnya.

“Kak abang,Ada surat ni”jerit munif.

sofia membuka surat itu

setelah dibaca mereka terkejut apabila perlu mengambil kunci disebuah banglow lama dianggap berhantu dikampung seberang.

“Gila kau,banglow tu banyak hantu”Kata imran.

“Abis kau taknak harta ke bongok?”soal sofia kepada dua adik beradiknya.

“Pecahkan tak bolehke?”Soal munif.

“Pecah tengkorak kau peti besi mak tu besi padu,Arwah ayah yang belikan,kau nak pecah guna apa kapak?”Soal sofia lagi.

Munif terdiam,Akhirnya 3beradik itu bersetuju mereka bertolak petang itu juga pergi kebanglow lama itu.

“Eh kak ada botollah”kata munif lagi.

Sofia mencapai botol itu,didalam botol itu terdapat surat arahan lagi.

“Kau orang kena tunggu sehari sahaja”arah surat yang bertulis itu.

“Macam mana ni kakak?”Soal imran.

“Tunggu jela,nak takut apa”jawab sofia.

malam menjelma imran,sofia dan munif masing-masing tidur diruang tamu namun demikian

“Abang,kakak bangun teman munif pergi toilet sat”Kata munif.

“la p sendirilah dah tua belangka pun nak berteman”herdik sofia.

munif mengalah,lantas berbekalkan lampu torchlight turut dibawa kebanglow itu dia pun ketandas.Suasana agak sepi tandas berkenaan tiba-tiba telinga munif dengar seseorang menyanyi

“Woii abang jangan takutkan aku lah!”herdik munif.

Dia segera masuk kedalam tandas namun setelah selesai melepaskan”Hajat”

“Ape ni pintu kunci!!”Kata munif,Dia semakin kelam kabut

“Kak,abang jangan memain boleh tak”marah munif.

“Kenapa ni,takut ke?”Soal suara tiba-tiba sahaja muncul daripada arah belakang,jantung munif berdegup kencang sebaik sahaja beliau menoleh kearah belakang

Sekujur tubuh berbaju lusuh,berambut panjang ada dibelakang munif,munif pengsan sebaik sahaja melihat lembaga itu.

Diruang tamu sofia dan imran mulai resah menantikan munif yang tak muncul-muncul daripada tandas tingkat atas rumah.

“Berak batu ke simunif”Soal imran.

“Kau pergi tengoklah,Biar akak cover line dekat bawah ni”kata sofia.

Imran tak membantah dia terus ketingkat atas sebaik sahaja tiba diatas dan di hadapan tandas Imran terkejut apabila mendapati satu lembaga sedang melahap sesuatu

Serentak dengan itu imran belari turun kebawah.

“Kakak cepat lari,Munif kena makan!!”Kata imran dalam keadaan ketakutan.

Lembaga itu menghampiri mereka berdua,mereka cuba keluar daripada banglow itu.

Malangnya pintu telahpun berkunci.

TENDENGAR Suara kokokkan ayam jantan diawal pagi,Sofia terasa amat berat untuk mengangkat kepalanya namun digagahinya jua dia terkejut apabila terdapat satu bungkusan plastik jernih ada kunci

dia menoleh mencari adiknya ternyata adiknya masih hidup,malah munif yang dikatakan telah dimakanpun masih hidup.

“Kita dah berjaya dapatkan kunci ni dik”Kata sofia.

“Jom kita balik sekarang”kata imran.

“Nanti kejap bukan ke malam tadi kau telah dimakan oleh satu lembaga?”Soal imran pada adiknya munif.

“Sudah,lembaga tak lembaga yang penting harta mak dah jadi milik kita”Kata sofia nada suaranya agak angkuh.

Mereka pun kembali kerumah terus menuju kebilik tidur milik ibun mereka.
Peti besi dibuka

Terbeliak mata tiga beradik itu melihat harta berkenaan,berupa tasbih,Al-quran,kain telekung dan sejadah yang tersusun rapi

“Ibu tinggalkan harta ni untuk anak-anak ibu juga yang sering abaikan solat,kecuali abang kamu zul cukup taat dengan ibu dan perintah Allah s.w.t

“Assalamualaikum”ucapan salam diberi pada sofia,imran dan munif

“ha…abang??”kata tiga beradik itu

“Ye aku,kenapa kau ingat aku dah matike?”Soal zul.

Mereka terdiam,Lantas Zul menceritakan hal sebenar..

“Semasa kemalangan,Aku sempat melompat keluar daripada kereta aku ,kemudian aku balik senyap-senyap tanpa pengetahuan korang dan aku ikut gerak geri korang dan aku menrancang untuk ajar korang”Jelas zul.

Sofia,munif dan imran tergamam,”habis hantu dekat banglow tu siapa?”Soal imran.

“Akulah,tiga-tiga berat macam batu aku ingat ringan bila korang pengsan”jelas zul lagi.

“Ibu macam mana bang?”Soal sofia.

“Abang dah ke pusat pengurusan umrah,yang menguruskan perjalanan umrah ibu alhamdulilah ibu kita dah ditemui,insyallah dua tiga hari lagi ibu kita balik”kata zul lagi.

Sofia mendekati abangnya,disusuli imran dan munif

“Abang,sofia minta ampun maaf dengan abang”Kata sofia.

“Ala abang ok je,tapi ada satu pekara yang abang mintak lepas ni bila ibu balik tolong hormati ibu kita”nasihat zul.

“Tapi abang,apa maksud ibu tinggalkan songkok,sejadah,Al-quran?”Soal munif pula.

“Bulan ramadan nak dekat ni,tapi abang tengok korang banyak lupakannya”Kata zul.

“Apa dia bang?”Soal imran pula.

“Solat 5waktu”Kata zul lagi.

“Solat ni wajib adik-adik abang semua bila kita mati soalan pertama yang Allah s.w.t soal iaitu solat”Kata zul.

Imran,Sofia dan munif terkedu dengan nasihat abang mereka.

“Kita orang janji,yang kita akan belajar solat balik,kita orang nak abang jadi imam dan ajar kita”Kata sofia.

“saya nak tau,malam hari tu abang makan apa?ngeri betul saya tengok”Soal imran.

“Ngeri apanya masa si munif pengsan,abang letak kfc didepan badan munif nak kasi real abang letak sos,supaya meleleh macam darah”Kata zul.

tiga beradik tadi tersenyum riang…

TAMAT

saya memang minat dalam bidang penulisan ini,saya harap rakan2 yang membaca atau mengikuti saya dapat bagi saya galakan dan semangat untuk teruskan perjuangan saya

Love0
FirdausJebat
FirdausJebat
saya memang minat dalam bidang penulisan ini,saya harap rakan2 yang membaca atau mengikuti saya dapat bagi saya galakan dan semangat untuk teruskan perjuangan saya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *